Thursday, September 30, 2004

Ulasan isu makanan halal

ULASAN ISU MAKANAN HALAL

Alhmadulillah saya menerima banyka response berkenaan artikel:

MARUAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA TERCABAR

iaitu berkenaan isu makanan halal dan tanda halal yang dipermain-mainkan oleh pihak tertentu. Jelas isu ini mencabar kewarasan, sensitiviti dan kesabaran kita. Berikut adalah antara email yang saya terima. Terima kasih kepada mereka yang berkenaan.


From:Muhammad Nasir Yusof
Date:Thu, 30 Sep 2004 19:18:05 +0800
Subject:
Re: [pkkj] Maruah umat Islam tercabar lagi

Assalamu'alaikum wr wbSetinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kpd Sdra Roslan SMS yg telah memaparkan isu penglabelan HALAL makanan & minuman yg dijual di negara ini. Saya kira sudah tiba masanya (mungkin telah agak terlewat juga) satu gerakan massa dalam bentuk satu pertubuhan NGO (yg dipelopori oleh ahli-ahli PAS sendiri) untuk menangani isu ini dengan serius dan berdedikasi. Satu rangkaian kerjasama dengan makmal-makmal pengujian (accredited test laboratories) perlu diwujudkan untuk menguji produk-produk yang tidak/belum pasti keHALALannya.Baru-baru ini UIAM (Dr. Irwandi Jaswir)telah menemui satu kaedah Fourier Transform Infrared (FTIR) Spectroscopy untuk mengetahui dengan segera dan mudah sekecil mana pun kandungan asid lemak dari lemak babi


Date:
Thu, 30 Sep 2004 02:23:09 -0700 (PDT)
From: azmi mohd

Sekarang nie , banyak restoran kepunyaan hindu menggunakan nama Nabi kita dan Nama Allah serta ayat kursi... salah satu yang saya tahu adalah Restoran S Subhanni di alamat 9A - 9B, Jalan Peniaga U1/34, Glenmarie Shah Alam. Mula2 buka tak ader tapi sekarang terpampang... Sila boikot,, saya dah report kat MBSA, still tak ader tindak balas... TOLONG SEBARKAN


Isu tabung haji

ISU TABUNG HAJI: JANGAN KITA DITIDURKAN

Pada 12 September lalu saya menulis berkenaan skandal Tabung Haji di bawah tajuk DUIT TABUNG HAJI DISELEWENG LAGI. Ianya ulasan berkenaan tajuk MINGGUAN MALAYSIA yang berbunyi:

Labur 436 juta beli 2 bangunan yang dinilai cuma RM267 juta. Tabung Haji bayar lebih.

MM sebenarnya memetik Laporan Ketua Audit Negara untuk badan-badan berkanun Persekutuan 2003 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Dalam tulisan saya saya merayu agar ahli-ahli Parlimen khususnya dari PAS yang menerima laporan tersebut agar membuat laporan BPR dan Polis bagi mengheret petualang yang bertanggungjawab ke pengadilan. Namun hampir 2 minggu berlalu, semua pakat senyap. Ahli Parlimen PAS dan pembangkang senyap, Harakah pun senyap semua pakat senyap.

Adalah pihak pengurusan Tabung Haji membuat kenyataan menyatakan isu tersebut berlaku semasa pengurusan lama, barangkali lantaran penjelasan tersebut maka yang lain pakat senyap. Sebenarnya pengurusan lama ataupun pengurusan baru pronsip akauntabiliti perlu ditanggung. Jika ada penyelewengan perlu pihak terbabit diseret untuk dihakimi.

Hari ini menurut laporan Buletin Utama TV3 GPMS diketuai Presidennya telah membuat laporan Polis dan BPR berkenaan isu ini.

Hai Pemuda PAS tidur kah?!!

Maruah umat Islam

MARUAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA TERCABAR

Belum pun selesai isu rumah sembelih di Pusat Perindustrian Serdang yang menyimpan dan mencampuradukkan daging babi dan ayam, itik di dalam plastik berlabel halal JAKIM, tiba-tiba hari ini BERITA HARIAN melaporkan terdapat pengusaha Kuih Bulan atau Mooncake pula yang menggunakan minyak babi walaupun mengeluarkan produk kuih bulan halal.

KUIH BULAN: HALAL TAPI HARAM???

Dalam pada itu JAKIM sibuk mempertahankan prosedur mengeluarkan tanda HALAL JAKIM, tanpa menghiraukan tanda halal yang sewenang-wenangnya dipapar dan dikeluarkan oleh pengusaha bukan Islam semata-mata mahu menarik perhatian pembeli Islam. Siapakah yang bertanggungjawab mengawal samada tanda halal tak kiralah dikeluarkan oleh siapa sekalipun itu benar-benar halal ataupun tidak? Jika JAKIM cuma berkuasa mengawal tanda HALAL JAKIM bermakna tanda halal lain yang boleh dilihat bersepah disekitar KL termasuk pada restoran-restoran dan produk-produk makanan malangnya tiadalah pengawal. Ikut berani masing-masing kalau yakin makan kalau tidak tak payah begitukah agaknya?

Umat Islam buta-buta ditipu oleh pengusaha bukan Islam yang memandang remeh isu ini lantaran tiada pihak yang benar-benar bertanggungjawab melakukuan penguatkuasaan. Kalau papar logo HALAL JAKIM sekadar didenda itu sahaja. Yang dah termakan makanan tersebut termasuklah yang dikeluarkan dari Serdang tadi apa nak jadi?

Lesu dan bacul sungguh umat Islam dalam isu yang melibatkan isu maruah yang sungguh besar dan memudaratkan pula jiwa dan darah-daging kita ini! Kalau sekadar didenda sahaja, memang bangsat sungguh maruah umat Islam di negara ini. Pengusaha bukan Islam itu pasti ketawa besar, bayar saman dan teruskan kerjanya. Kenapa begini jadinya nasib kita dalam mempertahankan maruah dan hak kita sebagai umat Islam dalam negara yang kononnya diisytiharkan sebagai negara Islam ini?

Saya ucap tahniah kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia di bawah Dr Maamor Osman yang bertindak pantas dan berani mendedahkan isu ini ke pengetahuan masyarakat. Pihak lain perlu turut bersama mengecam dan mendesak agar tindakan yang lebih tegas dan sepadan diambil khusus dalam mempertahankan maruah kita. Kalau perkara sebesar ini pun kita duduk berpeluk tubuh membisu, jangan marahlah nanti apabila kepala kita dilangkah dan dipijak-pijak serta peraturan agama kita menjadi bahan persendaan, jangan menyanyi lagu bertoleransi apabila orang kencing di atas kepala kita!



Wednesday, September 29, 2004

MAS dan arak

MAS TAK BERHASRAT HARAM ARAK: MANA DIA AL GHAZALI

BERNAMA hari ini memetik kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan di Parlimen byarikat penerbangan Malaysia MAS tidak berhasrat mengharamkan arak di atas penerbangannya. Alasan beliau bahawa MAS mempunyai penumpang dari pelbagai bangsa dan arak cuma dihidang atas permintaan.

Setahu saya penerbangan Brunei dan beberapa penerbangan Timur Tengah juga tidak menghidang arak, apa Royal Brunei tak ada penumpang asing ke? Alasan tinggal alasan, pokok pangkalnya dimana ada kemahuan disitu ada jalan, barangkali bekas imam besar sheikh Pirdaus serta pakar Islam Dr Amran Kasimin boleh jelaskan.

Kalau sekadar bersajak aku mencari di mana dia al ghazali, di mana dia as syafiee namun syarikat penerbangan sendiri tenggelam dengan al arak, apa cerita!

Petikan dari BERNAMA:

KUALA LUMPUR, Sept 29 (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) has no plans to ban liquor on board its flights, Deputy Transport Minister Datuk Douglas Unggah Embas said Wednesday.He said this was because MAS' passengers were of various races and liquor was only served upon request."Besides being the national carrier, MAS is also an international airline and serves passengers of various races and religions," he said when winding up the debate on the Supply Bill 2005 at the Dewan Rakyat.

Monday, September 27, 2004

Debat siri 4 dipinda

Debat Perdana Siri 4 mula dipinda

Debat Perdana siri 4 anjuran RTM yang dijadualkan pada Ahad 3 Oktober ini akan ditangguhkan siarannya ke 10 Oktober demikian menurut Menteri Penerangan sebagaimana yang dipetik dari BERNAMA. Ianya adalah delayed telecast dan bukan lagi live. Dalam kenyataan yang sama Menteri berkenaan mengumumkan nama ahli-ahli panelnya dan yang ketara adalah ketiadaan wakil dari PAS.

Mengapa dari live jadi delayed telecast Kadir memberikan penjelasan, mengapa tidak ada wakil PAS kali ini, rakyat Malaysia lah yang kena beri jawapan!



Petikan kenyataan Kadir:

Delayed Telecast For Fourth Series Of Debat Perdana Due To Fasting Month

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) -- The fourth series of the "Debat Perdana" will be shown over TV as a delayed telecast from 9pm to 10pm on Oct 10, Information Minister Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir said Monday.Direct telecast cannot be made during the month of Ramadan because most Muslims perform their prayers at the mosques."Besides that, on Oct 3 there will be the direct telecast of the international assembly of Al-Quran reciters," he told reporters at Angkasapuri.

Abdul Kadir assured viewers that the contents of the delayed telecast would not be edited.The fourth series of the debate will see four panel members, namely chairman of the National Council of Women Organisation (NCWO) Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan, representative of the Kadazan-Dusun community Tan Sri Simon Sipaun, who is also Suhakam vice-chairman, non-governmental organisations' representative Dr Chandra Muzaffar and DAP representative Loke Siew Fook, who is also assemblyman for Lobak, Negeri Sembilan.

Baru saja kita berikan reaksi pelbagai terhadap program ini tiba-tiba pihak kerajaan terus sahaja melakukan perubahan.

Komen debat perdana siri 3

KOMEN ISU DEBAT PERDANA SIRI 3

Sampai hari ini kesudahan Debat Perdana siri 3 yang disiarkan oleh RTM semalam masih hangat diperkatakan. Ada yang memuji ketahanan wakil DAP YB Chong Eng yang mampu menangkis serangan bertubi-tubi dari wakil Umno, wakil akademik dan moderator sendiri. Tidak kurang juga yang memuji YB Salahuddin kerana berjaya mengemukakan penyelesaian Islam yang jelas merentasi batas perkauman sebagaimana yang dianuti Umno dan parti-parti komponan BN.

Contohnya dalam Harakahdaily YW Yeoh menulis:

KUALA LUMPUR, Sept 27 - In RTM's 3rd debate in the series, Opposition Islamic Party, PAS Youth leader and MP for Kubang Krian, Salahuddin Ayub kept up the party's sterling performance in the debate series by once again, articulating clearly, a non-communal approach to the question of national integration. He declared at the outset that PAS was all for national unity founded upon religious beliefs and stated empathically that "half of the blood that flowed within himself was Chinese blood".

Namun rata-rata input dari orang ramai dan para pengulas menunjukkan betapa ramai yang tidak senang dengan komen dan pandangan Dr Ibrahim Shah selaku wakil akademik. Beliau dilihat terlalu kasar, agresif dan lebih menonjolkan retorik politik.

Saya berterima kasih di atas email dan komen yang diterima dari para sahabat blog ini dan berikut diberikan antara komen yang telah saya terima.

Sham:

Saya sependapat dengan awak. Cuma bagi saya YB Salahuddin tak diberi peluang sewajarnya. Bagaimanapun ini merupakan kesempatan yang berjaya dipergunakan oleh YB Chong Eng & YB Salahuddin mengemukkan pandangan alternatif pihak pembangkang. Cuma nasihat saya kepada VC UiTM janganlah emosi sangat. Tak padan kapasiti awak sebagai VC

Jamzuri:

Saya kira wakil PAS agak terlepas satu peluang yang baik utk menampilkan hujah politik dan perjuangan kita apabila isu integrasi pendidikan melaui sekolah integrasi dan isu PASTI di nyatakan secara direct oleh pengerusi.

Pengerusi cuba memerangkap wakil PAS apabila bertanya tentang keperluan integrasi pendidikan di peringkat pra sekolah dan mempersoalkan peranan PASTI dari sudut integrasi kaum. Salahuddin agak bernasib baik kerana memang beliau mempunyai fakta yang membuktikan terdapat anak-anak orang Cina dan India yang menjadi pelajar PASTI seperti di Sabak Bernam, Serdang, dan Hulu Langat.

Integrasi mesti membawa bersamanya proses sinergi agar ianya boleh dihargai dan akhirnya membawa kepada perpaduan yang lebih bermakna. Apabila mahu diwujudkan integrasi, setiap elemen yang terlibat dalam proses integrasi tersebut mestilah diperkayakan supaya integrasi tersebut mempunyai nilai tambah bagi setiap elemen yang terlibat. Integrasi yang memaksa rakyat menerima satu sistem pendidikan dan menolak kepelbagaian tidak akan membawa kepada perpaduan yang hakiki.

Contoh, ramai orang-orang Melayu yang menghantar anak-nak mereka ke sekolah-sekolah Cina. Kenapa? Kerana ibubapa percaya berlaku proses sinergi dalam integrasi anak-anak melayu dengan murid-murid Cina yang lain di Sekolah Cina. Mereka lebih mahir dalam berbahasa Ingeris, mandarin dan matapelajaran matematik. Ada nilai tambah. Begitu juga kenapa ada ibubapa India dan Cina yang menghantar anak mereka ke PASTI. Kerana mereka melihat anak-anak ini diperkayakan dengan nilai-nilai spiritual yang dilihat penting oleh ibubapa yang bimbang dengan krisis moral para remaja dan anak-anak muda sekarang. Pokoknya, ada nilai tambah dalam pendidikan PASTI.

Tetapi, kerajaan melaksanakan sekolah wawasan hanya dengan meletakkan anak-anak ini dibawah satu bumbung secara paksa. Dan mereka menganggap inilah penyelesaian terbaik untuk mewujudkan integrasi pendidikan yang boleh membawa perpaduan. Soalnya, apakah bentuk sinergi yang mahu dihasilkan.


Apa pun kita berterima kasih kepada RTM kerana menganjurkan majlis debat perdana ini (walaupun kelihatan masih berterusan berat sebelah) dan mudah-mudahan ianya akan membuka mata rakyat melihat dan menilai antara perjuangan yang berasaskan keikhlasan dan kebenaran serta perjuangan yang pura-pura dan palsu.

Sunday, September 26, 2004

Debat perdana siri 3

DEBAT PERDANA SIRI 3
CARILAH WAKIL AKADEMIK YANG BENAR-BENAR BEBAS

Baru sahaja berakhir Debat Perdana siri ke 3 di RTM atas tajuk Pergaulan Kaum Meningkatkan Perpaduan. Ahli panel kali ini adalah ahli Parlimen Grik (UMNO) Dr Wan Hashim, ahli Parlimen Bukit Mertajam (DAP) Chong Eng, ahli Parlimen Kubang Kerian (PAS) Sallehuddin Ayub dan wakil akademik (naib canselor UITM) Prof. Dr. Ibrahim Shah.


Salahuddin dan Chong Eng

Sekali lagi seperti dijangkakan moderator Datuk Johan Jaafar bukan hanya berperanan sebagai pengerusi tetapi juga sebagai penyokong kerajaan. Yang menonjol kali ini adalah wakil akademik yang bertindak lebih Umno dari wakil Umno. Pandangan yang beliau keluarkan sungguh berbau perkauman Melayu sehingga satu peringkat apabila YB Chong Eng menyentuh darihal Sekolah Jenis Kebangsaan Cina beliau menyatakan ini bukan negeri Cina!

Bermakna sekali lagi debat malam ini menyaksikan 3 wakil kerajaan menyerang 2 wakil pembangkang. Yang lebih menjadi mangsa malam ini adalah wakil DAP yang dirasakan walaupun kadangkala terperangkap namun berjaya mengawal keadaan dan kadangkala terbit dengan idea yang meng"kelukan" lidah yang lain. Antara lain kata beliau kalau benar mahu integrasi kaum Umno parti perkauman perlu menerima kaum lain.

Soalan dari floor dirasakan lebih "matured" dan benar-benar tertumpu pada isu yang dibangkitkan. Seorang pelajar Tionghua dengan sinis bertanya apakah kita akan membincangkan perkara yang sama 50 tahun akan datang.

Secara peribadi saya merasakan wakil PAS malam ini agak hambar. Salehuddin setakat mengulang-ulang perpaduan ummah yang serupa namun tidak berjaya mengemukakan hujah dan bukti yang konkrit dan meyakinkan. Saya mencadangkan agar satu badan khas ditubuhkan PAS bagi melengkapkan wakilnya sebagaimana Ustaz Nasharuddin dan Husam pada sessi yang lalu.

Rata-rata siri kali ini lebih tak terkawal dan yang ketara betapa wakil akademik berhujah macam samseng fanatik Melayu yang lebih memalukan dalam negara berbilang kaum kita ini.

Fear Factor dan Akademi Fantasia

FEAR FACTOR, AKADEMI FANTASIA, SURE HEBOH TV3 BERTENTANGAN ISLAM HADHARI - PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2004

NST mengumpamakan beliau sebagai A star was born manakala MINGGUAN MALAYSIA pula menyebut Perwakilan terpaku demikianlah hebatnya apabila Pirdaus Ismail berucapa semasa membahaskan usul agama mewakili Exco Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Umno 2004 semalam. Piradus adalah bekas Imam Besar Masjid Negara yang kecundang di tangan Presiden Keadilan Wan Azizah di kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU baru-baru ini.

PIRDAUS BERSAMA KAK WAN

Dalam membahaskan isu agama Pirdaus dan rakan-rakan perwakilannya yang lain telah menonjolkan beberapa isu berhubung program TV dan rancangan hiburan. Ianya bukanlah isu baru namun apabila dibangkitkan oleh wakil-wakil parti terbesar dalam kerajaan yang meminjam kata-kata Pak Lah PARTI YANG ADA KUASA terasa terhibur juga mendengarnya.

