Menghargai warga pesara kita
Saya membaca dengan penuh faham kemelut yang dihadapi oleh warga emas Malaysia yang telah pun bersara dari perkhidmatan awam. Dalam kahbar NST hari ini dilaporkan masalah yang dihadapi oleh golongan pesara ini dalam mengharungi kenaikan kos hidup yang bukan sahaja menekan mereka yang mendapat gaji penuh bulanan, lebih-lebih lagi mereka yang bergantung harap dari pencen bulanan kerajaan.
Mereka menuntut agar elaun sara hidup atau COLA yang turut dibayar kepada mereka sebelum ini sehingga ia dihentikan kira-kira 28 tahun dahulu iaitu pada tahun 1980 agar dbayar kembali. Ini saya yakin dapat meringankan beban mereka, yang kebanyakkannya hidup samada sebatang kara atau menghabiskan sisa tua masing-masing dengan isteri tersayang. Benar kebanyakan mereka mempunyai anak-anak yang telah dewasa, tetapi sebagaimana kata orang dua orang ibu-bapa boleh membela dan memelihara anak-anak tetapi seorang anak belum pasti dapat melakukan yang sama terhadap ibu-bapa mereka.
Tambahan suasana hari ini memungkinkan apa sahaja wang saku dari anak-anak mungkin turut sama terjejas.
Mereka ini rata-rata telah berkhidmat antara 20-30 tahun dengan kerajaan dan ada yang mungkin lebih dari itu. Jasa mereka jangan dilupakan, tambah dalam keadaan susah ini, merekalah yang antara pertama yang akan terjejas hidupnya.
Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia juga menuntut agar kadar pencen dibayar tidak lagi berasaskan separuh dari gaji pokok terakhir, sebagaimana diamalkan sekarang tetapi jika boleh dinaikkan. Di Korea Selatan, Cina dan Jepun mereka menerima 80% gaji pokok terakhir sebagai pencen manakala di Sri Lanka dan negara jiran Singapura mereka menerima 80%.
Kalau tidak pun boleh 100 atau 80% sekurang-kurangnya kenaikan 10% juga saya percaya akan banyak membantu mereka.
5 comments:
nice blog lay out
Isu kenaikan sara hidup disebabkan perkara ASAS telah naik akan menyerang semua segenap rakyat Malaysia, tidak kira yang bekerja atau yang sudah bersara jadi pemerintah patut menstabilkan kembali belanjawan kewangan dengan menaikkan gaji pekerja tidak kira swasta ataupun awam dan juga gaji persara.
Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
bro...maaf off topic sekejap. Saya melihat perkembangan hala tuju website yang mendokong gerakkan refomasis bagaikan kehilangan arah perjuangan selepas Pakatan Rakyat membuat kejutan di dalam PRU yang lepas. Kecelaruan agenda ini amat membahayakan keyakinan para penyokong yang menyokong PR atas dasar simpati.
Lebih mengharukan ada segelintir pemimpin pakatan rakyat masih memainkan peranan sebagai pembangkang di dalam kerajaan sendiri.
Bro sebagai pemain di saf hadapan harap dapat memandang serius perkara ini. Jangan anggap semua perkara masih baru lagi dan memberi alasan perkara ini perlukan masa untuk berubah, kerana lambat laun jika ia terus di biarkan tanpa ada cara penyelesaian di ambil pada jangkaan saya pakatan rakyat ini tak payah tunggu lagi 4 tahun, bila2 masa dari sekarang pun boleh tumbang.
sekian, harap maklum
Saudara!
Nak tuntut banyak mana lagi? Kerajaan Malaysia ni bukan banyak duit nak diagihkan pada rakyat yang banyak berjasa tu! Nak tolong projek anak menantu lagi, kroni sana sini sedang menanti!
Pak Lah tak pening kepala, rakyat yang dapat bala!
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Assalamuaalaikum, Memang zalim jika pesara yang telah meberi khidmat 20-30 tahun tetapi seolah-olah tidak diberi perhatian tentang kebajikan mereka. Memang zalim. Tetapi apa yang menjadi persoalan saya ialah apa yang sedang terjadi sekarang ini seolah-olah hanya kakitangan dan bekas kakitangan kerajaan saja yang layak dijaga kebajikan mereka. Apakah nasib warga swasta, adakah golongan ini bukan rakyat Malaysia yang selayaknya dibela sepertimana warga kakitangan kerajaan dibela? Kalau beginilah keadaan perti pemerintah dan juga parti pembangkang lebih baik tinggalkan kedua-duanya. Tak payah masuk campur. Fikir-fikirkanlah, ada dikalangan jiran2 kamu warga kakitangan kerajaan, dan ada pula yang swasta tidak lupa pula yang kerja sendiri. Golongan manakah yang lebih merasa keperitan hidup pada masa kini? Carilah sendiri jawapannya. Ingatlah, kuasa yang hendak dikejar jika berada ditangan hanyalah AMANAH dan ianya pasti akan dipersoalkan.
Post a Comment