Thursday, March 31, 2011

Muhyiddin ajak BN Selangor bermimpi

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin turun ke Selangor, dan melalui perlindungan bangunan-bangunan sekolah bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan beliau melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. Semua janji-janji kerajaan PR adalah pembohongan, katanya.

Beliau menaburkan peruntukkan sebanyak RM3.22 juta kepada 32 sekolah agama bantuan kerajaan di Selangor dan kemudian dsan kemudian RM2.3 juta kepada 2 buah sekolah Cina di Jenjarom lalu mendakwa bahawa tidak seperti PR, inilah bukti komitmen kerajaan BN kepada pendidikan rakyat.

Hairan bagaimana seorang menteri yang mengurus portfolio pelajaran boleh mendakwa segala peruntukkan dari kementerian beliau adalah berhasil dari partinya? Hairan juga lawatan rasmi ke sekolah-sekolah sebagai suatu lawaan kerja akhirnya menjadi kempen politik menyerang parti pemerintah diperingkat negeri dan mengangkat serta melambung partinya sendiri!

Yang paling menarik adalah apabila Muhyiddin mendakwa bahawa BN Selangor sakan menawan 8 kerusi milik PR dalam PRU akan datang lantas menjatuhakn kerajaan PR Selangor.

Sekarang ini BN mempunyai 20 kerusi (DUN Selangor punya 56 kerusi) 18 Umno dan 2 MCA. BN juga melindungi sebuah lagi kerusi iaitu Pelabuhan Kelang yang wakil rakyatnya telah lompat keluar PKR dan mendakwa dirinya Bebas.

BN perlu menang 8 kerusi tambahan untuk mengembalikan kerajaan Selangor dalam pelukannya. Kalau 1 atau 2 kerusi mungkin cita-cita itu bolehlah dikira tidak musthail dicapai, itupun di Kelantan penggal lalu kerajaan PAS kekal bertahan dengan majoriti 1 kerusi. Tetapi nafsu Muhyiddin tertumpu pada 8 kerusi, seolah begitu rapuh sekali kedudukan PAS, PKR dan DAP di Selangor. Benarkah begitu?

Muhyiddin boleh berkata apa sahaja, maklumlah orang kalah. Tetapi hakikatnya saki baki kerusi BN di Selangor itupun goyah dan menunggu masa untuk terus rebah. Ketua Pembangkang DUN Selangor Satim Diman contohnya di DUN Seri Serdang memenangi kerusi berkenaan menewaskan calon PAS dengan kelebihan cuma 45 undi!

Adakah Muhyiddin mengambil kira kerusi Satim apabila beliau bernafsu mahu merampas 8 kerusi itu. Bagaimana pula kerusi DUN Sabak yang Umno menang dengan 117 undi dan DUN Sg Air tawar dengan kelebihan cuma 123 undi?! Jentera PAS bawah panji-panji PR sedang bertungkus lumus di Puchong dan Sabak Bernam sedang mengira hari untuk menawan ketiga-tiga kerusi rapuh milik Umno ini. Itu belum lagi kerusi Morib 286 dan Taman Templer 613 yang PAS juga tewas tipis.

Begitu juga DAP hampir pasti merampas dua kerusi yang ia tewas dalam PRU lalu pada tangan MCA menjadikan kekuatan DAP melonjak dari 13 ke 15 kerusi iaitu DUN Kuala Kubu Bharu (148) dan Sg Pelek (1572). Dalam PRU lalu DAP bertanding 15 kerusi dan cuma tewas dua kerusi ini.

Dan PKR juga hampir pasti merampas kembali Pelabuhan Kelang yang kini diwakili oleh pengkhianatnya, ia bertenaga menawan Kuang yang ia tewas pada Umno dengan 517iundi dan Permatang dengan 608 undi.

Lalu dari mana datang angka 8 Muhyiddin itu? Adakah 8 bermakna Umno nanti cuma dapat bertahan di 8 kerusi sahaja atau bagaimana?

Kita tidak mahu kelihatan terlalu “over confident” memanglah suasana luaran menggambarkan seolah PR tidak stabil tambahan kalah beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini, tetapi diperingkat akar-umbi bagaimana? Umno di Kelantan juga sejak tewas pada tahun 1990 terus menerus naik dan melonjak nafsunya tetapi tidak kesampaian. PRU 1995, 1999, 2004 dan terakhir 2008 Umno terus kempunan walaupun nafsunya besar nak menobatkan dari Anuar Musa kemudian Mustapha Mohammad, Awang Adek sebagai MB, semuanya kecundang!

Pencapian kerajaan PR Selangor adalah sumber kekuatannya. MB, EXCO dan ADUN yang bersih, ikhlas dan lebih mesra rakyat makin menjauhkan BN dari hati rakyat di Selangor. Program-program yang lebih dekat pada hati rakyat umpama program Merakyatkan Ekonomi Selangor, berkesan menawan hati rakyat kebanyakkan. Air percuma, skim warga usia emas, Tabung Warisan Anak Selangor, hadiah masuk university dan lain-lain yang tidak pernah dirasai sebelum ini member peluang kepada rakyat turut menikmati kekayaan negeri yang sebelum ini dibolot oleh pimpinan Umno dan BN negeri.

Muhyiddin perlu akur bahawa rakyat menolak BN dan Umno pada PRU lalu lantaran pincang dan tempamngya pimpinan dan pentadbiran negeri bawah BN dan Umno. Itu suatu fakta yang kekal bersarang di hati rakyat. Rakyat Selangor tidak mudah lupa angkara mereka itu dan ketenangan serta kesejahteraan bawah PR makin mengikis aki baki kepercayaan mereka pada BN dan Umno.

Bermimpilah Muhyiddin dengan 8 kerusi itu, rakyat Selangor insyallah berbangga dengan perubahan yang telah mereka bawa menyelamatkan negeri ini dari tangan gergasi yang ganas dan kotor bselama lebih 50 tahun lalu. Tidak ada sebab mereka mahu mengundang kembali mimpi ngeri mereka. Teruslah bermimpi Muhyiddin.

Wednesday, March 30, 2011

Bertenagakah Majlis Fatwa Kebangsaan?

Malam semalam JK Fatwa Kebangsaan bersidang membincang selara dan sepakat mengeluarkan hukum dan fatwa diremi Menteri di JPM Datuk Jamil Khir Baharom

Malam semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam Datuk Jamil Khir Baharom telah merasmikan suatu persidangan khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang akan bersidang selama 3 hari.

Persidangan itu adalah bagi membincangkan langkah dan usaha bagi menyelaras dan bersepakat dalam mengeluarkan hukum dan fatwa di seluruh Negara. Dalam erti kata lain jika di Selangor contohnya telah difatwakan rokok itu haram maka bagaimana mahu menyelaraskan agar fatwa ini turut terpakai atau dipertimbang di negeri-negeri lain.

Saya kira langkah ini baik tetapi tidak pasti bagaimanakah kesudahannya. Yang tentu perkembangan pengharaman judi di seluruh negeri Kelantan itu suautu kes yang menarik yang seharusnya diperbincangkan juga oleh jawatankuasa ini. Jangan pergi kepada isu remeh temeh. Pergi dan tangani isu pokok yang tidak perlu pun difatwakan tetapi perlu kepada kaedah perlaksanaan dan penguatkuasaan contohnya pengharaman judi, arak dan lain-lain.

Kalau Kelantan haram takkanlah Johor halal?

Kelantan tetap haram judi

Kelantan akhirnya memutuskan jualan loteri “bigsweep” yang dijual di premis selain premis judi (yang telah pun diharamkan sejak 1990) di negeri Seramvi Mekah itu juga haram. Ini menurut pandangan Penasihat Undang-undang Negeri. Sebelum ini berlaku kontroversi apabila beberapa anggota penguatkuasa MPKB-BI (Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam) merampas tiket-tiket loteri “bigsweep” yang dijual di beberapa premis termasuk kedai buku di negeri berkenaan.

Beberapa kalangan telah membangkitkan adakah tindakan pegawai MPKB-BI itu sah dan malah ia dibincangkan diperingkat Pakatan Rakyat. Akhirnya kerajaan negeri memutuskan melalui kenyataan Tok Guru Menteri Besar bahawa isu teknikal ini akan dirujuk kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk ulasan dan pandangan.

Pandangan yang diberikan: tindakan kerajaan negeri itu sah.

Sesungguhnya tidak sia-sialah slogan Membangun Bersama Islam yang didukung oleh kerajaan negeri sejak PAS kemabli memerintah Kelantan pada tahun 1990 dahulu. Semoga Islam terus menjadi pedoman, naungan dan ikutan kerajaan negeri sehingga ia menjadi kebangaan negeri-negeri lain dan akhirnya menjadi ikutan insyallah.

Benarlah firman Allah swt al Ahzab:36 -

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”

An Nisa’ : 65 –

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”

Ikhtiar yang diambil untuk menguatkuasakan pengharaman judi seperti di Kelantan ini bukan tugas dan tanggungjawab PAS sahaja, ia tugas dan tanggungjawab semua. Saya kesal apabila ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam respon spontannya terhadap perkembangan ini menyatakan bahawa tindakan Kelantan itu gopoh (hasty).

Tak mengapalah jika MCA atau Karpal yang tidak diberikan hidayah itu membantah tetapi orang Islam mengapa begitu? Fikir-fikirkanlah.

Monday, March 28, 2011

Mempoliskan pihak tentera

Kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa kerajaan akan menjimatkan berjuta-juta ringgit apabila dilaksanakan koloborasi atau kerjsama antara pihak tentera dan polis memang menarik tetapi perlu diberi penelitian dan kajian mendalam.

Sementara cadangan membenarkan pihak polis menggunakan kem dan kemudahan tentera untuk menjalani latihan bolehlah diterima walaubagaimanapun menyerap para pegawai tentera yang bersara ke dalam polis dan membenarkan pihak tentera menjalani rondaan di sempadan menggantikan polis perlu dilihat dari berbagai sudut.

Kita menghormati sumbangan para pegawai dan anggota tentera kepada Negara selama ini, namun hakikatnya disiplin dan latihan serta persediaan mereka menjadi anggota tentera samada berpangkatb biasa atau pegawai berbeza dengan polis. Tentera sebagaimana kita ketahui didedahkan kepada pengetahuan mempertahankan Negara dalam waktu perang, cemas dan darurat sedangkan pihak polis lebih terlatih dalam pengetahuan menjaga dan mengawal keselamatan Negara dalam waktu aman selain juga dalam hal-hal tertentu semasa darurat.

Kita bimbang sekiranya tiada latihan dan persediaan yang cukup, tentera yang mengambil-alih tugas polis itu nanti akan menjalankan tugas seolah Negara dalam susasan perang, sudah pastilah nanti ia bakal merumitkan dan merashkan urusan rakyat, sesuatu yang tidak kita perlukan.

Langkah memindahkan banduan tertentu ke kem-kem tentera bolehlah masuk akal atas alasan menyediakan tempat-tempat tahanan dan penjara terlalu tinggi kosnya. Barangkali dalam hal ini ia lebih praktikal dan boleh diterima. Tetapo]i mempoliskan tentera adalah sesuatu yang kita mesti timbang baik-baik, kegagalan berhati-hati akan mengakibatkan Negara aman menjadi seolah Negara tentera.

Syabas WIFI percuma di Pualau Pinang

Saya mengalu-alukan kenyataan Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng bahawa WIFI percuma yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Piinang dengan kerjasama PDC itu bakal meliputi seulurh negeri Pulau Pinang tanpa meminggirkan kawasan pembangkang yang diwakili BN.

Kenyataan ini berbeza dengan kenyataan ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini yang mengatakan liputan WIFI itu tidak melibatkan tiga kawasan diwakili ahli parlimen BN (ada saya ulas dalam satu posting di sini).

Menurut Guan Eng kerajaan negeri akan membelanjakan sejumlah RM8.5 juta bagi menyediakan pasarana ini sekaligus menjadikan Pulau Pinang satu-satunya negeri di Malaysia yang memberikan akses WIFI percuma kepada seluruh rakyatnya. Sudah pastilah melalui kemudahan ini nanti kerja-kerja penerangan kerajaan negeri dapat dilancarkan bagi mengatasi kekangan akibat monopoli media arus perdana oleh kerajaan BN diperingkat pusat.

Sekurang-kurangnya nanti segala aktiviti dan pengumuman kerajaan negeri dapat diakses rakyat secara percuma melalui webtv, laman web dan portal berita. Tahniah Pulau Pinang.