Thursday, June 19, 2008

Antara Istana dan rakyat

Saya mendapat berita seorang ADUN DAP Johor telah dihalau keluar dewan sebelum persidangan dirasmikan oleh Sultan Johor apabila beliau hadir tanpa memakai songkok iaitu sebahagian dari kod pakaian yang diwajibkan ke atas semua ADUN dalam majlis berkenaan.

Dewan Undangan negeri Johor mempunyai 6 orang ahli pembangkang iaitu 4 dari DAP dan 2 dari PAS. (Sebelum ini pada PRU ke 11 Johor hanyan mempunyai seorang pembangkang dari PAS).

Sebelum ini telah terbit berita bahawa terdapat konflik antara keputusan Jawatankuasa Pusat DAP dan DAP Negeri. Yang Pusat mengarahkan agar ADUN-ADUN tidak mematuhi arahan itu manakala DAP Johor pula mengarahkan agar ianya dipatuhi demi menghormati Tuanku Sultan. Kemudian Setiausaha Agung DAP pula menyatakan Pusat tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian dan menyerahkannya kepada negeri. Namun menurut mStar Online:

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang dari DAP diarah keluar Dewan Undangan Negeri kerana tidak mengenakan pakaian rasmi bersama songkok.

Dalam ruangan komen laman-laman web tertentu kritikan-kritikan pedas dan biadap dilemparkan terhadap Dewan Pemuda PAS Selangor (termasuklah agama Islam) semata-mata kerana “kononnya” mengundang murka Tuanku Sultan Selangor dalm isu konsert membabitkan Ella dan Mas Idayu. Sedang isu di Selangor berpunca dari memo yang dikirim oleh Pemuda PAS kepada MB dan bukannya Tuanku. Satu contoh:

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/8989/1/

Kita tunggu apa agaknya komen laman-laman web ini terhadap peristiwa yang membabitkan ADUN DAP dan Tuanku Sultan Johor ini pula? Pasti ramai pula nanti akan menganggap YB Gwee ini sebagai “hero” dan berani!

5 comments:

nazri said...

To me,my religion is superior than my leaders..

tong_kosong said...

itulah hakikatnya bang roslan...

apa yg sedang berlaku di negara kita.. sangat menyedihkan..

kononnya mereka mahukan keadilan.. tetapi sebenarnya sangat bias...

dlm pada mereka kononnya berjuang "Malaysian Malaysia" apa yg lebih jelas ialah dengan menekan org2 Islam. Bila kita suarakan kepentingan atas diri kita sendiri.. mereka kaitkan dgn taliban...

UMNO yg dahulunya boleh diharap sudah hilang arah tujuan.. PAS yg diberi peluang.. lebih selesa duduk diam ...

masih ada lagi keadilan untuk kita ke bang Roslan?

PokioK said...

Salam Bro,

Selepas sy surf link yang bro bg tu dan baca sepintas lalu komen para pengkomen menunjukkan kebanyakkannya tak tahu agama, mereka-merkea ni jauh dari ilmu agama. masya Allah apa nak jadi orang kita ni bro, ada setengah-setengah komen tu menunjukkan kalau si dia tu muslim, rasanya dah terkeluar dari agama islam (murtad).

Dan satu lagi bro, saya ni tak la berapa berkenan perihal sikap, sifat dan perangai pihak I*t*n* ni, seolah-olah dia ni lebih hebat, lebih tinggi dari agama, tau la tugasnya sebagai penjaga agama, tapi jika dilihat dari kebanyakan sudut jauh menyimpang dari agama terutamanya yang paling nampak, pasangannya sentiasa terbuka kepala, ape hae ni, tak belajor ke dia, bukan ke apa penasihat peribadi yang dibayar oleh duit cukai rakyat, ape ingat boleh dikecualikan dari law of god sebab special atas dunia ni, nak rasanya "kok" atas kepala deme-deme ni sebijik dua.

Kalau diberi peluang oleh mahkamah Allah esok-esok, saya nak claim bahagian saya atas deme-deme ni, sebab deme-deme ni jugak yang paling besar tanggungjawab menjaga agama Islam. Jaga tapi tak applied, ape ke jadahnya.

Geram...
Geram...

Bro...kalu tak boleh siar, tak apa la, bro seorang baca dah memadai dah.

PokioK

Snowflake said...

Assallamualaikum
Cukup sahaja apa yang diutarakan oleh sdr pokiok, saya tak mahu ke link yang anda terterakan. Tapi saya amat berterima kasih sekira anda mengizinkan saya menulis 2 barisan ayat dibawah ini yang saya petik dari kitab suci Al-Quran, sebagaimana anda pun sudah maklum.
Dasar dasar pemerintahan (Surah An Nisa' (wanita), ayat 58 dan 59)

58 Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaiknya-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

59 Hai orang orang yang beriman, taatlah Allah dan taatlah rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan rasul (sunnahnya), jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Baik sdr Roslan, sekiranya anda fikir ayat ayat diatas itu sudah diketahui oleh umum, khususnya orang orang MELAYU, seperti sdr Pokiok, saya tidak berkecil hati sekiranya saudara tidak menyiarkannya, tapi sekadar bacaan oleh anda sendiri.
Wassallam

Anonymous said...

Salam.. bro roslan.. congratz for the good job in tackling the current n hot issues relating our beloved religion. Reading through comments in MT might at some point be distressing. Some of the commentators dont even sensitive in critisizing Islam despite their ignorance about the religion. The terms 'Mullah, Young Turk, Burqa, Afghan, Taliban' and etc are enough to describe how stupid they are in interpreting Islam. I've never heard any comment from Muslim in the website critisizing The Buddhist Tok Pekong, Tok Cha, Christian Priest and everything..yet they are very daring in insulting Islam.. how daring they are. May Allah give them guidance and hidayah. Maybe from them will come people that know how to respect others' faith.. n may Allah give us strength as well in protecting this sacred religion..

About the conflict between the King and Islamic principles.. It was clear that there should not be any obedience to the creature-Makhluq(even if he is a Sultan) to something that displeasing the Creator-Khaliq.. Wallahu'alam..

Good job Bro.. keep it up..