Wednesday, June 18, 2008

Pilihanraya semula di Sanglang?

Apa yang diharapkan sebagai pengisytiharan kemenangan kepada calon PAS Ustaz Hashim Jasin bagi kerusi DUN Sanglang Perlis siang tadi di Mahkamah Tinggi bertukar menjadi haru apabila hakim memngisytiharkan tidak ada pihak yang menang dan sebaliknya mengarahkan agar satu pilihan raya kecil diadakan.

Menurut fakta kes pihak SPR telah membuat kesilapan dalam penjumlahan undi pada 8 Mac lalu dan sebaliknya telah mengisytiharkan calon BN sebagai pemenang. Kes ini hampir sama dengan kes parlimen Pasir Putih yang melibatkan calon PAS dahulu.

Ini bermakna PAS tidak menambah kerusi sebaliknya terpaksa berhadapan BN dalam pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU ke 12.

3 comments:

mat_terab said...

saya rasa pas ada peluang untuk menang sekiranya diadakan pilihan raya kecil....terutama sekali kalau kita lihat iklim sekarang yang memperlihat rakyat begitu marah kepada kerajaan apabila menaikan harga minyak,
namun ini semua terpulanglah kepada penduduk sanlang, tetapi kita berharap rakyat tidak lagi termakan pujuk rayu dan janji manis kerajaan....ini lah masanya untuk rakyat Sanlang mengajar kerajaan kerana tidak perihatin dengan kesusahan rakyat.........

slyderrose said...

Apa lagi Pemuda PAS gerakkan jentera menuju Sanglang. Ayuh mula dari sekarang. Bantu untuk kemenangan.

Anonymous said...

apa ni... sapa hakim tu? tak tahu nak beri keputusan ke? atau ada tangan2 'hantu' kat belakang dia? ataupun dia sendiri yang memang tak sanggup tengok PAS menang kes ni?