Sunday, September 12, 2004

Umno will not re-admit Anwar



UMNO WILL NOT RE-ADMIT ANWAR

That was the headline of todays NEW SUNDAY TIMES. According to the report Umno incoming President Pak Lah clarified in the recent cabinet meeting that Umno will not readmit Anwar as a member and that Umno and the BN leadership had backed Dr Mahathir and accepted his reasons for sacking Anwar and there has been no evidence produced for them to change their mind now.

The question here is, did Anwar at any time applied to join Umno after his release? From press reports we learnt that Anwar had said that he would not rejoin Umno but would continue to fight for reforms on an opposition platform. Therefore what prompted Pak Lah to make the clarification in a cabinet meeting?

Anwars position is of course best known to Anwar himself who is currently in Munich. But as I have said in my previous writings, after going through hell, it is only natural as a human being that Anwar would turn his back on Umno the very party that orchestrated his downfall.However the decision is his.



As for evidence that Anwar was involved in homosexual activities as contained in Datuk Abdul Hamid and Tengku Baharuddin Shahs judgement, clearly Umno is taking the remark out of context. Raja Petra and MGG Pillai each gave their comments on this issue.

To shed light on this issue I reproduce an article in http://marhaen.web1000.com/
which is interesting and factually correct:

Mereka yang tidak boleh menerima kenyataan menghadapi kebebasan Saudara Anwar telah menyalak menyatakan Anwar tetap bersalah. Tuduhan itu adalah satu tuduhan yang amat berat dalam Islam. Tuduhan itu, jika mengikut Islam memerlukan saksi-saksi yang Adil (tidak melakukan dosa besar) dan mereka mesti melihat dengan mata kepala sendiri seperti melihat keris masuk dalam sarungnya. Jika tidak penuduh itu akan dihukum dengan hukuman yang berat.

Tetapi pihak yang tidak boleh menerima kenyataan ini sememangnya keras hatinya. Di sini saya ingin menerangkan kekeliruan mereka tentang keputusan hakim. Untuk mulakannya saya mengambil petikan dari keputusan hakim ABDUL HAMID MOHAMAD F.C.J. Dan TENGKU BAHARUDIN SHAH TENGKU MAHMUD J.C.A..

“In this judgment, we shall first consider whether the trial judge had correctly, in law and on the facts, called for the defence. If he had not, it would not be necessary for us to consider the defence: the appellants are entitled to an acquittal. Only, if we find that the learned trial judge had correctly called for the defence that we will have to consider whether he had correctly convicted the appellants at the close of the case for the defence.”

(Dalam penghakiman ini , kami akan melihat sama ada hakim kes ini telah menilai dengan betul, dari segi undang-undang dan fakta, untuk memanggil tertuduh untuk membela diri. Jika tidak, kami tidak akan membincangkan fakta pembelaan diri dan tertuduh mempunyai hak untuk bebas. Hanya jika hakim kes ini telah memanggil tertuduh untuk membela diri dengan fakta dan undang-undang yang betul, barulah kami akan mengambil kira fakta pembelaan diri tertuduh sama ada tertuduh telah dijatuhkan hukuman bersalah dengan betul.)

Dalam kes jenayah, pendakwa perlu membawa bukti yang betul tanpa ragu bahawa tertuduh itu salah (Beyond reasonable doubt). Jika hakim berpuas hati dengan bukti-bukti pendakwa, barulah tertuduh diarah membela diri. Satu perkara lagi ingin diingatkan, hakim ini hanya mengambil fakta daripada rekod mahkamah yang lepas dan tidak daripada buah fikirannya. Daripada petikan di atas, hakim hanya mengambil fakta daripada saksi-saksi dan bukti pendakwa. Jika ada bukti yang tiada keraguan yang munasabah, baru hakim akan melihat fakta daripada saksi-saksi dan bukti pembelaan tertuduh. Inilah yang ramai daripada mereka yang tidak boleh menerima kenyataan, pura-pura tak faham.

Dalam ringkasan hakim ini beliau menyebut:

“We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities”

(Kami menemui bukti untuk mengesahkan tertuduh melakukan aktiviti liwat )

“While the testimonies of Dr. Mohd. Fadzil and Tun Haniff and the conduct of the first appellant confirm the appellants’ involvement in homosexual activities”

(Testimoni dari Dr.Mohd Fadzil & Tun Haniff dan perbuatan tertuduh pertama mengesahkan tertuduh terlibat dalam aktiviti liwat)

Bukti-bukti ini adalah hanya dari pendakwaan sahaja (saksi-saksi pendakwaraya) seperti mana yang telah di sebut dalam petikan yang pertama tadi. Hakim tidak langsung mengambil fakta dari pembelaan. Bukti yang hakim sebutkan tentang tertuduh terlibat dalam aktiviti liwat adalah pertamanya dari Dr. Mohd Fadzil Man dan keduanya Tun Haniff Omar bekas ketua polis Negara.

1. Dr. Mohd Fadzil Man
“Terdapat keterangan bebas yang jelas oleh Dr Fadzil Man mengenai hubungan homoseksual Sukma dengan abang angkatnya dan seorang lagi,"
Rujukan : http://www.malaysia.net/lists/sangkancil/1999-10/frm00313.html

/

Dr. Mohd Fadzil Man adalah seorang ahli psikiatri (berkenaan sakit jiwa). Menurut Dr. Fadzil Sukma pernah menjadi pesakitnya pada Sept 1994. Semasa Dr. Mohd Fadzil Man menjadi saksi ketika dalam perbicaraan, hakim telah mengarah semua pemberita keluar kerana untuk mengelakkan keluarga beliau malu. (http://www.geocities.com/CapitolHill/Parliament/1153/anwar/Anwar_Ibrahim-9907.html) Dilaporkan peguam Anwar tidak berpuas hati dengan keterangan Dr ini. Adakah beliau bercakap benar? Adakah beliau tidak berani untuk mengatakan yang benar di khalayak ramai? Ingat tak dengan pepatah “Berani Kerana Benar?” Adakah dengan mengambil bukti seperti ini boleh menjadikan beliau bukti yang kukuh?
Kita kena ingat, hakim tidak langsung mengambil fakta dari pihak pembela di dalam memutuskan kes ini. Jadi apa bukti tertuduh tidak terlibat dengan aktiviti liwat?

Kita lihat keterangan Dr.Zahari. Dr. Zahari adalah saksi pendakwaraya, saya ulangi saksi pendakwaraya, ketika kes penyalahgunaan kuasa DSAI.

“Dr Zahari said he had seen "no evidence of any injuries whether recent or old" and concluded there was no medical evidence that Mr Sukma had been penetrated by a "blunt object". “

(Dr Zahari mengatakan bahawa tiada bukti kecederaan sama ada baru atau lama dan memutuskan tiada bukti secara medical Sukma telah diliwat dengan objek yang tumpul.) Rujukan: http://news.bbc.co.uk/1/low/world/asia-pacific/244134.stm

Ini membuktikan bahawa Sukma tidak pernah terlibat dengan aktiviti liwat.

Di dalam Islam, saksi sebegini (Dr. Mohd Fadzil Man ) tidak boleh diterima dalam kes liwat sebab saksi perlu melihatnya sendiri dan tidak boleh secara dengar dari mulut.

2. Tun Haniff Omar bekas ketua polis Negara
Beliau telah memberitahu DR.M pada Okt. 1993. Penyiasat telah mempunyai bukti bahawa Anwar mempunyai hubungan yang intim dengan dua orang termasuk dengan seorang Pakistan.

Haniff Omar adalah pengarah di beberapa buah Organisasi yang besar termasuk Genting. Ketika beliau ditanya mengenai keterlibatan beliau di dalam perjudian, beliau berkata di dalam Al-Quran tiada ayat yang mengharamkan judi.

Beliau juga mempunyai hubungan yang tidak berapa baik dengan Sdr. Anwar di sebabkan Sdr. Anwar cuba menghalang beliau dari menjadi pengarah Genting dan dipercayai telah diselamatkan oleh Dr.M

Bukti yang beliau kemukakan merupakan bukti “dengar cakap” dan bukannya dengan melihat dengan mata sendiri.

Oleh itu saksi sebegini tidak boleh diterima kerana fasiq (terlibat dengan dosa besar –judi) dan tidak berada di tempat kejadian.

Hakim seterusnya mengatakan:

“We are of the view that the High Court has misdirected itself in calling for the appellants to enter their defence. They should have been acquitted at the end of the case for the prosecution. We therefore allow the appeals of both appellants and set aside the convictions and sentences.”

“Kami berpandangan mahkamah tinggi telah tersalah arah dengan memanggil tertuduh untuk membela diri. Mereka patut dibebaskan di akhir pendakwaan. Oleh itu kami membenarkan rayuan ini dan mengetepikan sabitan dan hukuman ke atas tertuduh.”


Ini menunjukkan hakim hanya mengambil bukti-bukti dari pendakwaraya tanpa mengambil bukti daripada tertuduh. Daripada bukti-bukti pendakwaan ini secara teknikalnya Anwar telah dijatuhi tidak bersalah.

Jika mengambil kira bukti pembelaan(tertuduh) pasti dakwaan Anwar dan sukma terlibat dalam aktiviti liwat ini juga akan hancur.

Wallahu A’lam

Ahem - 09.09.2004 (suntingan M@RHAEN)

No comments: