Wednesday, November 07, 2007

Khairy Jamaluddin mendahului polis

Belum pun memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, menantu Perdana Menteri yang juga Naib Ketua Pemuda Umno menunjukkan bahawa beliau sesungguhnya bertaring dan berkuasa. Semasa berucap dalam Persidangan Pergerakan Pemuda Umno di Dewan Merdeka PWTC semalam Khairy kelihatan begitu berkuasa sehingga beliau mampu mendahului pihak polis.

Khairy dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata:

Kita minta, oleh kerana ini adalah perhimpunan haram dan dianjurkan oleh pertubuhan haram, pasukan keselamatan terutama polis, tolong bertindak tegas dan tangkap mereka yang menganjurkan perhimpunan ini.

Beliau merujuk kepada Perhimpunan Aman BERSIH yang dijadualkan di adakan di Dataran Merdeka pada hari Sabtu 10 November ini.

Isunya di sini, siapakah Khairy untuk mengisytiharkan perhimpunan ini sebagai perhimpunan haram? Sebab setahu kita sekretariat BERSIH telah pun dinasihatkan oleh pihak polis untuk memohon permit dan saya difahamkan satu permohonan telah pun dibuat secara rasmi. Adakah permohonan tersebut telah dimajukan oleh pihak polis kepada Khairy kerana nampaknya beliau pula yang pandai-pandai mengisytiharkannya haram sebelum pun polis membuat keputusan?

Beliau boleh dengan megah dan bongkak mengarahkan pihak polis menangkap mereka yang menganjurkan permohonan ini, apa sekarang kuasa mengarahkan tangkap pun ditangan menantu PM ini?

Sesungguhnya kenyataan beliau ini sangat dikesali dan terbukti menantu PM ini seorang yang tidak percaya kepada hak asasi rakyat dan amalan demokrasi itu sendiri, bayangkan kalau beliaulah satu hari nanti memegang tunggak Negara!

Cuba kita amati ucapan anak muda yang biadap ini yang cuma bertenggek dan menunjukkan kekuatan kerana berselindung di bawah kain bapa mertuanya:

Saya cabar pembangkang jangan keluar di jalan raya, jangan cuba jadi hero di jalan raya, jangan buat seperti beruk di jalan raya.



(Beliau lupa semasa membantah kehadiran Condoleeza Rice satu ketika dahulu beliau pun menjadi beruk juga kerana turut jadi jaguh jalanan)

Untuk makluman menantu PM yang biadap itu, semalam pada jam 11.00 pagi pihak istana telah berkenan menerima kunjungan wakil BERSIH yang telah menyembahkan nama-nama wakil-wakil BERSIH yang akan menyembah serah memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada hari Sabtu nanti mewakili kira-kira jangkaan 100,000 rakyat Malaysia yang akan berhimpun secara aman pada hari tersebut.


Gambar MALAYSIA TODAY


Kalau pihak Polis itu benar-benar Polis Diraja Malaysia, mereka akan tunduk dan beri laluan kepada perhimpunan ini lantaran perkenan Tuanku itu, kecualilah mereka POLIS DIRAJA KHAIRY!

No comments: