Wednesday, June 04, 2008

Minyak naik darah pun naik, tapi awas........

Saya menerima SMS bertalu-talu diikuti dengan panggilan dan email. Ya PM Dollah Badawi siang tadi mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 12 tengah malam ini. Petrol naik 40% dari RM1.92 seliter sekarang ke RM2.70 iaitu naik RM0.78 sen seliter. Diesel pula naik RM1.00 seliter dari RM1.58 ke RM2.58 seliter.

Menurut Utusan Online:

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, PM berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Rebat atau subsidi atau apa sahaja istilahnya (kononnya tunai sekitar beberapa ratus akan dibayar semasa kita memperbaharui cukai jalan) pokoknya harga minyak pasca PRU ke 12 ini naik mendadak “gila” nya. Memang kita akui ianya berlaku ekoran kenaikan mencacak harga minyak dunia, tetapi berbalik kepada isu kita sebagai negara pengeluar minyak, mengapa kita rakyat menjadi mangsa, maka kerana itu perasaan marah meluap-luap rakyat terhadap kenaikan kali ini pasti mencabar.

Saya difahamkan disaat ini pun sudah ada usaha untuk menganjurkan PROTES besar-besaran, yang memang wajar memandangkan kerajaan sudah gagal sama-sekali membendung dan mengawal kenaikan kos hidup. Tetapi AWAS, PROTES kali ini berisiko tinggi, kerana kali ini ia pasti lebih hebat dan marak, kalau dulu kita PROTES dalam keadaan kita tiada kuasa kecuali di Kelantan (dengan bergantung majority 1 kerusi) kali ini kita ada 5 negeri dan puluhan kerusi Parlimen.

Hati kecil saya berkata, jika marak, maka ia membuka jalan untuk menjatuhkan hasil tuaian PRU ke 12, AWAS………

29 comments:

lan said...

silap la paklah buat keputusan 'bodoh' ni!

Anonymous said...

AWAS jangan demo besar-besaran dijalanan ini peluang paklah nak mageran dan sebagainya... buat perancangan teratur untuk PR ambil alih pemerintahan ini,...wassalam

Anonymous said...

Selagi Dolah masih di situ, bahana demi bahana menimpa negara, bangsa dan agama.

Kurie said...

letih..

asyik2 BANDING 2...

semunya nak GLOBAL...

Adios...

Anonymous said...

pilih tarikh yg btl2 ok..kita buat demo besar2 mcm himpunan bersih ari tu..comfirm jd besar2 punya..kita tengok mcmne reaksi org tua tu mcmna

Anonymous said...

pak lah pak lah..apesal la ko ni ha..tak hbs2 nk tambahkan dosa diri sendiri ngan dosa rakyat2 dgn mengutuk tindakan ko ni!!!!

Anonymous said...

mesti liat nak mampos... dah berbakul bakul kena maki..

Ehsan Zakaria said...

Ayuh Bro Lan...cepat syorkan kpd seluruh rakyat Malaysia utk segera kita anjurkan PROTES besar-besaran seluruh Malaysia!!!

Bermula dgn 5 negeri Pakatan Rakyat!

Gerakkan semua Blogger utk hebahkan PROTES ni!

POWER TO THE PEOPLE!

Anonymous said...

bodowi ni hampeh.....

Anonymous said...

die kate jimat rm4billion,saving that money for what? halt la koridor2 tu,hampeh tul PM,aku cdng HARTAL 1 negara,nak buat demo mesti mkn duit jgk,so baik HARTAL,tolong bagi komen

Zuones said...

terima kasihlah Pak Lah kerana bertimbang rasa kepada masalah rakyat.. Kepada penyokong BN tahniahlah kerana hajatmu tertunai sudah.. Jom kita berdemotrasi...

Anonymous said...

Countdown to the termination of the BN powers' ruling has started...

Anonymous said...

AWAS!!
OOH..OOH Awas...
Kerana kamu ooh...

Pak Lah please step down!!!

Pak lah please step down!!!

Pak Lah please step down!!!

Tok Imam besar Hadhari MAHA PEMBOHONG!!!!!!
Hari tu ckp nak annouce masa Aug.
Tiba2 terus naik!!!
Mcm masa PRU hari tula kata tak nak
bubar Parlimen. Rumous!!
tah- tah terus bubar parlimen.
Org yg bernama PAK LAH mana ada
yg cakap betul.
Cuba senaraikan apa yg Pak Lah tak pernah ckp bohong.

MAHA PEMBOHONG!!!!

MAHA PEMBOHONG!!!

MAHA PEMBOHONG!!!!

Generasi ke 2 Felda

Anonymous said...

TQ DIE HARD FAN BN...
aku jumpe DIE HARD FAN BN KAT KG AKU sorg2 aku nk sembor!!! tgguu... KETUANAN MELAYU KONON! HAPRAK!

Unknown said...

Semasa kerajaan umumkan kenaikan 30sen dahulu, beriya-iya janji untuk memperbaiki sistem pengangkutan & membina laluan lrt ke cheras. Sampai skrg, habuk pun tarak. Inikan pulak nak memberi balik subsidi ke atas barangan makanan!

Anonymous said...

Terima kasihlah kepada pengundi2 BN....sebab keputusan kamu yang kamu katakan bijak le menyebabkan semua kita kene. Nak jimat duit untuk apa? semoga kelima-lima negeri PR boleh buat solat hajat...jatuhkan BN secepat mungkin lepas tu letakkan seluruh menteri BN dikedudukan rakyat berpendapatan rendah. Amacam?

Unknown said...

idup BN!
idup BN!
idup BN!

BN=Barisan Nipu rakyat

Anonymous said...

...pak lah hukum rakyat. rakyat di’buli’ dgn tarik subsidi minyak kerna tidak pilih BN dlm PRU12 lalu tapi beralaskan masalah global, kunun. masalah domestic mcm kes jenayah, keselamatan pon tak juga settle, lagi nak bising.

...kita ikut aje le spt iklan bank RAKYAT 'sy mesti pilih'... kahkakhakah.

...kau naikkan le harga minyak tinggi mana pon, lawan tetap lawan hingga BA ambilalih BN terajui negara. suruh wakil rakyat pkr protes di parlimen. lawan jgn tak lawan.. jaga amanah rakyat.

...nak tengok mamat mana pulak nak buat report polis sbb bn pon tak tunai janji pru lepas dgn naikkan harga minyak...akhs!!!

Anonymous said...

hahahahaha... rupanya kalah teruk pru12 ni masih belum serik2?... 4 tahun lagi jadikan UMNO dan BN sebagai bahan sejarah di MUZIUM!!! SYABAS KETUANAN MELAYU!

nasru said...

nampaknya pemilihan umno 2008 ni dah tak popular dah ..dan mungkin takkan berlaku.kalau berlaku pun orang tak ambil tahu...

sebab apa..?? kerana paklah akan dijatuhkan oleh rakyaat dalam masa terdekat ini. tak kira cara apa pun paklah akan digantikan oleh orang yang akan turunkan harga minyak. orang yang akan ringankan beban rakyat.

paklah mungkin tak bertanding jawatan presiden umno sebab dia duduk di penjara sg buloh

Anonymous said...

"Aku pikir ni la keputusan kerajaan paling bijak sekali.....pak lah memang bijak la...seronok ada pemimpin bijak mcm pak lah.....jgn lah kutuk2 pak lah kami menyokong pak lah dari belakang dn depan"kata seekor beruk kepada rakan-rkannya............

jdi cuma beruk sahaja menyokong kenaikan harga minyak ni...so sesape yg rasa dirinya manusia jom pakat2 boikot paklah....

Pemuda Pas Pekan

Anonymous said...

hidup pak lah !

trima kasih di atas keprihatinan anda kpd kami rakyat Malaysia...

bersama-samalah kita m'gunakan pengangkutan awam...

ke arah Malaysia yg Tembelang...

Anonymous said...

Askm, pandangan saya it is not fair salahkan pak lah semata2. Dia cuba sedaya mungkin memperbaiki apa yg Tun Mahathir (paling teruk corupt)telah lakukan pd pemerintahan beliau.Give him a second chance.

Isu minyak adalah isu global. Yet, the subsidi sepatutnya di swapkan kepada barang makanan (keperluan) bukannya kehendak.

Kedua, kerajaan MUST develop sistem public transportion yg ketika ini masih LEMAH.

Saudaraku, sama2 kita membantu kerajaan pd saat ini. Mereka juga perlukan bantuan kita semua. Bukan senang utk memerintah negara bro.

fikirkanlah bersama bg menyelesaikan cabaran ini. Yg patut dibantu mesti dibantu, seperti golongan yg kurang upaya.

Salam.

Anonymous said...

mintak maaf bro roslan...

saya tengok harga minyak di pasaran dunia pun semuanya nak..

USD130 per barrel...macam mana nak elak kenaikan harga minyak??? people been saying bout petronas profit...and everything... tapi can someone actually show me concrete evidence that petronaS CAN ACTUALLY solve the problem .... cukup ker duit petronas tuh nak subsidize malaysian nih???

perhaps kita just kena start jimat minyak n also start naik public transport.... after all its not that bad the comuter,lrt semua tuh...nak comfort memang ah susah skit nama pun MASS TRANSIT..

sekadar pandangan... sebab saya rasa everywhere in the world arga ni naik...literally EVERYWHERE.

Anonymous said...

YB PR mungkin tidak sanggup turun perhimpunan aman lagi.

salam,

saya mendapat panggilan phone dari melaka, bertanya samada ada perhimpunan aman tentang minyak naik atau tidak. Saya menjawab, belum ada arahan, kerana bagi kami kami bertindak mengikut arahan ketua. Bukan sekadar turun suka suka atau mengikut arus tak tentu arah. Dalam bab perhimpunan haram ni, ramai pakar provokasi. Samada mereka diupah atau mereka adalah special branch yg ditugaskan khas, akan menjadi agen provokasi.

Tetapi saya tidak tahu samada YB PR baru akan sanggup turun ke demo aman lagi. iye lah, sekarang dah ada title YB. Dulu tak ada. Cuma YB YB ini kena ingat, usaha usaha kecil mengetengahkan isu rakyat lah yg membuat kan rakyat memerhati. Mungkin org melayu tidak kisah sangat atau tidak nampak sangat kerana utusan malaysia tidak mengeluarkan berita sebenar. Utusan malaysia, berita harian dilahirkan untuk menipu. Tetapi diakhbar bahasa cina, semua aktiviti itu nampak jelas. Percikan darah hasil dari belantan FRU tetap keluar di akhbar mereka. Cuma tidak keluar di utusan malaysia.

Semburan gas pemedih mata yang bukan saja menyakitkan mata malah bagaikan mencekik saluran pernafasan akan diceritakan didalam akbar bukan melayu. Saya mgharapkan ketua polis KL dan ketua ketua dibawahannya mengalami mimpi mimpi ngeri didalam tidur mereka dan merasakan bagaimana ribuan manusia tercungap cungap mencari oksigen seperti yg berlaku di depan masjid jamek tahun lalu. Saya juga mengharapkan percikan darah dalam demo aman yang lalu akan datang dalam mimpi mimpi mereka. Saya juga mengharapkan sepakan sepakan yg mereka buat pada peserta demo aman akan datang dlm mimpi mimpi ngeri mereka, menyepak badan badan mereka didalam tidur.

Kalau mengikut kata kata Presiden PAS selepas pru 2004, beliau mengatakan ahli pas masa itu masih berfikiran pembangkang. Iye lah, mungkin ahli pas pada masa itu masih mgkritik. Betul atau tidak kata presiden itu, saya tidak tahu. Yang saya tahu presiden pas kehilangan trengganu selepas itu. Mungkin ahli pas trengganu terlalu berlapik bercakap, takut digelar berfikiran pembangkang, maka akhirnya yg negative tidak keluar. Yg keluar hanya yg positive yg mungkin menyebabkan MB trengganu pada masa itu kabur dengan keadaan di ground.

Membaca Roslan SMS, menambah kuat lagi kebimbangan saya. kata roslan di www.n32.blogspot. com, " Hati kecil saya berkata, jika marak, maka ia membuka jalan untuk menjatuhkan hasil tuaian PRU ke 12, AWAS………" wah, roslan, kerana kuasa sudah berfikir byk kali. Dan jangan terperanjat jika jiwa ini akan terbenam kepada hero hero jalanan seperti Dr hatta, Mat sabu, YB salahuddin etc. Mudah mudahan tidak.

Bagi saya, perhimpunan aman itu tetap perlu dilakukan. Cuma caranya ditukar sedikit. Bagi negeri yg PR menang, maka perhimpunan aman itu perlu dilakukan di kawasan tertutup supaya terkawal, contohnya stadium stadium. Bagi Kuala Lumpur, Padang kelab sultan sulaiman, perlu dipohon. Kita tahu permit akan ditolak dgn berbagai alasan walau secara majoritinya, ahli parlimen PR adalah majoriti di KL. Ketua polis kena tolak untuk memastikan dia akan naik pangkat dlm jangka panjang. Untuk naik pangkat ketua polis KL sanggup putar belit kenyataan seperti yg dilakukan apabila PR memohon permit untuk demo aman yg lalu. MAKA DEMO AMAN PERLU DIBUAT CUMA CARANYA BERTUKAR DENGAN KEADAAN TERKAWAL.

Jika YB YB PR dah tak sanggup maka, ngo ngo lain perlu mengambil alih. Cuma jika PAS tidak menjadi teras maka dari segi mobilisasi massa akan kurang. Mungkin juga setelah menang banyak ini, tak ramai yg sanggup untuk turun. Iye lah "PR DAH MENANG" maka tidak perlu lagi turun demo aman. Alasan 'kita ada cara lain' spt parlimen akan digunakan.

Sikap org menang dan orang yg belum menang adalah berlainan. Kita akan lihat bagaimana tindakan YB YB baru ini dalam isu kenaikan minyak ini.

sekali lagi saya katakan, DEMO AMAN PERLU DIBUAT CUMA CARANYA BERTUKAR DENGAN KEADAAN TERKAWAL terutama di negeri negeri PR menang.

hamdy 013 3696712 www.rancanghidup. blogspot. com
Penulis Buku Baru Terbit: RancangHidup RancangWang RM18.
MPH Promotion: www.mph.com. my/search/ nsearch.cfm? do=detail&pcode=9834047819

Anonymous said...

kenaikan harga minyak bukan sahaja melibatkan pengangkutan seperti yang disebut..ye, kita boleh berubah dari naik kereta ke bas, lrt dan sebagainya. Pernah naik bas kat KL? kamu pernah tengok bagaimana operasi pemyeluk saku kat dalam bas? itu cuma isu kecil..

yang saya tak tahan ialah kenaikan segala macam barang2 asas dan tak asas lain yang kadang2 tak significant pun..tak ada kena mengena pun dengan kenaikan kos pengangkutan..ramai pulak yang akan ambil kesempatan..

rakyat miskin merana memang tak naik kereta pun, mereka naik basikal atau jalan kaki atau naik bas saja..tapi mereka makan nasik, perlu bayar yuran bas sekolah..etc

pikir-pikirkan

Anonymous said...

...tak kisah sgt minyak naik. kita pon faham isu global...bukan kita ni duduk bawah tempurung. cuma paling benci, sebenci-bencinya bila kerajaan sogok dgn alasan2 mentaliti minda dunia ke-3nya; mcm;

+ harga barangan lain tak akan naik, kita akan pantau..blablabla. kuatkuasa... ubah cara hidup, guna public transpt akhs!! ckp semua tak serupa bikin.

+ memang semua org tahu. simpanan minyak akan kontang tak lama lagi. malah beruk dlm zoo pon tahu. bukan setakad msia, tapi seluruh dunia. bukan baru tahu, dah puluhan tahun diberitahu. tapi apakah dgn naikkan harga minyak, penyelesainya?? tak ada usaha saintifik langsung.

+ skrip lama, kita akan bangun bio oil dari kelapa sawit sebagia alternatif akan didendang lagi & lagi. smpi la ni tak ada juga hasilnya. dah puluhan thn ckp. kerajaan sebenarnya tak hargai bidang kajian saintifik & akedemik. bidang ini hanya disentuh bila nak buat ucapan perasmian majlis. semuanya muluk2 & retorik aje ucapannya. tapi hakikatnya kosong dlm perlaksanaan. byk duit dilaburkan pd projek pembangunaan entah apa2. akhs!! bikin tak serupa ckp.

+ guna basikal uh!. sebagai rakyat so call positif thinking, sy boleh setuju. tapi adakah kerajaan serius nak kembangkan idea ni secara holistik- membudayakan rakyat sebagaimana kerajaan budayakan program2 hiburan dlm pemikiran rakyat skrg. mana infrastkurnya? mana R&D basikal yg akan dikeluarkan? kalau sekadar ckp utk jawap sidang akhbar...murid tahun 1 pon pandai. sekarang cerita pasal alam sekitar pulak, kununnya 'harta negara'. check sistem pendidikan kita. apakah kesedaran ini dipupuk dari peringkat sekolah. atau sekadar program2 sampingan demi memenuhi event tahunan.

...kerajaan terlalu byk dipenuhi dgn ahli politikusan kepartian demi kelangsungan survival politik masing2. yg hanya pandai berckp. tapi kosong pemikiran dlm bangunkan minda & siasah rakyat. bila ada pemimpin lain (cth mb slgor) cuba bawa pembahruan, nak buat tu.. nak buat ni semua pakat templek mcm beruk mak yeh. back to basic mcm era almarhum tun abdul razak yg meletak pendidikan asas agen membangunkan negara dari sudut plan & tindakan. mulakan kajian semula sistem pendidikan kita agar2 pemimpin hari muka lebih tahu bikin dari byk ckp.

Anonymous said...

assalamua'laikum...

aku tak marah rega minyak naik.Kalau dah sampai 130 dollar setong mungkin susah jugak kalau tak naik.

Yg aku marahnya kenapa naik sampai 78 sen !!.Naik pelan-pelan tak bleh ker ?.

No.2 nya apa plan jangka panjang Gov. untuk masalah ni ?. Setakat solution cam bayar rebat tuh, orang kampung aku pun boleh pikiorkan.

No.3 nya, kenapa tak dibawak berbincang di Parlimen dulu.Parlimen tuh kan mewakili pandangan2 rakyat juga. Ko ingat yang gunakan minyak ni ngkorang ajek.

No.4 nya, aku rasa inilah masanya gov. lebih berjimat cermat dalam perbelanjaan.Allocation2 yg diberi kepada kementerian2 hendaklah dikaji semula. Jangan sampai xtvt tahunan dah habis tapi sebab duit budget banyak lagi, dihabiskan juga walau sekadar xtvt DINNER di hotel. Elaun2 PM,TPM,MP perlu diSTRUKTUR semula. Bini masing2 belanja sakan.

No.5 nya.Jepun nih negara kaya.Tapi MD2 syarikat besar masih ada yang pergi kerja naik basikal atau TRAIN. Kita nak capai camtuh boleh, tapi kena STRUKTUR semula supaya sistem pengangkutan AWAM jadi satu KEPERLUAN dan bukan KEMAHUAN.

Sekian

Anonymous said...

Pembangkang tak boleh berfikir cara pembangkang lagi, kena fikir seolah2 nak perintah negara. Dgn harga minyak US$135 setong, dan dijangka akan naik lagi, langkah menaikkan harga minyak adalah rasional. Kalau PR dapat memerintah dan turunkan harga minyak, memang boleh, tapi kesan jangkapanjangnya memang buruk sebab Malaysia hanya jadi pengeksport minyak sekadar 3-4 tahun saja lagi. Memang harga barangan lain akan naik, rakyat akan lebih tertekan, tapi itulah hakikatnya dlm dunia yg makin kurang sumber minyaknya. Rakyat memang perlu ubah gaya hidup,selagi tak dinaikkan harga minyak, selagi itu rakyat akan terus membazir minyak yg semakin susut. Rakyat yg termiskin perlu dibantu oleh kerajaan, sementara rakyat middle-class perlu ikat perut dan kurangkan belanja makan dan perjalanan. Pertumbuhan ekonomi tak boleh dikembang dgn mengorbankan sumber tenaga untuk anak cucu kita di masa depan. Memang keputusan kerajaan sekarang tak memberi untung politik tapi memang itulah yg sewajarnya sekiranya semua faktor diambilkira. Wallahu'alam.
Yasir.