Friday, September 25, 2026

SOLO BERMAKNA MENGKHIANATI KEPERCAYAAN UMAT MELAYU

Salam Jumaat, salam sementara pimpinan berunding menghadapi PRN Melaka ke 16.

Apakah mesej terbesar yang dibawa oleh pengundi khasnya pengundi Melayu di PRN Johor dan terbaru Negeri Sembilan?

Benar di PRN Johor BN menang besar, memenangi 48 dari 56 kerusi yang dipertandingkan manakala di NS BN menang 18 kerusi sementara PN 7 dari 36 kerusi membentuk kerajaan baru BNPN NS dengan majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri. Kerajaan kebangaan umat Melayu.

Faktor terbesar yang menyumbang pada kemenangan di Johor dan terbaru di Negeri Sembilan tidak ada lain melainkan kesan kebangkitan pengundi Melayu, yang keluar “enbloc” buat pertama kali dalam sejarah politik tanahair, mengundi untuk penyatuan umat Melayu, mengundi menolak PH yang didominasi parti rasis dan ekstrim iaitu DAP.

Buat pertama kali pengundi Melayu, tua dan muda dari berlbagai latarbelakang ekonomi, profesion dan pendidikan, bersatu hati memberikan undi pada peneraju politik penyatuan ummah dan menolak yang lain.

Jika dikaji secara teliti keputusan PRN NS ke 16, kita dapat melihat betapa undi cantum atau gabungan undi antara UMNO dan PAS berdasarkan PRN 15 lah yang menyumbang pada kemenangan besar di NS sehinggakan Setiausaha Agung DAP serta mantan MB PH pun boleh kecundang ditolak rakyat!

UMNO dan PAS berjaya meyakinkan para pengundi Melayu khasnya iaitu pengundi teras kedua-dua parti ini, bahawa umat Melayu perlu membina kekuatan kuasa politik yang kukuh demi membela nasib dan masadepan mereka. Segala ancaman terhadap agama, bangsa dan negara akan dipertahankan.

Atas keyakinan inilah para pengundi Melayu terdorong untuk keluar mengundi, mengundi calon-calon BNPN.

Fakta inilah sepatutunya menginsafkan serta mendorong pimpinan kedua parti Melayu terbesar dalam negara hari ini iaitu UMNO dan PAS bahawa mereka memikul tanggungjawab besar meneruskan kerjasama ini sebaik mungkin, kegagalan akan mengakibatkan umat Melayu putus harap dan kecewa, akibatnya tidak mustahil mereka akan menghukum pula kedua parti.

Sekali dihukum selama-lamanya kita akan sukar bangkit kembali.

Menang khasnya di NS jangan sesekali dianggap kemenangan peribadi, ianya hasil kerjasama yang kesannya telah mencetuskan keyakinan pada para pengundi. Orang Melayu mengundi BNPN kerana berkenan dan sangat yakin dengan gabungan ini.

Justeru berunding dan bermuafakatlah untuk cabaran-cabaran seterusnya yang lebih besar. Sabar, berjiwa besar dan bertolak ansur adalah kualiti yang perlu ada pada pimpinan ummah. Membina sesuatu yang besar sesungguhnya bukan mudah tetapi sekali terbina, yakinlah, ianya akan dihujani dengan barakah dan kejayaan.

Jangan langsung menganggap masing-masing telah kuat, dan gelombang kebangkitan Melayu ini akan terus bergelora walaupun masing-masing pergi solo sekalipun. Solo dalam senario lonjakan sokongan besar umat Melayu ini adalah tindakan paling buntu dan dangkal, pasti akan dicemuh dan dihukum, orang Melayu akan rasa tertipu, maka menanglah PH dengan percuma.

Terimalah kejayaan yang dianugerah Allah sebelum ini dengan serba keinsafan dan kesyukuran.

Susun langkah berikutnya dengan bijak berpandukan syariat dan strategi yang ampuh.

Muafakat pasti membawa berkat. Jangan kecewakan kami.

  

Monday, September 21, 2026

BIAR RAKYAT NEGERI SEMBILAN URUS HAL EHWAL MEREKA


Isu di Negeri Sembilan bukan berpunca dari isu politik, tetapi orang politik suka tak suka tertunggang sama. NS adalah negeri berdaulat bawah Persekutuan Malaysia, lantaran itu apa sahaja krisis dalaman, biarlah pihak berkuasa negeri dan Istana putuskan, yang dari luar tidak perlu campurtangan. 

Negeri Sembilan bukan sebagaimana lapan buah negeri beraja yang lain yang mengamalkan Adat Temenggong, di NS ianya Adat Perpatih.

Banyak yang membeza antara kedua adat kerana itu mereka yang dari luar jika tiada membaca atau terdedah kepada ilmu sistem ini tidak akan faham dan dapat melihat kemelut yang sedang berlaku pada sisi yang sebenarnya.

Tidak seperti di negeri yang lapan, di NS takhtanya tidak diwarisi secara langsung sebaliknya ia dipilih dan ditentukan oleh Undang yang Empat:

Buapak melantik Lembaga

Lembaga melantik Undang

dan Undang yang Empat pula melantik Raja

Keempat-empat Undang bersama Yang Dipertuan Besar, membentuk teras pemerintahan beradat di Negeri Sembilan dan ini tidak berlaku di negeri-negeri yang lain. Kuasa utama keempat Undang adalah memilih dan menabalkan Yang Dipertuan Negeri melalui muafakat.

Undang juga berkuasa menurunkan Yang Dipertuan.

Apa yang berlaku di NS hari ini adalah pertikaian antara Undang yang Empat dan Yang Dipertuan Besar. Ada pun kerajaan negeri khasnya MB dan EXCO terbabit sama kerana merekalah bertanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir negeri melalui mandat rakyat, mereka suara rakyat.

Yang Di Pertuan Besar serta Undang yang Empat masing-masing punya kuasa mengikut Perlembagaan Negeri, selesaikanlah sebaik mungkin apa pun kemelut menurut adat dan syariat.

Apa pun jangan disentuh MB dan kerajaan negeri kerana mereka diangkat oleh suara rakyat. 

Sebagaimana rakyat menghormati dan memberi taat setia pada Institusi Raja yang merek sayangi. suara rakyat juga perlu dihormati.

Biarlah MB dan EXCO nya menjalankan tugas mengikut Perlembagaan Negeri setelah diberi mandat oleh rakyat, Istana bermuafakatlah sebaik mungkin. Rakyat akan terima apa yang diterima oleh MB dan kerajaan negeri.

Kembalilah segera bersatu Istana dan rakyat sebagaimana sebelumnya.

Tuesday, September 08, 2026

KERJASAMA YANG DINANTIKAN UMAT MELAYU

Mengulas kerjasama politik UMNO-PAS, Prof Datuk Dr Sivamurugan Padnian dari USM dipetik oleh akhbar The Star hari ini (8/9/26) sebagai berkata:

"The possibility of cooperation between UMNO and PAS will certainly attract attention, given their influence among Malay and Muslim voters"

(Kemungkinan kerjasama politik UMNO dan PAS ini pasti menarik perhatian kerana sokongan (pengaruh) dikalangan pengundi Melayu Muslim)

Formula ini baru sahaja membawa kemenagan besar buat UMNO dan PAS di PRN Negeri Sembilan. Bila masing-masing berkerjasama dan tidak bertanding sesama sendiri, undi masyarakat Melayu bersatu "solid" buat BNPN.

Contohnya:

DUN Palong

PRN 15 BN menang memperolehi 7940 majoriti 564 undi

PRN 16 BN menang mempoeroleh 15 197 majoriti 13 702 undi

Di Palong calon BN peroleh peningkatan undi lebih 90% dan majoriti bertambah berpuluh kali ganda.

DUN Bagan Pinang

PRU 15 PAS menang memperolehi 10 921 majoriti 14 603 undi

PRN 16 PAS menang memperolehi 32 004 majoriti 10,137 undi

Begitu juga pencapaian calon PAS memperoleh peningkatan undi hampir 2 kali ganda.

Bermakna umat Melayu di NS tidak kira tua atau muda rata-rata mengundi "enbloc" calon-calon BNPN kerana yakin kedua parti ini boleh diharapkan untuk membela nasib dan masadepan mereka.

Jika formula ini berjaya di NS, ia sudah pasti akan berjaya juga di negeri jiran Melaka, terus diperkasa sehingga menggegarkan neger-negri lain dan akhirnya Putrajaya.

Justeru pelihara dan tatang lah penyatuan ini bagai menatang mintyak yang penuh.





Monday, September 07, 2026

MUKTAMAR PAS KE 72 MEMPERKUKUH HUBUNGAN POLITIK PAS - UMNO

 Muktamar Tahunan PAS ke 72 yang berlangsung di PUTIK, Kota Bharu hujung minggu lalu berakhir dengan komitmen teguh PAS untuk memperkukuh jajaran baru politik penyatuan ummah, iaitu kerjasama politik antara PAS yang mengepalai PN dan UMNO yang menguasai BN.

Melalui jajaran baru ini kedua-dua parti Melayu Islam terbesar dalam negara tidak lagi akan berlawan sesama sendiri sebagaimana PRU sebelumnya, sebaliknya akan menyusun kerjasama meletakkan satu calon bagi tiap-tiap kerusi Parlimen dan DUN untuk menghadapi PH yang didominasi DAP.

Kejayaan besar di PRN Negeri Sembilan menjadi tanda aras, betapa perlunya umat Melayu bersatu kerana ia sesungguhnya mendapat sokongan padu umat Melayu tua dan muda yang mahu melihat nasib dan masadepan mereka di tangan kuasa politik Melayu yang mereka percayai.

Musuh politik bersama adalah PH yang didominasi DAP. Kuasa politik mereka perlu dirobohkan agar negara kembali aman dan stabil, tiada lagi mana pihak yang akan berani mencabar, mempertikaikan hak, kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, agama Islam, Raja-raja Melayu, bahasa Melayu.

Biar tunggak kuasa kembali di tangan anak-anak bangsa agar keadilan yang sebenar dapat diberikan buat semua.

Sesungguhnya melalui penyatuan ini nanti BNPN dijangka memperolehi majoriti besar di Parlimen dan hampir pasti menguasai kesemua negeri di Semenajung kecuali Pulau Pinang.

Keputusan PRN Negeri Sembilan menggemparkan pihak musuh yang dijangka akan "all out" mengagalkan jajaran baru ini.

Buktikan kejayaan jajaran baru ini di PRN Melaka agar rakyat terus yakin dan akan bersama bangkit membawa perubahan hingga ke Putrajaya.

ROSLAN SMS



    

Wednesday, August 26, 2026

BN PN : Bangkit Gagah Tangkis Serangan Puak Gagal


Teka-teki bentuk kerjasama politik bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Melaka ke 16 yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat sedang hangat dipermainkan pelbagai pihak. Adakah formula BNPN yang berjaya besar di Negeri Sembilan akan dikekalkan di Melaka?

PH yang didominasi DAP, yang asalnya keluar meninggalkan kerajaan negeri Melaka dan mengundi menolak RUU Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 di Dewan Negeri, tiba-tiba tanpa malu mahu berunding dengan BN Melaka untuk menghadapi PRN ini.

Sedangkan Kongres PKR dan DAP masing-masing menuntut agar Pengerusi PH iaitu Perdana Menteri sendiri bertindak tegas terhadap Barisan Nasional. Mereka anggap BN pengkhianat kepada kerajaan Madani kerana melawan arus di Johor dan Negeri Sembilan, jika mereka sanggup berkerjasama dengan pihak musuh bagi menghadapi PH maka mereka juga sepatutunya bersedia untuk ditendang keluar dari kerajaan.

Dalam waktu yang sama pimpinan BN dan PN khasnya UMNO dan PAS terus menerima dorongan dan galakan dari rakyat kebanyakan khasnya akar-umbi Melayu dipelbagai peringkat agar terus memperkasa kerjasama politik ini bukan sahaja untuk menghadapi PRN Melaka tetapi untuk mengambil-alih kerajaan Persekutuan nanti.

Penganalisis politik yang berpusat di Australia, Prof James Chin dipetik oleh seorang kolumnis akhbar tempatan, sebagai menganggap bahawa kedua-dua PAS dan UMNO kini telah berjaya menemui ramuan rahsia (secret sauce), untuk menang khasnya sokongan rakyat dikalangan pengundi Melayu yang “solid” kini bersama mereka.

Sudah pasti pencapaian besar kedua parti Melayu tersohor ini membimbangkan pihak musuhnya, bayangkan jika ianya terus dimantapkan dan digunakan di Melaka dan seterusnya, apakah nasib PH nanti? Berjayakah PH dan dominasi DAP dipatahkan dan kerajaan baru bangkit di hampir seluruh neger-negeri termasuk Putrajaya?

 PH kini menekan butang paniknya dan mula bertindak. Lalu munculah pelbagai pihak yang cuba membina naratif songsang untuk mengagalkan kemaraan “Gelombang Biru” dengan pelbagai serangan dan tuduhan.

Sudah pasti mereka mahu mengadu-domba, memastikan kerjasama ini tidak akan berterusan dan jika boleh digagalkan.  Justeru pimpinan BN dan PN khasnya UMNO dan PAS perlu kukuh mengemudi bahtera perjuangan besar ini jangan sampai goyang apatah lagi tewas pada ribut taufan jahat yang memukul.

Kenyataan Naib Preiden PAS, Ustaz Datuk Idris Ahmad baru-baru ini contohnya yang memberikan keyakinan  bahawa kerjasama BN PN ini dijangka berjaya menguasai kerajaan Pusat, diwaktu musuh bermatian menyerang, adalah jenis-jenis kenyataan optimis yang mahu didengar oleh akar umbi yang mendukung “Gelombang Biru” ini.

Musuh akan terus menyerang dan menggagalkan, oleh yang demikian kitalah yang bertanggungjawab menangkis segala kerja-kerja jahat ini dengan terus menyuntik keyakinan pada rakyat jelata bahawa “Gelombang Biru” ini adalah jajaran politik terbaru yang terbaik buat masadepan rakyat Malaysia.

Ramai tidak memahami keperluan politik penyatuan ummah ini dengan menganggapnya sebagai gerakan politik biasa-biasa. Tugas kitalah meyakinkan bahawa ini bukan tuntutan politk semata-mata tetapi penyatuan ummah ini tuntutan agama. Ianya jika mampu dijalin, tiada mana pihak yang mambu membendung atau menahannya lagi.

Buktikan pada rakyat Malaysia, apabila umat Melayu bersatupadu, menolak politik gagal, rasis, liberal dan ekstrim, jangankan Johor atau Negeri Sembilan, mahupun Melaka, bumi bertuah ini pun dengan izin Allah SWT akan mampu ia gegarkan.

ROSLAN SMS


Friday, August 21, 2026

PRN MELAKA: PH NI SIHAT KE?

Satu Malaysia menyaksikan sebelum ini tajamnya hubungan antara BN khasnya Umno dengan PH yang didominasi DAP di Melaka.

Tuduh menuduh dan ancam mengancam dilempar antara pimpinan Umno dan DAP negeri dengan beberapa kerat dari Pusat turut masuk campur.

Pengerusi DAP Melaka sehingga terbit dengan ungakap yang meluas viralnya : "Lu siapa?" ditujukan kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia Dr Akmal yang juga EXCO Melaka.

Akhirnya semua ikuti perkembangan PH ambil keputusan keluar kerajaan negeri Melaka pada 14 Julai lalu dan bertindak juga menolak usul pindaan perlembagaan yang dikemukakan kerajaan negeri.

Tindakan itu jelas menunjukkan mereka tidak hormat dan menolak kepimpinan Umno-BN di Melaka. Tindakan menunjukkan ketidak yakinan dan hilang percaya jika tidak, tidaklah ia memutuskan keluar kerajaan.

Keluar kerajaan Melaka, hadapi PRN Johor bertembung dengan BN dan kalah, hadapi PRN Negeri Sembilan BNPN lawan PH dan hilang kerajaan, kini Melaka akan hadapi PRN.

Tiba-tiba Pengerusi PH yang juga PM umumkan akan ada perundingan antara wakil perunding PH dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

Runding apa lagi? Tak serik-serik ke dengan apa yang berlaku?

Ada yang menyebut dengan perkembangan ini PH ni bagaikan telah tamat tempoh hayatnya, bagai ubat yang dah expire, bahaya, jangan makan lagi, buang sahaja.

Logiknya bersedialah untuk bertembung dengan BN, sebagaimana di Johor dan NS. Tak sihat mungkin kena jumpa Dr Akmal di kliniknya ......



Thursday, August 13, 2026

PANGKAT DAN JAWATAN BAGI DAP LEBIH PENTING DARI PRINSIP?

DAP semakin panas sejak mendapat "0" di PRN Sabah, kemudiannya gagal menguasai Johor dan terbaru hilang kerajaan di Negeri Sembilan.

Apakah agakanya nasib mereka di Melaka jika gelombang baru politik iaitu "Gelombang Biru" yakni pakatan politik baru antara BNPN terus diangkat rakyat?

Mereka kini sudah tidak selesa dalam Pakatan Harapan. Banyak yang mahu longgokan punca penolakan rakyat terhadap mereka adalah kerana kegagalan PH. Kegagalan PKR, apatah lagi PAN yang langsung tidak menyumbang.

Mereka lihat tindakan Anwar menerima UMNO BN sebagai sesuautu yang merugikan walau pada awalnya merekalah yang ghairah menyambut.

PH dilihat gagal membawa tuntutan perjuangan mereka.

Ahad ini 16 Ogos mereka akan mengadakan Kongres Khas di Putrajaya untuk memutuskan samada kekal atau keluar dari kerajaan perpaduan.

Mula kongres ini diumumkan ramai menyangka DAP akan bertegas mengorbankan pangkat dan kedudukan demi pertahankan prinsip. Kini menjekang beberapa hari Kongres, DAP Perak pula desak agar partinya terus kekal dalam kerajaan.

Ada unsur flipflop di sini.

Ya mungkin pangkat dan kedudukan kini lebih utama dari prinsip bagi parti sosialis demokrat ini.

Apa pun ternyata GELOMBANG BIRU yang dicetuskan rajkyat kahsnya umat Melayu akan terus bergelora. Keluar atau kekal, datang PRN melaka dan seterusnya PRU, DAP sudah hampir pasti akan ditolak.

Asal NO DAP!

ROSLAN SMS