Benarkah gabungan BN akan hapuskan Melayu?
Dalam mengulas cadangan Pemuda GERAKAN agar semua parti-parti komponan BN bergabung di bawah satu parti, sahabat saya Mohd Sayuti Omar (MSO) dalam blognya MERAH TINTA MSO di http://www.msomelayu.blogspot.com/ merasakan ia sesuatu yang bahaya buat Umno. Menurut beliau jika Umno yang memperjuangkan Melayu itu setuju bergabung dalam satu parti bermakna kuasa politik Melayu akan larut dilarutkan dengan kehadiran gabungan kuasa politik bukan Melayu khasnya Cina dan India dari parti-parti komponan BN.
Dan sebagai cadangan balas tulis MSO, apa kata Pemuda PAS dan Umno sepakat pula membuat cadangan agar kedua parti itu PAS dan Umno bergabung untuk mewujudkan sebuah parti Melayu terbesar di negara ini. Kita mahu tengok apakah ulasan dan respon pihak-pihak tertentu atas cadangan itu kelak.
Benarkah gabungan parti-parti komponan BN itu dalam satu parti akan berjaya menjamin perpaduan nasional? Apakah bentuk perpaduan nasional itu sebenarnya? Sejak sebelum Merdeka lagi politik Malaya dan kemudiannya Malaysia dicorakkan oleh sentimen perkauman. Dan lahirnya Umno, MCA dan MIC adalah bukiti betapa politik perkauman adalah realiti dalam masyarakat kita sejak dari dahulu lagi. Masing-masing berjuang untuk kepentingan kaum masing-masing.
Sebenarnya perpaduan nasional hanya menjadi agenda apabila satu kaum meraskan yang mereka didiskriminasi, ditinggalkan, diketepikan, maka terus mereka menuntut keadilan dari sudut hak sama-rata untuk semua atas nama perpaduan nasional. Contohnya dibidang ekonomi, perpaduan nasional bagi sesetengah kelompok adalah apabila peluang ekonomi dibuka sama-rata kepada semua, tanpa perlindungan dan hak isitmewa untuk mana-mana pihak.
Kalau bergabunglah semua kuasa politik dalam BN menjadi satu parti, sudah pasti bukan hanya hak isitmewa orang-orang Melayu dan Bumiputera akan dihapuskan, lantaran memberikan kesaksamaan kepada semua, saya percaya beberapa perkara yang sensitif juga nanti akan diterobosi dan dihapuskan.
Mungkin bagi MCA, Gerakan dan MIC menghapuskan hak isitmewa yang diberikan kepada kelompok tertentu, akan menjadi tuntutan utama mereka. Kalau berjaya dihapuskan, sudah pasti bersorak gembiralah mereka. Walaubagaimanapun mereka juga perlu ingat, kalau perpaduan nasional seumpama itulah yang mahu mereka terokai, maka mereka juga perlu korbankan apa yang ada dalam tangan mereka.
Mara kita menuju kepada satu bangsa Malaysia, atas dasar itu kita lahirkan identiti nasional untuk semua. Dari sudut bahasa, kita kekalkan cuma satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia. Bahasa-bahasa lain perlu dikorbankan kerana kitakan mahukan satu identiti (sebagaimana bahasa Mandarin di Negeri Cina dan bahasa Indonesia di Indonesia). Bahasa Cina adalah bahasa ibunda penduduk di Negeri Cina manakala Bahas Tamil adalah dailek suku kaum di Negeri India, oleh itu demi perpaduan nasional kekallah bahasa Malaysia sebagai lingua franca Malaysia!
Begitulah juga dari segi pendidikan. Benar kita perlu amalkan meritokrasi, mana-mana anak Malaysia yang layak tanpa ,mengira kaum akan mendapat tempat samada di sekoah berasrama penuh ataupun IPTA. Tiada lagi sekolah berasrama untuk anak-anak Melayu atau IPTA untuk Bumipuetra seperti UITM. Semuanya dibuka. Dalam waktu yang sama sekolah-sekolah jenis kebangsaan juga perlu ditutup kerana ia adalah asing dan tidak menepati agenda perpaduan nasional tadi. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil akan ditutup, semua sekolah akan digabungkan menjadi sekolah kebangsaan sahaja!
Saya rasa kalau sampai keperingkat ini pasti MCA, Gerakan dan MIC akan merasakan mereka belum bersedia, malah itu hak kaum mereka (sedangkan hak kaum Melayu dan Bumi boleh sahaja dikorbankan atas nama perpaduan nasional tadi).
Tapi Umno yang sudah bergabung dalam satu parti jangan leka, bagaimana pula dengan agama? Kita sudah mulakan dengan perayaan bersama, mengapa tidak atas nama perpaduan nasional nanti kita adakan upacara ibadat bersama. Sembahyang bersama, berdoa bersama. Tiada lagi satu agama boleh dominan atas mana-mana agama dan kepercayaan lain. Kalau satu daerah ada 10 buah masjid, maka ia juga perlu bina 10 buah gereja, kuil, wat buddha dan lain-lain. Islam sebagai agama rasmi negara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan mungkin perlu dipinda dan dimuatkan juga Kristian, Budhha, Hindu dan lain-lain, atas nama perpaduan nasional.
Bagaimana dengan institusi Raja-raya Melayu? Kitakan bangsa Malaysia, mungkin ianya akan dikaji semula atas semangat perduan nasional tadi??!!
Sesungguhnya kalau begitulah pemahaman perpaduan nasional oleh sesetengah komponan BN itu, maka saya bersetuju dengan MSO memang Umno berada dalam bahaya. Bukan Umno sahaja bahaya, staus quo dan apa yang ada dalam tangan orang-orang Melayu, Bumiputera Islam juga terancam. Termasuklah apa yang ada dalam kocek kaum Cina dan India (sebagaimana yang saya huraikan di atas).
Kerana itulah apabila kita berkata berkenaan perpaduan nasional, ianya perlu mengikut budaya, dan amalan serta realiti yang ada dalam negara ini sejak turun-temurun. Benar kita mahukan Malaysia yang bersatu-padu, dimana rakyatnya boleh hidup dengan aman dan tenteram, tetapi perpaduan itu perlulah mengambil kira sejarah dan realiti yang ada yang telah sedia disepakati dan dihormati.
Perpaduan nasional bukan bermakna menghapuskan hak keistimewaan mana-mana kaum yang telah sedia kita terima sejak Merdeka dahulu, ia boleh disemak semula tetapi tidak sampai keperingkat menghapuskannya sama-sekali. Kita perlu terima hakikat yang negara bumi bertuah kita ini asalnya dihuni oleh orang-orang Melayu (termasuk orang asli). Kemudiannya baru datang pedagang dan pekerja dari Negeri Cina dan buruh-buruh dari India yang dibawa masuk oleh penjajah. Namun anak-anak tempatan menerima kemasukkan kaum-kaum asing ini dan kemudiannya atas semangat kemerdekaan menerima mereka sebagai sebahagian dari warganegara bumi bertuah ini.
Jadi janganlah kerana tuntutan politik kelompok masing-masing maka kita mahu menghapuskan hakikat sejarah bumi kita ini, kononnya atas nama perpaduan nasional.
Memang dalam hal ini saya bersetuju dengan MSO kiranya Umno memikirkan agenda bangsa dan agama, lebih baik dicadangkan gabungan PAS dan Umno bersatu sebagai kuasa politik Melayu/Islam dan kemudian kembali membicarakan perpaduan nasional dengan kelompok lain (kerana Umno bersedirian sebagaimana dikatakan MSO akan larut begitu sahaja). Kita sendiri banyak isu sesama kita yang belum beres, kusut dan perlu diselesaikan.
Akan tetapi jika Umno sudah bersedia meminda status quo yang ada atas nama perpaduan nasional, berdedia menggadaikan apa sahaja yang ada ditangan, maka silakan, kerana saya yakin jika begiutlah kemahuan mereka maka Umno hari ini akan menerima nasib sebagaimana Dato Onn satu ketika dahulu. Selamat berfikir!

No comments:
Post a Comment