Tahniah MB dan Pemuda PAS Selangor
MB Selangor baru sahaja umumkan selepas mesyuarat mingguan EXCO tadi bahawa satu pertemuan akan diaturkan antara Dewan Pemuda PAS Selangor dengan Sultan Selangor berhubung isu bantahan dewan tersebut terhadap konsert yang melibatkan Ella dan Mas Idayu sempena Piala Sultan Selangor 6 Julai nanti.
Menurut Tan Sri Khalid:
Saya rasa idea yang baik untuk Pemuda PAS adalah mengadakan diskusi dengan Sultan. Yang dibantah oleh Pemuda PAS adalah tentang tertibnya acara tersebut. Saya rasa bukan menjadi isu.
Saya mengucapkan syabas kepada MB Selangor kerana prihatin akan teguran Pemuda PAS itu dan mengambil inisiatif agar teguran itu akan dapat terus keperhatian Tuanku Sultan. Dan tahniah juga kepada Dewan Pemuda kerana telah berjaya menjalankan tugas mereka sebagai Pemuda Islam. Sekurang-kurangnya teguran telah dibuat, dan dibuat ikhlas semata-mata mahu mengelak murka Allah swt.
Kepada mereka yang memberi cadangan balas supaya “engagement” dibuat dengan Ella dan Mas Idayu, “Why don’t you pick up that idea and do it yourself!”. Yang penting Dewan Pemuda PAS Selangor, diikuti Dewan Muslimat dan Pemuda Pusat telah menjalankan tugas mereka, anda bagaimana?
11 comments:
Assallamualaikum
Saya setuju bangat dengan saranan itu. Menghadap saja kepada Sultan. Ia manusia biasa. Ngga nampak apa yang yang Allah udah anugerahinya.
Saya setuju banget dengan anda, kalau kelompok yang mau kan si b_t_n_ itu, "Why don’t you pick up that idea and do it yourself!”. Yang pasti, saya dan seluruh mereka yang pentingkan perintah Allah, ngga mau bersekongkol. Perintah Allah adalah "No Compromise"
Wassallam
Dengan membuat ugutan untuk berdemostrasi adalah satu tindakan yg kurang bijak dari Pemuda PAS. Sebelum membuat sesuatu tindakan bawalah berbicang. Susah sangat ke. Atau saja nak tunjuk Islam tidak bertoleransi?. Kalau kita membawa imej islam kita kena tunjukkan imej yg baik.Tahu tak kenapa bukan islam ramai yg menjadi kelab penyokong PAS?. Puncanya Tok Guru Nik Abd Aziz. Dan kenyataan ketua Hindraf tentang kebaikan kerajaan Kelantan.
Sudah 50 tahun BN memerintah Selangor, adakah semudah itu kita nak convince orang supaya ikut kehendak Islam?. Pemuda PAS kena kuat berkerja mendidik rakyat untuk memahami siasah Islam. Bukan bercakap aje. Bantu kerajaan PR dengan membuat kerja-kerja amal dan disamping itu kerja tarbiah sekali.
Tahniah juga Utk Sdr Roslan SMS, sdr juga banyak memainkan peranan dalam isu ini melalui penulisan dalam blog. Teruskan perjuangan saudara demi menegakkan hukum Allah S.W.T di atas muka bumi ini.
Justeru itu, saya menyeru rakan bloger semua sama-samalah kita menegur kepimpinan yang ada pada hari ini, supaya ianya tidak off track dari hukum Allah.
Hidup Bloger!!!!!!
alhamdulillah syabas kepada usaha ni!
tahniah atas komited mengetengahkan hal ini,saya duk tngu je update pasal perkare ni kat blog encik,bagus.pasal syariah islamiah yg dikatekan oleh saudara azman shapawi mcm mana? harap2 pimpinan ada solution,keadaan negara kita ni mmg special,nak komen pape pun mcm xsedap didengar,harap2 ade update drp encik
Lepas ni nak tengok pulak konsert yang "halal" sebagai pengganti kepada konsert yang "haram". Kalau orang lain tak mahu buat, Pemuda PAS kena buat.
Kalau tidak, semua rakyat akan berdemo depan Pejabat PAS tuntut konsert "halal" ini.
Bukan senang nak jadi MB dalam kerajaan campuran yang pendapat mereka berbeza-beza, oleh itu perlu kita ambil iktibar akan isu ini. Pas menentang kemungkaran, itu satu kewajipan. Ada yang kurang cerdik yang mengatakan PAS sengaja mencampurkan politik dengan agama ISLAM.
Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Kaalu nak teruskan, jgnlah jemput Idayu dan Ella jemputlah..kumpulan Nasyid yang ada..sekurang2nya boleh tambahkan rezeki mereka. Mualakn dengan doa agar acara sukan bolasepak diredhai oleh Allah lebih elok jika pemain2 bolasepak kenakan seluar track panjang.
Ada pelbagai kaedah menyampaikan mesej Islam. Secara keras, lembut, sembunyi dan terang-terangan. Sekiranya dilakukan atas dasar taqwa kepada Allah, hanya Allah yang akan menolong, bukan sultan, and definitely not Lim Kit Siang...or Karpal
Salam. Nak mengubah menda yang dah lama bertapak dlam sanubari rakyat bukan mudah nak ubah sekelip mata. Kena didik rakyat pemahaman mengenai islam. Sya stuju dgn MB selangor bahawa yg ditentang itu adalah tertibnya, garis panduan untuk jadi penghibur dlam konsert. Pelan2 kita islamkan dunia hiburan dan sukan di negara kita InsyAllah.
Jangan membantah dan mengharamkan je tapi ubah kearah islamiah.
Kepada semua yang komen di atas usaha yang baik dari DPP Selangor.
Beginilah kira mudah cerita. Minta Tuanku batalkan aje konsert artis wanita, manakala arti lelaki dibenarkan. kalau tuanku gian sangat nak tengok persembahan artis perempuan buat tempat tertutup di Hotel ke, istana ke. Ini Stadium tempat terbuka.
Kepada penjengok blog ini yang terasa nak demo depan pejabat PAS. Kena faham kami orang tak berkenan arti wanita mengadakan persembahan di kalayak umu.
Kepada semua rakan dalam Pakatan Rakyat, undi yang diterima pada PRU-12 yang lalu bukan rakyat nak konsert. Rakyat nak sebuah pentadbiran dan kerajaan yang baik, telus, berkebajikan. kalau masih perlu kepada konsert kita tukar kepada kerajaan UMNO dan BN. Tak payah berbahas banyak.
Kelantan pernah adakan konsert Mawi, Rabbani, Akil Hayy di tempat terbuka dengan mengasingkan antara hadirin lelaki, wanita dan berkeluarga.
Konsert dari kalangan wanita juga pernah dianjurkan di PUTIK. Antara artis yang hadir Aisah, dan beberapa pelajar Akademik fantasi. TETAPI konsert hanya untuk wanita sahaja. TIDAK kepada kaum adam.
Post a Comment