Sunday, June 29, 2008

Allah swt bersama mereka yang benar

Tidak ada isu yang bermain di lidah kita semua sejak lewat semalam melainkan berita yang melibatkan Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim. Menurut laporan Pembantu Khas beliau Saiful Bukhari Azlan, 23 telah membuat laporan polis mendakwa beliau telah diliwat oleh DSAI.

Terus sahaja kes ini mengingatkan kepada kita tentang apa yang telah berlaku dan ditanggung oleh DSAI sekeluarga kira-kira 10 tahun lalu.

Sebagai seorang pemimpin yang disegani dan dihormati sudah tentulah tuduhan ini akan mendatangkan aib bukan sahaja kepada DSAI sendiri dan kaum keluarga beliau, tetapi juga turut melibatkan kawan-kawan dan mereka yang bersama berjuang dengan beliau. Sekiranya fitnah ini dirancang sebagaimana 10 tahun lalu, maka Allah sudah pasti akan melaknat mereka yang merancang dan terlibat dalam perancangannya. Kebenaran insyallah akan memihak kepada mereka yang benar.

Lantas, oleh kerana laporan polis telah dibuat, maka marilah kita sama-sama memastikan yang segala ketelusan dan keadilan dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menyiasat kes ini. Tengahari tadi PM Dollah Badawi mengatakan yang biarlah pihak polis membuat penyiasatan, dan memang kita semua mahukan begitu dengan syarat ianya dilakukan dengan setelus dan seadil mungkin tanpa sedikit pun tekanan atau pengaruh dari mana-mana pihak terutama yang memegang kuasa sebagaimana berlaku 10 tahun lalu.

Jika laporan polis dan dakwaan yang dibuat semata-mata bertujuan membunuh karier politik DSAI, siasatan yang telus dan adil bakal membongkar segala-galanya.

Kepada pihak polis dan mereka yang bertanggungjawab, ingat, rakyat jelata sedang memerhatikan dengan penuh teliti perkembangan ini, jangan sampai keyakinan sedikit yang tinggal pada kami itu hilang langsung sehingga rakyat bangkit menuntutnya kembali.

12 comments:

mat_terab said...

Di sini ada satu kerja kosong bagi sapa yang berminat, kerjanya mudah saja dan upah lumayan kerjanya adalah sebagai pengusong tilam untuk di bawa ke makamah......jawatan adalah terhad dan keutamaan di beri kepadai pencacai umno yang menpunyai kemahiran mengusong tilam.
keterangan lanjut boleh hubungi cawangan-cawangan umno berdekatan....

slyderrose said...

Masaalahnya kat Malaysia ini polis dan kehakiman taat pada pemimpin parti memerintah. Benda yg betul bolih jadi salah dan benda yg tak betul bolih dijadikan betul. Tuduhan bolih direka-reka. itulah dia, nama islam, sembahyang lima waktu, ikrar hidup mati kerana Allah SWT, tapi sanggup meniayai orang dan mengikut rentak lanun2.

Mereka ini melayu islam dan secara langsung memalukan melayu islam itu sendiri. Orang2 non muslim lebih baik dari mereka ini.

Inikah dinamakan islam hadhari?

Anonymous said...

Tuan Roslan,

Saat menuntut Unit Amal melaksanakan keputusan pimpinan dan pengorbanan oleh ahli dan penyokong Pas sudah semakin hampir.

Allahu akbar!

Anonymous said...

Saya merasa bosan dengan tuduhan sebegini. Seperti mana saya rasa jengkil dengan berbagai tuduhan dan fitnah Anwar terhadap Najib & Rosmah, begitulah saya merasa jengkil dengan tuduhan terhadap Anwar.

rider of saber said...

BANGSAT!!!Jika kamu sengaja berdusta..Kamu akan dilaknat oleh seluruh manusia serta generasi selepas ini dan seluruh makhluk di bumi dan di langit kerana fitnah mu...Ya Allah!!!Tak takut AZAB ALLAH KE???? huhuhuhu

Anonymous said...

sdr
ini satu lagi sendiwara/drama UMNO dan kerajaan .bawa-bawa insaflah pak lah dan najib, yang seorang cucu ulamak dan seorang anak bapa perpaduan negara.mana pergi integriti dan minda melayu kelas pertama kalau isu macam ini menjadi topik hangat kepada orang melayu. saya ingat umno akan berbincang mengenai masa depan negara ,rakyat miskin, harga minyak dsb .sebenarnya mereka bukan membodohkan rakyat dengan tuduhan seperti ini tapi mereka membodohkan diri mereka,keluarga mereka,sahabat umno mereka ,ahli umno termasuk MT ke, JK bahagian atau sesiapa saja asalkan UMNO
sekian

Anonymous said...

Sesungguhnya doa2 org teraniaya itu sangat makbul.

Anonymous said...

Saya rasa sebenarnya tuduhan tersebut dilakuakan untuk memburukkan nama Najib, bukannya Anwar. Lihat sajalah komen di atas yang majoritinya begitu keras melemparkan fitnah terhadap BN dan datuk Najib. Manakala Anwar pula berharap ini akan meningkatkan lagi sokongan orang-orang PKR dan PAS terhadap beliau

PEYJA said...

apa saja sebabnya dan siapa saja initiatornya, politik politik murahan begini sememangnya memualkan dan menjengkelkan.
Mual, jengkel dan jelek.
Bagaimana pula mentaliti rakyat Malaysia, kelas pertama? Kelas KETIGA?

mohdpaizal said...

orang melayu suka yang panas2, kalau tidak tak akan mat terjah begitu popular dalam melodi

mountdweller said...

Nampaknya orang melayu ni tidak ada kerja lain nak buat. Fitnah, dengki, jatuh menjatuhkan, tamak, gelojoh, tohmah, kata mengata, ampu,zalim, pembohong, semuanya sifat keji ini bersarang dan berpusat di kalangan orang melayu waima di kalangan pemimpin lagilah teruknya. Walau pun mengaku Islam tetapi perangai mereka bukan berperangai Islam. Nak samakan dengan "pagan" pun nanti ada yang marah, tetapi nilailah sendiri.

Saya sarankan kepada pemimpin BR yang beragama islam supaya anjurkan majlis sembahyang hajat besar-besaran bermunajat agar Allah peliharakan keamanan dan kesejahteraan rakyat malaysia dan memohon Allah menghukum tidak kira siapa yang bersalah di dalam kes ini dengan hukuman Allah yang maha adil.

Anonymous said...

Abg Lan,

Saya ada baca beberapa cadangan dalam blog lain, sekiranya terjadi 'apa-apa' kat Anwar, saya rasa PAS kena bersedia kemukakan calon yang sesuai utk PM. Antara yang disebut adalah Dato' Husam Musa.
Adakah PAS bersedia?

DRZ