Monday, September 03, 2007

Get well soon Tun Dr M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menjalani pembedahan by pass atau pintasan jantung esok pagi di Institut Jantung Negara IJN. Program terakhir beliau dikhalayak ramai adalah ketika sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 50 di Dataran Merdeka pada pagi 31 Ogos lepas.

Kita mendoakan semoga Tun selamat menjalani pembedahan tersebut dan segera sembuh dan sihat insyallah.

Sebelum itu pada 15 Ogos lalu Tun telah menghadiri pertemuan dengan para bloggers di Putrajaya dimana beliau telah meluahkan isi hatinya dan menjelaskan pendiriannya berhubung isu-isu semasa. Jelas Tun masih kritikal terhadap pucuk pimpinan negara dan malah beliau memulakan ucapannya dengan memetik dari karangan Shakespeare iaitu Hamlet dengan menyatakan:

There is something rotten in the state of Denmark

Ini beliau ungkapkan kerana melihat kehadiran ramai termasuklah wakil dari parti pembangkang (parti lawan kata Tun) pada hari tersebut. Kata Tun kehadiran ini menandakan terdapat sesuatu yang busuk: In the state of Malaysia. Lalu ramai yang prihatin bagaimana mahu mencari jalan mengurang atau menghapuskan kebusukkan tersebut dan mengkaji asal usulnya.

(Sedutan video ucapan Tun itu boleh diikuti di http://wtv8.tv/ )

Ramai yang menyangkakan selepas pertemuan di Langkawi tempoh hari Tun telah pun berbaik-baik dengan PM Dollah dan melupakan apa sahaja perselisihan antara beliau dan Dollah, rupanya tidak. Tun yang berusia 82 tahun itu meminta mereka yang hadir terutama para bloggers berjuang bagi memperbetulkan kebusukkan ini, tanpa takut dan gentar.
Sesungguhnya pada usia 82 tahun, pembedahan pintasan jantung sudah pastilah besar risikonya, oleh itu marilah kita berdoa semoga pembedahannya esok hari berjalan lancar dan Tun terus diberikan kekuatan untuk membuat pendedahan dan membongkar kebusukan yang ada demi menyelamatkan agama, bagsa dan negara.

(Ketika menonton perarakkan Hari Kemerdekaan tempoh hari saya pasti bagi mereka yang tajam penglihatannya akan menyedari bahawa lukisan background yang menutup sebahagian Selangor memaparkan wajah kelima-lima PM dengan gambaran pencapaian masing-masing. Bagi Tun Dr M dilukiskan gambar KLCC, Litar Lumba Sepang dan lain-lain, manakala di belakang gambar Dollah cuma berdiri Eye on Malaysia yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa.)

No comments: