Apabila kerajaan mengumumkan akan membayar exgratia kepada enam orang bekas Hakim Mahkamah Agung termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas kerana dipecat pada tahun 1988 secara zalim, ramai pihak yang mengalu-alukannya dan bersetuju. Sekurang-kurangnya penderitaan mereka yang mempertahankan institusi kehakiman itu terubat juga akhirnya.
Tetapi sejurus itu timbul konflik adakah exgratia itu bermakna kerajaan mengakui yang tribunal yang ditubuhkan oleh kerajaan terdahulu pimpinan Tun Dr M itu salah dalam keputusan mereka tau bagaimana? Keputusan itu kritikal kerana ia akan memberi kesan dan impak ke atas banyak perkara lain.
Lalu kerana tidak mahu menyelesaikan kekusutan itu, kerajaan sekadar menyatakan yang exgratia itu tidak boleh disamakan dengan permohonan maaf, dalam erti kata lain, ia tidak menidakkan keputusan tribunal yang ditubuhkan.
Lantas apabila mendengar saranan bekas Naib Presiden Umno yang juga ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa sebuah tribunal baru sepatutnya dibentuk untuk mendengar kembali kes terhadap Tun Salleh dan rakan-rakannya, saya nampak saranan itu lebih praktikal dan bermakna. Kerana kata Ku Li masalah yang menimpa bekas-bekas hakim itu sesungguhnya tidak selesai dengan pembayaran exgratia itu, malah ia sebenarnya mencetuskan satu kesalahan baru dalam kononnya cuba menyelesaikan satu kesalahan yang lain.
Ini kerana menurut Ku Li, tindakan membayar exgratia itu lebih merupakan usaha mahu memalukan satu pihak yang terlibat dalam persitiwa 1988 itu semata-mata tanpa mahu sebenarnya secara jujur memperbetulkannya. Dan dalam hal ini saya bersetuju dengan Ku Li. Biar kita bentuk satu tribunal baru, biar kita panggil kembali saksi-saksi, biar sama-sama kita ikuti kali ini dan lihat siapa yang sepatutunya dicampak ke kandang orang salah dan dihukum dan siapa yang sepatutnya disanjung sebagai wira.
Jika tribunal baru mendapati Tun Salleh dan rakan-rakan tidak bersalah, maka tatkala itulah kita hitung pampasannya kepada mereka, barulah lebih bermakna dan barulah yang salah memikul tanggungjawab di atas kesalahan mereka dan tidak lepas begitu sahaja!

1 comment:
Bro Roslan,
Membentuk tribunal yang baru untuk mendengar kes yg sudah diputuskan 20 tahun yang lalu memerlukan belanja yang besar. Adakah perlu wang rakyat digunakan utk membentuk tribunal ini?? Apa kebaikannya untuk rakyat??
Kalau setakat ingin menonton wayang gambar tentang undang2, tak perlulah wang rakyat digunakan. Rakyat boleh membeli tiket RM10 di TGV KLCC utk menonton wayang gambar berkaitan undang-undang ini.
Siapa yg bersalah tidak lagi menjadi soal kerana semua pihak yg terlibat tidak terjejas apa-apa pun (maksud saya tiada siapa pun yg dipenjara atau mati di tali gantung!).
Yang terjejas mungkin nama mereka yg dipecat dan bagi saya, bayaran exgratia lebih merupakan cara utk membersihkan nama tersebut tanpa perlu memanjang-manjangkan lagi cerita ...
Jika kerajaan tidak membayar ex-gratia ini pun, mereka yg dipecat itu tidak juga membuat sesuatu untuk mencabar keputusan mahkamah yang terdahulu ...
Maka bagi saya, tindakan ini lebih praktikal dan selamat tanpa perlu mencetuskan kontrversi lagi ...
Tun Salleh Abas boleh menarik nafas lega dan Tun Dr Mahathir tak perlu naik turun mahkamah ... everyone happy!
Post a Comment