Tuesday, March 31, 2009




Jom pakat sumbang ke arah kemenangan PAS di Bukit Gantang. Bagi mereka yang sudi dan ikhlas membantu, sumbangan kewangan boleh disalurkan ke "Tabung Dana Pilihanraya" CIMB Islamic - nombor akaun: 1449-0000017-10-4.

Diselaraskan oleh Bendahari PAS Pusat. Selamat menyumbang.
Sang al Gojo menunggu isyarat dalam Umno

Sebagaimana yang ramai jangka rupanya tak cukup dengan kemenangan besar dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, kini sang al gojo sedang sibuk menajamkan sabitnya. Terbukti hari ini anggota Lembaga Disiplin Umno, Megat Najmuddin Megat Khas dipetik sebagai berkata bahawa beberapa pemegang jawatan tinggi Umno kini disiasat ekoran aduan berlaku amalan politik wang.

Ramai yang mengandaikan bahawa saki-baki yang masih setia pada mantan Presiden Dollah Badawi akan dikikis dan dicantas tanpa belas kasihan semuanya. Bukankah yang paling berkuasa adalah Lembaga Disiplin Umno, lihatlah apa yang telah berlaku kepada Tok Ali. Dulu Isa Samad menerima nasib yang sama, baru sahaja menang jawatan Naib Presiden terus dihukum “tembak”!

Tidak mustahil kini giliran Khairy Jamaluddin atau mungkin juga Azeez Putra Umno.

Porak-perandalah rumah tangga Umno angkara kegelojohan sang al gojo. Yang menang belum tentu selesa menang, yang kalah dendam kesumatnya terus membara. Dengan kemasukan semula “Wira Umno” Tun Dr M, ramai yang akan dicantas lehernya. Tun perlu kononnya untuk menstabilkan parti dan membantu menstabilkan ekonomi Negara, tapi kata Tun beliau akan masuk apabila syarat-syaratnya dipenuhi. Apakah syarat-syaratnya itu?

Megat Najmuddin dipetik oleh MStar sebagai berkata:

"Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya). Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak,"

Lalu siapakah mangsa sang al gojo kali ini? Sama-samalah kita tunggu, sebagaimana sama-sama kita perlu tunggu untuk melihat siapakah yang akan dilantik sebagai PM oleh SPB dalam waktu terdekat ini.

Monday, March 30, 2009

Jumlah bilangan yang hadir pun ditipu…….


Ramai termasuk saya hadir menyaksikan perhimpunan sempena proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi parlimen P.59 Bukit Gantang di Taiping semalam. Memanglah setiap kali berlaku pilihanraya kecil, maka masing-masing ahli dan penyokong akan memastikan yang kumpulan merekalah yang paling ramai hadir pada hari berkenaan. Kejayaan menggembeling kehadiran ramai merupakan satu kejayaan psikologi sekurang-kurangnya membuktikan kepada rakyat bahawa parti mereka serius dan akan didokongi oleh jentera yang besar untuk memenangi pilihan raya berkenaan.

Dari pandangan kasar semalam ternyata mereka yang hadir di belah PAS jauh lebih besar dari di belah BN.

Jadi pagi ini saya sengaja menyelak lembaran akhbar-akhbar saluran perdana untuk melihat bacaan mereka masing-masing. Seronok juga kalau kita lihat angkanya, bagi mereka yang hadir sudah pasti dapat meneka mana satu laporan yang tepat, yang “cari makan”, yang menipu dan sebagainya.

The Sun - BN 2,000 PAS 10,000
Berita Harian - BN 10,000 PAS 10,000
Utusan Msia - BN 10,000 PAS 10,000
NST - 30,000 BN dan PAS
Sinar Harian - PAS 10,000

Nampaknya kebanyakan lebih cenderung menyamakan sahaja bilangan seperti BH, Utusan dan NST. Agaknya kalau lapor PAS lebih dari BN, mungkin ada yang marah-marah dan tidak mustahil diambil tindakan oleh itu untuk menyelamatkan diri, walaupun hakikatnya mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku, himpunkan sahaja satu jumlah, dan laporkan sama rata.

Memang kehadiran semalam tidak memastikan kemenangan pada hari mengundi 7 April nanti, tetapi sekurang-kurangnya pegamal media mestilah memberi laporan yang tepat dan benar. Mereka bertanggungjawab kepada pembaca dan rakyat. Atau memang mereka begitu dan akan terus begitu, iaitu melaporkan menurut selera “tuan politik” mereka, kerana yang pentingnya adalah “tuan politik” mesti dilihat menang walaupun hakikatnya dibenci dan ditolak rakyat.

Selamat datang ke dunia kebebasan akhbar di Malaysia.

Sunday, March 29, 2009

Pagi bersejarah di Taiping

Suasana di sekitar padang Esplanade berhadapan Wisma Perbandaran Taiping pagi tadi sungguh meriah. Ternyata Taiping, bandar lama yang bersejarah itu menjadi tumpuan para pemerhati politik dan penyokong kedua-dua parti khasnya BN dan Pakatan Rakyat pagi tadi kerana di sanalah berlaku proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang.

Calon PAS Dato Ir Nizar Jamaluddin akan berhadapan dengan calon BN-UmnoIsmail Saffian dan calon Bebas Kamarul.

gambar MStar
Para penyokong BN berhimpun di sebelah sana padang berhampiran Kem 9 Rejimen Renjer manakala penyokong PAS-PR berhimpun di sebelah sini padang berhampiran bukit yang menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah. Malang bagi BN tempat mereka menghadapi matahari naik manakala tempat PAS terlindung redup oleh bukit dan pohon-pohon di sekitanya. Kata sahabat-sahabat kita di sana, pengundian untuk tempat berhimpun sahaja sudah memenangkan PAS.

Saya melihat kehadiran penyokong PAS-PR pagi tadi begitu meriah dan besar sekali. Kawan-kawan dari bangsa Tionghua dan India tidak segan-segan mengenakan t-shirt, lencana PAS selain simbol DAP dan PKR bagi menyatakan sokongan terbuka masing-masing. Bermula dari awal pagi jumlah yang berada di sebelah PAS besar bilangannya dan menghampiri jam 11 pagi ia sudah membusung padat dengan bukit berdekatan seakan “grandstand” stadium penuh dan sendat dengan penyokong-penyokong kita yang sama-sama sabar dan berdisiplin menunggu pengumuman SPR kira-kira jam 11.20 pagi untuk mengesahkan penerimaan kertas dan pertandingan antara ketiga-tiga pihak.

Bendera bulan hijau putih meriah terkibar dan para penyokong tidak penat bersorak, bertakbir, bersama-sama. Kalau bilangan penyokong menjadi kayu pengukur, PAS menang berlipat-kali ganda.

Calon PAS diiringi masuk ke dewan oleh pimpinan PAS yang diketuai Presiden Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin dan lain-lain pimpinan PR.

Di tempat para penyokong kita berhimpun saya sempat berjumpa dan berbual dengan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, yang sibuk melayan kehadiran melaut rakyat jelata. Saya sempat berbual panjang dan minum pagi dengan seorang lagi AJK PAS Pusat Ustaz Dato Abu Bakar Chik. Terserempak juga dengan ramai pimpinan dan rakan-rakan lain. Tidak ketinggalan EXCO, ADUN dan MP PAS Selangor antaranya Iskandar Samad, Dr Halimah, Dr Shafee, Khasim Abd Aziz, Dr Rani, Khalid Samad dan lain-lain. Juga ada di sana tokoh veteran kita Ustaz Hassan Shukri. (Ini di luar dewan, di dalam pimpinan kanan lain bersama Presiden dan Timbalan Presiden).

Saya dapat merasakan semangat dan keyakinan mereka yang hadir pagi tadi terhadap kemampuan calon kita, namun semangat dan keyakinan sahaja tidak boleh membawa kejayaan tanpa kerja kuat yang mampu mempengaruhi pemikiran dan selera majoriti pengundi.

Kita perlu bekerja kuat dengan penuh disiplin, mengikut arahan parti pada setiap waktu dan ketika. Kerja kita memujuk dan meyakinkan rakyat, bukannya berkasar dan agresif yang tidak akan membawa sebarang hasil. Ini bukannya tempat untuk melepaskan geram atau menunjukkan bongkak, itu bukan amalan kita.

Selain itu jangan putus-putus berdoa dan bermunajat kehadrat allah swt, moga-moga kerja ikhlas dan niat baik kita ini memperoleh barakah dan redha Allah swt.

Ya Allah menangkanlah PAS di Bukti Gantang!

(Insyallah mudah-mudahan begitu juga di Bukit Selambau dan Batang Ai)

Saturday, March 28, 2009

Pastikah Najib menjadi PM baru hujung minggu hadapan?

Perhimpunan Agung Umno telah pun berakhir. Pimpinan barunya telah pun dipilih. Jika tiada aral melintang, beberapa hari lagi Presiden barunya Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai PM yang baru mengantikan Dollah Badawi. Jalan menuju ke Putrajaya tampak jelas buat Najib, tetapi saya tertarik juga dengan susunan ayat yang terbit dari ucapan Dollah semasa menggulung perbahasannya kali terakhir selaku Presiden Umno. Kata Dollah:

Saya akan menghadap Yang Dipertuan Agung untuk memaklumkan peletakkan jawatan saya dan jika diberi perkenan, Datuk Seri Najib akan menjadi Perdana Menteri

Walaupun jalan ke Putrajaya hampir pasti buat Najib, namun ayat “jika diberi perkenan” yang digunakan oleh Dollah itu boleh silap-silap membuakkan peluh jantan. Menurut Dollah beliau akan mengadap Tuanku pada hari Khamis 2 April ini untuk memohon perkenan perletakkan jawatannya, tetapi di sana tiada jaminan yang Najib pasti akan diberi perkenan menggantikan beliau.

Bukankah Tuanku juga yang pernah menolak Idris Jusoh sebagai MB Terengganu selepas PRU lalu? Apa jaminan yang Tuanku kali ini tidak akan berbuat perkara yang serupa atas alasan yang Tuanku fikirkan wajar.

Benar artikel 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Tuanku boleh melantik seorang Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang calon dari Dewan Rakyat yang pada pandangan Baginda mampu mempunyai kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan. Berkemungkinan jika Tuanku melaksanakan tugasnya dalam hal ini seorang dari Umno akan Tuanku lantik sebagai PM.

Tetapi apakah Tuanku hanya wajib melantik Najib?

Di Terengganu (dan juga selepas itu di Perlis) BN telah pun mengemukakan Idris Jusoh sebagai calon MB tetapi atas sebab yang Tuanku fikirkan wajar, Idris ditolak dan sebaliknya Ahmad Said menjadi pilihan Tuanku. Bolehkah perkara yang sama juga berlaku dalam perlantikkan PM baru nanti?

Menurut artikel 40 (2) (a) undang-undang tertinggi Negara iaitu Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa budibicara (discretion) kepada Tuanku dalam hal perlantikan Perdana Menteri. Ini merupakan kuasa mutlak Tuanku, oleh itu Tuanku berhak menerima perletakkan jawatan Dollah Khamis ini namun dalam waktu yang sama berhak pula menolak Najib dan memilih calon lain selain Najib!

Ini mungkin angan-angan sebahagian kita tetapi dengan kuasa yang ada dan berdasarkan pengalaman yang lepas tidak mustahil ia boleh berlaku!

Apa sebab tuanku mahu menggunakan kuasanya menolak najib, itu hanya Tuanku yang tahu, tetapi apa pun atas dasar itulah saya percaya maka Dollah tidaklah terlalu ghairah menobatkan Najib lagi sebagai PM. Kerana itu kuasa Tuanku, dan setakat ini tiada jaminan bahawa Tuanku akan akur begitu sahaja.

Setakat ini memang kebanyakkan pihak khasnya rakan-rakan Umno dari kalangan group Najib/Muhyuddin menjangkakan yang peralihan kuasa dari PM ke PM baru, dalam hal ini dari Dollah ke Najib akan berlaku secara licin menjelang Khamis ini, tetapi mengambil kira peruntukkan yang disebutkan di atas, kita belum pasti melainkan menunggu juga Khamis ini.
Ke mana Umno dan ke mana PAS selepas ini?

Perhimpunan Agung Umno ke 59 tamat petang ini namun klimaks yang ditunggu oleh kebanyakkan pemerhati sudah pun selesai. Klimaks yang dimaksudkan adalah proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti berkenaan. Timbalan PM Najib Tun Razak telah pun dinobatkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden Umno yang ke 7 dan secara langsung bakal naik sebagai PM Malaysia yang ke 6.

Politik wang terus menyerang tubuh Umno yang sudah longlai dan tenat dengan penyakit kronik berkenaan. Sebelum perhimpunan kita telah menyaksikan betapa Lembaga Disiplin Umno yang bertindak selaku mahkamah dan badan disiplin tertinggi parti berkenaan menjatuhkan hukum ke atas mereka yang dikatakan telah terlibat dengan amalan kotor ini. Ada yang digugurkan haknya dari bertanding, ada yang digantung dan ada pula sekadar menerima amaran.

Rata-rata ramai yang terlibat ternyata tidak berpuas hati dengan keputusan lembaga berkenaan sehingga ada yang diberitakan akan mengambil tindakan terhadap Umno sehingga memungkinkan perhimpunan yangs edang berlangsung ini nanti diisytiharkan tidak sah kerana mereka yang didapati bersalah terus diberikan hak untuk mengundi. Malah ada pihak yang mahukan lembaga itu sendiri dibubarkan kerana mempertikaikan hukumannya.

Walaubagaimanapun proses pemilihannya telah pun selesai, yang menang kini sedang melonjak penuh gembira meraikannya manakala yang kecundang sedang meratapi kekalahan mereka.

Yang jelas pimpinan yang terpilih walaupun ramai muka baru namun masih ada yang memiliki rekod dan imej yang tercalar dan mencurigakan. Mujurlah beberapa yang memiliki rekod dan imej seperti itu gagal dipilih tetapi ada juga yang terlepas dipilih. Ada yang pernah disiasat mencabul kehormatan wanita, ada yang pernah berbelanja berjuta ringgit untuk merebut jawatan sebelum ini dan ada yang pernah terlibat dalam memalsukan kelulusannya sendiri. Apa pun itulah barisan kepimpinan Umno yang telah dipilih oleh ahli-ahlinya sendiri.

Najib Tun Razak dalam ucapannya merasmikan Persidangan Wanita , Pemuda dan Puteri Umno Selasa lalu ada menyebut; “ Safkanlah kepada saya sekumpulan pimpinan yang ampuh dan padu. Bariskanlah kepada saya satu pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan lagi berdedikasi”, dan inilah yang beliau dapat. Apakah Umno mampu mentranformasi partinya yang teruk terluka pada PRU lalu? Apakah Umno mampu bangkit, berjuang untuk rakyat dengan bersih, telus dan bermaruah? Atau apakah ia akan terus karam kerana tidak mampu belajar dari pengalaman yang lepas-lepas?

Sehubungan dengan itu PAS terkehadapan dalam aspek melahirkan pimpinan yang berkualiti dan bertaqwa. Dalam ia terus bertarung dan bersaing dengan Umno, musuh politik tradisinya, PAS semakin terserlah diterima masyarakat dengan saf kepimpinan yang disenangi dan disegani. Umat Melayu dan Islam semakin hilang harapan pada Umno yang nazak angkara wabak politik wang yang tidak kebah-kebah itu. Kualiti kepimpinannya semakin corot dan merosot, manakala akhlak mereka terus dipertikai.

Kini yang mereka nampak di hadapan hanyalah PAS yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat. Oleh itu PAS perlu bijak menggunakan kesempatan ini dan terus meyakinkan rakyat akan kemampanan dan kemampuannya untuk mengambil teraju dalam menjuarai cita-cita perjuangan ummah, membela rakyat dan melahirkan sebuah Negara yang adil dan saksama.

Hari ini yang harus diberikan tumpuan dan keutamaan adalah mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, sekali lagi pertarungan terbuka PAS dan Umno, bagi membuktikan yang PAS lah kini pilihan ummah, bukan lagi Umno. Dan dalam pada itu pada bulan Jun nanti giliran PAS pula untuk memilih saf kepimpinannya. Jangan kita ulangi kesilapan Umno. Kita bebas dari politik wang dan perlu kekal begitu kerana rakyat kenal kita begitu. Kita selama ini berjaya melahirkan saf kepimpinan yang berkualiti dan bertaqwa dan kita perlu kekal begitu kerana rakyat kenal kita begitu.

Bersungguh-sungguhlah bekerja mempertahankan Bukit Gantang (selain membantu rakan-rakan di Bukit Selambau dan Batang Ai) dan terus istiqamahlah mengenggam perjuangan ini, kerana selepas ini insyallah giliran kita pula menggantikan Umno.
Besarnya jiwa mereka yang bersabar

Pada usia 40an tahun ini sudah pastilah banyak pengalaman yang diharung sepanjang bertatih dan berjalan, jatuh bangun dalam hamparan dunia yang serba mencabar dan berliku-liku ini. Pengalaman pahit, pengalaman manis, pengalaman yang berguna, pengalaman yang menyayat hati, semuanya ditempuh, kadangkala suka ataupun tidak kerana dunia ini bukan kita yang bikin tetapi dicipta, diatur dan ditentukan oleh Allah swt jua.

Pepatah Melayu yang popular bagi mereka yang bersedia terjun ke kancah perjuangan adalah “Kalau takut dilambung jangan berumah di tepi pantai”, memang sejak mengambil keputusan masuk ke medan ini lebih dua dekad lalu saya sentiasa menyediakan diri untuk menanggung risiko dan kesusahan kerana yakin dan percaya pada prinsip dan dasar pejuangan yang saya galas. Namun oleh kerana kita ini bukan malaikat tetapi manusia yang serba lemah dan kurang, maka kadangkala walaupun kita cuba bergarang mengagahkan diri ada juga ketika kita jatuh terperosok, sejuk ketakutan, gusar, kecewa dan berhiba keseorangan.

Tambah apabila yang kita rancang tidak menjadi, apabila yang kita harap menghampakan, apabila yang kita percaya mengecewakan, apabila yang kita sayang tergamak meninggalkan kita.

Ketika suasana demikian kita merasakan seolah kita keseorangan. Kita mungkin boleh marah, tenggelam dalam kedukacitaan yang sangat-sangat. Kalau hilang punca maka berakhirlah perjuangan ini. Tiada lagi sandaran pada kebenaran yang merupakan titik tolak perjuangan ini.

Kerana itu walaupun sukar dan susah dalam suasana sedemikian kita diajar BERSABAR. Saya teringat semasa di kampus dahulu seorang “senior” saya pernah menasihatkan saya di waktu minggu orientasi: “Kalau anda tidak suka melihat apa yang dilakukan orang terhadap anda hari ini nanti apabila tiba giliran anda jangan ulangi perkara yang sama”. SABAR memang suatu perkataan yang besar, ia adalah senjata dan ubat yang dicipta Allah untuk merawat mereka yang duka dan hiba, menempuh cabaran dan kesusahan dalam perjuangan.

Allah swt berfirman dalam surah al Baqarah : 153:

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

Walaupun sukar kita perlu sentiasa berlapang dada, berjiwa besar, kalau berhadapan dengan suasana sukar angkara bikinan lawan lebih-lebih lagi kawan, kita disyorkan berkebajikan dengan memaafkan, walaupun mungkin yang mencederakan kita tidak sedar yang tindakan mereka itu tidak berasas dan tidak bersandarkan fakta. Bayangkan ganjaran syurga menunggu kita, subbhanallah.

Allah swt berfiman dalam surah Ali Imran ayat 133-134

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Maaf, saya sengaja melontarkan cetusan hati dalam posting kali ini sebab bagi saya ia suatu terapi, luahan seperti ini membuka sedikit keringanan dan terubatlah jua hati yang duka namun insyallah tidak akan mati melainkan dipanggil Allah swt. Mudah-mudahan ia juga terapi bagi mereka yang dalam situasi yang sama.

Apa lagi yang kita tuntut dalam perjuangan ini selain redha Allah swt. Mudah-mudahan kita semua beroleh kurniaan Nya, dipermudahkan hidup kita dan sejahtera kita apabila berjumpa dengan Nya kelak di dunia yang kekal abadi. Berkejar-kejarlah kita untuk mendapatkan tawaran Nya iaitu sebaik-baik pembalasan yang tidak mampu dikecapi dan dicapai di atas dunia yang sementara ini.

Benarlah firman Allah swt:

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh. (Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.

(Al ankaabut: 58-59)


Terus berjuang atas landasan yang benar ini, insyallah.

Friday, March 27, 2009

PAS jangan jadi macam Umno

Pagi tadi seorang rakan yang tegar Umno nya menghubungi saya. Beliau memaklumkan saya bahawa proses pemilihan Umno telah berjaya menghapuskan semua kumpulan Pak Lah kecuali dua orang. Saya sememangnya tidak berminat pun untuk tahu berapa kumpulan yang ada dalam Umno dan siapa pula ketua-ketua kumpulannya, tetapi sekadar melayan kawan saya yang semua calon-calonnya tewas belaka semalam saya bertanya siapakh dua orang itu? Kata beliau KJ (Khairy Jamaluddin) dan Aziz Putra Umno.

Kalau benar katanya, bermakna gandingan Najib dan Muhyuddin akan memiliki laluan mudah untuk melangsungkan agenda mereka. Lalu saya bertanya lagi siapakah orang-orang Pak Lah yang kalah itu. Kata kawan saya semua 5 MB yang kalah itu bukankah MB-MB Pak Lah belaka, Ahmad Said (Terengganu), Mohd Hassan (NS), Isa Sabu (Perlis), Adnan Yaakob (Pahang), Ghani Othman (Johor). Ada pula yang dikecundangkan sebelum pun dapat berlawan seperti Ali Rustam. Shahrir Samad, juga kata beliau orang Pak Lah yang ditolak.

Sememangnya suasana pemilihan Umno kali ini paling tegang dan panas. Sehinggakan pihak polis terpaksa dikerahkan untuk mengawal keadaan, dan seluruh dunia dapat melihat betapa anggota RELA pun terpaksa dinaikkan atas pentas untuk mengawal pimpinan Umno. Secara peribadi tidak pernah dalam hidup saya melihat keadaan sedemikian berlaku dalam pemilihan Umno.

Ada laporan mengatakan tukang-tukang kempen calon MT ada yang tolak-menolak dan terpaksa dileraikan. Ganas sekali mereka dalam mahu menjual dan memenangkan calon-calon mereka, lalu tak mustahillah dalam pilihanraya-pilihanraya kecil mereka mampu untuk lebih mengganas lagi.

Itulah Umno. Bahana politik wang terus mencengkam budaya mereka sehingga apa sahaja peradaban dan nilai boleh dokorbankan demi menaikkan pimpinan yang mereka mahu.

Sahabat saya seorang penulis reformis terkenal Sdr Dinsman pernah menulis sebuah buku bertajuk “PAS jangan jadi Umno” sejurus selepas PRU 1999. Dalam buku itu beliau melahirkan kebimbangan tentang trend dan budaya buruk dalam Umno, takut-takut akan meresapi PAS dan kelak juga menyerang parti Islam ini. Katanya PAS mesti mengekalkan perbezaannya yang memang ketara berbanding dengan Umno. Jika itu tidak dapat dipertahankan, PAS boleh sahaja jadi mcam Umno.

