Monday, July 11, 2016

Kelantan perkenalkan pakaian menutup aurat

Dalam akhbar NST hari ini EXCO Kerajaan Tempatan Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood menjelaskan bahawa para pekerja wanita yang beragama Islam yang bekerja di restoran-restoran makanan segera dan hypermarket di negeri berkenaan akan diwajibkan mengenakan pakaian menutup aurat bermula tahun hadapan.

Menurut EXCO berkenaan para pengusaha di industri ini telahpun mengadakan sesi perbincangan dengan kerajaan negeri dan bersetuju dengan syarat baru ini. Mereka akan diberi peluang merancang jenis pakaian yang bersesuaian untuk para pekerja wanita Islam masing-masing namun tidak diwajibkan ke atas para pekerja wanita bukan Islam.

Yang bukan Islam dinasihatkan agar berpakaian sopan.

Langkah seumpama ini akan menjadikan kerajaan negeri Kelantan sebagai kerajaan yang pertama yang memelihara kebajikan para pekerja Islamnya agar menepati peraturan agama.

Sudah pastilah langkah yang baik ini wajar diberikan sokongan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik. Semoga langkah ini dapat dituruti oleh kerajaan negeri yang lain kerana isu dan permasalahan agama adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing.

Sementara itu NST turut mendapatkan pandangan rakyat negeri berkenaan yang rata-rata bersetuju dengan peraturan baru ini.

Ia melaporkan:

Shop assistant Mohamad Hafiz Shukri, 22, said some female workers had been seen wearing tight and “sexy dresses”. “I support the move by the state government. It will stop men from gawking at the workers and committing sin.” Housewife Siti Aisyah Saifuddin, 30, said the state government should have enforced the ruling a long time ago. “After all, it is in line with the state motto of moving forward with Islam (Membangun Bersama Islam).” A convenience store worker, who declined to be named, lauded the ruling, saying that currently, workers at the store had to put on arm sleeves to cover their aurat as the uniforms provided were short-sleeved. “It is not only troublesome to wear the arm sleeves, but we have to fork out our own money to buy them,” she said.

Yang penting seluruh masyarakat Islam tidak kiralah samada di Kelantan mahupun luar Kelantan perlu mengalu-alukan langkah ini disamping mempertahankan hak majoriti umat Islam untuk mengamalkan agama mereka sebagaimana yang terjamin di dalam Perlembagaan Negara.

Jangan ada mana-mana pihak yang mempertikaikan inisiatif ini kerana ia merupakan tuntutan agama dan hak umat Islam.

Syabas kerajaan negeri Kelantan.