Saturday, May 31, 2008

Salam perpisahan buat Ezam

Ramai yang minta komen saya tentang perkembangan politik yang melibatkan Sdr Mohamad Ezam Mohd Noor, tambahan Sdr Ezam sendiri ada menurunkan ucapan tahniah kepada blog ini sempena ulangtahun ke empat baru-baru ini. Saya siarkan semula ucapan beliau:

Tahniah dan syabas diatas ulangtahun blog saudara.Seingatan saya,saudara antara peneraju awal membawa mesej perjuangan melalui ruangan blog dan sewajarnya penghormatan diberikan kepada saudara diatas ketangkasan mencari ruang berjuang dan kegigihan menyampaikan hujah perjuangan.Syabas!dan semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada saudara untuk berjuang.Wassalam.


Kalau baca dari komen di atas sahaja bagi mereka yang tajam analisanya sudah dapat menggambarkan ada sesuatu yang sedang bergelora dalam jiwa sahabat saya itu. Saya mengenali Ezam melalui penglibatan politik dan pernah mewawancara beliau di WTV8. Secara jujur beliau adalah seorang yang baik budi pekerti dan akhlaknya, tajam fikiran dan mudah dibawa berbincang.

Tetapi beliau masuk Umno!

Saya sendiri sukar membaca apakah rasional disebalik tindakannya itu walaupun ada menerima beberapa maklumat tetapi tidak datang secara langsung dari diri beliau sendiri. Ringkasnya itu hak beliau, dan sebagai seorang kawan saya sekadar dapat mengucapkan salam perpisahan, kerana kita kini berlainan haluan. Bagi saya tindakan beliau itu tidak bijak dan bakal merumitkan lagi kedudukannya, apa pun, lawan tetap lawan.

9 comments:

nasru said...

mengikut cerita daripada orang rapat ezam sendiri, kononnya ezam dah dibayar rm juta-juta oleh kj atau koncu2nya. anuar tahir sebelum ni dah serah borang ke najib, dan kali ini dia serah lagi..sebabnya tak ada orang ikut masa dia keluar dulu dan masuk umno. kali ni dah ezam pun buat macam tu dia macam nak refresh balik pasal diri dia.

memang diakui ezam seorang yang bersifat pejuang,berani malah sanggup diseksa semata-mata perjuangan beliau.

asalnya, dia dan geng 12 nak masuk balik umno untuk berjuang balik melalui umno setelah merasakan perjuangan diluar umno tidak berkesan.perkara ini tak dipersetujui oleh azmin dan anwar masa tu masih dalam tahanan. itu sebab ezam dengan azmin tak sejoin. tapi bila geng 12 masuk umno balik, ezam tak jadi.

walaubagaimanapun perang dingin antara ezam dan azmin berterusan.

bila azmin ditanya jika bersua ezam. azmin jawab dia sedia dan tidak marah dengan ezam dan ezam bila ditanya jika bertemu azmin, ezam jawab dia boleh jumpa asalkan jangan cakap pasal politik dan peribadi. nampak tak ? habis tu nak cakap pasal apa ?

pada saya, biarlah ezam dengan langkah barunya. kita kena ingat 'wamakaru wamakarallah wallah hu khairumakirin'

kot mana-mana pun perancangan allah jua yang terbaik. wsm

http://wan-nasru.blogspot.com

mat_terab said...

EZAM DAN PENGIKUT NYA BUKANLAH PEJUANG YANG TULIN MEREKA BERADA DALAM PKR MENGHARAPKAN KEBENDAAN CONTOHNYA SPT APA YANG DI KATAKAN OLEH AZWANDIN HAMZAH DALAM BERITA HARIAN HARI INI, BELIAU MENGATAKAN WALAUPUN MENGHADAPI RINTANGAN DAN PENJARA TAPI PEJUANGAN DALAM PKR TIDAK BERBALOI...
APA YANG DI MAKSUKAN BERBALOI...? MELAIKAN MENGHARAPKAN MENDAT BALASAN KEBENDAAN ATAU PANGKAT ATAU KUASA...
SEORANG PEJUANG YANG TULIN TIDAK MENGHARAPKAN SEMUA ITU....BAGUS LAH MEREKA KELUAR DARI PKR TIDAK ADA LAGI PEMIMPIN YANG BERPURA-PURA LAGI DLM PKR....PEMIMPIN YANG PANDAI BERLAKUN NI TEMPAT MEREKA MEMANG SESUAI DALAM UMNO...INGAT LAH WAHAI EZAM DAN KAWAN-KAWAN RAKYAT TIDAK MEMERLUKAN KAMU LAGI...KALAU ADA LAGI PEMIMPIN YANG MACAM INI DALAM PAKATAN SILALAH KELUAR....RAKYAT TAK PERLU PEMIMPIN YANG BACUL MACAM KAMU....

Anonymous said...

Saya rasa tidak adil menghukum ezam dengan kata-kata kesat sebegitu rupa. Mungkin anda merasakan bahwa parti PAS atau PKR sahajalah yang jujur berjuang untuk bangsa dan ugama.

Tetapi anda jangan jadi angkuh dan bongkak dan memandang hina kepada perjuangan sebilangan ahli UMNO selama ini. Mungkin ramai dari mereka dihinggapi penyakit korupsi, gila harta, berperangai samseng, sombong; tetapi, masih ramai dikalangan ahli dan pemimpin UMNO yang jujur berjuang untuk bangsa dan agama.

Janganlah anda begitu bongkak dan memandang hina kepada mereka yang ingin berjuang dengan cara lain

Unknown said...

Kepada penyokong PKR dan juga penyokong PR jangan sedih dan kecewa. Ezam kini telah kembali kepada UMNO. Kehilangan Ezam tidak menjadi kudisgatal kepada PR. Cuba renung kembali ketika YBM Tengku Razaleigh, Dato Rais Yatim, Dato Shahril, dan ramai lagi pimpinan UMNO ketika itu keluar UMNO dan tubuh Parti S46. Kita pernah mendengar Allahyarham Dato Asri keluar PAS masuk UMNO. Dato' Nakhaie keluar PAS masuk UMNO dan macam-macam cerita pasal lompat parti termasuk di Sabah.

Walaupun Ezam pergi lagi pun dia bukannya jadi ahli PKR. Tetapi ketiadaan Ezam PKR masih menang dengan cemerlang dalam PRU 12 baru-baru ini.

Ezam pasti akan dijadikan alat untuk menyerang DS Anwar dan juga akan menyerang PKR. Apalah sangat Ezam bukannya hebat sangat cuma bekas Setiausaha Politik kepada DS Anwar dan dikatakan berjuang untuk menyelamatkan DS Anwar.

Itulah, kita ingat panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari jadi jangan risau dan bimbang kerana langkah Ezam sebenarnya dikutuk oleh semua penyokong PR walau bagaimanapun media UMNO/BN akan mempromosikan Ezam lebih-lebih kerana semua dah tahu UMNO dalam keadaan kritikal . Jika Tun Dr Mahathir dan TS Sanusi pun keluar UMNO , apalah ada pada Ezam dia bukannya bekas PM cuma bekas Ketua Pemuda PKR. Pendekata Ezam masuk UMNO elok juga sekurang-kurangnya beliau dapat masuk ke dalam tong taik macam DS Anwar dulu.

Anonymous said...

Salam..
Ada komspirasi antara Anwar-Ezam utk jatuhkan UMNO dari dalam..Diam2sudahlah..

Anonymous said...

wahaha..best2..umpama melompat masuk ke tong taik..sungguh bagus perumpamaan itu..

kalau dah mata duitan,cakap jek lebih..last2 tengok aset sket....

Anonymous said...

Mungkin ramai dari mereka dihinggapi penyakit korupsi, gila harta, berperangai samseng, sombong; tetapi, masih ramai dikalangan ahli dan pemimpin UMNO yang jujur berjuang untuk bangsa dan agama.

cube tukar letak agama depan kan manis... syik bangsa jek geli tekak...

Anonymous said...

Perjuangan yg sia² d kala rakyat berbondong-bondong menolak parti Umno(BN). Berkemungkinan Ezam akan menjadi assistant Nazri Aziz utk mencuci najis² pemimpin atasan Umno ini. Syukur Alhamdullillah krn rakyat cukup matang skrg ini menyebabkan isu kemasukan Ezam ke dlm Umno d layan sepi & lesu oleh kebanyakan rakyat. Apa pun saya setuju dgn saudara Roslan SMS yakni "Lawan Tetap Lawannnnn...."

Anonymous said...

...sokong tunku, tunku pun dah tiada. sokong che det, che det pon jadi tak ada kuasa. sokong pak lah, pak lah pon buat kalut dgn islam hadahrinya. sokong tok guru, tok guru pon akan meninggal juga...

...sokong le Allah SWT & Rasulullah SAW dgn berada dlm jemaah tauhid utk laksanakan dur islami pada diri sendiri, keluarga & masyarakat umumnya (negara).

...salam perpisahan buat mereka yg berada di luar jemaah.