Thursday, May 20, 2004

Boikot pilihanraya selesaikah agenda kita?

Dalam meniti "upset" PRU ke 11 berbagai saranan, idea dan pandangan diberikan oleh mereka yang concerned dan cintakan perjuangan Islam ini. Dalam banyak-banyak cetusan minda itu terdapat kalangan yang mengusulkan agar PAS boikot sahaja pilihanraya. Dalam erti kata lain oleh kerana sistem pilihanraya yang ada yang diuruskan oleh SPR sudah tidak boleh diyakini lagi maka layaklah proses pilihanraya itu sendiri dipulaukan.

Ini bermakna bila tiba pilihanraya nanti PAS tidak ambil bahagian, biar UMNO BN menang tanpa bertanding dikesemua kerusi, biar rakyat dan dunia lihat keputusan percuma itu kelak sebenarnya bukan kerana UMNO BN itu popular tetapi sebenarnya kerana rakyat sudah tidak yakin lagi kepada ketelusan sistem yang ada lantas PAS memboikotnya.

Soalnya bijakkah langkah demikian?

Apakah kekeruhan sistem ini terlalu mustahil dipulihkan sehingga perlu kita mengambil tindakan drastik sedemikian. Tidakkah taktik penipuan yang digunakan antaranya mengunakan kad pengenalan pengundi muda yang didaftarkan khusus disatu-satu kawasan tumpuan, pemindahan pengundi secara terancang, menghilangkan nama pengundi dan sebagainya ini tidak boleh dikesan, diatasi dan dikawal oleh jentera PAS yang lebih terlatih yang mengunakan sistem yang ada untuk menggagalkan usaha-usaha jahat ini? Berputus-asakah kita terus lantaran kejayaan UMNO BN bersekongkol dengan SPR dan jentera-jentera kerajaan untuk memperdayakan kita sehingga kita terus tidak yakin lagi kepada sistem pilihanraya itu sendiri.

Dalam kita bersungguh mengusulkan idea ini apakah kita telah mengambil-kira kemenangan PAS di 7 kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN, 25 daripadanya di Kelantan yang memungkinkan kita membentuk kerajaan dengan simple majority? Adakah kita turut akan berlepas tangan dan membiarkan kerusi-kerusi yang sudah tentu merupakan hard core PAS bastions ini terlepas secara percuma kepada UMNO? Parlimen Pengkalan Chepa kita menang dengan majoriti 6222 undi dan DUN Tokai di Kedah kita menang dengan majoriti 4179 undi (majoriti terbesar Parlimen dan DUN untuk PAS), bagaimana dengan kerusi-kerusi ini dan banyak lagi yag kita tewas dengan majoriti kecil?

Betul kita keciwa dengan keputusan PRU11 dan manipulasi SPR yang bersekongkol dengan UMNO dan melibatkan jabatan-jabatan tertentu termasuk JPN dan sebagainya, namun kita tidak boleh meluahkan frustration kita dengan terus membakar sistem yang ada. Study the system, overcome the manipulation, bersedia, berjaga, berkawal dan belajar dari kelemahan kita - and then beat the system to win insyallah.

PAS menyertai pilihanraya dalam keadaan sedar dan tahu memang kuasa yang ada akan cuba mengunakan pengaruhnya untuk terus menang dalam apa keadaan sekali pun, lantaran itu kita perlu sentaisa berwaspada dan berkawal namun tidak cepat berputus asa.

Ayuh kita padukan tenaga gunakan network kita yang ada untuk mudah mengesan kemungkinan penipuan ini dan terus kenal-pasti action plan untuk mengatasinya. Tidak guna menangis dan berhiba berterusan namun terus berpeluk tubuh sekadar membakar kelambu yang ada sedangkan pijat senyap bersembunyi di bawah tilam.

Muhasabah PRU 11 (Bahg. 1)

Muhasabah PRU 11 (Bahg. 1)
PRU ke 11 baru lalu banyak membuka lembaran fikiran untuk kita bermuhasabah, menyuluh ke dalam diri dan melihat kelemahan, kesalahan dan kealpaan diri. Segala ini perlu kita perhitungkan untuk membina kekuatan baru bagi menghadapi gelombang PRU berikutnya.
Bila kita menang besar pada PRU 10, 1999 lalu, dapat mempertahankan Kelantan dan menawan Terengganu, kita sungguh gembira dan sangat berbangga. 27 ahli dapat melangkah masuk ke Parlimen dan Presiden parti menjadi Ketua Pembangkang,........pasti Islam akan terus melangkah menang dalam perjuangan. Pasti lepas ini Kedah, Perlis malah Pahang, Perak, Selangor semua akan jatuh ke riba kita, malah kerajaan Pusat pun "within reach".
Kita tak bersalah beranggapan demikian kerana ketika itu realiti yang ada memungkinkan kita bertindak demikian.Masih ingat tak ketika itu sehinggakan orang malu mengenakan badge atau topi atau tshirt dacing, malah anak-anak sekolah pun enggan membawa mineral water BN ke sekolah kerana takut diejek kawan-kawan. Bendera PAS, PKN berkibar dimerata pelusuk termasuklah didesa-desa setinggan yang sebelum ini tidak berani berbuat demikian.
Tetapi dalam kita bergembira, UMNO BN berduka. Orang yang bergembira kadang-kala dia tak ingat hal-perkara lain kerana asyik dalam keseronokan. Orang yang berduka, hilang negeri hilang kerusi, dia akan terus beringat, mengkaji kelemahan dan mengatur strategi.
Disinlah kita terperangkap, sedang kita terus mengejar mimpi, merayakan kejayaan, mengimpikan kemenangan besar berikutnya, si kalah terus mendendam rasa dan memasang langkah. Dalam waktu yang sama realiti semasa terus berlalu hanyut meninggalkan kita. Kes Dato Seri Anwar tidak lagi menggigit perasaan ramai, si Mahathir yang zalim mengosongkan takhtanya - kita masih ditakok lama menyangkakan suasana masih macam PRU 10 juga, walaupun kadangkala kita teringat dan diingat namun kita enggan mahu percaya.
Mustahil Kelantan boleh jatuh, Kelantan kukuh dan akan terus bertahan (betul akhirnya, tapi taklah sekukuh dulu lagi), Terengganu akan terus menjadi milik kita kalau kalah pun sekadar beberapa kerusi sahaja - rupanya kita yang corot dengan 4 kerusi, Kedah akan kita tawan dan demikianlah berikutnya di kawasan-kawasan lain.
Tiba-tiba ditakdirkan Allah swt kita disentap dari tidur yang lena, Kelantan meniti atas jembatan rapuh, Terengganu lupus, Perak, Pahang, Selangor kosong tangan dan Kedah dan Perlis kembali asal.......
Kita menanggis dan bersedih - betul lah SPR diperalat, media diperalat, BN pakai duit, tapi kita????
Artikel ini berikutnya akan memperkatakan isu ini walaupun kadangkala pedih namun inilah masanya untuk kita sedar dan insaf akan kekurangan kita. Mudah-mudahan kita akan mampu membina kekuatan baru dan bersedia dengan lebih rapi pada PRU ke 12 nanti untuk menuntut kemenangan Islam yang dijanjikan Allah swt.
ROSLAN SMS
roslan_s@yahoo.com