Tuesday, November 06, 2007

Tok Guru Nik Aziz mahu melihat Pas dan Umno berbaik

Nik Aziz puji Dollah. Itulah barangkali perbualan di kalangan sesama orang-orang Umno di PWTC, di lorong-lorong sekitar KL, di warung dan kedai kopi, di coffee house dan malah dikalangan orang-orang PAS. Ini berikutan kenyataan Tok Guru MB Kelantan itu, kepada para pemberita selepas mengimamkan solat hajat sempena pelancaran Tabung Derma Pembinaan Asrama Maahad Tahfiz al Quran Nurul Hidayah di Pasir Puteh semalam.

Kenyataan Tok Guru itu terbit di akhbar-akhbar tempatan (berbahasa Melayu) hari ini:






Pak Lah terlebih dahulu sayang kepada saya sehingga naik dan turun pentas beliau sentiasa memimpin tangan saya.

Menurut kenyatannya lagi Tok Guru mengakui bahawa beliau berasa terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh PM itu dan berharap ianya akan diteruskan oleh kedua-dua pihak Umno dan PAS. Kata Tok Guru lagi:

Perubahan itu sewajarnya diikuti oleh pengikut kedua-dua belah pihak Umno dan PAS diperingkat bawahan yang sebelum ini ada yang tidak bertegur sapa kerana perbezaan politik. Lagi pula perjuangan Islam sememangnya menuntut penyatuan sesama umat dan sebab itu pada satu ketika PAS pernah menyertai BN.

Sekali lagi kenyataan Tok Guru mencetuskan perbualan dan saya yakin akan turut dibangkitkan oleh para perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno kali ini. Apakah maksud Tok Guru itu? Adakah beliau sudah mula mahu berdamai dengan Dollah dan sekaligus memohon agar ahli dan pimpinan PAS turut berbuat demikian juga? Kalau mengambil semangat ucapan Dollah dalam majlis pelancaran ECER tempoh hari, mungkinkah sesuatu telah terjalin antara kedua mereka.

Apa pun jangan pula kita terlepas pandang sepotong lagi kata-kata Tok Guru semasa membuat kenyataan itu iaitu:

Tetapi nasib tidak baik bila kita tolong dia sepak dan tendang kita balik.

Sudah pasti apa yang Tok Guru maksudkan itu adalah, semasa PAS menyertai BN dahulu ianya dibuat atas tawaran Allahyarham Tun Abd Razak, dan atas nama perpaduan Melayu serta perpaduan nasional selepas Peristiwa Hitam 13 Mei maka PAS kerana memikirkan agama, bagsa dan negara telah memberikan persetujuannya. PAS ikhlas membantu Umno bagi membentuk BN namun akhirnya semasa zaman Allahyarham Tun Hussien, PAS yang telah berjasa itu disepak atau ditendang keluar dan hampir sahaja hancur selepas itu.

Mujurlah kekuatan dikalangan ahli-ahli yang masih yakin kepada perjuangan Islam terus diusungdan dipupuk dan akhirnya PAS bangkit kembali selepas tahun 80an untuk menang dan menguasai kembali Kelantan papa tahun 1990 sehingga ke hari ini.

Pepatah Melayu ada menyebut: Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Berdasarkan kenyataan Tok Guru diatas, demikianlah rasanya maksud yang mahu diketengahkan.

No comments: