Pemilik blog ANTI KHAIRY di http://antikhairy.blogspot.com/dalam posting terbarunya: Menantu PM nak jadi PM pada umur 40 (2) telah memuatkan sekeping gambar yang di dalamnya menunjukkan Editor laman web Umno-reform.com bersama beberapa anak muda dengan EXCO Pemuda Umno Malaysia Norza Zakaria.
Posting tersebut menulis:
Pembentukan Institut Kajian Kemasyarakatan yang diterajui oelh pemilik laman web www.umno-reform.com adalah langkah yang diambil oleh Datuk Norza. Anuar Mohd Nor telah dibeli dengan bayaran wang yang dianggarkan hampir RM200,000 dan diambil untuk mencorakkan politik Datuk Norza.
Betulkah Anuar Mohd Nor sudah dibeli?
Saya mengenali Sdr Anuar. Dan saya tahu beliau banyak menyumbang ke arah mencerah dan menjernihkan politik orang-orang Melayu mengikut gaya dan seleranya. Kalau sesiapa yang mengikuti laman web beliau akan tahu betapa konsistennya beliau dalam berjuang untuk memartabatkan agama dan bangsa kita. Lalu apabila sahabat saya itu dikatakan telah dibeli oleh Norza, dalam erti kata lain, kini menjadi penulis uapahan untuk menyerang dan mensabotaj perjuangan alternatif Melayu, saya rasa ianya sesuatu yang tidak adil terhadap rakan saya itu.
Dalam politik kita bermusuh cuma dari sudut pendekatan, namun dari segi zahirnya kita berkawan dengan semua. Ramai orang Umno dan PAS berkawan walaupun mereka bermusuh dari segi politik. Hatta di Kelantan ada yang abangnya Ketua Bahagian, adiknya EXCO kerajaan negeri. Malah bagi PAS contohnya untuk menang satu-satu kawasan itu, ia memerlukan bukan sekadar undi orang PAS tetapi juga undi orang Umno dan yang di atas pagar.
Lalu jika Anuar berkawan dengan Norza, adakah itu bermakna Anuar sudah menjadi orang Norza, makan dan minum disuap oleh Norza? Sahabat saya seorang lagi contohnya Mohd Sayuti Omar atau MSO. Beliau kenal dan bergaul dengan lebih ramai lagi termasuklah berbuka puasa dengan Dollah Badawi baru-baru ini sedangkan saya rasa tahun ini beliau tidak pula berbuka puasa dengan Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi (* contohnya, kata saya, Pak Sayuti sebenarnya tak pun berbuka puasa dengan Dollah, tak juga dengan saya) Tetapi adakah ini bermakna MSO juga sudah dibeli? Bagaimana pula Sang Kelembai, yang tidak pernah menolak undangan untuk berceramah atau menghadiri program PAS tetapi terus bergaul mesra dengan orang Umno?
Benar kita perlu berhati-hati kerana banyak pihak mampu untuk sabotaj kita. Tetapi dalam waktu yang sama kita juga jangan mudah memangkah atau memotong tangan sahabat yang telah banyak berjasa pada kita.
Segala yang terkandung dalam posting Antikhairy.blogspot.com itu telah pun Sdr Anuar sendiri cerita kepada saya beberapa bulan dahulu. Malah baru tadi beliau menghubungi saya untuk minta pandangan saya tentang posting ini.
Tak mengapa, mungkin ada kawan-kawan kita yang tidak mampu membaca gerak-geri kita kerana mungkin tidak berpeluang mengenali kita dari dekat. Tak kenal maka tak cinta. Tetapi saya yakin Sdr Anuar yang saya kenali akan terus konsisten dalam perjuangannya. Malah sayalah orang yang pertama yang akan menggodam beliau jika laman webnya digunakan untuk menembak dan menyerang perjuangan alternatif, tetapi mengenali Anuar saya rasa lebih baik peluru yang ada ditangan kita kita talakan kepada kelompok yang lebih perlu.
Bongkarlah tentang Khairy dan agendanya tetapi janganlah sampai mencederakan orang lain yang tidak berdosa.

No comments:
Post a Comment