Monday, November 05, 2007

MIC enggan merayakan Deepavali

Saya terkejut apabila membaca laporan dari Malaysiakini bahawa Presiden MIC telah mengarahkan semua 3 Timbalan menteri, 3 Setiausaha Parlimen, 19 ADUN termasuk 7 ahli EXCO MIC agar tidak ada mengadakan majlis sambutan Deepavali rasmi yang dijadual dirayakan pada hari Khmais ini. Mneurut beliau keputusan itu dibuat sebagai tanda penghormatan MIC terhadap perasaan masyarakat India yang amat sedih dengan perobohan Kuil Sri Maha Mariamman di Shah Alam. Kuil yang berusia lebih satu abad itu terletak di Kampung Karuppiah, Padang Jawa, Shah Alam dan dirobohkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) minggu lalu.

Rasa saya tidak pernah dalam sejarah negara, pemimpin MIC memulaukan perayaan besarnya sebagaimana yang diarahkan oleh Samy Vellu itu.

Kalau benar begitu maka lihatlah betapa bersatu hati dan padunya penganut agama Hindu khasnya dari parti India yang terbesar dalam negara, apabila melihat hak mereka diperkosa.
Masyarakat Islam di Malaysia, masjid dan suaraunya menyembah bumi, pentabiran masjid dirampas dari ahli kariah, surau diperintah tutup, agamanya dipermainkan, namun tidak pernah kita mendengar sebarang reaksi drastik sebagaimana yang dilakukan oleh MIC ini.

Mungkin kita berhak untuk merasa malu dalam hal ini.

No comments: