Friday, September 28, 2007

Tabung Serambi Mekah

Terima kasih kepada yang bertanya, yang ingin menyumbang kepada Tabung Serambi Mekah yang dikendalikan oleh kerajaan negeri Kelantan ini. Anda bolehlah layari http://amanahdarulnaim.kelantan.gov.my/ dan klik ke ruangan MENDERMA. Ianya boleh dilakukan secara online dan berbagai kaedah lain.











Mudah-mudahan sumbangan anda kecil atau besar bersempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini akan diterima Allah swt dan sudah pastinya akan disalurkan ke yang benar-benar memerlukan.
Panel khas hanya bebas tanpa Haidar?

Kerajaan telah pun menubuhkan satu panel khas untuk mengkaji kesahihan video kontroversial yang memaparkan peguam VK Lingam sedang berbual dengan seseorang mengenai perlantikkan hakim-hakim, dan kes-kes high profile ketika itu. Menurut maklumat Lingam dikatakan sedang berbual dengan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz yang ketika itu Hakim Besar Malaya iaitu pada tahun 2002.


Panel khas yang baru menerima tauliah dari kerajaan itu terdiri dari bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Norr, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar dan aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Rupanya perlantikkan panel khas ini juga mencetuskan kontroversi. Pihak Majlis Peguam Malaysia serta beberapa NGO dan parti-parti politik lebih yakin sekiranya sebuah Suruhanjaya di Raja ditubuhkan untuk bukan hanya menyiasat kesahihan video itu tetapi juga isi kandungannya serta sebarang salah-laku yang berbangkit darinya.

Dan bukan sekadar penubuhan panel khas ini mencetuskan ketidakpuasan hati, rupanya ahli-ahli panelnya yang dilantik turut mengundang kontroversi dan mencetuskan keraguan. Contohnya Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mahukan pengerusi panel ini Tan Sri Haidar menarik diri. Kenapa? Siapakah Tan Sri Haidar?

Tan Sri Haidar kini adalah Pengerusi CIMB, beliau dilantik kejawatan ini sejurus bersara dari bidang kehakiman. Soalnya siapakah Tan Sri Haidar sehingga didesak agar menarik diri dari mempengerusikan panel ini?

Untuk mengetahuinya kita perlu melangkah jauh kembali ke tahun 1988 iaitu kira-kira 19 tahun yang lalu. Ketika itu Haidar adalah Ketua Pendaftar Mahkamah Agung. Dan tahun 1988 adalah tahun paling kontroversial bagi badan kehakiman Malaysia kerana pada tahun itulah berlakunya perisitiwa pemecatan terhadap Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas, yang kemudiannya turut menyaksikan penggantungan lima hakim Mahkamah Agung dan kemudiannya pemecatan dua daripada mereka.

Badan kehakiman mati dikuburkan pada tahun itu, dan sejak itu ia cuba bangkit kembali, tetapi terus digerhanai dengan syak-wasangka dan prejudis oleh rakyat dan dunia luar.

Kisah detail dan panjang lebar episod hitam dalam sejarah negara ini boleh dibaca dalam buku karangan Tun Salleh (bersama K. Das) bertajuk:

May Day for Justice (1989)

Haidar ketika itu walaupun berkhidmat di bawah Tun Salleh telah akhirnya menjadi saksi tribunal untuk memecat bekas bosnya itu. Konspirasi pemecatan Tun Salleh diketahui Haidar sejak awal-awal lagi sedangkan Tun Salleh tidak tahu menahu. Tun Salleh menulis:

On Saturday, 21 May the Chief Registrar, Encik Haidar Mohamed Noor came to see me at home regarding some documents which I had to sign. During the course of our conversation he said that Tan Sri Abdu Hamid Omar was in Singapore with his daughter and son in law who were on their way on a round the world trip. Encik Haidar then added that Tan Sri Hamid was canceling his own vacation abroad because according to the Chief Justice SOMETHING BIG WAS HAPPENING.

Tun Salleh tidak pun bertanya apakah yang dimaksudkan something big itu, rupanya ia bermaksud yang beliau akan dipecat tidak lama lagi!

Semasa menjadi saksi kepada tribunal yang mencadangkan pemecatan Tun Salleh, Haidar menurut Tun Salleh membantu dalam memberikan gambaran seolah beliau (Tun Sallah) telah melakukan salah laku yang besar ketika menangguhkan kes Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir Mas Kelantan and Another (kes melibatkan seorang anak gadis keluarga Buddha yang memeluk Islam tanpa persetujuan bapanya).

Dengan dibantu Penguam Negara Tan Sri Abd Talib Othman ketika itu Tun Salleh digambarkan sengaja melengah-lengahkan kes ini sedangkan menurut penjelasan Tun Salleh dalam bukunya itu, beliau tidak pernah bermaksud demikian.

Itulah Haidar, yang kini Tan Sri Haidar. Sejurus selepas Tun Salleh dan dua lagi Hakim Mahkamah Agung berjaya dipecat, semua yang terlibat telah secara kebetulan atau tidak menerima ghanimah (harta rampasan perang) masing-masing. Ini termasuklah Haidar yang telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan kemudiannya bersara sebagai Hakim Besar Malaya!

Kerana itulah ramai yang tidak berpuas hati apabila Haidar yang dilantik mempengerusikan panel ini, kerana Haidar samada secara langsung atau tidak adalah parti kepada tahun gelap 1988 dahulu. Anda bagaimana?
Bumi Serambi Mekah terus subur dengan barakah

Semalam di Kota Bharu, Kelantan Tok Guru MB Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat telah melancarkan kutipan Tabung Serambi Mekah untuk tahun 2007. Tabung ini dilancarkan sejak tahun 1991 dengan matlamat membangunkan individu dan orang-ramai khasnya mereka dari dikalangan yang dhaif, mereka yang ditimpa malapetaka, bencana alam, penyakit-penyakit kronik dan lain-lain.


Dana dari Tabung ini digunakan oleh kerajaan negeri untuk segera membantu mana-mana rakyatnya yang miskin dan ditimpa bencana tanpa mengira agama atau kaum. Ia dilancarkan pada 21 Ramadhan kira-kira 16 tahun lalu, dan kini setiap Ramadhan ianya dilancarkan semula.
Semalam menurut laporan semasa hari pelancarannya sejumlah RM 2.9 juta telah dikutip untuk tabung ini iaitu peningkatan sebanyak RM1.6 juta berbanding RM1.3 juta yang dipungut tahun lalu.
Di antara penderma terbesar adalah PKINK dan anak-anak syarikatnya sebnayak RM637,000, Binaraya Sdn Bhd RM29,000 dan Infraquest Sdn Bhd RM20,000. Bakinya adalah sumbangan dari syarikat-syarkat persendirian dan orang-ramai seluruh negara. Yang menariknya semalam Tabung ini turut menerima sekeping cek dari sepasang suami-isteri yang tidak mahu dikenali yang telah menyumbang sebanyak RM2juta! Nampaknya Bumi Serambi Mekah ini beroleh barakah di bulan Ramadhan ini dengan rakyatnya berkejar-kejar untuk membuat amal dan semoga ianya berkekalan sehingga bila-bila.
Saya perhatikan kecuali NST yang membawa berita kecil majlis ini, akhbar-akhbar lain termasuklah yang berbahasa Melayu langsung tidak membuat laporan.

Thursday, September 27, 2007

Terima sahajalah kalau nama kita dicicirkan

Semalam juga satu lagi kejadian yang agak memalukan berlaku dipentas antarabangsa. Isunya berkenaan Pasukan Penyelia Damai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke wilayah bergolak Darfur di Sudan. Cuma dua negara Asia yang dipilih menyertai misi yang turut dianggotai negara-negara dunia lain iaitu Thailand dan Bangladesh. (Utusan Malaysia membawa laporan: Darfur: PBB cicir nama Malaysia)

Malaysia yang kuat melobi untuk menanggotai misi ini telah tidak tersenarai. Sepatutnya kita terima sahaja keputusan itu dengan hati yang terbuka. Kemungkinan PBB mahu memberi peluang kepada negara-negara dunia yang lain, kerana Malaysia sudah banyak terlibat dalam misi-misi yang lain antaranya termasuklah di Lubnan dan Timor Leste.
Tetapi sebaliknya Menteri Luar kita telah secara terbuka menzahirkan ketidakpuasan hatinya atas pengguguran nama Malaysia itu. Semasa mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Sudan, Dr Lam Akol Ajawin di New York, Syed Hamid telah membangkitkan isu ini. Apabila berjumpa pemberita Syed Hamid menyatakan yang Malaysia dijemput oleh Sudan untuk menyertai misi ini.
Walaupun demikian misi ini adalah misi PBB dan PBB lah yang berhak menentukan negara mana yang akan menanggotainya. Saya kira bukanlah perkara yang bijak untuk kita membuat bantahan apalagi melobi pula pada Sudan yang sudah pasti tidak memiliki kuasa untuk memberi cadangan (kecuali menolak cadangan sebagaimana berlaku di Lubnan).
Semalam di TV3 Menteri Luar Sudan ditanya oleh wakil TV3 apakah mereka berhak mencadangkan nama Malaysia, dan beliau menyatakan ia diluar kuasanya.

Biarlah Malaysia tumpukan pada isu-isu lain yang lebih besar dan meruncing umpama isu di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thai dan ancaman terhadap Iran. Dalam hal Darfur ini mungkin kita boleh membantu dengan cara lain, melainkan pihak kerajaan memang telah ada agenda tertentu, baiakan udang disebalik batu dalam isu Darfur ini, entahlah.
Jangan sibuk di pentas dunia, pentas di kampung hampir nak roboh

Saya naik bosan apabila mendengar di TV semalam betapa Menteri Luar Syed Hamid Albar yang kini berada di New York menghadiri Persidangan PBB, membuat ulasan terhadap insiden yang sedang meletup hangat di Myanmar khasnya di Yangon. Ribuan sami-sami Buddha di negara tersebut telah berarak secara aman membantah junta tentera yang memerintah negara tersebut. Isu kenaikkan kos hidup merupakan fokus utama para penentang disamping desakkan untuk REGIME CHANGE atau perubahan regim dengan mengembalikan demokrasi.

Saya bosan dan malah meluat kerana Syed Hamid (kerana berada di pentas antarabangsa) kelihatan begitu prihatin terhadap kuman halus di seberang laut sedangkan gajah yang bergasak di depan kelopak matanya langsung tidak dipedulikan. Kalau KL mahu Yangon elak kekasaran (tajuk di Berita Harian), kenapa KL sendiri menembak dengan peluru hidup ke arah rakyatnya yang berhimpun secara aman di buminya sendiri, yang bilanganny di Batu Buruk tempoh hari jauh lebih kecil dari yang di Yangon!


Kata Syed Hamid cara terbaik untuk menyelesaikan masalah di Myanmar ialah menerusi perdamaian dan memperceptakan proses pemulihan demokrasi, di Batu Burok hari itu bagaimana?

Kalau junta tentera di Myanmar diseru agar kembali ke meja rundingan, mengapa di Batu Burok Umno bertindak sombong? Tragedi di Batu Burok menuntut agar satu Suruhanjaya di Raja dibentuk bagi menyiasat punca dan akibatnya sehingga pihak polis perlu mengunakan kekerasan dan senjatapi terhadap perhimpunan rakyat yang aman.

Di Myanmar sekurang-kurangnya demonstrasi berjalan selama beberapa hari sebelum ianya disuraikan oleh pihak tentera semala, di Batu Burok tidak ada pun demonstrasi, ceramah pun tidak dijalankan, namun rakyat berkumpul kerana mahu tahu perkembangan yang berlaku, diserang dengan gas pemedih mata dan pancutan air dan kemudiannya dibelasah dengan belantan dan yang paling malang sehingga ditembak dengan peluru hidup.

Biarlah negara yang lebih maju dan bertamaddun memikirkan soal Myanmar, kerana soal rumahtangga kita sendiri pun belum beres. Saya harap Syed Hamid nasihatlah PM Dollah Badawi agar berhati-hati ketika menyampaikan ucapannya di PBB nanti. Jangan kerana terlalu ghairah membangga dan melambung diri, sehingga kita lupa masalah dalam negara banyak yang kusut dan perlukan penyelesaian. Jangan sampai kita nanti menjadi

bahan gelak ketawa dunia, kalau gitu hantar sahaja Saiful Apek ke PBB.

Wednesday, September 26, 2007

Polis tunjuk belang di Putrajaya

Siang tadi Persatuan Peguam Malaysia atau Bar Council sebagaimana yang dirancangkan telah mengadakan March for Justice atau Perarakkan Menuntut Keadilannya di Putrajaya. Ahli-ahli Persatuan seramai lebih 1,000 orang diketuai oleh pimpinan tertingginya termasuklah Presidennya Ambiga Sreenevasan telah berhimpun di perkarangan Palace of Justice untuk berarak sejauh 3.5 km ke arah Pejabat Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum mereka berhubung kebebasan kehakiman.

Memorandum ini disamping menuntut proses perlantikkan hakim yang lebih telus dan dikelolakan oleh satu badan bebas turut menyentuh isu rakaman video kontroversial membabitkan peguam VK Lingam. Dalam isu video itu Majlis Peguam menuntut agar satu Suruhanjaya Di Raja segera dibentuk untuk menyiasat dan mengesahkan kesahihan video itu dan jika sah mengambil tindakan yang sewajarnya.





Apa yang mahu saya coretkan di sini adalah suasana di Putrajaya ketika March for Justice ini berlangsung. Saya kesal kerana pihak polis bukan hanya menurunkan anggota mereka dalam bilangan yang besar tetapi telah turut membawa turun pasukan anti rusuhan mereka atau FRU! Bukankah perarakkan aman ini dianjurkan oleh Majils Peguam Malaysia? Mereka bukan parti politik, bukan juga penternak khinzir tetapi mereka adalah pengamal undang-undang yang dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Lalu apakah rasionalnya pihak polis menurunkan FRU? Tidakkah ini memberikan imej buruk kepada negara seolah negara kita ini sebuah Police State atau Negara Polis!





Saya pandangan perkara ini serius dan pihak Ketua Polis Negara perlulah menasihatkan pegawai bawahannya agar jangan melatah dan mengakibatkan orang-ramai tidak lagi menghormati badan kepolisian (yang kini sebagaimana badan kehakiman turut menerima kritikkan yang teruk oleh masyarakat). Memadailah jika ada polis trafik mahu mengawal lalulintas dan dua-tiga pegawai. Kenapa sampai perlu dibawa turun water canon dan kelengkapan anti rusuhan yang lain?

Saya difahamkan diperingkat awal malah OCPD enggan membenarkan perarakkan ini diteruskan, kononnya atas alasan keselamatan. Walaubagaimanapun akhirnya setelah berlaku perundingan, ianya dibenarkan. Malaysia perlu mengikis imej Police State dan kuku besinya, yang terserlah akibat kerakusan para pegawai keselamatannya. Rakyat perlu diberi hak untuk berhimpun dan bersuara dengan syarat ia dilakukan secara aman. Saya tidak nampak disudut mana anggota dan pimpinan Bar Council boleh dianggap sebagai satu ancaman?!
Cadangan Dollah memang tidak praktikal

Sebelum ini saya menulis di bawah tajuk:

PM perlu lahirkan cadangan yang lebih rasional dan praktikal

akan betapa tidak cocoknya cadangan yang datang dari orang nombor satu dalam negara kita, semasa mengulas isu mengelakkan dari kejadian malang yang berlaku terhadap adik Nurin Jazlin dari berulang. Dollah mencadangkan sekolah satu sesi sebagai penyelsai masalah, nanti tiada lagi yang diculik, dibunuh atau diperkosa katanya.

Rupa-rupanya kritikkan dan pandangan saya terhadap cadangan Dollah itu turut dikongsi dan dipersetujui oleh ramai rakyat Malaysia yang lain. Dalam ruangan VIEWS, dalam akhbar The Star, seorang pembaca Goh KW dari Pulau Pinang menulis:

I read with disbelief our PMs suggestion for a single school session with school dismissing at 4pm. It is not the role of teachers to act as babysitters for working parents, please do not forget that teachers are already burdened with a lot of programmes and paper work.

Saya tidak percaya yang PM boleh cadangkan agar sekolah satu sesi diperkenalkan dengan waktu persekolahan berakhir pada jam 4 petang. Sesungguhnya guru-guru bukannya berperanan sebagai pengasuh anak-anak bagi ibu-bapa yang bekerja, jangan lupa guru-guru telah sedia terbeban dengan banyak program dan kerja-kerja penulisan.

Kemudian diruangan SMS akhbar yang sama seorang pelajar menulis:

School till 4pm very tiring 4 students. No time 2 do other important stuff besides studying.

Bersekolah sehingga jam 4 petang terlalu meletihkan bagi para pelajar. Tidak ada masa untuk melakukan perkara-perkara penting yang lain selain belajar.

Manakala dalam akhbar NST pula Setiausaha Agung NUTP Loke Yim Pheng berkata bukan hanya guru-guru tidak bersedia malah kemudahan infrastruktur di sekolah-sekolah sendiri tidak mencukupi untuk menampungnya. Malah kata Loke lagi mengasuh anak-anak (childcare) bukanlah tanggungjawab seorang guru. Loke bertanya bagaimana nanti dengan murid-murid di luar bandar? Ada diantara murid sekolah kita di sana terpaksa menaiki sampan atau bot termasuklah perjalanan darat yang mengambil masa berjam-jam.

Dan seorang pengirim email ke NST menulis (point beliaulah yang saya tegaskan dalam artikel saya sebelum ini):

Extending school hours will affect all teachers. Is this fair? Nurin got lost when she went to the pasar malam, not from school.

Melanjutkan waktu persekolahan akan menjejaskan semua guru-guru. Adakah ini adil? Nurin hilang ketika beliau pergi ke pasar malam dan bukan di sekolah.

Ternyata cadangan Dollah ini tidak rasional dan praktikal dan ini bukan pandangan seorang yang menanggotai parti pembangkang seperti saya (seorang penulis komen di blog ini menulis bahawa saya menolak cadangan ini kerana semata-mata mahu membangkang) tetapi turut dikongsi oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

Dan Menteri yang berkenaan Hishamuddin Tun Hussien pun menyatakan bahawa sekolah satu sesi hanya boleh dilaksanakan apabila banyak perkara-perkara besar di sekolah di atasi terlebih dahulu. Antaranya pembinaan bangunan-bangunan sekolah baru untuk menampung satu sesi serta penambahan bilangan guru. Tetapi rancangan ini kata Hishamuddin (sila lihat NST) tidak merujuk kepada kes Nurin, tetapi telah menjadi rancangan kementerian beliau sekian lama.

Jadi dimana letaknya cadangan Dollah itu?

Terus-terang saya nyatakan bahawa inilah kali pertama saya melihat cadangan seorang PM dikritik dan disanggah oleh rakyat berdasarkan laporan dalam akhbar-akhbar tempatan, termasuklah yang berbahasa Melayu.
Rashid jagalah urusan SPR

Sejak bila pula Pengerusi SPR diberikan kuasa menetapkan tarikh pilihnaraya umum?
Menurut Utusan Malaysia hari ini Tan Sri Rashid Rahman dilaporkan sebagai berkata bahawa orang-ramai perlu mendaftar sebagai pemilih selewat-lewatnya hujung Oktober ini jika mereka mahu mengundi dalam Pilihanraya Umum itu.

Kata Rashid lagi mereka yang belum berdaftar perlulah segera berbuat demikian , sekurang-kurangnya mereka boleh menjadi pengundi jika pilihnaraya umum diadakan pada awal tahu hadapan.

Sebagai Pengerusi SPR jika beliau berhasrat menggalakkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi, memang itu sebahagian dari tugas beliau. Tetapi tak perlulah memancing-mancing dengan menjual-jual tarikh pilihanraya pula. Hak menentukan tarikh pilihanraya mengikut amalan kita adalah hak PM bukannya Pengerusi SPR dan tempoh kerajaan yang ada hari ini berkahir awal 2009.

Sepatutnya keluarkanlah kenyataan agar mereka yang belum berdaftar agar segera mendaftarkan diri bagi berpeluang mengambil bahagian dalam amalan demokrasi negara. Samada pilihanaaya esok atau tahun hadapan atau bila sahaja, itu di luar kuasa Rashid.
Saya rasa yang penting diperingkat ini adalah untuk pihak SPR mempertingkatkan kecekapan mereka dengan menyegerakan tempoh pendaftaran pengundi. Mengikut proses yang ada hari ini nama seseorang pengundi baru akan hanya masuk ke dalam daftar dan layak mengundi setiap 3 bulan yang ditetapkan. Tempoh itu perlu disegerakan. Dan disamping itu daftar pengundi itu sendiri perlulah dibersihkan dari segala sampah-sarap, pengundi hantu, pengundi mati dan pertindihan.

Dari Rashid sibuk menjadi peramal tarikh pilihanraya, lebih baik beliau beri perhatian kepada perkara-perkara ini agar pilihanraya di malaysia dapat benar0benar berjalan dengan adil dan telus, tidaks eperti PRU 2004 lalu dimana kes nama pengundi hilang dari daftar, daftar hari mengundi berbeza dari daftar yang diputuskan, dan lain-lain.

Sementara itu kepada yang belum mengundi, segeralah mendaftar sebagai pengundi!

Tuesday, September 25, 2007

PM perlu lahirkan cadangan yang lebih rasional dan praktikal

Saya percaya semua pihak masih rancak memperkatakan darihal kematian ngeri dan menyayat hati adik Nurin Jazlin. Siapakah yang menculik, menderanya secara seksual dan membunuhnya? Sehingga kehari ini pihak polis masih lagi mencari-cari binatang yang bertopengkan manusia itu. Simpati kita semua terhadap kedua ibu-bapa dan keluarga Nurin.
Kini masing-masing pihak prihatin bagaimana caranya kita mahu mengelakkan kejadian ini dari berulang ke atas anak-anak kita yang lain.

Saya turut membcaca bagaimana PM yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dollah Badawi turut melahirkan kebimbangan beliau. Memang selaku ketua negara dan menteri yang bertanggungjawab, kita semua menunggu-nunggu bagaimanakah jalan penyelesaian yang boleh beliau kemukakan kepada rakyat bagi mengatasi kejadian malang seumpama ini.

Semalam selepas mempengerusikan mesyuarat majlis Tertinggi Umno, maka terbitlah Dollah dikaca TV seluruh negara memaklumkan cadangan beliau supaya diwujudkan persekolah satu sesi bagi membolehkan kanak-kanak berada lebih lama di sekolah. Ini menurut beliau bagi membendung jenayah seksual dan pembunuhan terhadap golongan ini.

Saya tidak tahu adakah cadangan Dollah itu telah pernah dibincangkan olehnya bersama para pegawainya terlebih dahulu atau semata-mata terpacul keluar dari benak pemikirannya secara spontan. Kerana bagi saya jika Dollah merujuk kepada insiden yang terjadi terhadap adik Nurin Jazlin, Dollah barangkali terlupa bahawa adik Nurin diculik pada 20 Ogos lalu ketika berada di kawasan pasar malam di Wangsa Maju. Bermakna ancaman terhadap beliau berlaku di luar waktu sekolah, sesi pagi mahupun petang sudah berakhir ketika itu. Lalu mengapa jika Dollah mengambil kes ini sebagai landasan, maka perubahan sesi sekolah pula yang dicadangkannya?

Cadangan kedua beliau mengenai menghidupkan kembali Rukun Tetangga. Yang ini mungkin ada rasionalnya sedikit, cuma cara bagaimana ia dilaksanakan perlu difikirkan, contohnya jika kita mengambil kira kawasan flet kos murah yang pelawat dan penghuninya keluar masuk 24 jam, seperti di Wangsa Maju, Cheras, Kg Lindungan (kerajaan patut telah fikirkan masalah ini semasa memperkenalkan jenis penginapan seperti ini buat rakyat). Bagi mereka yang tinggal di taman perumahan mungkin ia lebih berkesan.

Berbalik kepada sekolah satu sesi, saya rasa kita masih ingat cadangan kerajaan satu waktu dahulu untuk memperkenalkan jenis persekolah ini tetapi ia kemudiannya ditolak kerana masalah kos dan logistik. Kini Dollah mahu menghidupkannya kembali. Soalnya jika sekolah sudah menjadi satu sesi, bagaimana dengan sekolah agama atau KAFA?

Untuk makluman Dollah kes pencabulan anak-anak juga berlaku di sekolah-sekolah.
Saya rasa untuk memperkenalkan satu penyelesaian yang efektif biarlah PM mengarahkan satu kajian komprehensif dilakukan. Tubuhkan satu Jawatankuasa Khas melibatkan cerdik-pandai, NGO dan parti-parti politik untuk menggubal satu formula bagi mengelakkan dari berulang kes seumpama ini terhadap anak-anak kita. Tak perlulah macam melepaskan batuk ditangga, memperkenalkan sesuatu yang tidak rasional, tidak praktikal, akhirnya tidak kemana.

Masalah ini serius dan kerajaan serisu dalam membendungnya. Kebetulan kes seumpama ini menular diwaktu pentadbiran Dollah, mengapa, wallahualam.

Monday, September 24, 2007

Umno mahu terus menang besar di Selangor

Semalam Timbalan Presiden Umno hadir di Shah Alam untuk majlis berbuka puasa bersama Perhubungan Umno Negeri Selangor. Dan sudah pastilah yang paling gembira dan terhibur adalah Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Dr Khir Toyo. Kalangan pemerhati politik tahu bahawa Khir lebih condong kepada Najib berbanding Dollah Badawi.

Namun yang menarik adalah janji-janji Khir dalam majlis tersebut. Beliau menegaskan yang Umno Selangor sedang bekerja bagi memastikan yang Umno akan kekal menang 100% disemua kerusi yang dimilikinya. Saya katakan menarik kerana sebelum ini Khir terkenal dengan slogan “Pembangkang Sifar”nya. Tiba-tiba kini cuma Umno sahaja yang disasarnya untuk menang 100%, MCA, MIC dan Gerakan macam mana? Mungkinkah ini menunjukkan yang DAP akan kembali menang besar di Selangor sebegaimana sebelumnya?

Kepada pengundi-pengundi Melayu Selangor, sedarlah bahawa apabila PAS berjaya melontarkan 4 orang wakil ke DUN Selangor dalam Pilihanraya Umum 1999 dahulu (melalui Dato Dr Hasan Ali, Ustaz Dato Ismail Kamus, Dr Shafee Abu Bakar dan Ustaz Sallehen Mukhyi), kerajaan BN Selangor begitu berhati-hati dalam isu yang melibatkan agama Islam dan bangsa Melayu. Kehadiran wakil-wakil PAS buat pertama kali dalam sejarah Selangor itu telah menghangatkan dewan yang sebelum ini lemah dan tidak bermaya.

Malah kalau kita lihat, Khir sendiri banyak memasukkan agenda Islam dalam dasar dan pentadbirannya ketika ada wakil PAS di Dewan Selangor. Beliau bukan sekadar mengisytiharkan Selangor akan menjadi Negeri Maju pada tahun 2005 malah sampai memperkenalkan satu dasar yang dinamakan: Dasar Selangor Menuju Wawasan Syumul 2005. Antara lain kata Khir, Selangor akan membangunkan rakyatnya untuk bukan sekadar menjadi individu dan kelompok yang maju, rakyat Selangor akan menjadi insan-insan Rabbani yang membentuk satu Masyarakat Maddani.

Hari ini, Insan Rabbani entah ke mana Masyarakat Rabbani pun entah ke mana. Yang pasti Islam tidak perlu lagi menjadi keutamaan. Masjid dan surau dibelenggu, maksiat semakin berleluasa, industri haram semakin makmur, jenayah semakin meningkat.

Kerana itu pengundi-pengundi Melayu di Selangor khasnya perlu bijak. Jika pada tahun 1999 apabila kita memenangkan calon-calon PAS, banyak perkara Islam diberikan tumpuan, bayangkan kalau kita memenangkan lebih ramai lagi. Pilihan terletak ditangan anda semua, jika berpuas hati dengan pimpinan Umno yang akhlaknya bagai Mat Taib, Zakaria Md Deros, Norhayati, Dr Rahman Ismail, Dr Rozaidah dan lain-lain, maka gerakkanlah tangan anda untuk memangkah BN. Tetapi jika kita pentingkan nasib dan masa depan bangsa, agama dan negara, fikir-fikirlah dengan bijaksana.

Saturday, September 22, 2007

Gantung segera Ketua Hakim Negara!

Isu pendedahan rakaman video melibatkan peguam VK Lingam septutunya menjadi tajuk utama berita yang dilaporkan diakhbar hari ini. Walaubagaimanapun pengkebumian jenazah adik Nurin Jazmin berjaya mengerhanai isu besar yang sesungguhnya telah menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman negara.




Semalam PM Dollah Badawi telah memberikan rekasi pertamanya terhadap pendedahan ini. Kata Dollah beliau telah mengarahkan pihak polis segera menyiasat perkara ini kerana jika dibiarkan berlarutan ia akan mencemarkan imeh badan kehakiman negara.

Cuma masalahnya dalam kenyataan yang sama Dollah seolah mempertikaikan kesahihan video tersebut. Kata beliau:

Can we believe or accept this?

Tambah beliau lagi diperingkat ini persoalan samada sebuah Suruhanjaya Penyiasat akan ditubuhkan tidak berbangkit kerana video berkenaan belum disahkan sahih ataupun tidak.
Manakala TPM Najib Tun Razak pula berkata teknologi moden hari ini boleh disalah-gunakan, membawa erti video tersebut mungkin palsu (sebagaimana gambar Altantuya dengan beliau tempoh hari).

Memang diperingkat ini apa yang penting adalah memastikan kesahihan video tersebut. Saya lebih bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa
Polis akan segera memanggil peguam berkenaan untuk disoal-siasat. Sepatutnya PM dan TPM tidaklah perlu memberikan sebarang kenyataan yang hanya mengeruhkan suasana. Tidakkah mereka sedar yang jika kes ini berasas, bukan hanya kewibawaan badan kehakiman malah kewibawaan kerajaan yang mereka pimpin akan juga dipertikaikan.

Sementara itu semalam juga dua bekas tokoh yang pernah terlibat dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau PBB, iaitu Tunku Aziz Tunku Ibrahim (bekas Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB mengenai Etika) dan Datuk Param Cumaraswamy (wakil khas PBB berkenaan Kebebasan Kehakiman dan Guaman) telah membuat laporan kepada BPR berkenaan kes yang sama. Malah kedua-dua mereka menuntut agar PM segera menasihat Yang Dipertuan Agong agak membentuk satu tribunal bagi menyiasat kepincangan badan kehakiman ini ekoran pendedahan video berkenaan.

Perkembangan ini mengingatkan saya kepada kes bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988 dahulu iaitu kira-kira 19 tahun lepas. Tun Salleh kononnya mengundang murka Yang Dipertuan Agong ketika itu kerana telah mengutus surat mengadu berkenaan campurtangan badan eksekutif pimpinan PM Tun Dr M ketika itu, dalam urusan badan kehakiman.

Kesnya tidaklah serius tetapi telah sebenarnya mengundang kemarahan PM ketika itu sehingga mengundang Yang Dipertuan Agong mengunakan kausanya bagi menyiasat Tun Salleh dan seterusnya memecat beliau. Ia dimulakan dengan surat menggantung perkhidmatan Tun Salleh yang dikelaurkan oleh PM pada 27 Mei 1988. Kemudiannya sebuah tribunal telah dibentuk atas titah Yang Dipertuan Agung dan kesudahannya sebagaimana kita ketahui Tun Salleh telah menjadi Ketua Hakim Negara yang pertama dipecat.

Kes Tun Ahmad Fairuz ini pada saya jauh lebih serius. Jika pihak polis dapat mengesahkan kesahihan video itu dan Lingam mengakui bahawa beliau sedang berbual dengan Fairuz (di dalam video itu), bermakna PM perlu segera menggantung jawatan Ketua Hakim Negara ini dan mendesak Yang Dipertuan Agong agar segera membentuk sebuah tribunal untuk mengadilinya.

Rakyat berhak mengetahui apakah yang sebenarnya telah berlaku, dan penyiasatan rapi tanpa penglibatan pihak politik perlu segera dilakukan. Jangan sesiapa dilindungi dalam hal ini.

Friday, September 21, 2007

Jangan terima bantuan haram

Hari ini sudah masuk hari ke 9 kita berpuasa. Orang sudah mula memperkatakan tentang 1 Syawal atau Hari Raya. Memang begitulah buday kita tahun ke tahun. Bulan barakh ini belum sempurna dilalui, sudah tergiur mahu berhari raya.

Apa yang mahu saya bangkitkan adalah majlis-majlis penyerahan bantuan sempena hari raya ini. Biasanya badan-badan korporat akan bermurah hati menjelang har-hari perayaan ini untuk menghadiahkan bantuan samada dalam bentuk kewangan, hamper, kuih dan biskut raya, baju raya dan lain-lainkepada rumah-rumah kebajikan dan rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua.

Baguslah amalan itu, cuma diharapkan tahun ini pengurus atau pengusaha rumah-rumah kebajikan ini lebih berhati-hati. Jangan menerima buta-buta sahaja sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan, tolonglah kaji dan selidik terlebih dahulu. Jangan kerana terlalu ghairah mahukan publisiti atau bantuan lumayan maka isu hala dan haram dilanggra begitu sahaja. Ingat yang mahu menerimanya adalah golongan fakir-miskin dan anak-anak yatim.

Saya mengatakan ini kerana di tahun-tahun lepas kita pernah melihat betapa syarikat-syarikat yang terlibat dengan industri yang haram dari segi syarak, samada syarikat perjudian atau kewangan riba' dengan mudah sahaja boleh menghulurkan bantuan sempena hari raya walaupun kepada pengurus dan pengusaha rumah-rumah kebajikan yang dihuni orang-orang Islam.

Nampak sangat buruk dan hina kita sehingga tergamak menerima apa sahaja yang disuakan ke mulut kita. Mudah-mudahan tahun ini kita tidak mengulangi kesilapan tahun-tahun sebelumnya, jangan lagi ada anak-anak yatim yang dikenakan baju atau diberi makan oleh Genting atau Spots Toto, Magnum dan seumpamanya.
Rasuah semakin subur dan menjadi

Saya begitu sedih membaca berita ini diakhbar-akhbar tempatan pagi ini. Jika inilah rupa para pegawai kanan polis kita, maka sahihlah kenyataan Tun Hanif Omar tempoh hari bahawa 40% para pegawai kanan polis kita boleh ditahan jika dilihat dari lifestyle atau cara hidup mereka sahaja.

Dalam akhbar hari ini dilaporkan betapa seorang pegawai polis berpangkat Superintendent, berusia awal 50an (menurut Utusan) 40an (menurut The Star) kini disiasat oleh BPR kerana dikatakan memiliki harta haram sebanyak RM6 juta (menurut Utusan) RM9 juta (menurut The Star).

Belia dipercayai menghimpunkan harta sebanyak itu selama bertugas di Pahang dan Johor. Beliau kini berkhidmat di Bukit Aman.

Bayangkan seorang kakitangan kerajaan, dalam tempoh berkhidmat boleh menjadi seorang jutawan! Sebelum itu akhbar tempatan juga pernah melaporkan seorang pegawai kanan (yang lebih kanan dari Superintendent ini) telah gagal mengisytiharkan hartanya sebanyak RM27 juta! Pegawai ini dikatakan menjadi pengarah sebuah syarikat perladangan yang terbabit dalam pembangunan tanah di Sabah. Beliau juga sedang disiasat BPR.

Bagaimanakah masa depan negara kita jika para pegawai dan kakitangannya terlibat dalam aktiviti rasuah yang keji dan diharamkan oleh agama ini? Ini baru dua orang pegawai, yang lainnya bagaimana? Ada pegawai yang saya kenal memiliki rumah banglo dan kereta mewah sedangkan mereka masih dalam perkhidmatan, dari manakah punca wang mereka ini?

Rasulullah saw bersabda: Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka.

Mengapakah para pegawai kita ini mudah terbabit dengan rasuah? Mungkinkah kerana melihatkan pegawai atasannya juga demikian, maka mereka juga terjerumus di dalamnya? Mungkinkah kerana tekanan hidup, mahu mewah dan bergaya sebagaimana yang lain (yang turut rasuah juga)? Mungkinkah kerana kuasa mereka terlalu besar, dan tiada badan pemantau yang memantau aktiviti mereka?

Yang jelasnya kepimpinan yang ada gagal menangani gejala ini dan akibatnya ia menjadi berleluasa sehingga kini berada diluar kawalan. Jika seorang Superintendent polis boleh mmiliki harta mencecah RM6 juta, bagaimana dengan pegawai di jabatan lain, timbalan meneteri, menteri-menteri, menteri besar, perdana menteri?

Saya ingat YBM Tengku Razaleigh Hamzah dalamw awancaranya di WTV8 pernah berkata, dahulu kita memperlekehkan negara jiran kita, kita katakan rasuah terlalu menjadi-jeadi di sana, sehingga pegawai di kaunter imigresen pun perlu disogok untuk keluar masuk ke negaranya. Kini negara itu jauh lebih baik dari kita, tetapi kita bagaimana?

Mungkin Islam Hadhari ada penyelesaiannya?!

Thursday, September 20, 2007

Badan kehakiman Malaysia dicabul
Mungkinkah akan roboh badan kehakiman yang merupakan institusi yang memberikan keadilan kepada rakyat di negara ini?

Kita Merdeka dengan kesedaran bahawa negara kita memiliki badan kehakiman yang kukuh, yang tidak memihak dan sentiasa memelihara keadilan dan kesaksamaan. Sistem kehakiman kita yang diwarisi dari penjajah British telah kita ubah dan pinda dari masa kesemasa mengikut peradaban kita, namun ianya kita yakini selama ini telah mampu bertahan dengan tugas dan tanggungjawabnya, yang sangat penting dan mulia itu.

Diawal kemerdekaan sehinggalah ketahun 1980an, rakyat tidak pernah mempertikaikan kewibawaan badan kehakiman kita, malah ianya disanjung dan dipuji sehinggalah keperingkat antarabangsa.

Pada tahun 1988, kesucian badan ini mula dinodai. Bermula pada bulan Mei tahun itu sehinggalah beberapa bulan berikutnya beberapa orang hakim kanan telah menjadi korban kerakusan pimpinan politik tempatan. Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abbas telah dipecat. Turut terkorban dengan dipecat adalah dua orang hakim Mahkamah Agung yang cuba campurtangan mempertahankan keadilan, iaitu Datuk George Seah dan Tan Sri Wan Suleiman Pawaanteh. Segala-galanya kerana konspirasi politik PM ketika itu.

Dari situ campurtangan politik secara lansgung terhadap badan kehakiman, telah melunturkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi yang penting dalam sesebuah negara demokrasi seperti kita. Sejak dari itu badan kehakiman kita cuba dipulihkan namun terus dipandang masyrakat dengan penuh tandatanya dan kebimbangan.

Dari krisis 1998 itu ia cuba berusaha bangkit, walaubagaimanapun jatuh terlentang kembali dalam kes perbicaraan Dato Seri Anwar Ibrahim berikutan pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri 10 tahun kemudian. Konspirasi dan campurtangan politik sekali lagi bersekongkol.


Kini hampir 10 tahun berlalu, dalam senyap-senyap imej badan ini mahu dipulihkan tiba-tiba hinggap pula satu malapetaka baru. Semalam Penasihat PKR Dato Seri Anwar mendedahkan sebuah rakaman video yang dibuat pada tahun 2002 lalu, menunjukkan seorang peguam terkenal VK Lingam yang sedang rancak berbual melalui telefon dengan Ketua Hakim Malaya ketika itu Dato Ahmad Fairuz (yang kini Tan Sri Ahmad Fairuz – Ketua Hakim Negara).

Dalam rakaman video itu mereka membincangkan soal perlantikkan hakim-hakim termasuk Fairuz sendiri. Juga tentang betapa pentingnya penglibatan Fairuz dalam beberapa kes termasuklah petisyen membatalkan kemenangan calon DAP Bukit Bintang Wee Choo Keong dan kes Anwar sendiri.

Penganugerahan gelaran Tan Sri kepada Fairuz juga menjadi topik perbulan dan yang lebih kontroversial lagi adalah penglibatan Lingam sendiri, Tan Sri Vincent Tan dan Tengku Adnan (kini Menteri Pelancongan) dalam meyakinkan Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir, terhadap kedudukan Fairuz.

Video ini hangat dan mampu merobohkan sama-sekali instutisi kehakiman kita, kerana jelas kewibawaannya sudah mula condong dan boleh dipertikaikan. Badan kehakiman seakan dilacurkan untuk kepentingan politik individu dan tokoh tertentu. Saya difahamkan pihak Majlis Peguam akan mengadakan mensyuarat tergempar dan disamping itu pihak PKR telah menbuat laporan ke BPR dan akan mengemukakan memo ke Majlis Raja-raja.

Tindakan segera perlu diambil bagi merawat dan mengubati badan kehakiman yang sudah pauk dan buruk ini. Kita perlu bermula dengan menggantung kedudukan Tan Sri Ahmad Fairuz, dan satu Tribunal segera dibentuk untuk menyiasat salah-laku beliau. Semua kes-kes yang beliau adili termasuklah kes rayuan Anwar perlu disemak semula.

Rakyat tidak lagi boleh berpeluk tubuh lagi dalam hal ini, kalau mahkamah kita sudah dicabuli apa lagi yang tinggal pada kita selepas ini?

Wednesday, September 19, 2007

Jangan jadi anak durhaka

Sambil menyelak-nyelak akhbar untuk mencari berita yang menarik untuk dijadikan bahan, saya terserempak dengan berita berkenaan Yusni Jaafar dalam ruangan hiburan akhbar Berita Harian: Hip. Pasti ada orang berkata: Baca juga ruangan hiburan ya, mengapa tidak? Kita perlu tahu akan seluruh perkembangan yang berlaku disekeliling kita, bukan hanya ambil tahu apa yang mahu kita tahu.


Yusni Jaafar ini memang saya ikuti perkembangannya, sejak berita beliau ditinggalkan oleh anak-anak kandungnya. Kebetulan saya pernah dikenalkan dengan salah seorang anak beliau melalui kawan saya yang pernah bernikah (tapi tak lama) dengan anaknya itu.

Di bawah tajuk: Ibu sudah ampun kesalahan mereka, Yusni bercerita panjang-lebar berkenaan perkembangan hidupnya terkini. Beliau kini tinggal bersendirian di sebuah flat kos sederhana di Ampang Hiliran. Beliau yang pernah glamour satu ketika dahulu kini terpaksa mengharapkan bantuan dari rakan-rakan untuk membeli perabut dan peralatan rumah.

Kata Yusni sejak berpindah ke rumah barunya 22 Ogos lalu sehingga kini anak-anaknya tidak pernah mengunjungi atau menghubungi beliau.

Saya tidak dapat menerima bagaimana anak-anak boleh mengambil sikap sedemikian terhadap seorang ibu kandung. Jahat mana sekalipun seorang ibu (saya pasti Yusni tidaklah masuk dalam kategori jahat pun) ia tetap ibu kita. Tambahan pula kita berada di bulan Ramadhan yang penuh barakah dan rahmat ini. Saya menasihati diri saya dan para pembaca blog ini serta anak-anak Yusni akan ayat-ayat Allah swt:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al Ahqaf: 15)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (al Isra: 24)

Selain itu Rasulullah saw berpesan kepada kita:

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a, bahwa Rasulullah s.aw bersabda: Ridha Allah bergantung kepada keridhaan orang tua dan murka Allah bergantung kepada kemurkaan orang tua.
Mudah-mudahan Allah swt mengampunkan dosa kita semua dan lebih utama lagi dosa kedua orang ibu-bapa kita. Semoga Allah menggerakkan hati anak-anak Yusni dan anak-anak orang lain seumpama kes Yusni ini untuk memohon ampun kepada ibu mereka dan menghiburkan hati mereka selagi berbaki hidup mereka di dunia ini.
Tapak sekolah agama dibangunkan untuk tujuan lain

Pada hari Isnin lepas sisipan akhbar The Star yang memuatkan berita-berita perniagaan, Starbiz ada menerbitkan satu iklan projek perumahan baru. Di USJ17 Subang Jaya yang dipanggil RESTREES.

Dari iklan satu muka itu ternyata projek perumahan di tanah seluas 15 ekar itu disasarkan kepada masyarakat berpendapatn tinggi. Apa tidaknya nilai jualan rumah-rumah berkembar dua setengah tingkat itu dijual pada harga minima RM1.5 juta seunit. Pemaju projek ini menurut iklannya adalah sebuah syarikat yang diberi nama Utusan Seni Sdn. Bhd. Manakala pemilik tanah adalah Majlis Agama Islam Selangor atau MAIS. Beruntung juga MAIS memiliki tanah di prime area di USJ Subang Jaya.

Yang menjadi kemusykilan adalah apabila saya menerima maklumat dari bekas orang dalam yang terlibat dalam pembangunan USJ Subang Jaya, bahawa tanah tersebut sebenarnya adalah merupakan tanah wakaf yang telah diserahkan oleh pemaju USJ Subang Jaya kepada MAIS dengan maksud ia dibangunkan bagi tujuan Sekolah Agama. Bolehkah MAIS pandai-pandai mengubah status tanah itu untuk dimajukan sebagai taman perumahan?

Satu-satu Sekolah Agama KAFA yang berada di kawasan USJ adalah di premis Masjid Al Falakh USJ 9. Sekolah itu cuma mampu menampung sekitar 500 orang pelajar pada satu-satu sessi sedangkan permintaan untuk menghantar anak-anak ke sekolah itu berlipat kali ganda. Kerana itu ada dikalangan kanak-kanak Islam disekitar USJ samada tidak mengikuti kelas KAFA atau terpaksa dihantar ke Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan di SS15 Subang Jaya.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Tuesday, September 18, 2007

Tiada lagi “Feel Good Factor” nampaknya

Semalam Bursa Malaysia jatuh menjunam 11.16 mata atau 0.86% untuk ditutup pada paras 1,282.56 mata. Menurut para penganalisa antara sebab kejatuhan adalah para peabur berhati-hati kerana menunggukan mesyuarat polisi kewangan Jawatankuasa Persekutuan Pasaran Terbuka Amerika Syarikat. Jika mesyuarat ini memberikan natijah yang negatif maka pasaran dijangka terus bertindak-balas juga secara negatif.
S
ementara itu minyak mentah dunia pula semalam diniagakan sekitar USD78.59 setong, berbanding cuma USD58.32 pada 3 Januari yang lalu. Menurut berita mukadepan akhbar The Star hari ini Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Dr Lim Keng Yaik menyatakan bahawa pihak Petronas mendesak agar harga gas tempatan dinaikkan memandangkan ia menanggung subsidi sekitar RM50 billion sepanjang 10 tahun lalu.

Menurut Dr Lim lagi sebuah jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan PM akan menimbangkan permohonan Petronas itu selewat-lewatnya minggu hadapan.

Mukadepan akhbar NST pula memaparkan kenaikkan harga bahan makanan termasuklah bawan, kentang, tomato, gandum, mee segera, susu kacang soya dan ikan berpunca dari permintaan global serta cuaca buruk dan hasil yang tidak memuaskan.
Dan beberapa hari kebelakangan ini sedang kita sibuk mengerjakan puasa Ramadhan harga ayam mentah juga naik mendadak.

Kalau diperingkat ini kita boleh lagi berjenaka, nampaknya di Malaysia semuanya naik dan tidak turun-turun kecuali hujan! (Kalau pun hujan turun, turun pula selebat-lebatnya sehingga saudara-saudara kita di Utara kini berpuasa digenangi air).

“Mampukah “Feel Good Factor” yang Dollah cari-cari itu (sebelum memanggil pilihanraya umum) menjelma dalam waktu terdekat ini sedangkan kos hidup rakyat semakin mencacak naik? Jika keadaan ini terus berlarutan, rakyat jelatalah yang akan merasa kesan langsungnya dan sudah pasti reaksi mereka tentunya negatif dan marah-marah. Jadi mungkinkah Dollah panggil juga pilihanraya dalam waktu terdekat ini?

Monday, September 17, 2007

Raja berjiwa rakyat lebih penting dari orang politik

Raja berjiwa rakyat adalah istilah yang selalu digunakan bagi menggambarkan betapa intim dan rapatnya, pihak istana dengan rakyatnya. Tidak dapat dinafikan golongan istana dianugerahkan oleh Allah swt kelebihan serba-serbi mengatasi sebahagian besar rakyat kebanyakkan. Itulah adat dan cara masyarakat Melayu turun-temurun sehinggalah negara mencapai kemerdekaan, maka institusi Raja-raja Melayu terus diterima sebagai sebahagian dari kerajaan dengan kewujudan diiktiraf oleh perlembagaan negara dan negeri-negeri.

Lazimnya apabila istana pandai mengambil hati rakyat, prihatin dan mengambil berat hal kebajikan rakyat, maka mereka akan disanjungi rakyat, dan kemana sahaja mereka kunjungi, rakyat akan terima mereka dengan bangga dan besar hati.

Raja-raja Melayu turun-temurun ada yang disanjungi, ada juga yang ditakuti dan malah dibenci rakyat.

Almarhum Sultan Selangor Sultan Hishamuddin Alam Shah (Yang Dipertuan Agong Kedua) contohnya dikenali sebagai sultan yang warak dan menitki-beratkan hal agama. Almarhumlah yang telah menaja kumpulan NGO dan parti-parti Melayu yang akhirnya menubuhkan Umno bermula dari Kelab Sultan Sulaiman di Kg Baru, KL. Almarhum juga menghadiahkan istana nya di Kelang untuk dijadikan Kolej Islam Kelang.

Kemudian kalau kita baca catatan Allahyarham Ahmad Boestamam di dalam bukunya Tujuh Tahun Malam Memanjang, beliau menulis:

Di dalam banyak-banyak Sultan hanya Sultan Pahang seorang sahajalah yang pernah melawat ke khemah-khemah tahanan sepanjang ingatan saya.

Semasa kunjungan Tuanku ke kem dimana beliau ditahan Boestamam mencatatkan bahawa Tuanku Sultan pernah bertitah:

Kalau sekiranya Encik Boestamam ini ditahan di Pahang, sudah lama saya membebaskannya.

Abdullah CD di dalam bukunya juga ada menulis betapa pejuang-pejuang yang berjuang menentang British telah menerima galakkan dan sokongan besar dari pihak istana termasuklah dari istana Terengganu dan Pahang.

Demikianlah contoh-contoh pihak istana mengambil langkah proaktif, mencampakkan diri mereka ke hadapan demi membela kepentingan rakyatnya.

Saya membangkitkan hal ini kerana sejak kebelakangan ini kita melihat pihak istana semakin aktif mengambil peranan sebagai payung tempat rakyat berteduh. Bermula dari Raja Muda Perak, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Puan Pahang, Tengku Mahkota Johor dan lain-lain.

Semalam Raja Zarith Idris, isteri kepada Tengku Mahkota Johor di dalam ruangan mingguannya dalam akhbar The Sunday Star – Mind Over Matters, menceritakan keprihatian beliau terhadap permasalahan rakyat dan kesederhanaan hidup beliau dan anak-anak walaupun dikelilingi kemewahan. Raja Zarith mengakui beliau lebih selesa dengan sandal dari Bata dan membeli-belah di kedai tempatan.

Dalam kita semakin muak dan bosan dengan kelakuan dan tingkah-laku orang-orang politik dan anak-beranak mereka, mungkin membaca dan melihat perubahan dikalangan penghuni istana-istana kita, mereda dan menyejukkan hati kita. Tambah-tambah mereka yang ada kesedaran agama seperti SPB Yang Dipertua Agong dan Permaisuri dan yang lain-lain

Mudah-mudahan mereka yang berada di istana akan semakin dekat dengan rakyat, kerana pemimpin politik ini datang dan pergi tetapi Raja-raja Melayu insyallah akan terus kekal bertakhta. Mudah-mudahan akan ramai yang nanti sehebat Almarhum Sultan Selangor dan Pahang satu ketika dahulu.

Daulat Tuanku, jangan bairkan rakyat merana ditangan orang politik yang rakus.
WTV8 kini kembali beroperasi sepenuhnya

Alhamdulillah Siaran Alternatif Anda WTV8 kini sudah kembali beroperasi sepenuhnya setelah terganggu buat sementara oleh serangan penyanggak siber yang bacul.


Ikuti siarannya di http://wtv8.tv/ atau http://wtv8.tv/v2

Sedang ditayangkan:

1. BERSIH serah memo Tragedi Batu Burok ke SUHAKAM
2. Tun Dr M dakwa BN sedang kumpula berbillion ringgit untuk pilihanraya
3. Shamsiah Fakeh: Pejuang Yang Dilupakan (ulangan)

dan banyak lagi.

Terus berikan sokongan anda dan hebahkannya kepada kawan-kawan.
Rakyat Kelantan mahu terus berada di bawah Mr Clean

Presiden Umno dan PM, Dollah Badawi semalam mengunjungi Kelantan untuk kesekian kalinya. Beliau singgah di Pasir Mas dan kemudiannya berbuka puasa di Tanah Merah penuh dengan program yang disusun oleh orang kuatnya di Kelantan, Annuar Musa.

Saya mungkin silap tetapi setelah membaca laporan kesemua 4 akhbar media perdana (BM dan BI) berkenaan kunjungan Dollah ini, saya tidak terbaca pun kenyataan berkenaan menawan atau menggulingkan kerajaan PAS terbit dari Dollah kali ini. Jika sebelum ini masing-masing ghairah dengan agenda tawan Kelantan dan tumbangkan PAS, tetapi semalam nampaknya reda sedikit keghairahan itu. Mungkin berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, wallahualam.

Berkebetulan, sempena lawatan Dollah itu juga, akhbar NST semalam menyiarkan laporan satu muka bertajuk:

Who will win Kelantan is anybody's guess
Siapa yang akan menang di Kelantan kini menjadi tandatanya semua


Saya tertarik dengan laporan Zabidi Ishar itu, kerana setelah mengulas berkenaan sejarah politik Umno dan PAS di negeri Serambi Mekah itu beliau terus menjurus kepada ulasan dua orang kuat masing-masing parti iaitu Annuar Musa dan Husam Musa (anak-anak Musa kata MSO). Annuar seperti biasa terus ghairah dengan mengatakan tidak ada sebab mengapa Umno tidak boleh menumbangkan PAS kali ini (saya percaya inilah ucapan yang sama diucapkannya pada pilihnaraya 95, 99 dan 2004 lalu). Husam pula berkata rakyat Kelantan sudah muak dengan Umno.

Dan MB Kelantan Tok Guru Nik Abd Aziz pula dipetik sebagai berkata bahawa: (dengan nada Annuar) Tidak ada sebab rakyat menolak PAS kerana PAS telah berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat dan tidak pernah mengkhianati mereka.

Dari tokoh-tokoh besar itu, Zabidi memuatkan pula pandangan seorang tukang emas, rakyat tempatan, Asri Yaakub 42, yang berkata bahawa beliau yakin rakyat Kelantan akan setia kepada kepimpinan ulamak yang ada. Tambahnya: Rakyat Kelantan kini memperolehi apa yang tidak pernah kami rasai sepanjang pemerintahan BN dulu.

Dan sebagai penutup dimuatkan pula ulasan tokoh veteran Umno, Tan Sri Hussien Ahmad yang berkata:

Umno memang telah melakukan beberapa lonjakkan namun ianya belum begitu kuat bagi memungkinkan (parti itu) berkuasa. Apa yang saya nyatakan ini memang tidak akan disenangi oleh sesetengah pihak, tetapi ia merupakan realiti yang perlu diterima.

Malah tambah Hussien lagi rakyat Kelantan memerlukan seorang Mr Clean untuk mentadbir negeri ini, dan ternyata BN tiada tokohnya.

Mungkin lantaran laporan ini maka Dollah tidak berapa minat untuk menonjolkan sangat Kelantan Baru yang kononnya dicipta dan dibawa oleh Annuar Musa itu. Apa pun rakyat atas rakyat Kelantanlah untuk membuat kata putus pada pilihanraya umum ke 12 nanti. Sementara itu terimalah longgokkan harta dan kekayaan yang dijanjikan oleh Umno dan BN itu.

Saturday, September 15, 2007

Jangan lepaskan si dajal dari angkara mereka!

Akhbar-akhbar tempatan hari ini menyiarkan gambar 9 orang pemuda yang menurut polis boleh membantu mereka dalam menyiasat kejadian merosakkan harta awam dan persendirian di dalam Tragedi di Batu Burok pada 8 September lalu.





Isu yang digembar-gembur dan dimainkan oleh Umno Terengganu adalah isu baker bendera, kini isu merosakkan harta awam juga menjadi perhatian pihak polis. Saya difahamkan pada malam tersebut hanya jurugambar polis dan Unit Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu atau UKOM sahaja yang dibenarkan mengambil gambar, mana-mana jurukamera atau wartawan yang memiliki kamera akan ditangkap atau dirampas kamera mereka.

Perkembangan gambar 9 pemuda ini sebenarnya mencetuskan lebih banyak kekalutan dan kontroversi. Laman web Malaysiakini menyiarkan temuramah dengan seorang saksi yang hadir pada malam kejadian, Osman Ismail, yang trak polis dan FRU terlibat dalam merosakkan harta awam apabila berlaku ketegangan pada malam itu. Menurut Osman lagi anggota polis yang melepaskan tembakan kepada orang-ramai itu, belia lihat sendiri sebenarnya menembak dalam keadaan berdiri tegak sambil berlari ke arah FRU.


Siapakah yang mengambil gambar pemuda-pemuda ini? Contohnya gambar pemuda yang membakar jalur gemilang yang disiarkan akhbar-akhbar tempatan. Jika polis yang ratusan bilangannya pada malam tersebut melihat pemuda ini membakar bendera, dan ia adalah satu kesalahan, mengapa tidak ditangkap pada malam itu juga?

Berdasarkan keterangan Osman ini, sepatutunya anggota polis yang melepaskan tembakan itu segera ditangkap dan direman kerana jelas beliau telah berbohong termasuk kepada Ketua Polis Terengganu. Tangkap juga pemandu-pemandu trak polis yang telah mengakibatkan kerosakan harta awam itu.

Saya rasa berdasarkan perkembangan terbaru ini pihak polis sudah menjadi sebahagian dari parti yang terlibat di dalam tragedi ini, oleh itu mereka perlu mengundurukan diri dari menyiasat dan sebaliknya serahkan sahaja kepada badan bebas. Bagaimana orang yang terlibat dalam penyiasatan ditugaskan melakukan penyiasatan?

Saya hairan juga mengapa jurukamera UKOM turut berada di barisan polis pada malam itu (sila lihat Screeshots)? Seolah mereka bersedia untuk menggambarkan suatu tragedi . Klip video mereka kini dimasukkan ke Youtube bawah tajuk: PAS mengganas lagi.

Saya harap SUHAKAM yang sedang menyiasat tragedi ini mengambil kira perkembangan-perkembangan terbaru ini, jangan lepaskan si dajjal dari bertanggungjawab di atas angkara mereka!

Friday, September 14, 2007

Mungkinkah Malaysia memerlukan Menteri Kewangan baru?

Banyak pihak tidak selesa malah meragui kewibawaan Dollah Badawi sebagai PM. Kalau kita menjengok ke laman sahabat saya Sang Kelembai, Dollah langsung tidak mendapat simpati di sana.

Seingat saya portfolio Menteri Kewangan mula dipegang oleh PM ketika Tun Dr Mahathir menjadi PM dahulu. Walaupun seorang doktor perubatan dari segi profession, terbukti Tun lebih hebat dari mana-mana lulusan ekonomi dan kewangan apabila memagang portfolio ini. Beliau banyak membaca dan menerima pendedahan berhubung bidang yang dipertanggugjawabkan kepada beliau itu.

Seorang yang rapat dengan saya (lulusan perakaunan) pernah mengatakan bahawa beliau diminta memberikan taklimat kepada Tun di Pejabat PM berkenaan isu kewangan Islam. Appointment nya jam 6.00 petang (bermakna PM masih di pejabat pada waktu itu, mungkin PM yang lain sudah berada di padang golf, atau sedang tidur), dan suasana di Pejabat PM ketika itu sibuk, Tun masih berjumpa dan berbincang dengan penasihat ekonomi, pegawai Bank Negara walaupun pada waktu suntuk sebegitu (Menteri Kewangan sekarang abgaimana agaknya?)

Saya ada membaca dalam akhbar Straits Times bertarikh 31 Ogos 1957, yang diterbitkan semula secara percuma oleh NST sempena ulangtahun kemerdekaan Negara baru-baru ini, berkenaan almarhum YTM Tunku, PM kita yang pertama. Laporan itu menulis Tunku tidak mahir dengan angka-angka, dan mungkin kerana mahukan yang terbaik untuk Negara, maka beliau telah melantik Sir Henry Lee dan kemudiannya Tan Siew Sin sebagai Menteri Kewangan.


Hari ini mengekalkan tradisi Tun Dr M, portfolio Menteri Kewangan terus dipegang oleh PM, dengan bantuan Menteri kewangan II. Tetapi bagaimanakah prestasi Dollah selaku Menteri Kewangan berbanding Tun Dr M contohnya?

Menteri Kewangan bukan sekadar membentangkan bajet setahun sekali di Parlimen, ia lebih besar dan penting dari itu. Tengku Razaleigh dan Dato Seri Anwar adalah antara contoh pemimpin Melayu yang pernah memegang portfolio ini dengan baik.

Apa masalahnya dengan Dollah?

Banyak insiden sebelum ini yang menggambarkan betapa Dollah berkemungkinan tidak bersedia memegang portfolio ini, tetapi pegang juga mungkin atas sebab-sebab politik yang hanya beliau dan mereka yang rapat dengannya ketahui.

Semalam berlaku dua insiden yang bagi saya membuktikan yang masanya sudah tiba bagi Malaysia untuk mendapatkan seorang Menteri Kewangan baru. Pertama slepas mempengerusikans ebuah mesyuarat PKS Kebangsaan di Bank Negara. Para pemberita telah melontarkan soalan yang sedang hangat diperkatakan iaitu mengenai perbezaan peruntukkan pembangunan yang dicatatkan dalam Laporan Ekonomi 2007/2008 dengan Bajet 2008 yang telah beliau bentangkan baru-baru ini.

Laporan ekonomi itu menyebut RM40 billion sedangkan Bajet yang Dollah bentangkan (bacakan) menyebut angkanya sebagai RM48.12 billion. Ketua Pembangkang telah membangkitkan perbezaan RM8.12 billion ini semasa satu siding akhbar di Parlimen semalam.

Apa kata Dollah?

Kata Dollah Menteri Kewangan II telah diarahkan memberi penjelasan bertulis berhubung perbezaan itu.Kata beliau lagi:

Saya harap anda semua tunggu sehingga ia dikeluarkan dan kemudian disiarkan untuk dibaca oleh orang ramai.

Jangankan pemberita, saya kira saya yang membaca berita ini pun tidak berpuas hati dengan penjelasan Dollah itu. Takkanlah beliau tidak langsung dapat memberikan gambaran dimana dan bagaimana secara kasar perbezaan yang besar itu boleh berlaku? Atau mungkinkah beliau tidak tahu?

Kedua, semalam juga dalam majlis yang lain, pemberita bertanya Dollah pula berkenaan perkembangan rundingan antara Volkswagon dan Proton. Semalam terbit laporan bahawa VW telah mengemukakan cadangan untuk mengambil cuma 20% kepentingan Proton buat permulaan dan hanya akan mempertingkatkannya kepada 50% dalam tempuh 5 tahun apabila kerajaan memenuhi beberapa permintaannya.

Apa kata Dollah?

It has not come to us formally yet. All matters regarding VW are still under discussions.
Ianya belum sampai kepada kamis ecara formal lagi. Semua perkara berkenaan VW masih diperingkat rundingan lagi.

Sekali lagi ramai pihak tidak memperolehi penjelasan yang sewajarnya dari seorang yang memegang portfolio Menteri Kewangan. Mungkinkah memang Dollah berhasrat mahu merahsiakan segala-galanya buat masa ini (walaupun dunia korporat terdedah terhadapnya) atau mungkinkah beliau sememangnya tidak mengetahui perkembangan yang sedang berlaku?

Saya tidak mempertikaikan kelayakkan Dollah, tetapi dalam bab kedudukkan sebagai Menteri Kewangan ini rasa saya biarlah diserahkan kepada ahlinya yang lebih layak. Rasulullah saw berpesan kepada kita:

Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kerosakan yang bakal menimpa

Thursday, September 13, 2007

Tragedi di Batu Burok semakin kusut

Tragedi malang di Batu Burok, Kuala Terengganu, Sabtu lepas masih terus menjadi isu dan bualan hangat. Tindakan polis enggan mengeluarkan permit perhimpunan, meleraikan mereka yang berhimpun dengan pancutan air dari water canon dan tembakkan gas pemedih mata, tidaklah sebesar anggotanya melepaskan tembakan peluru hidup ke arah orang awam.

Kalau setakat dinafikan permit, dibasahi air dan sesak nafas serta perdih-pedih mata akibat gas tadi, ianya lumrah bagi penyokong pembangkang khasnya dari PAS, kerana begitulah layanan terhadap mereka dalam negara Malaysiaku Gemilang inis ejak 50 tahun kebelakangan.
Tetapi tindakan melepaskan tembakkan peluru hidup ke arah orang ramai ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 50 tahun kemerdekaan negara.

Apa pun sejak dari Sabtu lepas pihak polis kelihatan semakin kusut dalam berhadapan dengan isu ini. Setiausaha Agung PAS Dato Kamarudin Jaafar baru-baru ini mempertikaikan bilangan tembakkan yang telah dilepaskan oleh anggota polis berkenaan. Adakah satu, dua atau empat, kerana bilangan yang berbeza-beza ini dinyatakan sendiri oleh pihak polis dalam kenyataan yang berbeza-beza.

Kemudian kita lihat kedudkan anggota berkenaan ketika melepaskan tembakkan berkenaan. Semalam kata Ketua Polis Negeri Terengganu anggotanya sedang LYING ON THE GROUND (dalam keadaan terduduk), hari ini menurut NST anggota berkenaan melepaskan tembakkan WHILE PINNED TO THE GROUND (dalam keadaan terduduk dan ditekan pula oleh orang tertentu). Adakah beliau terjatuh lalu dalam keadaan terduduk melepaskan tembakkkan, atau PINNED TO THE GROUND dan melepaskan tembakkan? Biasanya orang yang PINNED TO THE GROUND tidak berpeluang mengatasi kudrat penyerangnya apalagi mengambil keluar pistol, mengacu dan melepaskan tembakkan pula!

Selain itu identiti anggota berkenaan juga kelihatan berbeza-beza, satu hari dikatakan anggota FRU (bila pula anggota FRU bertugas tanpa uniform) kemudian dikatakan anggota PGA (yang juga tidak bertugas tanpa unifrom). Dalam akhbar The Star 10 September lalu, Ketua Polis Negeri Terengganu mendedahkan identiti anggota berkenaan sebagai Konstabel Azmi, 29 tahun. Manakala dalam akhbar NST hari ini dilaporkan:

The 24 year old Corporal

Adakah si Azmi tadi telah dinaikkan pangkat dari konstabel ke korporal dalam masa dua tiga hari lalu?

Dan kini yang terbaru menurut NST si Azmi (Konstabel atau Korporal dari FRU atau PFA atau SB) juga sedang disiasat atas tuduhan cubaan membunuh (attempted murder) kerana melepaskan (satu atau dua atau empat) tembakkan ke arah apa yang dikatakan penyerangnya dalam keadaan mempertahankan diri.

Kekusustan dan kekalutan ini sebenarnya makin menghakis keyakinan dan kepercayaan orang-ramai terhadap integriti dan kredibiliti pihak polis. Kini jika benar laporan terbaru NST itu bermakna pihak polis sedang menyiasat anggotanya sendiri, bukankah lebih baik lanjutan perkembangan ini, semua pihak akur dan menerima cadangan agar penyiasatan dilakuakn sahaja oleh satu badan bebas yang diketuai sebuah Suruhanjaya Di Raja sebagaimana dituntut oleh BERSIH, parti-parti pembangkang dan beberapa NGO.

Kita bukan Afrika Selatan dizaman apartheid, bukan juga Myanmar atau negara mundur yang lain, kita adalah sebuah negara yang bebas dan demokratik dan mempunyai perlembagaan dan undang-undangnya sendiri. Jangan sampai dunia memperkecilkan kewibawaan kita. Tragedi di Batu Burok adalah satu insiden hitam yang seharusnya dijernihkan dengan penyiasatan terbuka yang seharusnya memuaskan hati semua pihak demi kebenaran dan keadilan.

Mampukah kita berbuat demikian?
Salam Ramdhan

Allah swt berfirman:

Bulan Ramadhan bulan yang di dalamnya diturunkan al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan batil)
(al Baqarah: 185)


Mudah-mudahan bulan yang penuh barakah ini akan berjaya kita harungi dalam keadaan baik dan terbit darinya nanti denga penuh keinsafan dan kembali menyerah diri kepada Allah swt. Saya melihat tiada yang lain yang akan beroleh lebihan pahala dan kurnia dari Allah swt dalam bulan besar ini melainkan golongan wanita khasnya ibu-ibu dan para isteri. Walaupun kebanyakkan mereka nanti tidak akan dapat berpuasa penuh sebulan kerana halangan-halangan syarie namun merekalah nanti yang akan muncul sebagai yang paling berjaya.

Saya menyatakan ini kerana ibu-ibu dan isteri-isterilah yang akan bertungkus-lumus di bulan ini untuk menyediakan makanan bagi suami dan anak-anak mereka. Meskipun dibulan-bulan lain mereka juga berbuat demikian, namun berbeza di bulan Ramadhan. Dalam keadaan lapar mereka menyediakan juadah berbuka dan dalam keadaan mengantuk mereka sediakan pula makanan untuk sahur, samada mereka nanti berpuasa ataupun tidak.

Beruntunglah para ibu dan isteri yang demikian.

Selain itu madrasah Ramadhan ini adalah peluang paling baik untuk kita mengukuhkan ukhuwah bukan hanya sesama masyarakat Islam ketika berjemaah di surau atau masjid tetapi juga menjalin dna merapatkan hubungan sesama keluarga apabila kita berbuka dan bersahur bersama.

Salam Ramadhan dari saya untuk semua para pembaca, terima kasih di atas sokongan anda, bersama kita teruskan perjuangan sehingga berjaya insyallah.

Wednesday, September 12, 2007

Hishamuddin Hussien perlu segera disiasat

Beberapa hari lalu saya ada mendedahkan di blog ini berkenaan dengan Laporan Ketua Odit Negara yang terbaru yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini (bukan untuk dibahasakan).

Banyaklah ketidakcekapan malah penyelewengan yang ada diantaranya berbau rasuah dan salahguna kuasa telah didedahkan dalam laporan tersebut oleh Ketua Odit Negara Tan Sri Amrin Buang. Yang saya dedahkan dalam tulisan saya itu adalah antaranya termasuklah yang melibatkan Kementerian Belia dan Sukan. Ianya termasuklah tindakan pihak kementerian membeli satu set screwdriver yang harga pasarannya hanya RM40 tetapi pihak kementerian telah membayar sebanyak RM224.94 kepada pembekal.




Selain itu buku rujukan teknikal untuk IKBN yang harga pasarannya RM417 seset tetapi pihak kementerian telah membayar sebanyak RM10,700 seset. Dan banyak lagi penyelewengan melibatkan kementerian ini (disamping kementerian lain didedahkan), termasuklah menterinya memberikan kuasa kepada Ketua Setiausaha Kementerian untuk meluluskan kontrak bernilai RM449.42 juta sedangkan kuasa yang diberi kepada KSU cumalah tidak melebihi RM5 juta.

Ini merupakan satu skandal yang besar dan serius kerana walaupun kejadian dikatakan berlaku sekitar tahun 2002, menteri ebrkenaan kini masih duduk dalam cabinet Dollah Badawi, jika di Kementerian Belia dan Sukan boleh berlaku kepincangan seumpama ini bayangkan kemampuannya kini di kementerian yang lain pula.

Siapakah menteri itu?

Menteri Belia dan Sukan dari tahun 1999 ke 2004 adalah Hishamuddin Tun Hussien merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia!

Ketika ditanya pemberita berkenaan isu ini Hishamuddin dilaporkan oleh NST sebagai berkata:

It should be investigated. What is wrong is wrong. Action has to be taken against wrongdoers including me if I have done wrong.

Ia septutnya disiasat. Yangs alah tetap salah. Tindakan perlu diambil terhadap mereka yang bersalah termasuklah saya jika saya yang bersalah.

Prinsip akauntabiliti menuntut pertanggungjawaban bagi mereka yang diamanahkan memikul tanggungjawab. Tambahan dalam kes ini yang yang terlibat adalah wang kerajaan, milik rakyat Malaysia.

Bagi saya menteri berkenaan perlu segera disiasat termasuklah KSU nya ketika itu. Lebih tepat lagi kerana ianya melibatkan kepentingan awam maka menteri tersebut sepatutnya digantung dari jawatan untuk memberikan kebebasan kepada agensi yang bertanggungjawab untuk menyiasat sehingga ke akar umbi.

Pihak BPR perlu segera bergerak dan menyiasat serta membongkar perkara ini. Jika tidak kredibiliti kerajaan pimpinan PM Dollah Badawi akan semakin dipertikaikan. Ini baru satu kementerian, banyak lagi kementerian yang turut disentuh dalam laporan Tan Sri Ambrin itu. Mudah-mudahan maklumat sebenar tidak dipengap dari pengetahuan rakyat.

Tuesday, September 11, 2007

Tolonglah Dollah jangan suka tidur



Berdiri pun tertidurkah??? Aduhai PM ku


Seperti dijangkakan akhirnya tiba pula giliran Presiden Umno dan Perdana Menteri untuk mengulas berkenaan insiden perhimpunan BERSIH yang sengaja digagalkan oleh pihak polis di Kuala Terengganu 8 September lalu.

Dari Kuching sebelum berlepas ke Singapura, Dollah dengan selamba menyatakan (sebagaimana dilaporkan BERNAMA) bahawa insiden berkenaan berlaku MUNGKIN berpunca daripada pembangkang yang merasa tertekan kerana tidak mampu membangunkan negeri itu semasa ia berkuasa di Terengganu. Kata Dollah:

Ini adalah satu bukti mereka tidak bertanggungjawab dan tidak ada idea untuk membangun negeri itu.

Saya tidak pasti apakah Dollah telah diberikan taklimat sepenuhnya berkenaan kejadian tersebut, sepatutunya selaku PM dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri beliaulah antara yang pertama menerima taklimat terperinci berkenaan kejadian tersebut, melainkan beliau tertumpu pada kerja lain (seperti gambar di atas) apabila taklimat itu diberikan kepadanya.

Saya menjangkakan PM akan memberikan komen yang seimbang dan rasional, sebagaimana TPM yang sekadar menyatakan bahawa apa pun semua pihak termasuk Umno perlu membuat permohonan permit polis sebelum mengadakan perhimpunan, tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak. Walaupun Najib mempertahankan tindakan pihak polis di Kuala Terengganu itu namun ianya dibuat dalam nada yang sangat seimbang, tetapi tidak dengan Dollah.

Tidakkah Dollah tahu bahawa dua orang awam telah ditembak oleh anggota polis dalam kejadian tersebut menggunakan peluru hidup, menjadikan ini sebagai persitiwa perhimpunan politik pertama dalam sejarah Malaysia dimana peluru hidup digunakan terhadap orang awam? Memang PAS telah tewas ke tangan Umno dalam PRU 2004 di Terengganu, tetapi adakah masuk akal bahawa kejadian 8 September itu ada berkaitan dengan alasan kononnya PAS merasa tertekan kerana tidak mampu membangunkan Terengganu semasa ia berkuasa sebagaimana dinyatakan Dollah itu?

Program 8 September itu anjuran BERSIH dimana PAS merupakan salah satu anggotanya. Ia bukan ceramah PAS oleh itu isu yang Dollah bangkitkan itu langsung tidak ada kena mengena dan sungguh dangkal serta memalukan jika datang dari seorang bertaraf PM!

Kerana PAS tewas ditangan Umno pada tahun 2004 lalulah maka hari ini para penyokong dan ahlinya berkerja dengan penuh semangat unutk merampas kembali negeri tersebut. PAS mahu kembali berkuasa, dan hanya satu kaedah yang ada bagi mereka untuk mencapai matlamat itu iaitu melalui kemenangan dalam pilihnaraya umum nanti. Yang sebenarnya merancang untuk mencetuskan huru-hara dan menconteng arang di muka PAS adalah Umno, kerana apa, kerana mereka bimbang akan pengaruh PAS sejak kebelakangan ini, itulah punca sebenar kejadian 8 September lalu.

Kalau PM beri perhatian dan tidak mudah terlena mungkin beliau boleh memahami dan memberikan kenyataan yang lebih berwibawa dari yang diberikannya ini yang lebih merupakan kenyataan dari seorang yang baru bangun tidur atau tertidur!
Jangan polis dikambing hitamkan

Ayah saya seorang bekas pegawai kanan polis. Saya bangga dibesarkan oleh beliau sebagai seorang anak pegawai polis. Sepanjang karier beliau sehingga pencen pada tahun 1985 dahulu kami sekeluarga berbangga mendakwa kami anak polis.

Tetapi hari ini semua semakin berubah. Bukan hanya saya malah bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, yang pernah ayah saya berkhidmat di bawah beliau sehingga menubuhkan badan tatatertib di PDRM, sendiri mengakui tahap kepolisian semakin merudum khususnya dengan meluasnya angkara rasuah dan salah-guna kuasa.

Terlalu banyak insiden yang melibatkan PDRM yang dicurigai dan tidak disenangi rakyat termasuklah rakyat asing.

Terbaru dan masih hangat lagi adalah insiden apa yang dikatakan ”rusuhan” dalam ceramah anjuran BERSIH di Kuala Terengganu 8 September lepas. Dua orang awam yang tidak bersenjata telah ditembak dengan peluru hidup oleh seorang pegawai polis yang tidak beruniform.

Ada yang mendakwa bahawa nyawa pegawai berkenaan diancam oleh sekumpulan orang termasuklah kedua-dua mangsa, tetapi ada juga yang mendakwa bahawa anggota polis yang melepaskan tembakan itu telah menghasut mereka yang hadir untuk bertindak liar. Mengapa beliau berada dikalangan orang awam pada malam berkenaan, apakah misi beliau?

Kerana itu penubuhan sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kejadian malang ini sebagaimana yang dituntut oleh BERSIH perlu diterima oleh kerajaan sekiranya mereka benar-benar bertanggungjawab. Jangan selewengkan isu ini dengan sibuk membuat laporan polis berkenaan jalur gemilang yang kononnya dibakar oleh penyokong pembangkang. Mengapa tidak highlight kan laporan polis yang dibuat oleh mangsa yang ditembak, beliau mendakwa tidak tahu apa sebabnya beliau ditembak!

Saya masih menaruh kepercayaan dan hormat yang tinggi kepada pasukan polis. Demi membersihkan nama mereka, biarlah Suruhanjaya Di Raja ini yang menetukan.

Lihat sahaja perkembangan akhabr hari ini, dalam akhbar The Star Ketua Polis Terengganu dilaporkan sebagai berkata bahaw anggotanya, Konstabel Azmi, yang melepaskan tembakan berkenaan, dalam keadaan seperti berikut:

Lying on the ground, he took out his gun and fired four shots
Dalam keadaan terduduk beliau telah mengambil keluar senjatapinya dan melepaskan empat das tembakkan.

Four shots???!!!

Bukankah sebelum ini dikatakan hanya two shots, mengapa kini jadi four shots???

Lantaran itu serahkanlah perkara ini kepada satu badan bebas, rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui perkara yang sebenarnya. Janganlah pihak BN/Umno mempolitikkan pihak PDRM lalu menjadikan mereka kambing hitam dalam hal ini. Pesuruhjaya PAS Terengganu mendakwa kejadian ini dirancang termasuklah oleh Setiausaha Politik YAB Menteri Keselamatan Dalam Negeri, betulkah demikian? Ini satu kenyataan terbuka, jika tidak benar, dakwa Dato Mustafa, tetapi jika benar bagaimana?

Malaysiaku Gemilang sebuah negara bebas yang mengamalkan demokrasi berparlimen, buka sebuah negara polis atau sebiah negara kuku besi, Selamatkanlah Malaysia!

Monday, September 10, 2007

Apa yang sebenarnya berlaku di Kuala Terengganu?

Ia sepatutnya menjadi majlis ceramah umum. Tuan rumah di tempat ceramah tersebut telah berpuluh kali membenarkan kawasan rumahnya dijadikan tempat cermah oleh PAS, dan sepanjang sejarah tidak pernah berlaku gangguan apabila majlis-majlis ceramah dianjurkan di situ.


Tiba-tiba pihak polis enggan memberikan permit apabila BERSIH atau Gabungan Pilihnaraya Bersih dan Adil (badanag dianggotai PAS, PKR, DAP dan beberapa NGO lain) mahu mengadakan ceramah di tempat yang sama. Alasan-alasan penolakkan yang diberikan semuanya bukan merupakan isu sebelum ini.

Lalu dipaksa batallah majlis tersebut. Yang menjadi isu adalah cara bagaimana ianya dibatalkan. Pihak polis melalui FRU menggunakan gas pemedih mata dan memancut air dari water canon nya. Itu taktik biasa, walaupun pada malam tersebut tindakan itu dirasakan amat keterlaluan kerana pihak penganjur telah pun berjanji akan memaklumkan dari hal pembatalan itu kepada yang hadir secara aman.

Isu yang paling besar adalah seorang anggota polis telah melepaskan tembakan dari senjatapinya, peluru hidup ke arah mereka yang hadir. Menurut laporan para pendokong PAS yang terlatih telah mengenal-pasti seorang penghasut dikalangan mereka, yang tidak dikenali. Dalam suasana haru-biru itu, seorang penghasut upahan memang mampu membakar semangat dan mencetuskan lagi ketegangan. Lalu beliau telah dipeganga dan didapati rupanya beliau seorang anggota polis yang tidak beruniform.

Apakah tindakan anda jika berada dalam situasi itu? Dahlah suasana tegang rupa-rupanya ada pula penghasut yang mahu menghasut agar para hadirin yang hadir melakukan keganasan! Bila diselidik, penghasut itu pula rupanya anggota polis yang sepatutnya memelihara keamanan. Lalu patilah mereka yang hadir akan marah.

Kalau sekadar hadir berunifrom seperti anggota FRU dan pegawai polis yang lain, tak mengapa, mereka dapat dicam dan dikenali dan mereka biasanya tidak membuat kerja-kerja biadap ini. Tetapi yang ini hadir semata-mata untuk membuat kacau.

