Perkukuhkan pertahanan negara
Sempena perayaan ulangtahun ke 50 Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Menteri Pertahanan yang juga TPM telah mengumumkan bahawa kini tiba masanya untuk mengukuhkan lagi keupayaan pertahanan negara kita. Menurut beliau tumpuan kerajaan ketika ini ialah memastikan semua aset milik TUDM termasuk dengan perolehan jet pejuang Sukhoi SU-30MKM, saling melengkapi antara satu sama lain bagi mengukuhkan pertahanan udara negara.
Sesungguhnya semua pihak perlu akui bahawa pertahanan negara adalah aspek paling penting dalam menjamin keutuhan negara kita. Kita bukannya berhasrat mencari musuh apalagi dikalangan negara jiran, namun pada waktu yang sama kita juga perlu bersiap-sedia berhadapan apa sahaja kemungkinan, lantas kekuatan dan keupayaan kita jika tidak pun setanding mestilah jauh lebih bajk dari apa yang ada pada negara-negara rantau ini.
Menurut maklumat bagi tahun 2000 sahaja Singapura berbalanja sebanyak SD4.4 billion daripada belanjawannya untuk pertahanan. Setakat tahun itu Republik berkenaan memiliki 136 buah pesawat tempur (combat aircraft) termasuk 6 skuadron pejuang udara dan darat dari jenis a-4, F16A, F16B, F16C da F16D serta F-5. Ia juga memiliki 20 helikopter pejuang. Ia juga merupakan satu-satu negara di Asia yang memiliki helikopter tempur jenis Apache buatan Amerika Syarikat iaitu AH-64D Apache Longbow (multi role combat helicopter), dengan pesanan sebanyak 20 buah.
Perlukah kita menandingi Singapura atau biarkan sahaja negara pulau itu memiliki kelengkapan yang jauh lebih canggih dengan skala pemusnah lebih hebat dari kita? Saya difahamkan sebelum ini pernah berlaku peristiwa dimana “Search and rescue team” dari Tentera Republik itu dengan pantas menyelamatkan anak buah dari pesawatnya yang terhempas di negara kita dalam keadaan belum pun sempat pasukan tentera kita bergerak apalagi mahu megesan tempat kejadian. Dan sebelum ini pun telah beberapa kali ruang undara kita dicabulii oleh SAF (Tentera Udara Singapura) tanpa kita dapat melakukan apa-apa kecuali protes.
Kita bukannya bermasalah dengan Singapura (walaupun Batu Putih kini menjadi milik mereka) mahupun mana-mana negara jiran, tetapi sekurang-kurangnya jangan kerana kecuaian kita, apabila tercetus konflik, belum pun sempat injin pesawat kita dihidupkan, tentera asing sudah masuk ke bumi kita!
Syaratnya, dalam proses mengukuhkan keupayaan kita itu, jangan ada mana-mana pihak mengambil kesempatan menelan komisyen atau meletupkan anak Monggolia.
1 comment:
singapura ada mempunyai kapal selam? malaysia sudah dapat ke belum order kapal selamnya?
Post a Comment