Pirdaus bersemangat membangkitkan isu program FEAR FACTOR dan rancangan drama khusunya yang dialih bahasa dari bahasa asal Sepanyol umpama ROSALINDA. Kata Pirdaus sebagaimana dipetik oleh SUNDAY STAR:

Participants in Fear Factor were challenged to eat najis or to jump off tall buildings. Fear Factor is dangerous. It shows act of bravery and Islam Hadhari does not propagate that sort of bravery.

Bagi drama TV pula Rirdaus berkata sebagaiman dipetik MINGGUAN MALAYSIA:

Unsur-unsur dan nilai yang dipaparkan dalam drama itu langsung tidak cocok dengan budaya Islam Hadhari. Ini rancangan dari dunia ketiga. Dunia yang tak Hadhari buat apa kita bawa ke Negara yang hadhari. Pakai tak senonoh bukan budaya kita.

Wakil Negeri Sembilan Mohd Nor Kassim pula menyentuh program Akademi Fantasia dan Konsert Sureheboh TV3 katanya sebagaimana dipetik SUNDAY STAR:

The contestants hug each other on stage. Boys and girls mix freely with each other. It shows that there is no limit to glamour and sosialising. Mohd Nor also criticized TV3’s Sure Heboh carnival and concert saying it promoted maksiat.

Manakala Dr Amran Kasimin dari Selangor pula dipetik MINGGUAN berkata:

Program-program di televisyen hari ini semakin teruk dikala kerajaan giat memperkenalkan konsep Islam Hadhari. Katanya TV kini menyiarkan banyak program hiburan dan aksi manusia bukan separuh telanjang tetapi 95 peratus telanjang pada waktu perdana.

Kalau dengar macamlah masih membaca khutbah Pirdaus dan Dr Amran namun sedih forum yang digunakan itu dirasakan tidak akan dapat membawa apa-apa kesan. TV dan radio semuanya dikawal oleh Menteri Melayu Islam belaka yang sepatutnya mendokong Islam Hadhari. Konsert Sure Heboh bukan hanya dihadiri muda-mudi malah pimpinan Umno termasuk MB-MB juga hadir. Tetapi apabila ditegur Majlis Mufti menteri dan pemimpin yang serupalah yang terang-terang menentang pandangan mufti, mungkinkah pandangan Pirdaus dan rakan-rakan akan didengar? Tak ingat dulu bila bekas Mufti Selangor bertindak dengan berani terhadap peserta ratu cantik, akhirnya mufti yang hilang jawatan!

PAK LAH TERASA GELI KOT

Bolehlah beri tabik atas pandangan mereka namun kalau pandangan sekadar tinggal pandangan tak diulas langsung oleh Timbalan Presiden dan Presiden semasa penggulunggan nampak gaya tinggal atas rekod sahajalah, hebat Pirdaus berbahas namun perlaksanaan tunggulah PAS memerintah nanti.

Friday, September 24, 2004

Tiada lagi ulamak

TIADA ULAMAK DALAM MT UMNO

Setelah 55 tahun penubuhannya pada hari ini mereka yang bertaraf ulamak tidak lagi diwakili dalam pucuk pimpinan tertinggi Umno. Dalam pemilihan semalam calon-calon ulamak Umno, Hamid Othman (Penasihat Agama PM) dan Dr Yusof Nor kedua-duanya kecundang bagi jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno. Tidak menjadi pilihan para perwakilan.



Dengan itu sunyilah Umno tanpa pandangan ulamak. Barangkali yang terdekat memiliki ilmu agama adalah Pak Lah sendiri yang berkelayakan BA dalam Pengajian Islam. Disekolah-sekolah menengah ada guru-guru berbangsa Cina yang mengajar Sejarah Islam kerana memiliki ijazah yang sama dengan Pak Lah. Barangkali guru-guru Cina ni pun ulamaklah kalau Pak Lah pun ulamak.

Terbukti para perwakilan Umno yang terdiri dari pimpinan Umno diperingkat bahagian-bahagian di seluruh Malaysia tidak berminat memilih pemimpin berlatarbelakang agama. Namun Pak Lah berkuasa melantik ahli MT tambahan dan bolehlah pilih mereka yang berpendidikan Islam namun hakikatnya mereka yang berpendidikan Islam telah ditolak oleh Perhimpunan Umno kali ke 55!

Citarasa perwakilan Umno

CITARASA PERWAKILAN UMNO

Mengapa Mat Taib kalah, mengapa Shahrir orang kuat Pak Lah kalah bagi jawatan Naib Presiden Umno? Peramal politik pada awalnya menjangkakan Mat Taib akan menang mudah lantaran jasanya mempertahankan DUN Kuala Berang dalam pilihanraya kecil baru-baru ini. Mat Taib dikatakan loyalist setaraf Hang Tuah. Shahrir pula dikatakan rakan karib Pak Lah. Menolak jawatan Menteri dan Setiausaha Agung Umno kerana mahu berkhidmat kepada rakyat dari luar. Tiba-tiba kedua-duanya kecundang.

Mat Taib dilaporkan menerima 1170 undi manakala Shahrir jauh ketinggalan dengan cuma 492 undi. Sedangkan Isa, Ali Rustam dan Muhyiddin masing-masing mendapat 1507, 1329 dan 1234 undi.



Mat Taib dikatakan kalah kerana:

Tiada restu Mahathir. Mat Taib memang tidak disenangi Mahathir sejak dahulu lantaran rekod peribadinya yang kotor. Mat Taib pernah terlibat dengan rasuah, kes istana dan anak raja, jadi Mat Taib pada pandangan Mahathir adalah seorang yang tidak bermoral. Mat Taib tidak pernah diberi jawatan resmi oleh Mahahtir sejak gugur dari jawatan MB, cuma Pak Lah sahaja yang melantiknya sebagai Ketua Penaja Bahagian Kelana Jaya. Kali ini orang keliling-kelalang Mahahthir memastikan pukulan maut perlu diberi untuk menyingkirkan Mat Taib, maka gugurlah Mat Taib

Shahrir dikatakan kalah kerana:



Perwakilan khusunya yang dikawal oleh gang Mahahtir masih menganggap Shahrir sebagai ultra. Bukankah Shahrir yang mengosongkan kerusi Parlimen JB satu ketika dahulu dan bertanding melawan BN di bawah Mahahtir dalam satu pilihanraya kecil sehingga memalukan BN. Shahrir tidak pernah disenangi Mahathir. Kalau Anwar dikira pengkhianat kerana menentang Umno maka Shahrir juga pengkhianat. Sungguhpun Pak Lah rapat dengan Shahrir namun sekali lagi grassroot Umno yang fanatik pada Mahathir tidak memperdulikan sayang Pak Lah pada Shahrir. Akhirnya Shahrir yang dikatakan memiliki rekod bersih, lantang dan berani itu kecundang semata-mata kerana dia bukan orang Che Det!

Demikianlah kuatnya cengkaman Che Det pada Umno walaupun bukan lagi Presidennya. Habis orang Pak Lah kalah termasuklah Wan Farid bagi jawatan Pengerusi Tetap Pemuda, kawan-kawan Khairy termasuklah Mat Taib dan Shahrir. Mukhriz walaupun tewas di bahagian sendiri namun meraih undi terbanyak bagi jawatan EXCO Pemuda.

Ada yang mengatakan jika Pak Lah terus lemah begini pemilihan akan datang pasti giliran Pak Lah pula untuk disingkirkan. Maka senyum lebarlah anak didik kesayangan Mahathir iaitu Najib dan kawan-kawannya.

Sehubungan itu lihat saja RTC (Rahim Tamby Chik) walaupun rekodnya lebih kurang Mat Taib tetapi kerana dia disenangi dan disayangi Mahathir dan Kak Hasmah tiba-tiba RTC yang buruk perangainya itu boleh menang jawatan Majlis Tertinggi walaupun tewas di bahagian sendiri. Kuat sungguh kuasa Che Det..

Thursday, September 23, 2004

Kenapa Khairy diboo perwakilan

KENAPA PERWAKILAN PEMUDA BOO KHAIRY???

Sebaik sahaja diisytihar sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang baru Khairy Jamaluddin, menantu Pak Lah telah menerima padah dari para perwakilan pergerakan tersebut yang bersidang di PWTC semalam. Beliau dengan tak disangka-sangka di boo oleh para perwakilan sejurus Pengerusi Tetap Khalid Yunos mengisytiharkan beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut.

Menurut THE STAR:

He (Kahiry) had a rather uneasy morning at the Youth assembly. Some delegates had booed and jeered each time his name was mentioned.

NST pula menyebut:

Khairy Jamaluddin first day as Umno Youth number two was certainly eventful. He attracted a round of boos from some delegates when his name was announced.

Agendadaily merakam:

Khabar mengatakan menantu Perdana Menteri ,Khairy Jamaluddin kena boo oleh perwakilan dalam Perhimpunan Pemuda Umno sudah menjalar keluar tidak lama selepas ia berlaku pagi Rabu.Di sekitar PWTC dimana berlangsungnya perhimpunan itu kedengaran orang sudah bercakap mengenainya.Malah ada yang dikesan sudah forward mesej SMS mengenainya. Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia itu diboo oleh perwakilan semasa Pengerusi Tetap Pemuda Datuk Khalid Yunus mengumumkan nama-nama calon pemilihan pergerakan itu yang menang tanpa bertanding, dan ketika giliran namanya dipanggil untuk mengundi pada pemilihan barisan Exco pergerakan itu

Anehnya berita kena boo ini langsung tidak dikhabarkan oleh kedua-dua UTUSAN MALAYSIA dan BERITA HARIAN, walaupun benar berlaku namun agaknya UM dan BH tidak menganggapnya sebagai bahan berita, kasihan orang Melayu.

Berbalik kepada isu ini persoalannya mengapa Khairy di boo perwakilan?

Walaupun beliau menantu Pak Lah, Presiden Umno namun di sana pasti ada sesuatu yang tidak kena sehingga tergamak beliau diperlakukan demikian rupa. Bila orang boo pasti atas tujuan mahu memalu dan mengaibkan orang yang di boo nya itu. Tidak pernah orang boo orang lain dikhalayak ramai kerana sayang atau kerana menghurmati orang yang dimaksudkan.

Jelasnya ada dua perkara yang berkemungkinan menaikkan kemarahan perwakilan pemuda:

Pertama kerana Khairy menang tanpa bertanding. Sedangkan pada awalnya ramai yang menjangkakan akan ada pertandingan untuk jawatan Naib Ketua ini tetapi apabila Khairy walaupun dalam usia terlalu muda mengisytiharkan dirinya bertanding mengakibatkan calon lain yang lebih senior undur kebelakang menyepi diri.

Kedua kerana Khairy antara pimpinan kanan Umno yang pertama berkunjung ke rumah Anwar Ibrahim apabila beliau dibebaskan. Sedangkan bagi Umno Anwar adalah musuh poltik mereka nombor wahid.

Lantaran itulah Khairy di boo. Ada yang mengatakan ada pimpinan tertentu yang suruh perwakilan boo, ada tangan hitam di belakang aksi boo ini. Tak nampak lain melainkan geng Najiblah agaknya tu. Kasihan Khairy dalam menerima boo pun beliau masih boleh tersenyum. Beliau memberitahu NST:

About the booing he said: It is a traditional welcome for a new leader and should be alesson for all incoming leaders.

Kalau demikianlah tanggapan Khairy pagi ini nak dengar juga samada Pak Lah yang akan diisytihar menang tanpa bertanding sebagai Presiden Umno akan turut di boo ataupun tidak!

Wednesday, September 22, 2004

Najib dan batu bersurat

NAJIB DAN BATU BERSURAT

Panjang lebar sungguh ucapan Najib Tun Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC malam tadi. Inilah pertama kali beliau merasmikan perhimpunan tersebut setelah menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti tersebut.



Saya sempat mengikuti sedikit ucapan beliau di TV yang menarik dalam ucapannya itu sebagaimana petikan ucapan penuh yang disiarkan oleh UTUSAN hari ini:

Mementingkan penguasaan ilmu dan pendidikan. Bangsa yang cemerlang adalah bangsa yang mementingkan penguasaan ilmu dan pendidikan. Seandainya sesuatu bangsa itu berada dalam kegelapan dan kejahilan ilmu pengetahuan, nescaya ia tidak dapat menilai sesuatu yang penting dan bermakna kepada mereka.

Dalam hal ini saya ingin membawa satu kisah benar tentang penemuan Batu Bersurat yang memiliki nilai sejarah amat tinggi dan bermakna dalam menandakan kedatangan Islam serta hukum-hakamnya dirantau sebelah sini, sekali gus menjadi bukti bahawa orang-orang Melayu telah memeluk agama suci ini sejak abad ke 13. Batu Bersurat yang bertarikh 702H ini telah ditemui pada tahun 1887M dikawasan Padang Tara di tepi Sungai Tara, Kampung Buluh Kuala Berang Kuala Terengganu.




Sayangnya, disebabkan kejahilan orang-orang Melayu pada ketika itu, Batu Bersurat tersebut tidak dapat dinilai kepentingannya. Batu Bersurat itu telah dijadikan alas tempat membasuh kaki di masjid selama hampir 16 tahun sebelum ditemui oleh seorang pedagang (saya akhirkan disini petikan ini)

Beradasrkan ucapan ini Najib bermaksud:

1. ilmu dan pendidikan itu penting bagi menaik-tarafkan kecermerlangan sesuatu bangsa dan ini tidak dapat dinafikan memang tepat dan benar. Sesuatu bangsa akan berada dalam kegelapan dan kejahilan jika tidak berilmu.

2. Najib memetik kisah penemuan batu bersurat di Kuala Berang sebagai satu contoh bangsa yang tidak tahu menilai bahan bersejarah lantaran ketiadaan ilmu. Kata beliau batu bersurat yang bersejarah dan tanda kedatangan hukum-hakam dirantau ini sekadar dijadikan batu alas oleh penduduk kampung Kuala Berang

3. tidak layak batu bersurat dijadikan tempat alas membasuh kaki sedangkan ia bahan bersejarah yang bernilai

Kasihan penduduk di Kuala Berang dahlah memberi undi besar kepada calon Umno/BN tiba-tiba Timbalan Presiden Umno mengambil mereka sebagai contoh bangsa yang jahil dan berada dalam kegelapan kerana tidak tahu menilai bahan bersejarah.

Najib barangkali dengan pendidikan yang tinggi termasuk dalam kategori bangsa Melayu yang berilmu. Tapi berbalik kepada contoh Batu Bersurat tadi, kalau betul-betul bernilai takkanlah sekadar jadi bahan pamiran di muzium. Bukankah ia bukti perlaksanaan hukum Islam, dan hukum Islam itu sesuai untuk semua zaman bagi orang yang berilmu. Lalu sepatutnya Najib mengesyorkan agar apa yang terkandung dalam Batu Bersurat itu dilaksanakan sepenuhnya, barulah beliau dikalangan orang yang berilmu dan faham agama.

Kasihan orang Kuala Berang, kasihan.


Komen Debat Perdana

KOMEN ISU DEBAT PERDANA

Saya menerima beberapa email yang memberikan komen dan pandangan bernas berhubung artikel DEBAT PERDANA RTM BIAS ALL THE WAY. Terima kasih kepada yang mengirimkannya, berikut disiarkan email mereka:

insyirah zool

Memang tidak dinafikan memang bias. Yang anehnya bila pengerusi menjadi gelabah dengan jawapan yang diberi oleh ahli panel maka beliau akan forwardkan kepada wakil UMNO. Kadang-kadang Dr. Zambry sendiri nampak unprepared for the situation.

Kadang-kadang terfikir juga 'Is this the correct platform?' Tetapi dari tiada peluang media begini, at least OKlah. Syabas, YB Hj Husam memang strikerlah... tepat sasaran.

Saya dengan seorang sahabat telah berada di Auditorium tersebut.

Setibanya kami diperkarangan Auditorium , kami disambut oleh J/K yang bertugas.. Yang anehnya soalan yang dituju ialah 'Puan dari mana ? Dari NGO atau parti politik?' Ini adalah untuk menunjukkan seating yang telah disusun dan dilabelkan. Sekiranya NGO(persatuan-persatuan) ...sini..UMNO sana, pembangkang sini...penuntut ..sana dll

Saya menjawab, 'Takut ada clash ke?' Beliau tersenyum saje..

Bagi kami sekiranya perkara perpaduan yang ingin diketengahkan, tidak perlunya ada segregation begini. Mana mungkin ada interaksi untuk berpadu. Jangan cakap benda besar-besar...benda kecil pun masih berkira...

Perpaduan....oh...perpaduan.


Ardani, Jamzuri

I think Hj. Husam would have done better if he could be more assertive in putting our plights in the right perspective. Yang dibicarakan dalam debat tersebut hanyalah perpaduan kaum dan nampaknya Husam juga bercakap dalam “nutshell” yang sama. Persoalannya, apakah masalah perpecahan di Malaysia hanya berkisar kepada persoalan kaum? Kenapa tidak keluar dari perspektif lapuk pengerusi pada malam tersebut. Bagi saya, musuh utama kepada perpaduan bukanlah kepelbagaian ras. Musuh sebenar kepada perpaduan negara ialah ketidakadilan. Bukan sahaja ketidak adilan terhadap kaum-kaum tertentu, tetapi juga ketidakadilan terhadap pendokong politik yang tidak sealiran dengan pemerintah. Istilah-istilah yang langsung tidak berciri “inclusive”, seperti anti kerajaan, tidak bersyukur, gigit tangan yang menyuap, musuh negara, dan pelbagai lagi meminggirkan sebahagian rakyat yang mengambil peranan aktif dalam pentas politik negara di dalam kerangka yang dibenarkan oleh undang-undang dan perlembagaan.

Bila bercakap soal perpaduan, isunya bukan sekadar meritokrasi. Isunya bukan DEB. Bukan juga Bahasa. Ini semua isu rantingan. Isu kecil. Isu remeh. Isunya yang sebenar ialah ialah ketidak adilan. Isunya yang besar dan penting ialah kezaliman. Saya fikir tidak sukar sukar mengupas isu kezaliman dan ketidakadilan terhadap sebahagian rakyat negara ini, dari pelbagai kaum dan agama.

Contohnya, kita bercakap tentang pemuliharaan bahasa ibunda. Yang diperkatakan ialah bahasa Cina dan India. Kononnya, kita menghormati hak kaum minoriti mengguna dan mengembangkan tulisan dan bahasa mereka. Tetapi bagaimana dengan nasib tulisan jawi. Ianya tidak dianggap sebagai kezaliman kerana yang membunuhnya ialah orang Melayu sendiri. Bagi saya ianya tetap satu kezaliman. Ianya tetap ketidakadilan. Dan ianya merupakan sesuatu yang anti perpaduan kerana ia telah meminggir sebahagian besar kelompok masyarakat dari arus perdana. Seolah-olahnya, kalau orang Melayu bunuh orang Melayu, ini tidak zalim. Yang zalim ialah kalau orang Melayu bunuh orang Cina atau India sahaja. Inilah teruknya mentaliti apologetik pemerintah hari ini. Kalau UMNO mendiskriminasikan orang Cina, ianya dianggap anti perpaduan, tetapi kalau UMNO menzalimi PAS, ianya bukan suatu kezaliman. Malah ianya dianggap sebagai usaha untuk memupuk perpaduan. Inilah kolotnya falsafah perpaduan yang difahami oleh UMNO/BN.

Sebab itu saya katakan, orang PAS perlu mampu berfikir diluar dari kerangka pemikiran kolot golongan nasionalis sekular. We must see things from outside of the box.

Thanks once again for the contributions.



Sunday, September 19, 2004

Debat Perdana RTM

DEBAT PERDANA RTM BIAS ALL THE WAY

Baru tadi selesai program Debat Perdana anjuran RTM yang berlangsung hampir 1 jam. Yang anehnya akhbar-akhbar media perdana yang memetik sumber BERNAMA hari ini termasuklah THE STAR dan NST tidak menyenaraikan Hj. Husam Musa, AJK PAS Pusat yang juga EXCO kerajaan negeri Kelantan sebagai salah seorang ahli panel. Yang ditonjolkan adalah ahli-ahli panel lain iaitu Dr. Zambry EXCO Pemuda Umno yang juga EXCO kerajaan Perak, Dr Tan Seng Giaw AP Kepong dari DAP dan Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad Bajuri dari USM. Tak ada nama Husam yang ada nama Dr Chandra seolah-olah mahu eclipse kehadiran wakil PAS.


Hj Husam Musa Dr Zambry Dr Tan Seng Giaw

Tajuk debat adalah:

Tahap perpaduan kaum di Malaysia ketika ini

dan debat dipengerusikan oleh Dato Johan Jaafar.

Jelas perjalanan debat lebih ke arah mahu menonjolkan bahawa formula Umno BN lah yang terbaik untuk perpaduan kaum di Malaysia. Bukan hanya wakil Umno yang berhujah mempertahankan formula ini malah Dr Ibrahim dan Johan Jaafar turut bersungguh menjaja politik Umno dan BN. Seolah-olah debat ini mengemukakan 3 wakil Umno.

Dan seperti diduga wakil PAS lah yang bertalu-talu diserang dan diajukan soalan sehingga Husam membuat remark:

Nampaknya Pengerusi dah mula mengemari saya

Wakil Umno dibenarkan berhujah walaupun bukan gilirannya, belum dijemput sudah ghairah mahu berhujah. Namun rata-rata hujah Hj. Husam begitu padat walaupun menerima serangan bertalu-talu sehinggakan penonton di studio memberikan tepukan hangat apabila sahaja beliau berhujah. Demikianlah kebebasan bersuara dalam kerajaan Umno, tidak pernah sunyi dari sekatan dan kawalan.

Secara peribadi saya berbangga dengan hujah-hujah dan kematangan Hj. Husam yang relax dan berjaya mengawal suasana. Saya yakin sesiapa sahaja yang menonton dengan hati terbuka bersetuju dengan saya. Walaupun disekat dan dikekang namun saya yakin PAS telah berjaya mengambil kesempatan mempamirkan perjuangan dan hala tujunya untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia.

Saturday, September 18, 2004

Khairy terhimpit

KHAIRY TERHIMPIT DAN TERSEPIT

THE STAR hari ini muka 14 memuatkan berita dengan tajuk:

Khairy explains why he was at Anwar's house

Manakala THE NEW STRAITS TIMES muka 3:

Najib: think of party not Anwar

Berterusan nampaknya Khairy diperlakukan oleh Najib dan gengnya. Ianya bermula apabila Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah yang minggu depan akan dinobatkan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno yang baru telah berkunjung ke rumah Dato Seri Anwar Ibrahim sejurus selepas DSAI dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Pak Lah ketika ditanya mengapa menantunya berada di rumah DSAI akhbar THE STAR melaporkan:

On Khairy's presence at Anwar's home, PM Pak Lah had said that he had instructed his son-in-law to go there to facilitate Anwar's passport application so that he could travel to Munich as soon as possible to seek medical treatment

Menurut maklumat Khairy telah merancang suatu gerakan politik yang jika tidak pun berjaya menarik DSAI kembali ke Umno sekurang-kurangnya membersihkan nama Pak Mertuanya dari terlibat dalam kes DSAI sekaligus menaikkan imej Pak Lah termasuklah Khairy sekali sebagai bakal pemimpin pemuda yang berkarisma dan berwibawa. Pak Lah dikhabarkan begitu ghairah dengan rancangan Khairy sehinggakan Najib tidak dimaklumkan langsung darihalnya. Lalu apabila Khairy ke rumah DSAI dan akhbar-akhbar saluran perdana pula memberikan liputan meluas tentang pembebasan DSAI termasuklah akhbar THE STAR yang menerbitkan edisi khas maka Najib dan gengnya berasa sungguh tercabar. Mengapa Pak Lah tak maklumkan beliau darihal tindakan ini!

Najib dan penasihatnya

Akhirnya Najiblah yang telah kononnya menyelamatkan keadaan. Pak Lah diminta menafikan ura-ura penyertaan DSAI ke dalam Umno setelah mesyuarat kabinet baru-baru ini dan penafian ini diberikan liputan meluas. Ia diikuti dengan mesyuarat MT Umno dimana sekali lagi Pak Lah mengeluarkan kenyataan yang sama.

Cuba perhatikan kenyataan Najib dalam NST dan Hishamuddin Tun Hussien dalam THE STAR hari ini:

Najib: Abdullah has stated that there was no deal with Anwar. This is a very significant statement to all Umno members and thay must give their full trust that this is the truth.

Sepupu Najib

Hisham: We have made our position very clear that we do not and will not allow Datuk Seri Anwar back into Umno. There should not be any more discussion on Khairy's presence in Anwar's house. It's superfluous becuase there is no issue of conspiracy and politcal manoeuvring.

Jaga-jaga Pak Lah

Nampaknya dalam episod ini Khairy terbit sebagai budak nakal dan ternampaklah oleh Pak Lah betapa tajamnya kuku Najib, Hishamuddin dan leftenan-leftenan mereka. Jangan main-main Pak Lah silap langkah hang tersungkok nanti.

Giliran UITM

GILIRAN UITM PULA UNTUK DIGADAI



Tun Dr Ling Liong Sik bekas Presiden MCA yang kini selaku Pengerusi Universiti Tunku Abdul Rahman UTAR telah meminta agar pintu UITM dibuka kepada masyarakat bukan Melayu demi perpaduan negara. Selaku bekas graduan ITM yang kini dikenali UITM saya turut berasa terpanggil untuk mempertahankan institusi terakhir bangsa Melayu ini agar dikekalkan kemasukannya hanya untuk Bumiputera memandangkan betapa masih jauh orang Melayu khususnya dalam arus pembangunan negara berbanding kaum -kaum lain.

Utusan Malaysia seperti biasa mensensasikan isu ini almaklumlah sebahagian besar umat Melayu kini sedang diserang demam Perhimpunan Umno. Maka berkokoklah pemimpin-pemimpin Melayu dalam Umno mengkritik Liong Sik dalam hal ini sedangkan Liong Sik satu ketika dahulu adalah rakan akrab mereka pemimpin bukan Melayu terkanan dalam BN.

Bagi saya sesungguhnya banyak yang Umno gadaikan atas nama perpaduan negara tiba-tiba bila Liong Sik minta secubit lagi terus naik berang. Apa yang Umno tak gadaikan, MRSM dahulu selaku maktab menengah, batu loncatan kaum Bumiputera melangkah ke alam pendidikan lebih tinggi dibuka pintunya untuk kaum bukan Melayu. Permintaan supaya MCA juga diberi lesen universiti, sedangkan permohonan sama ditolak oleh PM-PM sebelumnya telah dibenarkan oleh Umno melalui Dr Mahathir. Kini MIC dan tak lama lagi GERAKAN pun nak diberi universiti masing-masing.

Sekolah Agama Rakyat ditekan dan dirampas kembali bantuan per kapitanya semata-mata kerana kononnya menjadi pusat latihan pembangkang, namun sekolah jenis kebangsaan cina cuba kita tengok bangunannya lebih besar dan kukuh berhawa dingin diberi keistimewaan dan sebagainya. Malah kalau kita tengok disudut lain, kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang majoriti Melayu pun Umno sanggup serahkan kepada MCA dan MIC atas nama perpaduan. Orang Melayu di Bukit Gantang, di DUN Bandar Kuala Terengganu dan banyak lagi kerusi-kerusi lain berketuakan bukan Melayu atas nama perpaduan.

Jangan kita lupa Singapura yang dibuka oleh Sang Nila Utama pulau bersejarah yang merupakan sebahagian dari bumi Tanah Melayu siapakah yang gadaikan kepada Lee Kuan Yew dan rakan-rakan kalau bukan Umno juga dahulu.

Tiba-tiba timbul isu UITM, kecil sangatlah untuk digadaikan sekali lagi!

Thursday, September 16, 2004

Kawan Khairy

KAWAN KHAIRY TERLIBAT POLITIK WANG

Khairy & Nori Pak Lah

Salah seorang dari 20 pimpinan Umno yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana terlibat dengan politik wang adalah Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya Ahmad Zaki Zahid. Siapakah Ahmad Zaki ini?

Ahamd Zaki adalah Pegawai Khas kepada Perdana Menteri mengetuai Unit Penyelidikan Dasar di Pejabat PM. Seorang lulusan undang-undang beliau telah mengalahkan Khairun Dato' Aseh anak KSU Kementerian Dalam Negeri dengan kelebihan 3 undi. Menurut laman BLOG Jeff Ooi di http://jeffooi.com/ :

Putrajaya Umno Youth chief Ahmad Zaki Zahid, who is also the PM's Special Officer, has been found guilty of money politics by the party's disciplinary committee, little birds told Screenshots today.

He was found to have contravened Section 2.2 of the Umno's Code of Ethics but is let off with only a warning.

Zaki used to be associated with Booz Allen Hamilton, and Ethos Consulting, a consulting setup now defunct business magazine founded by Khairy Jamaluddin and friends.

Macam mana orang yang di bawah dagu PM pun boleh terlibat dalam politik wang satu penyakit yang menurut pimpinan Umno sendiri menjahanamkan parti dan bangsa! Kawan baik pula pada menantu PM sendiri yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang baru. Ada sumber yang menyatakan Khairun mendakwa lawannya menyogok para perwakilan Pemuda Putrajaya dengan wang tunai sehingga RM3000.

Kata Zaki dalam The Star:

I am very sad because I did not do anything wrong.

Kalau begitu siapa yang bersalah, Lembaga Disiplin Umno? Makin parah nampaknya barah politik wang yang menyerang Umno ini. Kebetulan sejak Anwar dibebaskan ini Khairy dan kawan-kawannya asyik menerima tekanan sahaja.

Lembaga Disiplin Umno Mahkamah Kangaroo

LEMBAGA DISIPLIN UMNO MAHKAMAH KANGAROO

The Star muka 10 hari ini melaporkan:



The disciplinary board chaired by Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail also found Kota Melaka division chief Datuk Wira Amid Nordin guilty pf money politics and suspended him from the party for three years or one term whichever is longer.

Amid Nordin a state executive councillor had defeated former Malacca chief minister Tan Sri Rahim Tamby Chik for the post. The board also found division deputy Latif Tamby Chik also guilty of contraventing the party's code of ethics and he received a warning for his offence.

Kota Melaka ini memang medan peperangan kuasa yang hebat. Sejak jatuh terlentang dari takhta Ketua Menteri Rahim Tamby Chik berkali-kali cuba untuk merampas kembali kerusi Ketua Bahagian namun gagal. Baru-baru ini Rajim kalah lagi dengan Amid memperolehi majoriti 110 undi. Kalah saja Rahim terus muncul di TV3 mendakwa Amid menggunakan wang untuk beli undi. Kononnya perwakilan Kota Melaka minta antara RM1000 ke RM3000 untuk satu undi dakwa Rahim.

Amid pernah menafikan dalam Utusan Malaysia pada 15 Julai lalu:

Amid juga menafikan mengunakan wang untuk membeli perwakilan sebaliknya beliau sering berjumpa dengan rakan-rakan di warong kopi sambil makan kuaci.

Kuaci sahaja yang saya makan, sampai bengkak-bengkak bibir makan kuaci. Saya tidaklah sampai membawa perwakilan ke hotel-hotel termasuk Bistro Saloma di Kuala Lumpur katanya.



Tak tahulah macam mana dalam hal ini Lembaga Disiplin Umno mendapati Amid yang bersalah. Gelak besarlah Rahim agaknya. Jangan-jangan Lembaga Disiplin pun diheretnya ke Bistro Saloma.

Demikianlah halnya dalam Umno. Berebut kuasa nak jadi pemimpin mengunakan wang. Kalau kalah ada peluang pula untuk ambil tindakan terhadap yang menang walaupun nampaknya kedua-dua terlibat dalam politik wang. Bak kata Pak Ungku Aziz, kalau dah rasuah rasuah juga mengapa mahu guna istilah politik wang.

Kesian BPR dalam kes Umno menikus tak ada kuasa.

Sementara itu Rahim walaupun kalah di Kota Melaka namun masih cuba untuk berpaut pada kuasa dengan mencuba nasib bertanding kerusi majlis tertinggi pula. Beliau dan gurkhanya khabarnya merantau seluruh cerok negara minta untuk diberi undi atas alasan beliaulah satu-satunya calon dari Melaka. Good luck Rahim!

Wednesday, September 15, 2004

Pintu Umno tutup rapat



PINTU UMNO TUTUP RAPAT

Masih lagi Umno berbicara darihal Anwar Ibrahim. Hari ini semua tajuk-tajuk akhbar utama masih menyiarkan darihal betapa Umno telah menutup rapat pintunya terhadap Anwar.

Door closed to Anwar kata tajuk utama The Sun

The Star pula menyiarkan gambar Pak Lah di muka depan dengan quote nya:

I explained my earlier statement about there being no deal with Anwar regarding his re-entry intio Umno. I told them that there was no plan to bring him back and they agreed with me. That means the door is closed to him, for now.

Tapi kenapa Pak Lah guna perkataan for now? Kenapa tidak forever? Nak tutup-tutuplah terus jangan tergantung saja! Dengar khabar ramai yang marah-marah bila menantu Pak Lah Khairy yang bakal jadi Naib Ketua Pemuda Umno terkocoh-kocoh menemui Anwar tempuh hari. Lalu bersuaralah mereka ini dan terpaksalah Pak Lah keluar kenyataan demikian. Tapi masih guna for now!

Sementara itu keputusan Mahkamah Persekutuan pagi tadi menolak rayuan Anwar terhadap pertuduhan rasuah beliau. Ini bermakna Anwar tidak boleh memegang mana-mana jawatan politik untuk tempoh 5 tahun dari selesainya beliau menjalani hukuman penjara 6 tahun. Mengurut dadalah agaknya puak-puak Najib.

Antara alasan Pak Lah guna adalah Anwar telah dipecat dari Umno pada 3 September 1998 berdasarkan pertuduhan yang dikemuka oleh Mahathir dan mereka semua masih berpegang dengan alasan Mahathir itu. Alahai Pak Lah Ku Li pun dulu sama juga sampai tubuh parti baru dan lawan Umno dalam 2 pilihanraya, kini Ku Li ahli MT.


Monday, September 13, 2004

Umno hidung tak mancung



UMNO HIDUNG TAK MANCUNG

Setelah The New Sunday Times akhbar-akhbar lain hari ini masih memaparkan isu Umno tidak akan terima Anwar semula. Pak Lah kata tak mahu, Najib kata tak mahu, Muhyiddin kata tak mahu malah Mat Taib pun turut kata tak mahu. Kalau dah tak significant manusia bernama Anwar Ibrahim ini mengapa perlu seluruh tenaga Umno meronta-ronta dan menjerit-jerit mengatakan tak inginkan Anwar termasuklah pimpinan parti-parti komponannya.

Kesimpulannya keutusan Mahkamah Persekutuan tempoh hari yang membebaskan Anwar pada hakikatnya masih menghantui jembalang-jembalang dalam Umno kebetulan baru-baru ini masyarakat Cina meraikan Hungry Ghost Festival!

Menurut sumber yang boleh dipercayai sedang Umno hiruk-pikuk kononnya menafikan mahu Anwar kembali, Presiden PAS dan rombongan dikhabarkan kini berada di Munich merancang strategi perjuangan politik di Malaysia seterusnya. TG Hj Abd Hadi, Dr. Harun Din dan Dr Hatta dikhabarkan sedang bersama-sama Anwar dan rakan-rakan berunding memeta halatuju berikutnya.

Biarlah Umno laksana soldadu-soldadu Sultan leka menyanyikan lagu biarkan-biarkan, sedangkan si Luncai telah lama terjun bersama labu-labunya untuk menyelamatkan diri. Kita berdoa mudah-mudahan Allah swt mencampakkan hikmah dan kebijaksanaan kepada para pemimpin kita yang jujur dan ikhlas ini agar dapat membuat perancangan ke arah menyelamatkan ummah dan negara dari kancah kebinasaan, amin.

Sunday, September 12, 2004

Umno will not re-admit Anwar

This summary is not available. Please click here to view the post.

Pak Lah ada kuasa



PAK LAH ADA KUASA

Semalam ketika menulis darihal bajet 2005 saya menyebut bahawa jika mahu Pak Lah sebagai PM boleh sahaja mengetatkan lagi cukai arak dan menaikkan cukai ke atas industri perjudian yang tidak disentuh oleh bajet 2005. Bukankah Pak Lah bangkit sebagai PM yang mahukan konsep Islam Hadhari, anak ulamak yang ada latarbelakang Islam?

Kebetulan semalam ketika meresmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke 33 Parti GERAKAN di Menara PGRM Pak Lah bersungguh-sungguh mengiakan perkara ini. Seingat saya sebagaimana yang terbit dalam Buletin Utama TV3 Pak Lah berkata:

Kita ada kuasa, kita ada dasar dan kita ada kemampuan untuk terus memerintah

Lalu apa lagi Pak Lah? Jangan sampai sebagaimana lagu Pak Pandir ada mulut diam ada kepala hangguk ada mata pejam (lebih kurang macam tu lah bunyinya)

Tabung Haji



DUIT TABUNG HAJI DISELEWENG LAGI

Tajuk utama Mingguan Malaysia hari ini:

Labur 436 juta beli 2 bangunan yang dinilai cuma RM267 juta. Tabung Haji bayar lebih.

Dilaporkan Tabung Haji telah membeli 2 buah bangunan di Kuala Lumpur iaitu TH Selborn di Jalan Tun Razak dan TH Perdana di Jalan Sultan Ismail jauh melebihi penilaian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik. TH Selborn dinilai RM115 juta tetapi dibeli pada harga RM166.38 juta iaitu lebih 51.38juta. TH Perdana dinilai RM152.92juta tetapi dibeli pada harga RM270 juta iaitu lebih 117.08 juta!

Pendedahan yang memeranjatkan ini telah dibuat di dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Badan-badan Berkanun Persekutuan 2003 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Sekali lagi tabung yang mengumpul duit orang-ramai yang ingin menunaikan ibadat haji di Mekah diselewengkan. Pembelian ini mempunyai unsur-unsur salah guna dan rasuah dan demi kepentingan rakyat dan maruah umat Islam laporan polis dan BPR perlu dilakukan segera.

Harap Ahli Parlimen yang ada terutama AP PAS agar segera membuat laporan pada pihak-pihak berkenaan jangan nak tunggu DAP pulak camputangan.

Cemerlang, gemilang terbilang! Kalau komisen 3% diberikan kepada agen hartanah maka deal ini akan mengaut komisen sebanyak lebih RM12juta!

Saturday, September 11, 2004

Bajet 2005



Bajet 2005 Pintu maksiat masih terkangkang

Selesailah sudah pembentangan bajet 2005 oleh Menteri Kewangan yang juga PM di Parlimen semalam. Dan hari ini pelbagai pihak memberikan komen dan pandangan. Yang menerima manfaat secara langsung pasti akan memberikan komen yang positif.

Dalam bajetnya Pak Lah turut menyentuh industri yang melibatkan tembakau dan arak. Sin taxes atau cukai maksiat menurut setengah-setengah pihak. Umpamanya duti eksais terhadap minuman keras dinaikkan antara 10sen ke RM28 seliter. Manakala duti eksais rokok dinaikkan antara RM58 ke RM81 bagi setiap 1000 batang.

Apakah tujuan dinaikkan duti ke atas arak? Adakah kerana Islam melarangnya atau apa? Anehnya pada hari ini para peniaga di Langkawi bergembira dan berharap dengan kenaikkan ini akan ramailah pengunjung ke Langkawi akan melanggan minuman keras yang bebas cukai di sana!

The Star melaporkan:

The Langkawi Tourism Association has welcomed the higher taxes on cigarettes and liquor announced in Budget 2005 saying it would be a boon for the duty free island resort.

Satu lagi industri maksiat yang tidak tersentuh sejak pembenatangan beberapa bajet sebelum ini termasuklah bajet 2005 adalah industri perjudian yang merupakan antara industri yang paling maju di Malaysia. Kenapa tidak dinaikkan lagi cukai perjudian ataupun gaming tax? Kenapa Pak Lah melindungi industri ini? Apa istimewanya Kumpulan Genting, Magnum, Sports Toto, Pan Malaysian Pool? Sebagaimana PM yang kata orang ada ilmu Islam Pak Lah berkuasa melakukannya jika mahu.

Kalau benar sebagaimana sajak Pak Lah yang kini popular Ku Cari Damai Dihati mahu mencari di mana Al Ghazali. Mahu cari dimana Al Shafiee. Mahu bongkar rahsia kitab suci tapi tak berdaya menutup pintu maksiat dan membiarkan pula ia semakin terkangkang memamah ummah, gelaplah Islam nampaknya!


Thursday, September 09, 2004

Bersangka baik terhadap Anwar


Berasangka baik terhadap Anwar Ramai yang bersyukur ketika mendapat tahu darihal berita pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Reaksi spontan rakyat jelata menunjukkan walaupun telah 6 tahun lebih terpisah dengan DSAI namun simpati mereka terhadap DSAI tetap terbuku dihati. Lalu apabila mendengar berita pembebasan ramailah yang berasa gembira.

Namun dalam pada itu kini lahir pula trend baru yang mula meletakkan syak wasangka terhadap langkah DSAI seterusnya. Ada yang berpendapat lantaran luar biasa sungguh pembebasan beliau barangkali semacam ada pakatan tertentu yang melibatkan pimpinan kerajaan. Mungkinkah Anwar akan kembali kepangkuan UMNO setelah pulang dari Munich nanti? Hatta pengundian online yang dibuat oleh HARAKAHDAILY menunjukkan dari 2607 respondan cuma 59.49 peratus sahaja percaya DSAI akan tetap bersama BA manakala 17.22 peratus percaya DSAI akan kembali ke UMNO.

Apa pun bagi saya setelah melalui pelbagai penderitaan, mehnah, fitnah dan kezaliman yang membabitkan diri dan keluarganya serta rakan-rakan mustahil DSAI akan kembali ke UMNO. Manusia biasa yang bermaruah dan ada harga diri tidak akan kembali ke lubuk yang telah menghina dan menjahanamkan hidupnya. Namun jika ditakdirkan beliau mahu juga berlutut kembali ke UMNO, jelaslah beliau bukan lagi seorang manusia.

Kesimpulannya biarlah kita berpandangan positif dalam hal ini, bersangka baik terhadap beliau yang telah dizalimi dan menderita sekian lama. Kita berdoa semoga beliau akan istiqomah dalam perjuangan ini. Dalam hal ini saya bersama-sama 59.49 peratus di atas.

Wednesday, September 08, 2004

*Disclaimer

Abang Lan takdapat beraksi hari ini
disebabkan ditahan dek dokter.
Sekarang ni tengah berbaring di katil agaknya.

-Ahmad

*Disclaimer

Abang Lan takdapat beraksi hari ini
disebabkan ditahan dek dokter.
Sekarang ni tengah berbaring di katil agaknya.

-Ahmad

Monday, September 06, 2004

Komen Shahrizat pula



Shahrizat bimbang yang haram yang halal tak mengapa Menteri Pembangunan Wanita yang juga ahli parlimen Lembah Pantai berharap agar DBKL memberikan tumpuan penguatkuasaan terhadap pusat-pusat hiburan yang haram di Bangsar dan bukan pada yang berlesen, sebagaimana dipetik oleh akhbar KOSMO hari ini. Ini ekoran arahan baru yang dikeluarkan oleh DBKL agar semua pusat-pusat hiburan di Bangsar henti operasi masing-masing pada jam 2pagi setiap hari.

Bagaimana dengan yang halal dan yang haram disisi agama? Atau mungkin ianya sudah tidak menjadi penting lagi hari ini?

Kata Isa Samad Menteri WP larangan ini perlu ekoran rungutan penduduk Bangsar antara lain kerana kelakuan buruk segelintir pengunjung di Bangsar yang membuang sampah, buang tin kosong dan muntah-muntah depan rumah. Muntah-muntah depan rumah! Teruk sungguh akhlak para pengunjung pusat hiburan di Bangsar ni, sampai muntah-muntah depan rumah orang. Tak mengapa agaknya kerana mereka mabuk-mabuk pun di pusat hiburan yang halal!

Sunday, September 05, 2004

Pusat hiburan Bangsar



Pusat Hiburan di Bangsar perlu tutup jam 2 pagi Tidak tahulah sama ada berita ini sepatutnya menggembirakan ataupun sebaliknya ataupun barangkali lebih melucukan. Menteri Wilayah Perseketuan mengumumkan mulai 15 September ini semua pusat hiburan di Bangsar perlu tutup operasinya mulai jam 2 pagi setiap hari. Kononnya DBKL menerima rungutan masyarakat tempatan yang mengadu akan bunyi bising yang dikeluarkan oleh pusat-pusat hiburan ini.

Manakala pusat hiburan lain dibenarkan beroperasi sehingga jam 3 pagi. Apakah agaknya dibuat oleh pengunjung pusat-pusat ini sehingga jam 2 ke 3 pagi? Pak Menteri tak siasat ke atau buat-buat tak tahu.

Yang pastinya istilah hiburan yang dikaitkan dengan pusat-pusat ini adalah hiburan dalam bentuk muzik samada live ataupun sebaliknya, hiburan sambil meminum arak, hiburan sambil menari-nari berpasang-pasangan samada berlainan jantina ataupun sesama jenis. Demikianlah hiburan yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia yang dalam kes ini cuma di Bangsar sahaja perlu berhenti jam 2 pagi.

