Jangankan Dr Hasan Ali seorang, seluruh umat Islam wajib!
Ketua Pemuda Umno Selangor di dalam akhbar Sinar Harian hari ini mendesak Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali agar tampil menyatakan pendirian beliau berhubung sikpa Dewan Pemuda PAS Selangor yang membantah penglibatan Ella dan Mas Idayu dalam konsert sempena Piala Sultan Selangor 6 Julai ini.
Abdul Shukor Idris berkata tindakan menyepi diri Dr Hasan seolah bagaikan seorang jeneral yang membiarkan tenteranya berperang sedangkan ia menyembunyikan diri.
Isu pokok yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Selangor itu adalah kemungkaran yang bakal dibawa dengan kehadiran kedua-dua artis wanita itu (saya tidak tahu sebelum ini tetapi pagi tadi seorang pemanggil menelefon saya memaklumkan yang pernah dalam satu majlis yang diserikan oleh Mas Idayu, para penonton keluar majlis kerana aksinya yang sungguh memalukan dan tidak bersopan). PAS adalah sebuah parti Islam dan oleh kerana ia merupakan sebahagian dari anggota yang membetuk kerajaan Selangor maka tak kanlah ia mahu mendiam diri apabila kerja mungkar seperti ini berlaku.
Langkah Dewan Pemuda Selangor yang tepat ini iaitu sebahagian dari tanggungjawab “amar makruf nahi mungkar” bukan hanya wajar disokong oleh Dr Hassan, Presiden dan Mursyidul Am PAS malah seluruh umat Islam termasuklah Umno juga perlu sokong dan pertahankan!
Saya yakin seluruh kepimpinan PAS Selangor termasuklah Dr Hassan akan berdiri di belakang Dewan Pemuda PAS Selangor dalam hal pokok ini.
Hairan apa pula sikap Pemuda Umno Selangor? Kerana selama ini mereka menyepi diri apabila ada acara-acara seumpama ini sehingga ianya menjadi amalan dan budaya, lantaran itulah apabila mendengar ada parti kerajaan yang berani. bangkit menegur, Pemuda Umno jadi rimas (maklumlah mereka kini pembangkang bukan lagi kerajaan). Kalau Pemuda Umno mahu menjadi relevan memperjuang agama, bangsa dan negara, jangan pilih-pilih hukum dan peraturan Allah, lihatlah apa yang berlaku kepada anda sekarang!
Sementara itu jangan tertinggal dari membaca: "Pendekatan Siasah Syari'yyah di Malaysia Khasnya di Negeri Pakatan Rakyat" nukilan adinda Ustaz Nasrudin Hj Hassan at Tantawi di
http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/
5 comments:
Salam..as i expected, the article is truly good, Kalau tahap "bertoleransi" dalam amar makruf nahi munkar dibolehkan, maka sesungguhnya samalah kita dengan golongan2 yg Allah turunkan terdahulu...Semoga Allah permudahkan dakwah ini..
Tuan Roslan, saya nak cadangkan supaya mulakan penulisan artikel dwibahasa, dakwah Tuan pasti sampai. Ini kerana dalam artikel2 dalam laman2 web dan blog2 yg lain, serangan2 cybertroopers yg berniat jahat sangat banyak dan boleh menyebabkan kekeliruan dalam umat Islam yg dangkal dalam ilmu
agama...Hujah mereka yg berdasarkan rasional semata2 sgt tajam dan tepat jika dibaca berlandaskan akal semata2...
Keep up a good work Roslan. Pasal Ketua Pemuda Umno nie..dari Kuang..suruh dia cermin diri sendiri. Tengok perangai Imam besar Hadhari..relax aje peluk perempuan, pegang sana sini. Patutnya dia tegur Imam dia itu.
Cantikkkkk!!!! Sdr. Roslan, point yang cantik. Sdr. lupa ke bahawa Dr Khir Toyo akan memastikan manifesto PR akan dilaksanakan kalau tidak mereka akan bertindak? Dalam soal ini sdr. tolong sangat sangat tanya kat mantan menteri besar tu apa sikap beliau?? Kalau bolih buat topik besar besar kat blog sdr atau kat Harakah.
Teruskan..bro!!
Dewasa ini islamophobia sudah jadi macam trend di mana-mana. Setiap komen atau perbuatan penyentuh Islam pasti akan mendapat reaksi mahu dari orang Islam atau bukan Islam. Yang Islam ada penyokong dan ada juga tidak. Yang bukan Islam memanglah kita fahami kedudukan mereka ini.
Apa yg saya nak cadangan bagi membetulkan misconception tentang Islam atau perlaksaan siasah syariah, PAS sebagai parti yg memperjuangan Islam mestilah 'engaged mereka ini dalam dialog yg terbuka. Saya percaya PAS dan NGO islam yg lain mempunyai kepakaran dalam bidang masing bagi menghadapai segala juga persoalan atau isu berbangkit dalam dialog tersebut. Tubuhkan satu pasukan engagement ini. Hadapi pengkritik Islam ini dengan secara Ilmiah dan professional. Contoh, kes konsert mas idayu dan Ella. Adakan dialog dan beri pandangan PAS/ Islam. Selepas itu barulah kita membuat press statement sama ada setuju atau macam kaedah konsert itu harus dijalankan. Contoh terbaik dialog, Dr Zakir Naik. Dia berani berhadapan dengan para paderi atau pakar kristian demi ilmu islam yg dia ada. Ini contoh yg terbaik. Dengan cara ini puak yg tidak setuju tidak bolih menghentam PAS/ Islam membabi buta sebab PAS telahpun berdialog dan hujah-hujah yg cukup relevan. Sama ada mereka terima persoalan yg lain.
PAS kena tunjukkan intellectual dan professionalism. Tindakan tanpa daialog pasti mengundang bermacam-macam tanggapan terutamanya yg negative. Dan sedikit sebanyaknya akan dipergunakan olih anti islam untuk memburukkan lagi keadaan atau imej Islam itu sendiri sebab PAS membawa imej Islam.
Adik Roslan, jangan lupa bahawa PAS Selangor sebahagian daripada Pakatan Rakyat. Apa pun tindakan yang nak di ambil, bincang dulu. Baca apa yang di tulis oleh Raja Petra hari ni....PR losing the plot.
Post a Comment