Mudah-mudahan PAS yang bakal mengadakan Muktamarnya yang ke 55 Jun ini akan membuktikan yang ia terus konsisten sebagai sebuah parti dan gerakan Islam yang ulung dalam Negara ini. Tiada bergasak-gasak dan tolak-menolak kerana berebut jawatan. Usahanya seperti termaktub dalam perlembagaan parti Fasal 6. (2):

“Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.”

mestilah terus dipertahan dan dikekalkan. Sekiranya semua pihak ikhlas dan komited, insyallah kita tak akan jadi macam Umno malah akan terus kukuh mengambil-alih kepimpinan ummah demi menjamin masa depan agama, bangsa dan Negara.

Thursday, March 26, 2009

Amanat terakhir Dollah: Jangan sekat kebebasan rakyat

Sebentar tadi Dollah Badawi menyampaikan ucapan terakhirnya sebagai Presiden Umno. Timbalannya Najib Tun Razak baru sahaja diisytiharkan sebagai Presiden Umno yang baru.

Saya tertarik dengan ucapan akhir Dollah yang bagi saya tidak secara langsung mengkritik “style” kepimpinan Najib dan “team”nya yang bakal mengisi kekosongan Dollah dan konco-konconya. Dollah berpesan bahawa Umno tidak akan mencapai kegemilangannya kiranya kaedah lama digunakan oleh parti itu. Menyekat kebebasan rakyat dan menyekat hak mengkritik bagi Dollah adalah taktik lama yang jika digunakan hari ini akan mengakibatkan Umno menggali kuburnya sendiri!






Bolehkah Najib menerima pesanan bekas bosnya itu?

Harakah baru sahaja dijatuhkan hukuman digantung selama 3 bulan. Tidakkah ini juga sebahagian dari kaedah lama, iaitu menutup mulut para pengkritik? Apakah Najib akan berani menarik balik arahan “kuku besi” ini atau terus membiarkan ia begitu sahaja.

Rakyat diluar hari ini mengkritik Umno secara terang-terangan. Sebut sahaja rasuah dan salah-guna kuasa, jari rakyat akan menuding ke arah Umno, lalu dalam keadaan begitu mampukah Umno kembali ke zaman kegemilangannya dahulu?

Kini Umno dinakhodai Najib, kemanakah mahu di bawanya Umno ini? Kalau tiada beza dari yang lepas-lepas, maka jelas Umno sudah menghampiri ke hujung usianya. Terus berebut untuk dapatkan jawatan, belakangkan kemahuan rakyat, sekat kebebasan mereka untuk bersuara dan mengritik, jika begitu juga, maka layakhlah Najib menjadi Presiden terakhir buat parti yang sudah semakin susut dan pudar relevannya kepada masyarakat dan Negara.

Selamat jalan Dollah, terima kasih.

Wednesday, March 25, 2009

Apabila Harakah dihukum gantung.............

Perjalanan Timbalan Presiden Umno, Najib Tun Razak menuju ke persada takhta tertinggi Umno yang datang dengan kerusi tertinggi kerajaan iaitu jawatan Perdana Menteri sudah semakin hampir. Beliau hanya perlu membilang dengan jari sahaja hari-hari yang dimaksudkan itu.

Suka atau tidak rakyat Malaysia terpaksa menerima beliau sebagai PM Malaysia yang ke enam. Soal beliau bakal menyeret bersamanya bebanan dan puaka apa sahaja, itu sudah dijangka oleh seluruh rakyat yang prihatin.

Dalam erti kata lain Najib perlu melalui proses membina semula imejnya yang tercalar dan tersumbing akibat pelbagai skandal, kerana Malaysia dalam keadaan gawat ini tidak memerlukan seorang PM yang bermasalah. Rakyat akan melihat dan menatau beliau dengan penuh teliti dari hari pertama beliau menjejak langkah ke tempat yang pernah dipanasi kerusinya oleh arwah ayahnya itu.

Namun berdasarkan perkembangan beberapa hari kebelakangan ini Najib seakan tidak mengendahkan aspek berkenaan. Malah beliau lebih selesa mengunakan ancaman dan cengkaman, sesuatu yang pasti memudaratkan rekod beliau di masa depan.

Penggantungan Harakah selama 3 bulan berkuatkuasa Isnin lepas adalah suatu petunjuk betapa bengisnya Najib apabila berhadapan dengan mereka yang merupakan batu penghalang terhadap kepimpinan beliau. Dalam hal ini saya lebih berminat melihat dari aspek kebebasan media dan hak bersuara. Mungkin pada pengamatan pihak KDN, ada artikel dan pemberitaan Harakah yang agak keterlaluan atau ekstrim. Soalnya mengapa tidak difokuskan pada artikel atau pemberitaan itu. Panggil Editor Harakah untuk memberi penjelasan, siapakah yang bertanggungjawab, apakah motifnya. Memang Negara kita punya undang-undang dan semua pihak termasuk Harakah perlu patuh pada undang-undang dan peraturan.

Akan tetapi ianya mesti dilaksana dengan adil. Jangan kerana nyamuk keparat yang seekor, maka dibakar hangus kelambu yang ada!

Meng “gam” Harakah seperti ini hanya mencetuskan tandatanya dan syak wasangka rakyat yang akhirnya meledak pada kemarahan dan tidak puas hati. Kalau Najib benar mahu memulakan era kepimpinannya dengan permulaan yang baik, sewajarnya beliau berjiwa lebih besar. Harakah didirikan atas keringat dan airmata ahli-ahli PAS, ia kini sudah mampu berdiri sebagai akhbar alternatif yang ternama dalam pasaran. Meminjam senikata M.Nasir dalam salah sebuah lagunya: Lihat dunia dari mata burung, bukan dari bawah tempurung”, mungkin Najib perlu berbuat sesuatu.

Hak kebebasan dalam Negara adalah bersyarat dan ia bukan mutlak, hakikat ini diakui oleh semua. Tetapi syarat yang dimaksudkan mestilah dilaksanakan dengan penuh adil dan saksama. Kita diwajibkan bertalipinggang keledar ketika memandu, sesiapa yang mengambil risiko, jika ditahan maka akibatnya akan disaman oleh pihak polis. Itu kaedahnya, tetapi janganlah kerana tidak bertalipinggang keledar maka kereta disita atau pemandu dihukum sebat!

Monday, March 23, 2009

Nizar calon PAS di Bukit Gantang

Setelah bersidang hampir 3 jam pada sebelah petang, Presiden PAS sebentar tadi mengisytiharkan Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang. Penamaan calon akan diadakan Ahad ini manakala hari mengundi adalah pada hari Selasa 7 April 2009.

Dengan itu teka-teki siapakah calon PAS telah terjawab. Sudah pastilah keputusan meletakkan Nizar sebagai calon PAS adalah pilihan terbaik yang difikirkan oleh pimpinan PAS Pusat.

Oleh itu sekarang masanya untuk kita bekerja. Apa pun PAS perlu menang dalam pilihan raya kecil ini bagi memastikan yang rakyat terus di belakangnya dan Pakatan Rakyat. Kejayaan mengekalkan kerusi ini nanti dengan izin Allah adalah indikasi bahawa rakyat menolak “politik pintu belakang” yang diamalkan BN Perak, dan rakyat terus mahu berkerajaankan kerajaan Pakatan Rakyat di sini.

Marilah kita semua bekerja bersungguh-sungguh memastikan kejayaan PAS, Pakatan Rakyat dan Nizar pada 7 April nanti.
Mara ke Bukit Gantang

Malam ini Presiden PAS akan mengumumkan calon PAS yang akan bertanding menentang calon Umno-BN dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang. BN telah pun mengumumkan nama calonnya. Penamaan calon dijadualkan pada hari Ahad 29 Mac ini. Dan pertarungan di Bukit Gantang nanti dikira sengit.

Apa pun PAS perlu menang PRK ini.

Suasana di Perak hari ini sebagaimana kita semua tahu adalah tegang. Walaupun kehidupan rakyat berjalan seperti biasa namun kemelut perlembagaan dan politik masih berligar dan menghantui hati dan perasaan semua rakyat. Kini ada dua MB di Perak, dan rakyat terus tertanya-tanya. Tuntutan agar diserahkan kembali mandate kepada rakyat untuk membuat keputusan setakat ini tidak diendahkan.

Tiba-tiba Allah swt mentakdirkan berlaku satu pilihan raya kecil juga. Bukan kerana ada wakil rakyat melompat tetapi kerana wakil rakyat meninggal dunia, lalu terpaksa sama ada suka atau tidak diadakan juga satu PRK. Apa “significant” PRK ini?

Dari segi politiknya, sekurang-kurangnya rakyat Perak diberi peluang untuk menyuarakan isi hati mereka. Mereka mahu dewan negeri dibubarkan agar mereka boleh memutuskan siapa yang mereka mahu memimpin negeri ini, tetapi permintaan itu tidak dilayan, kini PRK ini membuka peluang bagi mereka merakamkan suara hati itu.

Jika BN kalah juga sebagaimana mereka kalah berturut-turut dari Permatang Pauh sehingga ke Kuala Terengganu bermakna, mereka sudah tidak ada harapan untuk pergi lebih jauh lagi. Dan di Bukit Gantang jika ini berlaku, mesejnya rakyat tidak mengiktiraf “politik pintu belakang” yang menaikkan Dr Zambry sebagai MB BN.

Kerana itu penting bagi PAS , seluruh pimpinan pendukung dan penyokongnya memberikan tumpuan dan bekerja bersungguh-sungguh sehingga dapat mempertahankan bukit bertuah ini. Biar kita menghantar isyarat yang jelas kepada pihak BN dan semua pihak lain yang berkaitan yang merestui “politik pintu belakang” di Perak ini.

Hanya rakyat di Bukit Gantang yang dapat menebus kembali kuasa dan maruah rakyat yang dinodai oleh “politik pintu belakang” yang dimaksudkan.

Begitulah juga halnya di Bukit Selambau dan di Batang Ai, PKR atas nama Pakatan Rakyat perlu juga menang di sana. Calon kita akan diumumkan malam nanti, sudah pasti ianya calon yang difikirkan oleh pimpinan sebagai yang terbaik untuk memenangkan parti. Marilah kita semua membantu beliau untk memenangkan parti. Kalau kita boleh di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh mencapai prestasi yang sama di Bukit Gantang. Ayuh kita ke sana!

Thursday, March 19, 2009

Apa itu “unity government”

Macam-macam berlaku dan timbul sejak kebelakangan ini. Sedang kita bersedia bagi menghadpi PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, berbagai cerita panas dan menarik tersingkap di depan mata kita.

Ada yang menyeronok dan menguntungkan kita, ada juga yang menyedihkan dan meletakkan kita dalam keadaan serba-salah dan cemas. Apapun sesungguhnya perjuangan ini penuh cabaran, hanya yang istiqomah dan sabar sahaja yang akan berjaya mengharunginya hingga ke penghujung jalan.

Isu “Unity government” nampaknya terus menarik minat ramai. Ia tidak diulas terus oleh pencetusnya iaitu Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang kerana berada di luar Negara. Saya percaya sejurus beliau pulang, insyallah beliau akan memberi ketyerangan dan ulasan lanjut dengan harapan idea beliau yang ikhlas dan baik itu dapat difahami dan disokong oleh semua pihak.

Berikut apa yang saya sendiri faham dan difahamkan berhubung perkara ini:

“Unity government” atau gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang tidak pernah terbentuk dalam sejarah politik Malaysia sebelum ini oleh itu tidak adil bagi mana-mana pihak untuk membuat perbandingan dengan mana-mana situasi dan kerjasama politik dalam sejarah Negara, kerana ia belum pernah wujud.

Ianya bukan bermaksud komponan Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP menyertai BN dan membentuk satu kerajaan melalui BN, bukan juga PAS menyertai Umno atau BN, tetapi ia suatu gagasan yang baru yang bertujuan mahu menghadapi kemelut ekonomi dunia dan cabaran perpaduan Negara dengan satu nada dan nafas agar rakyat dan Negara tercinta ini dapat selamat dan Negara betuah ini menjadi bumi yang sejahtera buat semua.

“Unity government” yang diilhamkan adalah sebuah kerajaan yang dibentuk oleh semua parti, mungkin dalam hal ini kerajaan yang didokong bersama oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sekaligus meniadakan sama-sekali parti pembangkang di Parlimen atau Dewan-dewan Undangan Negeri. Semua pihak diberikan saham untuk memerintah dan memimpin Negara ini bersama.

Dalam suasana demikian adalah diharapkan kerajaan “Unity government” itu nanti akan bersama mencetuskan reformasi dan perubahan terhadap seluruh sistem kehidupan masyarakat dan Negara agar dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan Negara yang adil dan saksama buat semua. Inilah yang telah berjaya diperkenalkan oleh “Unity government” di zaman Presdien BJ Habibie di Indonesia yang kekal dinikmati kebaikannya sehingga sekarang di Negara berkenaan.

Inilah juga yang sedang diusahakan bersama oleh dua puak yang berterusan bertelagah, iaitu Fatah dan HAMAS di bumi Palestin.

Atas gagasannya yang besar dan mulia itu, “Unity government” ini sudah pasti tidak boleh berdiri dengan sendiri. Ianya perlu dokongan semua pihak , bukan sekadar PAS dan Umno malah seluruh komponan BN dan Pakatan Rakyat, semuanya perlu memberikan persetujuan dan komitmen. Kerana itu ianya bukan suatu kerja yang mudah namun tidak mustahil dicapai kiranya kita semua ikhlas dan bersedia meletakkan kepentingan agama, bangsa dan Negara mengatasi kepentingan peribadi dan politik masing-masing.

Dengan penuh ikhlas dan jujur Presiden PAS mengenengahkan idea ini untuk difikir, dikaji dan dipertimbangkan oleh semua pihak.

Rakyat telah mengangkat dan meletakkan kita semua sebagai pemimpin, dalam kemelut suasana ekonomi yang tidak menentu dan perpaduan yang goyah ini, mereka sudah pasti mengharapkan jalan keluar yang baik dan bermakna buat semua. Tiada siapa yang mampu menerokai jalan itu melainkan kita semua yang telah mereka angkat sebagai pemimpin. Oleh itu idea Presiden PAS ini adalah suatu cadangan, suatu jalan keluar yang sewajarnya difikirkan oleh semua.

Ia boleh diterima, boleh dikritik dan boleh ditolak oleh sesiapa sahaja, apa pun sekurang-kurangnya ia telah dicetuskan dalam realiti suasana politik dan ekonomi yang sememangnya genting dan mencabar buat semua.

Wednesday, March 18, 2009

Umno semakin kacau, PAS menunggu dengan penuh harapan

Umno ternyata semakin celaru. Kata Pengerusi Lembaga Disiplin Umno calon Timbalan Presiden Umno yang juga Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dilarang bertanding merebut jawatan nombor dua parti itu kerana telah didapati bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno apabila ejen-ejennya terlibat dalam politik wang.

Walaubagaimanapun ia tetap ahli Umno dan jawatan Ketua Menterinya tidak tergugat.

Apabila ditanya apa bezanya kes Azalina Othman dan Norza Zakaria yang sedang disiasat dan Norza di dakwa oleh SPRM, Ku Din berkata itu kes jenayah, ini kes etika Umno. Bermakna politik wang ataupun menggunakan wang dan pengaruh untuk membeli kuasa dalam Umno, walaupun sama busuk baunya dengan rasuah, ia masih boleh diterima dalam Umno.

Jika anda menggunakan wang untuk membeli kuasa, sebagaimana didakawa ke atas Ali Rustam, anda sekadar hilang kelayakan untuk bertanding, namun segala jawatan dan keahlian parti masih kekal ditangan anda! Itulah Umno.

Tetapi Norza yang telah pun didakwa di mahkamah, tidak pula hilang kelayakannya untuk bertanding, ajaib!

Selain itu dalam kes Naib Ketua Pemuda Umno, beliau juga disiasat dan didapati bersalah melanggar peraturan disiplin yang sama, namun hukumannya sekadar amaran, tidak seperti Ali, Khairy berhak juga bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno. Dalam hal ini kata Ku Din:

Just because the case is the same does not mean the punishment must be the same. It must fit the crime.

Hanya kerana kesnya sama tidak bermakna hukumannya juga perlu sama. Ia mesti setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Lalu dengan panjang lebar Ku Din menjelaskan darihal tahap kesalahan menurut kes jenayah (berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas pendakwaraya) walaupun beliau sendiri mengatakan bahawa kesalahan di bawah lembaga disiplin hanyalah melibatkan tataetika dan bukannya jenayah!

Kalau benar sukar mengaitkan Khairy dengan pertuduhan terhadap beliau, mengapa tidak bebaskan beliau dan isytihar tidak ebrsalah sebagaimana Khir Toyo, mengapa mesti didapati bersalah tetapi diberi amaran? Mudah-mudahan ia bukan kerana kedudukan dan pertalian darah Khairy dengan orang tertentu………….

Apa pun rumah tangga Umno semakin bergelora. Ada yang menganggap dengan tertendang keluarnya Ali, maka harapan Muhyiddin kini cerah. Pencabar tunggal yang tinggal iaitu Mat Taib dikira bukan lawannya. Ada yang menyatakan Mat Taib mungin kalah teruk sehingga “hilang wang pertaruhan” dan ada pula mengatakan tidak mustahil dengan perkembangan ini, Mat taib sanggup memberi laluan percuma kepada Muhyiddin dengan syarat beliau beroleh “imbuhan” yang berpatutan.

Sementara itu peluang Khairy untuk merebut jawatan nombor satu pemuda dikira terjejas dengan keputusan Lembaga Disiplin ini. Walaupun dibebaskan dengan amaran, tetapi ramai yang akan menganggap bahawa Khairy diberi layanan istimewa semata-mata kerana pertalian darahnya. Akibatnya Khairy akan ditolak perwakilan. Begitu juga dengan harapan Khir Toyo, walaupun bebas, didapati tidak bersalah, namun peluang beliau tidak sebaik Mukhriz yang langsung tidak ada pertuduhan terhadapnya.

Mungkin perwakilan akan melihat Mukhrizlah yang terbersih antara ketiga-tiga calon yang bertanding itu.

Kalut sungguh rumah tangga Umno, dan mungkin akan semakin kalut semakin hampir tarikh perhimpunan mereka nanti. Segala perkembangan ini tidak langsung membantu memulihkan imej Umno yang teruk terjejas pasca PRU ke 12 lalu. Malah Umno akan semakin dipandang rendah dan dilihat terus akan gagal dalam memperjuangkan nasib dan masadepan Melayu/Islam.

Semoga apa yang tersingkap di depan mata kita ini akan menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua umat Melayu/Islam dalam Negara. Para pengundi di Bukit Gantang khasnya, lihatlah dengan mata kepala anda sendiri, akan apa yang sedang dilalui Umno ini. Masanya sudah tiba untuk kita berhijrah kea rah kebaikan. Meminjam kata-kata Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim, bekas Ketua Umno bahagian PJS:

PAS bukan lagi parti alternatif bagi Umno, tetapi PAS hari ini adalah satu-satunya pilihan terbaik buat orang-orang Melayu/Islam.

Ayuh kita berubah ke arah kebaikan. Ayuh kita meneruskan perjuangan keramat ini melalui PAS. Jumpa anda di Bukit Gantang insyallah.

Tuesday, March 17, 2009

Rasuah politik terus menjahanamkan Umno dari dalam

Baru sahaja beliau dikatakan kononnya mendahului para pesaingnya bagi merangkul jawatan nombor dua dalam Umno, tiba-tiba Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam jatuh tersungkur, kecundang. Lembaga Disiplin Umno sebentar tadi menggugurkan kelayakan Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno kerana dikatakan telah terlibat dalam rasuah politik atau dalam istilah Umnonya: politik wang.

Sampai bilakah barah berpuaka ini akan susut dari tubuh Umno? Ia nampak semakin membusung dan memunahkan tubuh Umno yang semakin tenat dan lesu itu.

Pendedahan ini membuktikan bahawa rasuah untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan masih diamalkan dalam parti Melayu ini. Ia diperangi sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi namun nampaknya ia semakin hidup, makin dirawat, makin menular, makin diubati makin memamah sampai ke tulang sumsum.

Ini juga bermakna negeri Melaka yang bersejarah itu kini berketuakan seorang pengamal rasuah. Dimanakah SPRM? Kalau kes 46 ekor lembu di Selangor, mereka boleh ligan MB Selangor sampai ke lubang cacing, mengapakah dalam kes rasuah yang diakui Lembaga Disiplin Umno ini berlaku, mereka tiba-tiba bagaikan batu diam membisu?!

Dalam penyiasatan Lembaga Disipili parti berkenaan, calon Ketua Pemuda Umno, yang juga menantu Dollah Badawi juga didapati salah mengamalkan politik wang, namun bagi beliau, sekadar diberi amaran dan masih layak untuk terus bertanding.

Dengan pengguguran Ali ini, calon Timbalan Presiden, Muhyuddin Yassin dijangka akan memperolehi kemenangan selesa memandangkan pencabar yang tinggal hanyalah bekas MB Selangor, Mat Taib, yang dikira tidak mampu menyaingi ketokohan Muhyuddin. Mat Taib sendiri memiliki rekod yang tercalar, yang bakal menghancurkan harapan dan masa depan poltiknya.

Sunday, March 15, 2009

Apabila Tun mula melatah

Tun Dr Mahathir Mohammad walaupun telah lama meninggalkan kerusi empuk PM namun terus mampu meraih publisiti dan kadangkala terus mampu mengundang kemarahan orang. Dengan rekod memegang tampuk nombor satu Negara lebih 2 dekad sudah pastilah sentuhan jari dan tapak tangannya berada hampir disetiap inci bumi dan pentadbiran Negara, kerana itu beliau terus menganggap dirinya relevan walaupun kadangkala ramai yang tidak lagi berpandangan begitu.

Saya perhatikan Tun kebelakangan ini sudah kurang tajamnya. Kalau dahulu ngaumannya mampu memberi impak kepada suasana, kini ianya walaupun lantang tetapi dikira tumpul, bagaikan ngauman perkasa tetapi dari harimaun tua yang patah tarin dan haus kukunya.

Dua perkara yang beliau ulas kebelakangan ini menampakkan hakikat itu. Pertama dalam isu PPSMI. Program yang membangkitkan kemarahan ramai ini diperkenalkan dizaman beliau. Lalu hari ini apabila rakyat keluar ke tengah jalan menyatakan bantahan secara terbuka, siapa lagi jika tidak beliau yang bangkit mempertahankannya. Tun tidak dapat menerima tentangan rakyat terhadap dasar beliau, dan itulah Tun, tidak pernah mahu kalah.

Tetapi yang menampakkan kelatahannya adalah apabila Tun menyerang mereka yang berarak ke tengah jalan-raya menyatakan bantahan kepada kerja tangan beliau.tempoh hari. Kata beliau mereka yang berarak itu kebanyakkannya menikmati keuntungan dari pendidikan bahasa Inggeris. Soalnya siapakah yang menentang pendidikan bahasa Inggeris? Saya yakin tidak ada seorang pun yang hadir pada hari itu yang menentang pendidikan bahasa Inggeris.

Cuma Tun sahaja dahulu yang bersikap keterlaluan. Apabila dilihat mutu penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar merosot, Tun telah memperkenalkan PPSMI sebagai penyelesaian. Itu yang silap. Itu yang ditentang. Bukannya bahasa Inggeris itu sendiri.

Sudahlah Tun masa anda telah jauh berlalu, sekarang bukan sahaja mereka yang hadir berhimpun secara aman hari itu, malah kalangan pimpinan Umno yang anda pernah pimpin pun hari ini menentang PPSMI. Cara Tun melompat dan menyerang secara rambang menampakkan betapa beliau benar-benar sudah semakin “out of touch” khsusunya dalam isu ini.

Keduanya dalam akhbar hari ini, sekali lagi Tun mahu menumpang ulas, berkenaan isu besar iaitu“Unity Government” atau kerjaaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS baru-baru ini. Kata Tun ianya tidak perlu iaitu kerajaan campuran BN-PAS. Tun menerkam bagaikan harimau lapar tetapi malangnya tidak tepat dan tersasar. Siapa pula yang mencadangkan kerajaan campuran BN-PAS? Apa yang dicadangkan adalah kerajaan perpaduan tanpa pembangkang iaitu antara BN dan Pakatan Rakyat. Sebab-musababnya telah banyak saya ulas sebelum ini.

Kenapa Tun jadi phobia dan cuba menyerang PAS pula?

Unity government ini pun sekadar lontaran untuk keluar dari kemelut politik dan bahana ekonomi yang melanda. Biarlah yang celik dan berkuasa yang membincangkannya, Tun rasanya sudah tidak berapa sesuai, tambahan maklumat pun tak betul.

Eloklah Tun berihat dahulu. Takut-takut jika banyak sangat mengaum, harapan anaknya untuk merangkul takhta Ketua Pemuda Umno pun tergugat. PPSMI beliau telah gagal dan kerajaan campuran ini bukan masalah beliau. Janganlah beliau dalam kedudukan sebagai negarawan melatah tak menentu, nanti yang susah bukan Negara dan rakyat tetapi diri beliau juga. Yang lepas kita lupakan ayuh kita berkayuh menuju muara di hadapan.
Menulis dengan penuh tanggungjawab

Kes beberapa insiden menghina Sultan Perak di alam maya sedang dibicarakan di beberapa mahkamah. Saya akui tindak-tanduk pihak istana khasnya di Perak dalam suasana kemelut politik di sana kelihatan tidak digemari dan tidak dapat diterima oleh kalangan rakyat. Mereka kecewa dengan perkembangan yang berlaku, tidak undang-undang dalam mana-mana Negara di dunia yang melarang seseorang berperasaan kecewa.

Walaubagaimanapun kita perlu berhati-hati, jangan sampai menyalurkan kekecewaan kita itu dalam bentuk yang melanggar undang-undang yang ada.

Saya sendiri sejak menceburkan diri dalam penulisan di alam maya ini sejak para PRU 1999 dan ber “blog’ sejak 2004 sangat mementingkan hal ini. Sebagai penulis kita perlu menulis dengan penuh tanggungjawab. Kita berhak menyuarakan isi hati kita tetapi jangan sampai menghina apalagi memfitnah dan menjatuhkan maruah seseorang. Pandangan saya ini mungkin tidak dikongsi bersama oleh beberapa penulis dan blogger lain, tetapi biarlah, saya hidup dengan diri dan cara saya. Yang penting saya menulis dengan niat untuk membawa dan menarik masyarakat ke arah dasar dan cita-cita perjuangan saya. Saya memikul amanah dan perlu beramanah dalam melaksanakan tugas itu.

Saya tertarik membaca laporan NST pagi ini berhubung persidangan undang-undang e-peguam di Kuala Lumpur semalam bertajuk “Blogging and Law”.

Dalam laporan itu peguam Nizam Bashir Abdul Kariem menjelaskan bahawa sebarang penulisan para blogger yang mencederakan nama baik dan maruah seseorang lain dikira fitnah dan boleh didakwa. Jumlah pampasan yang boleh diperolehi oleh mereka yang maruahnya tercalar itu tertakluk kepada taraf dan kedudukan seseorang..

Pokoknya kita perlu berhati-hati. Berani menulis bermakna kita juga berani memikul tanggungjawab atas penulisan itu. Saya di sini insyallah berani memikulnya.

Tidak dinafikan saya sendiri memiliki pengalaman tercedera maruah dan nama baik apabila ada para blogger yang cenderung mencampakkan nama saya sebagai bahan mensensasikan tulisan mereka. Memang saya dan keluarga sedih dengan “kebiadapan” tulisan mereka itu, sekurang-kurangnya sekarang saya tahu hak saya dan tidak akan teragak-agak menuntutnya jika ia berulang.

Apa pun mudah-mudahan perkembangan ini mendewasakan kita semua. Gunakan kepakaran dan minat kita untuk manfaat perjuangan, biar lebih ramai menyokong dan bersama perjuangan kita bukan sebaliknya.

Saturday, March 14, 2009

BN tak akan guna pembangunan “mee segera” di Bukit Gantang


Siang tadi Timbalan Pengerusi BN Najib Tun Razak telah pun mengisytiharkan calonnya yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang yang penamaan calonnya pada 29 Mac ini. Calon BN dari Umno adalah Ismail Safian, bekas ketua Penerangan Umno bahagian.


Sekarang tinggal giliran PAS untukmengumumkan calonnya yang akan mewakili Pakatan Rakyat.

Setelah kalah dua kali berturut-turut dalam pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, sudah pastilah BN mahu memastikan ia tidak kalah lagi. Lantas dalam ucapannya di Taiping tadi Najib menyatakan bahawa dalam kempen kali ini BN tidak lagi akan memunggahkan projek-projek pembangunan seperti dahulu. Kali inirakyat katanya perlu membuat keputusan, jika mahu pembangunan maka pilihan mereka adalah BN.


Memang sebelum ini jika ada sahaja pilihan raya kecil maka BN akan menabur projek-projek pembangunan ala “mee segera”. Ia bukan rasuah atau sogokkan kata mereka, ia sekadar melaksanakan program yang telah dirancang. Puluhan juta kerja-kerja pembinaan jalan-raya dan jalan kampung, baik pulih bangunan dan sekolah serta rumah ibadat, pembekalan subsidi peralatan termasuklah mesin jahit, basikal, atap zink, pakaian malah di dalam satu pilihan raya kecil di Pahang dahulu, cermin mata percuma juga diberikan kepada rakyat dari perkampungan orang asli!


Berupayakah BN mengekang nafsunya sehingga tidak bergantung pada pembangunan “mee segera” ini? Entahlah, pokoknya ikrar ini diberikan oleh bakal PM Najib sendiri. Jika berbohong beliau maka itulah jenis PM yang bakal mentadbir Negara kita ini. Mari sama-sama kita saksikan nanti.

Punah apabila terbuka tidak bertempat

Ada pandangan yang mengatakan di Malaysia ini kita harus bertolak-ansur, kalimah ALLAH itu bukan hak eksklusif kita, ia patut dibenarkan diguna oleh mana-mana agama pun. Itu membuktikan keterbukaan kita. Walaupun ada ulamak yang berpandangan bahawa suasana setempat tidak memungkinkan ia dibenar melainkan mengundang fitnah dan kekeliruan.


Ahhh…..itu ulamak ortodok. Minda tertutup, serbannya terlalu ketat sehingga otaknya tidak mampu berfungsi dengan baik.


Kalaulah agama ini logik akal semata-mata……..

Kerana itu Saidina Ali r,a menidakkan. Katanya kalau agama terbina atas logik akal semata-mata niscaya khauf (stokin kulit) itu disapu pada tapaknya.


Kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat betapa mudahnya ia dikelirukan (dan dipersenda serta dipermain). Berkunjung sahaja ke Malaysia Today di http://mt.m2day.org/2008/content/view/19151/84/

dan berikan pandangan anda. Kerana taksub dengan polemik ini ada dikalangan mereka secara terang-terangan mempermain-mainkan kesucian agama kita.


Tiada lagi hormat atau segan, kerana apa kerana kita yang membuka pintu pagarnya!


Sila baca komen berikut yang dimuatkan dalam laman web berkenaan:

Chew on this ... Just an analogy but it speaks of ignorance, just the same.

A couple, Ahmed and Layla, preparing for their wedding, meet with
their Mullah for counseling. The Mullah asks if they have any last
questions before they leave. Ahmed asks, "We realize it's tradition in
Islam for men to dance with men, and women to dance with women. But, at our
wedding reception, we'd like your permission to dance together."

"Absolutely not," says the Mullah. "It's immoral. Men and women always
dance separately."

"So after the ceremony I can't even dance with my own wife?"

"No," answered the Mullah, "It's forbidden in Islam."

"Well, okay," says Ahmed, "What about sex? Can we finally have sex?" "Of
course!" replies the Mullah, "Allah Akbar! (GOD is great) Sex is OK within
marriage, to have children!"

"What about different positions?" asks the man.

"Allah Akbar! Mafi Mushkila (no problem)," says the Mullah. "Woman on top?"
Ahmed asks.

"Sure," says the Mullah. "Allah Akbar. Go for it!"

"Doggy style?"

"Sure! Allah Akbar!"

"On the kitchen table?"

"Yes, yes! Allah Akbar!" "Can I do it with all my four wives together on
rubber sheets with a bottle of hot oil, a couple of vibrators, leather
harnesses, a bucket of honey and a porno video?"

"You may indeed. Allah Akbar!" "Can we do it standing up?"

"No, absolutely not!" says the Mullah."

"Why not?" asks the man.

"Because that could lead to dancing!"

Agak-agaknya apa pula ulasan dan alasan mereka yang heboh berkeras mahukan keterbukaan yang tak bertempat?

MB dan EXCO Selangor isytihar harta pada rakyat


MB dan EXCO yang lalu bagaimana?


Esok Jumaat 13 Mac, 2009 akan melakar sejarah pentadbiran kerajaan di Selangor, malah seluruh Negara. Esok Menteri Besar dan EXCO-EXCO Selangor akan masing-masing mengemukakan senarai aset mereka untuk tontonan umum. Esok di laman web kerajaan negeri Selangor, seluruh harta pimpinan kerajaan Selangor akan didedahkan untuk pengetahuan umum.


Tuanku Sultan Selangor dalam titah ucapan Baginda semasa merasmikan persidangan DUN Selangor baru-baru ini telah mengarahkan agar MB dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat Selangor berbuat demikian bagi membuktikan ketelusan masing-masing.


Kerja mengisytiharkan aset ini suatu amalan biasa akan tetapi ia tidak pernah dibuka sebegini sehingga menjadi tontonan umum, ia mencipta sejarah. Biasanya ia sekadar untuk makluman pemimpin dan pihak tertentu sahaja. Dan kesediaan kerajaan Selangor berbuat demikian itu juga sejarah yang harus dikenang dan dibanggakan oleh warga Selangor.


Tan Sri Khalid, Dato Dr Hasan Ali, Theresa Kok dan lain-lain semuanya akan mendedahkan harta dan aset masing-masing esok. Kesediaan ini sebagai bukti bahawa mereka bersih dan tiada apa yang mahu mereka rahsiakan dari pengetahuan rakyat.


Syabas!


Tetapi kita rakyat Selangor berhak juga tahu, bagaimana dengan aset dan harta kerajaan sebelum ini.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo sebelum 8 Mac 2008 lalu adalah Menteri Besar Selangor. Beliau menjadi MB Selangor selama 8 tahun setelah meninggalkan kariernya sebagai doktor gigi. Begitu juga EXCO-EXCO nya Fatah Iskandar, Rahman Palil dan lain-lain, bertahun-tahun sebagai EXCO. Apakah tidak wajar mereka juga mengisytiharkan aset masing-masing sebagaimana MB dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat.


Sudah pasti kita berhak tahu sejurus hilang kuasa pada 8 Mac lalu berapa banyakkah harta yang ada pada tangan mereka masing-masing. Jika ada peningkatan luar biasa, biar rakyat selidik dan lihat sendiri. Jangan kita asyik mencabar orang lain tetapi kita sendiri mengaut untung dalam gelap.


Kerajaan hari ini mesti bersih dan telus tetapi ini tidak bermakna yang kerajaan yang lepas boleh lolos bebas begitu sahaja. Kalau mahu kaji dan selidik kerajaan kini, kita kaji dan selidik juga MB dan EXCO-EXCO

yang lepas, barulah adil namanya.

(Ini adalah cubaan)

Hapuskan PPSMI





PPSMI atau “Pembelajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris” telah diperkenalkan oleh kerajaan bawah pimpinan bekas PM Tun Dr Mahathir pada tahun 2003 lalu. Ia diperkenalkan dahulu kononnya untuk memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan para pelajar. Bahasa Inggeris dikatakan bahasa dunia, dan gagal menguasainya dengan baik akan mengakibatkan anak-anak kita tercicir dalam mengejar ilmu dan kemajuan serta bersaing dengan dunia luar.

Ketika pelancarannya dahulu ramailah pak hangguk dan kaki ampu yang mengiakannya walaupun hakikatnya mereka tahu impaknya terlalu besar terhadap para pelajar khususnya anak-anak Melayu secara keseluruhannya. Kita tahu dahlah penguasaan matematik dan sains secara umumnya lemah dikalangan anak-anak Melayu, dan sepatutnya penguasaan ilmu inilah yang ditekankan, tetapi sebaliknya anak-anak Melayu yang sedia lemah itu dibebankan pula dengan kewajiban untuk menguasai bahasa Inggeris bagi memahami ilmu yang mereka sudah kebelakang itu.

Sementara itu segelintir anak-anak Melayu yang memang baik pemahaman mereka terhadap ilmu sains dan matematik turut juga terbantut semangatnya apabila mereka perlu pula menginggeriskan ilmu yang mereka kuasai itu. Masalah yang serupa juga ditanggung oleh anak-anak di sekolah Cina.

Kita akui menguasai bahasa Inggeris itu adalah penting. Bahkan kita ada sabjek bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Mengapa tidak diperkukuhkan sabjek ini. Jika perlu tambahkan jam pembelajarannya. Rombak dan pertingkatkanb kurikulumnya. Sepatutnya begitu dan tidak dengan menginggeriskan sabjek lain kononnya untuk memperkasakan bahasa ini, karut!

Kini sudah hampir enam tahun PPSMI ini djolokkan ke dalam tembolok anak-anak kita. Pengasasnya pun sudah bersara, penggantinya pun akan bersara dalam beberapa minggu, pengganti kepada penggantinya pula entah macam mana. Akhirnya nasib kita terkontang-kanting begitu.

Cukuplah kita melahirkan seribu- satu alasan. Yang pentingnya di sini PPSMI ini perlu dihapuskan, kembalikan status quo pra 2003. Kalau perlu sangat penguasaan bahasa Inggeris itu dipertingkatkan, cari cara lain.

Jika anda prihatin tentang perkara ini, jika anda rasa terpanggil untuk turut melibatkan diri dalam berusaha menghapuskan PPSMI ini, ayuh kita bersama melangkah ke Istana Negara esok Sabtu 7 Febuari 2009. Kita solat zohor bersama di Masjid Negara dan dari sana dengan badan GPM atau Gerakan Mansuhkan PPSMI kita berarak secara aman ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum rakyat kepada SPB Yang Dipertuan Agung, Raja dan penguasa yang mengawal dan memelihara adat-istiadat Melayu dan agama Islam.

Semoga perjuangan kita ini berolah kejayaan, insyallah.

Thursday, March 12, 2009

Mengapa perlu cemburu dalam penggunaan kalimah ALLAH

Perbahasan berkenaan kontroversi penggunaan kalimah “ALLAH” oleh non Muslim di Malaysia terus mendapat perhatian. Pihak kerajaan telah membuat pendirian dan kes ini juga sudah sampai ke peringkat mahkamah untuk diputuskan.

Walaupun berbagai hujah diketengahkan oleh para ulamak termasuklah Tok Guru Nik Abd Aziz, Tok Guru Hj Abd Hadi dan terakhir Ustaz Taib Azamuddin di parlimen namun malangnya masih ada dikalangan sesama kita yang masih tidak dapat menerima mengapa kawalan perlu dikenakan terhadap penggunaan kalimah ini dalam Negara.

Sukar apabila kita tidak dapat menerima hujah mengapa perlu berbeza antara di sini dan di sana. Mengapa kalau di Timur Tengah boleh, disini tidak? Lebih sukar kalau kita menyangka pandangan kita sahaja yang terbaik manakala pandangan yang lain termasuklah yang lebih berilmu dari kita longgar dan tidak relevan.

Semalam saya terbaca satu artikel di dalam akhbar The Sun yang saya kira meneguhkan pandangan dan pendirian para ulamak yang saya sebutkan di atas. Ia sangat dalam dan bermakna dan sangat baik untuk dibaca dan dipertimbangkan. Ianya ditulis oleh Naib canselor USM Tan Sri Prof Dr Dzulkifli Abd Razak. Berikut saya siarkan artikel beliau yang dipetik dari akhbar berkenaan:

THE use of the term “Allah” has captured the attention of the media again. Of late, even a newspaper from down south carried a commentary on the issue. The slant is usually political, and not religious, and does not throw any new light on the issue. It also does not appeal to the intellect; instead, it seems to border more on emotions that further confuse the issue.

To all Muslims the term “Allah” is laden with the concept of Tauhid – that Allah is “the One and Only” as defi ned in the Quranic language, which happens to be Arabic. Allah
cannot be understood without this concept of his oneness. Any attempt to do so will amount to a vulgarism of sort, and an affront to Muslims. Moving forward, let us briefly
try and understand the reasons for Muslim misgivings by using the Bahasa Indonesia version which is translated from the English New King James Version and authorised
by Konperensi Waligerja Indonesia (Edition, 2004).

Let us randomly take The Gospel according to Luke, translated as Injil Lukas, to briefl y
illustrate the point. In Luke, “God” is generally substituted by “Allah”, whereas “Tuhan” is commonly used to substitute “the Lord”. Note the article “the” applies to “Tuhan,” but not to “Allah”. Hence, where there is “the Lord God” in the English version, it becomes “Tuhan Allah”. “The Lord their God” becomes “Tuhan, Allah mereka”. Note the use of a
comma!

On some occasions though, “God” is also translated as “Tuhan”, though “God” in this example does not carry the article “the” as in “the Lord”. So does it mean there is a
time when “God” is not “Allah”? Or that “Tuhan” is “Allah” after all? Yet, on other occasions, “Allah” is used as substitute for “the LESUS.” But then, “the LESUS your God” is rendered as “Tuhan, Allahmu” – note again the comma!

Just from these few random examples, one can already sense the complexity and confusion in the use of “Allah” in the translated version.

To make matters even more confusing, the biblical name “Mary” is rendered as “Maria” – when the Quranic equivalent would have been “Maryam”; And “John” as “Yohanes” instead of “Yahaya.” Or for that matter “Gabriel” is not even translated but kept as it is. The Quranic “Jibrail” as an equivalent is not even considered! How about “Jesus” himself? Why is this rendered as “Yesus”, rather than “Isa”? In the Quran both are the son of Mary or Maryam. If the worry is that the use of the word “Isa” in the Quran is limited only to him being the son of man and not of Allah; unlike what is understood
for the biblical “Jesus” – then should not the same consideration and sensitivity for Muslim feeling be shown when “Allah” is used in the translation, without any concern
for the Quranic Tauhidic concept.

This inconsistency, indifference and arrogance is rather obvious when it comes to the biblical “the Son of God” and the use of “Anak Allah” as an equivalent in the translation
– something which is conceptually outright not acceptable to Muslims. In fact, it tantamounts to the denial of the concept of “Allah” as explained
in the Quran, Surah Al-Ikhlas 112-3 that “He begets not, nor was He begotten. And there is none co-equal or comparable to Him”.

The consequence of this translation will be that Muslims will be confronted with blasphemous ideas that Allah has a son; that Allah’s son was born in the manger; that Allah’s son was crucifi ed; that Allah’s son died for all of us. This may have
public order implications under section 298 of the Malaysian Penal Code which forbids the wounding of religious feelings.

As it stands, the use of “Allah” the way it is can only arouse suspicions as to why an Arabic word is used for an Indonesia-Malay translation of the Gospel. Why not use the Hebrew or Armenia equivalents, instead? To add on to this suspicion is why there is no insistence that examples in the fore-mentioned names be substituted with the Arabic equivalent, including places like “Jerusalem” which is substituted by “Yerusalem” which is not the name in Arabic either.

On the contrary, there are biblical names that are readily rendered to the equivalent Arabic in the translation. The examples are numerous, for instance: David as
Daud; Zacharias as Zakharia; Aaron as Harun; Joseph as Yusuf; Moses as Musa; law of Moses as Taurat Musa (though, more appropriately it should have been “hukum Musa”,
since there is the specific term “Torah” for “Taurat”).

The final straw is when the patriarch “Abraham” who is the fountain head for Judaism, Christianity and Islam is also not rendered to Arabic “Ibrahim” – but left as “Abraham”.

Here, the inconsistencies, inaccuracies and insensitivities in the use and misuse of the word “Allah” become even clearer. And this must be the concern of all.

Tan Sri Professor Dzulkifli Abdul Razak is Vice-Chancellor of USM.
Warga pesara dambakan pembelaan

Semalam saya membuat posting berkenaan mini bajet berjumlah RM60 bilion yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Saya memberikan tumpuan kepada warga pesara dengan menyatakan bahawa golongan ini langsung tidak diambil kira atau dipertimbangkan oleh mini bajet berkenaan.

Semalam bekas Presiden CUEPACS A Ragunathan dilaporkan turut membangkitkan darihal masalah ini. Kata beliau sepatutunya mini bajet itu turut membela nasib warga pesara khasnya memperuntukkan COLA atau kos sara hidup yang berpatutuan bagi meringkan bebean mereka.

Dalam posting saya semalam saya menyebut terdapat hampir 78,000 warga pesara dalam Negara. Rupanya menurut Ragunathan jumlah sebenar adalah 340,000 orang (pesara kerajaan) dan dari jumlah itu lebih suku juta ataupun 250,000 memperolehi pencen bulanan kurang dari RM1,000.

Ternyata golongan ini akan menerima kesan besar dari kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Sekiranya warga emas ini punya anak-anak yang boleh membantu, mungkin tidaklah perit hidup mereka, tetapi bagaimana jika anak-anak pun menanggung beban, bagaimana jika anak-anak tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diharapkan?

340,000 adalah bilangan yang besar yang perlukan perhatian kerajaan. Jangan biarkan mereka ini menderita.

Wednesday, March 11, 2009

Jangan abaikan warga pesara

Pakej ransangan tambahan bernilai RM60 bilion telah pun dibentangkan di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri. Maka seperti biasa banyaklah yang menyokong selain yang memberi kritikkan dan pandangan alternatif terhadap pembentangan tersebut.

Suntikkan itu dianggap akan dapat memulih dan melindungi ekonomi Negara dari terus menjadi mangsa pada kemelesetan ekonomi yang sedang menyerang dunia.

Sudah pastilah jumlah yang diperuntukkan itu besar angkanya, malah ia merupakan sembilan peratus dari keluaran dalam Negara kasar (KDNK). Saya sempat berjumpa dengan seorang ahli parlimen PAS pagi tadi yang menyatakan kebimbangannya terhadap dari sumber manakah wang sebesar itu akan dikerok dan dicedok dari?

Apapun itulah usaha dan perancangan Menteri Kewangan kita dan kerajaan BN. Sejauh manakah ianya efektif dan mampu membantu Negara dari kesan kegawatan dunia itu, sama-samalah kita nantikan.

Dalam pada itu saya merasakan pakej ini telah seolah melupakan warga pesara dan mereka yang telah tidak lagi bekerja atas faktor usia. Warga pesara kerajaan dalam Negara sahaja mencecah angka 77 ke 78,000 orang, tidak termasuk mereka yang dari sektor swasta.

Apakah yang disediakan oleh kerajaan buat mereka dalam mengharungi gelora kegawatan ekonomi dunia ini? Payung dan perisai disediakan bagi para peniaga, mereka yang bekerja, mereka yang terlibat dalam pelbagai industri, warga asing dan lain-lain, tetapi bagaimana dengan warga yang saya maksudkan ini?

Perhatian serisu seharusnya turut diberikan terhadap mereka. Diharapkan ahli-ahli parlimen kita akan membangkitkan isu ini, semoga mereka yang telah bersara atau tiada lagi bekerja ini lantaran faktor usia akan turut terbela dan diberi perhatian.

Monday, March 09, 2009

Khir Toyo berkokok-kokok terlupa ekornya……….

Salah seorang yang sedang sibuk menonjolkan apa sahaja kehebatan dirinya dengan harapan diangkat menjadi pemimpin sejak kebelakangan ini adalah bekas MB Selangor Khir Toyo. Kehilangan negeri Selangor dari gengamannya terus menghantui hidup beliau sampai kini. Bayangkan pegangan parti beliau tidak pernah tercedera oleh asakkan pembangkang (sedikit parah itupun pada tahun 1969 tapi tak jatuh) tetapi pada tahun 2008 semasa beliau pegang teraju Umno dan BN kecundang!

Kini Khir cuba memadamkan pengalaman buruk 2008 itu dengan mencuba jawatan baru pula, iaitu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Manalah tahu kalau menang ada harapan main peranan lebih besar diperingkat Pusat, kalaupun taring di Selangor dah patah, tetapi ada peluang lebih besar pula.

Itulah Khir. Kerana itu membujur lalu, melintang patah apa sahaja yang merayap di depan mata semuanya Khir nak kalis dan ulas. Kalau tak beri pandangan takut nanti dikira tak pandai, buta politik dan lain-lain. Kalau dicap demikian pupus dan hapuslah satu-satu harapan dan cita-cita beliau untuk bangkit kembali setelah takhta Ketua Umno nombor satu di Selangor dirampas oleh seteru beliau Mat Taib.

Cuma malangnya Khir dalam keghairahan beliau itu dilihat acap menyondol tanpa berfikir panjang. Inilah perangai beliau di Selangor ketika jadi MB dulu dan inilah juga perangai buruk yang mahu diteruskannya entah disedari atau tidak. Dalam akhbar Sinar Harian hari ini ketika bernafsu mahu tumpang mengulas isu bantahan GMP terhadap PPSMI Khir berkata:

Budaya demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat Timur apatah lagi umat Islam.

Tidak perlu mengamalkan budaya demonstrasi jalanan kerana Negara ini begitu terbuka dalam laporan media massa yang memberi ruang secukupnya kepada semua pihak.

Marah dan bengis bunyinya, tetapi alahai bukankah bulan lepas Khir juga orangnya yang mengamalkan budaya ini?!! Sila lihat laporan portal berita Malaysian Insider ini:

GEORGE TOWN, Feb 13 – Penang police detained Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, the former Selangor mentri besar, after breaking up an illegal protest by Umno members here today.

Protesters had planned to march to DAP politician Karpal Singh's house but dispersed after police threatened to arrest them.


Mohamed Khir and a local Umno youth leader were picked up by police after leaving the scene of the protests.

They were taken to the state police headquarters for questioning and released later.

It is not clear if they will face any criminal charges.

Mohamed Khir had planned to lead the march to Karpal's house.

Pandai mengata orang rupa-rupanya tak sedar paku serpih………macam mana mahu angkat orang macam Khir nak jadi Ketua Pemuda Umno, layakkah, padankah?! Sepatutnya Khir fokuskan pada isu PPSMI ini, berani bersuara macam Rais Yatim yang hari ini dalam akhbar tempatan menyatakan bantahan beliau terhadap PPSMI sebagai bantahan peribadi.

Khir: jangan kokok berderai-derai, awas juga ekor kalau bergelumang tahi nanti habis semua lari, wang pelaburan lesap, kekal terpaku keras membatu sebagai Ketua Pembangkang, dibelasah saban hari di DUN Selangor. Kesian Khir.

Saturday, March 07, 2009

Himpunan PPSMI terbukti Umno sudah terkubur…….

Semasa ucapan sulungnya ketika menyerahkan borang menjadi ahli PAS, bekas Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Dato Zahar Hashim mengatakan bahawa PAS bukan parti alternatif kepada Umno tetapi PAS adalah satu-satunya parti pilihan orang Melayu/Islam di Malaysia.

Petang tadi terbukti Umno sudah tidak lagi berjuang untuk agama, bangsa dan Negara sebagaimana yang ia laung-laungkan disaat Allahyarham Dato Onn Jaafar menubuhkannya dahulu. Petang tadi Umno tidak terlibat dalam mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu. Petang tadi yang hadir untuk mendaulatkan bahasa Melayu dari Masjid Negara sehingga ke Istana Negara hanyalah para intelek dan sasterawan Melayu selain pimpinan tertinggi dan ahli-ahli serta penyokong PAS salian rakan-rakan dari PKR.

Petang tadi kerajaan yang ditunjangi Umno mengarahkan agar kelongsong-kelongsong gas pemedih mata dituju dan dihalakan ke arah para pejuang bahasa Melayu yang berhimpun dari Masjid Negara ke Istana Negara. Sudahlah mereka bertanggungjawab mengorbankan kedaulatan bahasa, sudahlah mereka tidak hadir bersama mempertahankan bahasa ketika ianya dalam ancaman, mereka tergamak melihat anak-anak bangsa yang berhimpun untuk mempertahankan bahasa mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dihujani dengan air kimia dari water canon FRU.

Pejuang bangsa apakah Umno ini?!!

Apalah sangat sehingga mahu tunjukkan kuasa ke atas anak-anak bangsa sendiri? Mereka sekadar mahu menyerahkan memorandum suara hati mereka kepada Raja mereka, ketua Negara, ketua Melayu ketua agama, tetapi mengapa mereka diperlakukan sedemikian rupa? Sudah hilangkah kewarasan dan pertimbangan kita? 100 lebih anak-anak bangsa ditangkap tadi atas dosa mempertahankan kedaulatan bahasa mereka, sudah sasau dan biulkah Umno??!!

Saya yakin dan percaya perisitwa malang petang tadi akan merupakan kemuncak kehancuran parti yang kononnya berjuang untuk survival umat Melayu itu. Syabas dan tahniah para pejuang bahasa Melayu dari Sasterawan Negara, tokoh-tokoh akademik, para pelajar termasuklah ketua dan pimpinan parti siasah. Anda semua telah membuktikan bahawa perjuangan memartabatkan bahasa ini yang sudah dilupakan oleh Umno sanggup terus dipikul dan diperjuangkan oleh kita semua selain Umno.

Hapuskan PPSMI. Hidup Bahasa Melayu!

Friday, March 06, 2009

Taib Azamudden bersyarah dalam Parlimen berkenaan nama “ALLAH”

Sejarah tercipta dalam Dewan Rakyat semalam apabila dalam sesi penggulungan perbahasan menjunjung kasih ke atas titah ucapan SPB Yang Dipertua Agung, Menteri di JPM Zahid Hamidi dan Timbalan Speaker Wan Junaidi telah memohon agar seorang ahli parlimen PAS membantu dalam memberi penjelasan.

Beliau yang dimaksudkan adalah ahli Parlimen Baling yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamudden Mat Taib.

Isu yang berbangit ketika itu adalah penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam. Ternyata ia masih mengundang pelbagai tafsiran dan sebenarnya menambahkan lagi kekusutan dan kekeliruan yang tidak nampak kesudahannya. Apalagi apabila ahli-ahli parlimen kita masing-masing bangun memberi tafsiran dan pandangan masing-masing.

Alhmadulillah apabila terbuka peluang untuk memberikan pandangan, Ustaz Taib telah menampakkan kematangan dan kebijaksanaan seorang tokoh agama/ulamak dalam menangani isu yang sensitif ini agar dapat difahami dan diterima masyarakat. Beliau menjelaskan bahawa pandangan beliau itu bukan mewakili parti tetapi sebaliknya berlandaskan kesucian Islam. Dan bagi PAS memang rujukan tertinggi kita adalah al Quran dan Hadis, sudah pastilah apa sahaja yang berlandaskan kesucian Islam akan kita pegang dan pertahankan.

Kata Ustaz Taib:

Dalam kontek Malaysia ia (penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam) akan menyebabkan kekeliruan kepada anak-anak dan keturunan kita akan dating tidak sama seperti di Eropah atau tempat lain.

Beliau menambah:

Allah yang dimaksudkan oleh agama lain berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

Berikut adalah petikan dari hansard Parlimen:

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.

Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan dan
penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini. Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkan
di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.

Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kita
perbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad...

Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain. Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]

“Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.
Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain
daripada Allah tauhid kita. Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak. Jadi, ini persoalannya. Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana.

Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa. Orang Hindu,
orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi Allah yang mana? Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain itu Allah dalam kedudukan mana tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam yang ahadiah dan as-samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang saya rasa ini wallahualamlah. Apa yang saya nampak daripada sudut itu, jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada pertelingkahan apa-apa. Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa daripada segi bahasa.

Bahasa Ilah, bahasa... hak itu panjanglah isu kita. Sebab itu kalau kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh. Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami wakik. Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain.
Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satu
confuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana. Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu,

“Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”. Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.

Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?... [Tepuk] Allah
yang nak pergi kah, ini kah Allah, yang mana?...

Saya rasa penjelasan ini sangat segar dan meyakinkan dan malah tepat dan selaras sebagaimana pandangan Tuan Guru Presiden PAS dan Tuan Guru Mursyidul Am. Syabas Ustaz Taib, insyallah itulah ikutan kita semua.
Hapuskan PPSMI

PPSMI atau “Pembelajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris” telah diperkenalkan oleh kerajaan bawah pimpinan bekas PM Tun Dr Mahathir pada tahun 2003 lalu. Ia diperkenalkan dahulu kononnya untuk memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan para pelajar. Bahasa Inggeris dikatakan bahasa dunia, dan gagal menguasainya dengan baik akan mengakibatkan anak-anak kita tercicir dalam mengejar ilmu dan kemajuan serta bersaing dengan dunia luar.

Ketika pelancarannya dahulu ramailah pak hangguk dan kaki ampu yang mengiakannya walaupun hakikatnya mereka tahu impaknya terlalu besar terhadap para pelajar khususnya anak-anak Melayu secara keseluruhannya. Kita tahu dahlah penguasaan matematik dan sains secara umumnya lemah dikalangan anak-anak Melayu, dan sepatutnya penguasaan ilmu inilah yang ditekankan, tetapi sebaliknya anak-anak Melayu yang sedia lemah itu dibebankan pula dengan kewajiban untuk menguasai bahasa Inggeris bagi memahami ilmu yang mereka sudah kebelakang itu.

Sementara itu segelintir anak-anak Melayu yang memang baik pemahaman mereka terhadap ilmu sains dan matematik turut juga terbantut semangatnya apabila mereka perlu pula menginggeriskan ilmu yang mereka kuasai itu. Masalah yang serupa juga ditanggung oleh anak-anak di sekolah Cina.

Kita akui menguasai bahasa Inggeris itu adalah penting. Bahkan kita ada sabjek bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Mengapa tidak diperkukuhkan sabjek ini. Jika perlu tambahkan jam pembelajarannya. Rombak dan pertingkatkanb kurikulumnya. Sepatutnya begitu dan tidak dengan menginggeriskan sabjek lain kononnya untuk memperkasakan bahasa ini, karut!

Kini sudah hampir enam tahun PPSMI ini djolokkan ke dalam tembolok anak-anak kita. Pengasasnya pun sudah bersara, penggantinya pun akan bersara dalam beberapa minggu, pengganti kepada penggantinya pula entah macam mana. Akhirnya nasib kita terkontang-kanting begitu.

Cukuplah kita melahirkan seribu- satu alasan. Yang pentingnya di sini PPSMI ini perlu dihapuskan, kembalikan status quo pra 2003. Kalau perlu sangat penguasaan bahasa Inggeris itu dipertingkatkan, cari cara lain.

Jika anda prihatin tentang perkara ini, jika anda rasa terpanggil untuk turut melibatkan diri dalam berusaha menghapuskan PPSMI ini, ayuh kita bersama melangkah ke Istana Negara esok Sabtu 7 Febuari 2009. Kita solat zohor bersama di Masjid Negara dan dari sana dengan badan GPM atau Gerakan Mansuhkan PPSMI kita berarak secara aman ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum rakyat kepada SPB Yang Dipertuan Agung, Raja dan penguasa yang mengawal dan memelihara adat-istiadat Melayu dan agama Islam.

Semoga perjuangan kita ini berolah kejayaan, insyallah.

Wednesday, March 04, 2009

Bila boleh reda krisis ini

Krisis politik di Perak tidak nampak kesudahannya. Imej Negara sebagai sebuah pendukung demokrasi sedikit sebanyak tercalar dan terjejas akibat kemelut ini. Yang semakin resah dan gelisah adalah rakyat khasnya warga Perak.

Memang mudah kita perlekeh dan merendah-rendahkan kesungguhan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang bersidang “di bawah pokok” itu semalam setelah dinafikan hak mereka masuk ke bangunan dewan, tetapi tidakkah mereka yang bertindak menafikan hak itu dan merampas kuasa melalui politik pintu belakang juga bagaikan “orang hutan” (meminjam kata-kata yang terpacul dari mulut Azalina Othman).

Mengapa mereka dinafikan hak masuk ke dalam dewan, jika benar negeri dan Negara ini bertamadun dan menjunjung demokrasi? Mereka adalah wakil-wakil rakyat yang telah diberi mandat secara sah oleh rakyat, barangkali Azalina boleh bantu untuk menjawab.

Apa pun saya yakin rakyat sedang menunggu-nunggu penyelsaian yang terbaik dari pimpinan mereka. Negeri ini berdaulat, punya undang-udang dan pemimpin, kerana itu jangan hampakan harapan rakyat.

Saya melihat kedua-dua pengulas politik dari akhbar The Star, Joceline Tan dan NST, Zubaidah Abu Bakar menumpukan ruangan mereka terhadap isu ini. Dan saya bersetuju dengan kedua-dua mereka apabila kedua-duanya membuat kesimpulan:

Joceline: The people are looking to the Perak palace for a wise solution
Zubaidah: And again the focus is back on the Sultan


Cuma Perak sahaja satu-satu negeri yang bersultankan seorang yang pernah memegang tampuk tertinggi kehakiman Negara. Sudah pastilah kebijaksanaan dan ilmunya menjadi harapan dan sandaran rakyat jelata. Walaupun mungkin ramai yang telah berputusa asa namun saya yakin ramai lagi yang masih menaruh harapan tinggi terhadap keupayaan Sultan untuk memperkenalkan suatu jalan penyelesaian yang akan memuaskan hati semua pihak. Jika pun tidak berpuas sepenuhnya sekurang-kurangnya dapat diterima dengan senang hati oleh rakyat.

Mungkin inilah masa yang terbaik bagi semua pihak merenung dan mengkaji “unity government’ yang disyorkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang tempoh hari.

Terpulanglah, tetapi rakyat sekarang menunggu-nunggu dan sebagai pemimpin samada Istana atau pemimpin politik rakyat mengharapkan agar kemelut ini segera reda dan mereka dapat hidup seperti biasa di bawah kerajaan yang diterima rakyat. Atau mungkin opsyen terbaik adalah serah kembali mandat pada rakyat, bubar dewan............ bagaimana Tuanku?

Tuesday, March 03, 2009

Penggunaan nama ALLAH
Berhati-hatilah kita semua

Penggunaan nama ALLAH dalam bahan cetak oleh pihak bukan Islam di Malaysia terus menjadi perbahasan walaupun pihak kementerian yang bertanggungjawab telah pun menegaskan bahawa ia dilarang. Tambah menjadi bahan apabila Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat, turut memberikan pandangan, malangnya pandangan itu dihuraikan tidak sebagaimana maksud asal Tok Guru.

Saya sendiri sempat berada dalam satu majlis dalaman bersama Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS. Ternyata pandangan Tuan Guru juga jelas dalam hal ini. Dalam suasana atau waqi’ di tanahair kita, penggunaan nama ALLAH ini jika dibiarkan diguna tanpa kawalan akan mencetuskan fitnah dan mampu mengapikan perbalahan.

Tidak sama kita dengan saudara-saudara kita di Timur Tengah, adat dan bahasa memisahkan kita. Melayu itu Islam sebagaimana yang difahami melalui operasi perlembagaan Negara tiada di sana.Lalu ALLAH yang digunakan di sana tidak sama imapknya jika digunakan pula oleh media bukan Islam di sini.

Saya menerima SMS dari sahabat saya Anbakri atau Annual Bakri Haron, SETPOL kepada Tok Guru MB Kelantan. Ternyata beliau masih bersilat dengan isu ini yang telah diberikan nafas berbeza oleh pihak media berbanding dengan nafas asal yang dihembuskan oleh Tok Guru. Saya sendiri pernah mengalami suasana begini lalu saya sungguh bersimpati dan faham sangat akan apa yang ditanggung beliau.

Oleh itu demi untuk memberikan penjelasan rasmi akan kenyataan Tok Guru itu berikut saya siarkan email Anbakri kepada saya yang beliau pohon dikongsikan bersama dengan pengunjung blog saya:

Penggunaan Nama ALLAH Oleh Gereja: BOLEH ?

Untuk tidak mudah keruh air dihilir, mari kita cuba simpan ke tepi soal-soal komen orang terlebih dahulu. Mari kita kembali kepada kejernihan yang seasalnya dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz.Soal sedih dan terlambat itupun barangkali tidak perlulah kita dahulukan justeru inipun juga dikhuatiri boleh menyebabkan "side tracking" yang kurang bermenafaat.

Pada dasarnya, Islam ini milik semua. Allah yang mencipta langit dan bumi dan segala isinya termasuklah segala kehidupan manusia atau non-manusia;benda atau non-benda.Ini jika boleh kita sama-sama bersetuju sebagai premis pertama.

Jika asas ini boleh kita sama-sama persetujui, maka inilah premis asal tempat bertolak yang membolehkan perkataan Allah itu digunakan oleh sesiapa.Dinding tempat bersandar sikap keluwesan Islam ini insya-Allah, boleh kita sama-sama cermati melalui firman Allah SWT di dalam kitab suci kita al-Quran secara tenang.Semaklah secara perlahan satu persatu. Lihat surah Al-Mu'minuun Ayat 85,Al-Mukminuun Ayat 87,Al-Mukminuun Ayat 89,Al-ankabuut Ayat 61, Luqman Ayat 25, Az-Zumar Ayat 38,Az-Zukhruf ayat 9 dan Az-Zukhruf Ayat 87.

Pendek kata, "mereka akan menjawab, "kepunyaan Allah". Katakanlah:Maka apakah kamu tidak bertaqwa?"(Surah Al-Mukminuun Ayat 87).

Sungguhpun penggunaan perkataan Allah ini boleh digunakan oleh semua golongan tetapi ia wajib digunakan dengan penuh tanggungjawab. Pisau tidak boleh menikam sebarang benda walaupun halal ianya pada prinsipnya untuk menikam apa jua.Analog ini boleh dikembangkan sejauh-jauhnya jika perlu berbuat demikian.Pokoknya, walau apapun benda atau perkataan itu, ia tidak boleh disalahgunakan.

Di sinilah letaknya persoalan niat.Apa niat penggunaan pihak gereja dalam konteks isu seputar penggunaan nama Allah ini?

Tidak mahu dilihat gopoh dan terburu-buru Tok Guru mahu Islam itu dilihat masih terbuka. Maksudnya, kita masih boleh izinkan JIKA pihak gereja sedia letakkan deklarasi terbuka di muka surat pertama bahagian hadapan dalam setiap naskah yang mahu diterbitkan iaitu(umpamanya):MAKSUD ALLAH DISINI MERUJUK KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA, YANG MENJADIKAN SELURUH ALAM LANGIT DAN BUMI DALAM KERANGKA PENGERTIAN DAN PERSEPAKATAN MAKNA SELURUH AGAMA SAMAWI YANG ASLI. ALLAH YANG DIRUJUK DI MANA-MANA TEMPAT DALAM TULISAN INI ADALAH SEPERTI YANG DIERTI DALAM SELURUH AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN, YANG TERPANCAR SIFAT-AIFAT KAMALAAT-NYA MELALUI 99 ASMA UL-HUSNA-NYA. PAKSI DAN TUNJANG YANG MEMANCANG SIFAT ALLAH YANG DIRUJUK DALAM TULISAN INI BERSEMAYAM DIKERAK PENGERTIAN EMPAT AYAT DALAM SURAH AL-IKHLAS YANG BERBUNYI: KATAKANLAH DIALAH TUHAN YANG MAHA ESA.TEMPAT BERGANTUNG SEGALA SESUATU. DIA TIDAK BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKKAN. TIADA SIAPA YANG SETARA DENGAN DIA."

Di peringkat ini, jangan-jangan kita sudah mampu menjerat seekor harimau yang berpura-pura menjadi kucing itu, untuk menunjukkan taring menjelaskan pendiriannya. Mampukah dia !

Ini premisnya.Jika perlu saya ulangi,maka mana-mana pihak yang mahu menggunakan perkataan Allah perlu di WAJIBKAN untuk mematuhi ketetapan ini.Ia perlu dicatat dalam bentuk deklarasi bertulis berupa pengakuan.Kita memulangkan persoalan ke gelanggang pilihan. Terpulang !

Inilah yang agaknya sering disebut oleh ahli-ahli ilmu sebagai barang hikmah yang tertinggal. Dengan begini,kita tidak "mencederakan" Islam; bahkan mengekalkan pendirian asal Islam itu yang bersifat meraikan. Akan tetapi, di sana tetap adalah syaratnya. Ia bukan sebuah izin mutlak.ia bersifat muqoiyyat.

Mengelakkan diri dari dituduh gemar membuat pemborongan, pendekatan ini akan dipandang lebih menyerlahkan unsur fatonah yang menjadi ciri yang "intact"; milik para Rasul dan nabi-nabi.

Dengan kenyataan ini, barangkali saya sudah tidak perlu lagi memujuk mereka yang "sangat sedih"..bahkan "sangat-sangat bersedih". Saya sebenarnya lebih suka mencurigai hajat media dari bersifat jengkel sesama sendiri."When suspicion is asleep, wake it not".Ini bukan soal sedih atau terlambat.

Wallahua'lam


- anbakri -