Monday, June 02, 2008

Mat Taib anasir pecah-belah masyarakat

Saya berpandangan kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Mohd Taib, yang juga Pengerusi Umno Selangor, bahawa kementerian beliau akan menyalurkan terus gaji ketua kampong serta para imam masjid di Selangor kepada Pegawai Pembangunan Daerah (PPD) dan tidak lagi ke Pejabat Daerah dan JAIS sebagai suatu yang bertentangan dengan amalan Federalisma yang diamalkan oleh negara kita.

Tindakan Mat Taib ini bagi saya membuktikan bahawa Umno di bawah beliau cuba mempolitikkan pentadbiran dan institusi yang berkaitan. Beliau menunjukkan yang beliau tidak mengiktiraf keputusan rakyat, dan malah mencabar pentadbiran negeri dan sekaligus Sultan Selangor.

Ketua kampong dan imam sewajarnya menjalankan tugas dengan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan dan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar. Dengan cara ini Mat Taib cuba mencuri kesetiaan itu dan mahu menggambarkan yang beliaulah sebenarnya pembiaya dan yang menampung imbuhan para wakil kerajaan itu. Apakah maksud tindakan Mat Taib itu? Adakah dengan ini beliau cuba menarik sokongan ketua-ketua kampong dan para imam agar taat pada beliau dan membelakangkan kerajaan negeri?

Inilah nanti punca pecah belah yang bakal menggugat kestabilan masyarakat di Selangor. Rakyat Selangor sewajarnya mengadukan hal ini kepada Sultan kerana ternyata Mat Taib mencabar kewibawaan kerajaan Tuanku dan dengan itu telah mendurhaka kepada Raja dan biadap kepada rakyat jelata.

Saya mengira tindakan ini tidak boleh disenyapkan dan dibiarkan begitu sahaja oleh kerajaan negeri dan rakyat Selangor. Adukan Mat Taib, kerana terbukti beliaulah pemecah belah masyarakat yang terbesar di negeri ini!

4 comments:

lan said...

saudara rozlan, tolonglah warkan perkara ini kepada saluran MB atau exco Selangor untuk kepentingan rakyat seluruhnya

mat_terab said...

Ni la orang yang cakap tak serupa bikin....dia lah konon perjaungkan suruh orang melayu bersatu dalam masa yang sama dia juga memecah belahkan bangsa melayu....dia lah meruntuhkan orang melayu....sudah ada jkkk peringkat negeri lagi mau lantik jkkkp peringkat persekutuan, ini lah nama nya tidak boleh menerima kekalahan sudah kalah, kalah la tak perlulah nak menyibuk lagi, bialah kerajaan negeri yang baru menyusun pentadbirannya sendiri tak perlulah nak di gangu...bagi puak-puak umno ni jangan lah gilakan jawatan sangat....tak kan dapat di bawa mati....

Unknown said...

Mat taib ni jenis manusia tak tau malu. Nak tunjuk pandai konon. Belah la mangkok...

Anonymous said...

pandai apa, nak isi borang slm BI pun x lepas... pastu nak tunjuk hero kat sini.... mamat nie klu aku jumpa, tau la dia apa aku nak buat