Apa bezanya 2 pagi ke 3 pagi? Kalau dah bising pasti bising juga tak kira jam berapa. Siapa yang nak kita kawal dan siapa yang nak kita lindungi sebenarnya di sini. Demikianlah jadinya bila keutamaan kita berubah-ubah, sekejap nak Islam, sekejap nak cemerlang, sekejap nak Hadhari akhirnya kita yang menjadi bahan gelak ketawa.

Sekadar renungan berikut disiarkan petikan artikel oleh Kazi Mahmood dari Islamonline.net di www.islam-online.net/english/news/2000-11/23/article9.shtml


These raids are a little unusual because the religious authorities rarely
dare to conduct raids in Bangsar, which has a mixed population of Muslims,
Indians and foreigners, as well as Chinese. It is also popular for its
nightlife, with the many food stalls selling local dishes.

The pubs are situated only a hundred meters away from the Abu Bakar
as-Siddique mosque. The imam of the mosque is the most vehement critic of
the sale of alcohol in pubs and nightclubs.Police sources say prominent members
of the mosque committee had pressured the authorities to act against the
nightspots.

Pandanglah ke depan



Pandanglah ke depan dengan kebijaksanaan demikianlah tajuk surat Syukran Abdullah yang terkandung dalam ruangan Surat Pembaca akhbar KOSMO. Syukran mengulas isu pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim dan membaca suratnya maka akan fahamlah kita bahawa yang diminta pandang ke depan adalah rakyat Malaysia.

Beliau mengaitkan hubungan Anwar dan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS. Malah beliau menyoal siapa yang lebih memerlukan siapa sekarang? Anwar lebih perlu pada Haji Hadi atau sebaliknya? Dan membuat kesimpulan dengan persolana, tapi adakah mereka mash diperlukan?

Syukran dan beberapa kalangan yang sefahaman dengannya sudah pasti gelisah dengan pembebasan Anwar ini. Maklumlah setelah hamper 6 tahun lebih pihak pemerintah mendera dan menganyiaya beliau tiba-tiba beliau kini keluar sebagai orang bebas. Lanjutan penahanan Anwar jangan kita lupa lunas demokrasi yang diamalkan di Negara kita telah menjadi semakin luntur dan dikekang. Selepas sahaja ditangkap arahan dikeluar melarang segala bentuk ceramah umum. Sehingga ramai yang diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pihak polis kerana kononnya melanggar larangan ini.

Barisan pimpinan PAS kalau kita masih ingat ditembak dengan water canon dihadapan kedutaan AS termasuklah Almarhum Ustaz Fadzil Nor. Bukan Anwar sahaja yang menjadi mangsa sesungguhnya kebebasan, demokrasi dan keadilan turut diperkosa pada waktu yang sama oleh pihak yang memegang kuasa.

Tiba-tiba Syukran boleh menulis saya hanya berharap kita rakyat Malaysia melupai segala peristiwa sebelum era Pak Lah. Kita sudah membuka buku baru. Marilah kita memandang ke depan dengan kewarasan dan kebijaksanaan.

Kesimpulannya memang kita perlu pandang ke depan namun segala kepincangan, penyelewengan, salah guna kuasa, dan pelbagai larangan yang mengekang kebebsan perlulah diperbetulkan, barulah boleh dikatakan bijaksana.

Friday, September 03, 2004

Time to nail the culprit




Time to nail the culprit

One man stands dumbfound upon seeing Anwars miraculous freedom yesterday. Reason being he initiated the charge against Anwar, he took the effort to proclaim to the public, to vilify and ridicule Anwar so that Anwar is seen as guilty long before being charged and tried in an open court. So forceful was he in wanting to exterminate Anwar that the steam of his anger even blinded his IGP then who later retaliated by beating up Anwar who was handcuffed and blindfolded while in detention in Bukit Aman merely to please the boss.

That person is none other than Mahathir Mohamed, the former PM. He gave a grossed statement when asked of his opinion regarding Anwars release:

I am still convinced that I did the right thing. What I assumed he did, I believed he did and as we can see even judges have different opinions.


I have every right to dismiss anybody on mere suspicion.

Ironically the crowd at Putraya Palace of Justice yesterday upon learning of the verdict shouted:

Tangkap Mahathir tangkap!

ROSLAN SMS


Thursday, September 02, 2004

Anwar Ibrahim.......



Anwar Ibrahim - Melonjak Martabat Melayu
Akhirnya dengan takdir Allah swt bebas juga Dato Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat apabila Mahkamah Persekutuan menerima rayuan beliau pagi tadi. Pasti kebesan yang diberikan itu sangat manis bagi Anwar, keluarganya dan seluruh rakyat khususnya bangsa Melayu yang bermaruah.

Tidak ramai pemimpin atau pejuang Melayu yang berani berterusan istiqomah atas kebenaran. Apabila ditimpa ujian lazimnya ramai yang kecundang. Baru digertak sudah menggigil lutut, baru ditahan sudah layu dan longlai. Ada yang memburaikan segala-galanya termasuklah menganiaya kawan-kawan sendiri semata-mata kerana takut ditahan. Namun Anwar berjaya membuktikan yang beliau tidak sekali-kali tergamak menggadaikan prinsip datanglah badai segagah mana pun. Di kenakan konspirasi, dituduh dengan tuduhan mengaibkan, ditahan, diterjang dan berbagai lagi namun beliau tetap bertahan.

Maka akan tersenarai namanya berserta tokoh-tokoh Melayu lain yang terbilang umpama Almarhum Dr. Burhanuddin Al Helmi, Almarhum Ustaz Abu Bakar al Baqir, Allahyarham Ahmad Boestamam dan lain-lain yang masih hidup kini yang walaupun didera dengan ISA namun tidak sekali-kali meninggal dan menggadaikan perjuangan.

Lantaran itulah kerana masih ada pemimpin Melayu umpama Anwar ini maka kita masih boleh berbangga lahir sebagai anak Melayu!


Sekadar coretan.......

SEKADAR CORETAN............
Saya dibesarkan dalam keluarga polis. Namun jiwa remaja saya sentiasa meronta mahu melihat keadaan sebenar yang berligar di luar kepompong itu. Saya sering menjengok dan menyaksikan betapa berbezanya penghidupan di luar. Ketika masih di sekolah rendah, saya mengayuh basikal bergayut di luar pagar kampus dahulunya Institut Teknologi Kebangsaan (kini UTM) Jalan Semarak, melihat para mahasiswa berdemonstrasi, berucap berapi-api, isu kemiskinan di Baling dan seumpamanya.

Saya terpegun, kagum dan jiwa mula memberontak mahu tahu lebih banyak sedangkan usia masih mentah untuk memahami. Alhamdulillah ibu dan ayah tidak pernah mengekang kemahuan saya itu. Kemudiannya saya menjejak ke alam dewasa mula berjinak pula dengan ilmu Islam, keluar masuk masjid, ceramah dan kuliah. Antara pendedahan terawal adalah mendengar kuliah Dr. Harun Din, Dr. Hamid Othman (belum UMNO ketika itu), Allahyarham Sheikh Mokhsein (bekas Mufti WP), Ustaz Ahmad Awang, Allahyarham Pak Hamka dan lain-lain.

Kehangatan ini terus membara lalu apabila melangkah ke alam kampus saya terdedah kepada gerakan Islam dan memahami realiti betapa sukarnya merealisasikan Islam tulen sebagaimana yang pernah dibina oleh Rasulullah saw. Bukan hanya sukar malah mana-mana golongan atau kumpulan yang bersungguh silap langkah akan diambil tindakan.

Saya terus melangkah dalam penghidupan yang serba mencabar dan saya terbabit dengan pelbagai badan siasah lantaran gelombang tekanan dan ketidaktentuan yang mengetuk pintu hidup. Saya bermula dengan PAS kemudiannya Semangat 46, kemudian UMNO dan kini kembali kepada PAS. Betapa banyak pengalaman yang telah ditimba, pelbagai ragam kepimpinan, macam-macam karenah dan kekalutan. Kaki ampu, kaki bodek, penipu, politik periuk nasi, pembelot macam-macam telah saya temui.

Yang jelas sepanjang roda penghidupan ini saya sedari bahawa saya mudah menurunkan pandangan dan pendapat di atas kertas. Malah kalau punya masa dan mood berjela-jela boleh dihasilkan. Saya minat berpuisi, dan menulis terutama darihal isu kemanusiaan dan isu semasa. Lataran itulah mana yang mampu saya manfaatkan untuk perjuangan.

Kesimpulannya melalui pengalaman penghidupan yang penuh warna-warni saya merasakan berkebolehan melihat senario kemanusiaan ini dari kacamata yang lebih luas. Lantaran itu melalui Blog inilah saya mencoret pandangan berdasarkan pengalaman yang dikutip dan kesungguhan mahu melihat masyarakat yang tercinta maju dan jaya dengan menjunjung dan memartabatkan Islam sebagai Ad Deen. Namun saya bersedia menerima teguran, maklum-balas dan kritikan. Terima kasih atas sokongan anda semua.