Siapa pun yang waras yang hadir pada malam itu akan marah dan bertindak. Lalu si penghasut tadi dipegang, dan dalam kekalutan itu, beliau yang menempah penyakit, cuba melepaskan diri lalu dilepaskannya beberapa das tembakan dari senjatapi yang dibawanya.
Hasil dari tembakan itu terkena seorang bernama Suwandi Abdul Ghani di dadanya (diberitakan baru sahaj menjalani pembedahan di HUSM, Kubang Kerian) dan seorang lagi Muhamad Azman terkena dileher dan kini berada di Hsopital Kuala Terengganu.

Mengapa perlu ditembak dengan peluru hidup?

Tajuk akhbar hari ini sepatutnya bukan: 4 polis cedera rusuhan di Kuala Terengganu (Berita Harian) atau RM1 million damage 23 held (NST) 27 held and 7 injured in riot (The Sun) tetapi sepatutnya:

Polis tembak peluru hidup ke arah orang awam!

Sebentar tadi pihak BERSIH telah mengadakan sidang akhbarnya, dan tuntutan utama mereka agar satu Suruhanjaya Di Raja segera diadakan bagi menyiasat punca kejadian ini dan apa yang yang sebenarnya berlaku. Jangan kerongkong kita disumbat dengan versi pihak polis dan Umno/BN Terengganu. Biar siasatan terbuka dan adil dibuat. Kalau benar yang bersalah BERSIH atau PAS biar kita bongkar, sebagaimana kalau yang salah polis dan Umno/BN biar kita bongkar juga. Biar rakyat tahu yang sebenarnya.

Kerana kini ada pihak yang mengatakan rupanya kejadian ini sudah pre planned. Sengaja diadakan untuk menggagalkan ceramah BERSIH dan menghitamkan wajah pembangkang khasnya PAS dan PKR yangs emakin mendapat tempat di Terengganu.

Ayuh atas darah dua orang rakyat Malaysia yang tumpah di bumi Batu Burok ini kita tuntut agar Suruhanjaya Bebas Di Raja segera dibentuk biar rakyat Malaysia sendiri mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
Dan Khairy menang lagi

Bagi saya apa sahaja jawatan yang Khairy Jamaluddin tandingi, beliau akan memenanginya dengan mudah, lebih tepat lagi “Tanpa Bertanding”. Bukan kerana beliau lulusan Oxford, ramai lagi anak Malaysia juga lulusan universiti berprestij itu, bukan juga kerana pencapaian kerjaya beliau, ramai lagi anak Melayu yang lebih berjaya. Khairy bagi saya akan terus menang dengan laluan mudah bagi apa sahaja jawatan dan kedudukan semata-mata kerana beliau merupakan “menantu” orang nombor satu Negara dan bijak menggunakan kedudukan itu.

Kerana itu bagi saya tidak hairan bila orang lain kena bertanding untuk menjawat jawatan tertinggi dalam FAM, tetapi Khairy dengan mudah boleh duduk selesa. Semua pencabar longgar dan lemah lutut untuk berhadapan dengan beliau, yang baru berumur 31 tahun itu walaupun ramai yang lebih layak dan berwibawa.

Demikianlah yang telah ebrlaku semasa pemilihan Naib Ketua Pemuda Umno dahulu. Ramai nama-nama dibariskan akan bertanding untuk jawatan tersebut bila berlaku kekosongan, malah ada yang telah isytihar pun. Tetapi apabila Khairy mengumumkan akan bertanding, semua melutut memberi laluan sehingga beliau menang tanpa bertanding.

Kerana itu kalau kita masih ingat ketika nama beliau diumumkan ketika itu menang tanpa bertanding, terdapat kalangan para perwakilan Pemuda yang telah menyorak dengan “boo”, kerana mereka menjangkakan akan ada pertandingan.

Saya berani mengatakan dengan memohon maaf kepada semua pihak yang ada kepentingan, hatta jawatan Presiden FAM itu sekalipun, jika Khairy mahu, beliau boleh dapat. Cuma mungkin beliau berasa selesa buat masa ini untuk berteduh di bawah paying istana!

Khairy sudah pasti akan emnggunakans epenuhnya jawatan baru beliau itu untuk ekpentingan politiknya. Semua orang menisabahkan bolasepak inis ebagai kegilaan orang Melayu, maka siapa sahaja yang menjadi juara dan jaguhnya, pasti akan dimuliakan oleh bangsa ini. Allahyarham Dato Harun Idris ketika beliau Ketua Pemuda Umno dahulu bijak mengeksploitasi kedudukan ini sehinggakan rakyat khasnya orang Melayu akan mengekori punggung beliau kemana sahaja beliau pergi dan dalam apa sahaja situasi politik yang dilaluinya. Ketika mahu dimasukkan dalam penjara, rakyat berkampung di rumah beliau, mahu menghalang polis dari bertindak.

Mungkin itu yang Khairy nampak. Dan mungkin itulah yang menggiurkan beliau.

Cuma Khairy mahu ingat juga, kedudukan selesa itu malangnya tidak akan kekal, apabila sahaja tempat berteduhnya tiada lagi, kalau bapa mertuanya sudah tiada, samada di dunia atau hilang jawatan, ketika itu beliau juga sudah tidak akan dipedulikan. Dato Harun meraih simpati penduduk di Ampang yang pernah beliau bela dan tatang satu ketika dahulu semasa bertanding dalam pilihnaraya kecil atas tiket bebas, orang Melayu menolak beliau. Khairy nanti bagaimana?

Sunday, September 09, 2007

Bau busuk terus-menerus dari kem BN

Saya sebelum ini telah dimaklumkan oleh seorang rakan yang bertugas di salah sebuah akhbar saluran perdana. Kata beliau dapatkan nanti Laporan Ketua Odit Negara, banyak penyelewengan dan kelemahan kerajaan Dollah Badawi dobongkar dan didedahkan disana. Katanya termasuklah perbelanjaan keterlalauan kerajaan negeri Terengganu sejak 2004, apabila Umno memegang teraju.

Kebetulan hari ini akhbar The Sunday Star meletakkan di muka hadapannya sedutan awal laporan sensasi ini di bawah tajuk:

Paying through the nose for tools

Beberapa pembelian yang dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan dibongkar dilakukan melampaui harga pasaran pada kadar yang sangat luar biasa. Satu set screwdriver 4 batang yang dibeli untuk kegunaan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dilaporkan dibeli pada harga RM224.94 se set sedangkan harga pasarannya cuma RM40.00.




Selain itu kementerian berkenaan juga membeli 17 set buku rujukan teknikal untuk kegunaan institut yang sama pada harga RM10,700 seset sedangkan harga pasarannya hanyalah RM417. Bermakna pihak kementerian telah membayar sejumlah RM181,900 untuk 17 set buku yang harga pasarannya hanya berjumlah RM7,089. Belanja lebih sebanyak RM174,811.


Bagi saya pendedahan ini adalah satu skandal besar, berat dan memalukan negara. Laporan BPR perlu sedia dibuat dan pihak yang meraih untung dari skandal ini perlu dihadapankan ke mahkamah dan jika bersalah dihumbankan ke penjara kerana rasuah dan menyeleweng wang rakyat!

Baru beberapa hari lepas PM Dollah Badawi bercakap berkenaan integriti tetapi adakah laporan ini (yang akhbar ini dedahkan baru satu atau dua helai, sedangkan laporannya beratus-ratus halaman) berpadanan dengan apa yang beliau perkatakan itu!

Semogar pihak NGO dan parti-parti politik akan segera mendapatkan laporan ini dan membuat laoran kepada BPR dan didedahkan kepada rakyat. Wang rakyat diselewengkan begitu sahaja, takkanlah kita berpeluk tubuh dan mendiamkan diri. Kalau perlu Menteri maka Menterilah kita ganyang kerana kecurangan dan penipuan ini.

Saturday, September 08, 2007

Demokrasi terus dicabuli di Malaysia

Semalam seorang ustaz datang bertemu saya. Beliau seorang kenalan rapat saya dan seorang yang sangat dihormati di kawasan beliau. Beliau tinggal di rumah pangsa kos murah di Desa Mentari berhampiran Kg Lindungan dalam kawasan Parlimen Kelana Jaya yang diwakili oleh MCA manakala kawasan DUN nya iaitu Seri Setia diwakili oleh Sharifah Norli dari Umno.

Menurut Ustaz ini, beliau dimaklumkan oleh seorang penghuni di kawasan flat berkenaan yang terdapat usaha memindahkan kira-kira 2,000 pengundi dari kawasan Desa Mentari ini untuk mengundi di Terengganu. Menurut beliau pengundi dari DUN Seri Setia ini dibawa ke Putrajaya oleh pihak-pihak tertentu untuk tukar alamat dan tempat mengundi dari Seri Setia, Selangor ke parlimen P.37 Marang, Terengganu. Mereka masing-masing dikatakan menerima imbuhan RM200.


Jika Umno lah yang terlibat dalam kerja-kerja jahat ini, mengapa mereka sanggup mengorbankan pengundi setia mereka, dari DUN yang mereka kuasai?

Jawapannya kerana pada PRU 2004, Sharipah Norli menang mengalahkan calon PAS di DUN ini dengan kelebihan 11,141 undi, iaitu suatu majoriti yang begitu besar. Oleh itu apalah sangat dikurangkan 2,000 dari majoriti itu, Umno tetap akan menang dengan kelebihan 9,000 unid, demikianlah sifir dan perhitungan bijak mereka.

Pada PRU 2004 Umno berjaya merampas kerusi Parlimen Marang dari tangan PAS setelah calonnya mengalahkan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dengan kelebihan cuma 866 undi. Dalam usaha mereka mahu mempertahankan Terengganu dan mungkin merampas mana sahaja DUN yang masih tinggal ditangan PAS di Terengganu, maka usaha jahat ini perlu dilakukan.

Dalam PRU 1999 ketika PAS merampas Terengganu dari tangan Umno, Tuan Guru menang di Parlimen Marang dengan majoriti 12,700 undi!

Saya tidak pasti sejauh manakah sahihnya maklumat Ustaz ini akan tetapi beliau seorang kenalan lama yang saya tahu baik pekerti dan akhlaknya, insyallah tidak berbohong. Saya malah bimbang dengan perkembangan ini, dan merasakan sesuatu harus dilakukan untuk menggagalkan usaha jahat yang terancang ini. Cuma saya tidak pasti apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil. Saya akan menasihatkan Ustaz ini untuk membuat laporan bertulis dan insyallah saya akan panjangkannya ke pihak PAS Pusat untuk tindakan.

Ini merupakan satu trend yang membimbangkan. Bagaimanakah seramai 2,000 orang enbloc boleh didaftarkan tukar alamatnya begitu sahaja di Jabatan Pendaftaran Putrajaya? Saya harap tindakan susulan segera dapat dilakukan oleh semua pihak. Jika beginilah trendnya dan pihak SPT atau JPN seolah tidak berhalangan, maka pihak PAS juga saya rasa tidak berdosa jika mengarahkan pula para pengundi mereka untuk menukar alamat beramai-ramai bagi mengundi di Kelantand dan Terengganu pula.

Mungkin puluhan ribu pengundi PAS di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan boleh dipindahkan ke Kelantan dan Terengganu. Beri kemenangan percuma kepada BN di negeri-negeri berkenaan asalkan Kelantan dipertahankan dan Terengganu dapat ditawan semula. Manakala para pengduni PAS di Wilayah, Selangor, sebahagian Perak dan Pulau Pinang boleh pula dipindahkan beramai-ramai ke Kedah dan Perlis. Biar dengan bantuan emreka PAS boleh tawan kedua-dua negeri itu.

Bagaimana jika PAS pula melakukan demikian?

Padang permainan perlulah sama-rata, itu baru demokrasi namanya. Tetapi jika tidak sama rata, dan hanya memihak kepada BN, maka ternyata demokrasi bukan hanya tempang malah sesak mahu menunggu saat ajal sahaja di Malaysia ini! 50 tahun Merdeka, dan agensi kerajaan terus diperalatkan untuk mencabul demokrasi, Malaysia Gemilang kah begini?