Wednesday, June 18, 2008

Tidak siapa berhajat durhaka pada Tuanku

Muka hadapan akhbar The Star meletakkan tajuk besar kemurkaan Sultan Selangor:

Tuankus rage: Sultan threathens to call off match if PAS protest against singer

Berita eksklusif yang dipungut oleh The Star itu dibawa sendiri oleh Ketua Pengarang Kumpulannya, Wong Chun Wai, sedangkan ia tidak kedapatan pada akhbar-akhbar lain, menunjukkan betapa prihatinnya Chun Wai dalam bab melagakan kumpulan Islam dengan istana!

Pemuda PAS Selangor menghantar memo bantahan Isnin lepas kepada MB Selangor, memohon supaya acara konsert yang melibatkan dua orang artis wanita Melayu iaitu Ella dan Mas Idayu ditiadakan. Mereka tidak pun menentang acara utama iaitu Piala Sultan Selangor dan tidak pula menyentuh langsung berkenaan Tuanku Sultan.

Keprihatinan Pemuda PAS itu didorong oleh prinsip perjuangan PAS dan amanah amar makruf nahi mungkar yang dikenakan atas kepala bahu setiap Muslim.

Ternyata mengikut laporan Chun Wai Tuanku murka dengan tindakan Pemuda PAS Selangor itu, saya tidak pasti apakah Tuanku diberikan naskah memo Pemuda PAS kepada MB itu atau menerima laporan dari Chun Wai sendiri. Apa pun jika benar Tuanku murka, Pemuda PAS melalui Pesuruhjaya PAS Selangor boleh memohon mengadap Tuanku Sultan bagi menjelaskan perkara sebenar.

Insyallah kita berani kerana benar demi Allah swt.

17 comments:

lan said...

cukuplah wong ni jadi pelaga dan membesarkan issue yang boleh diselasaikan dengan aman. Memang perlu PAS selangor berjumpa Tuanku dan menerangkan issue sebenar disebalik memo itu. semoga perkara ini dapat diselesaikan cara baik.

Anonymous said...

Episode KRUMANIA vs ELLA&MAS IDAYU.

Anonymous said...

Usah ditakutkan makhluk Tuhan sekiranya kita ingin menjalankan amalan mencegah kemaksiatan. Buatlah yang terbaik untuk agama kita. Takut akan Tuhan lebih baik daripada takut akan manusia. Hidup Islam dan selamatkan umat Islam kita.

Anonymous said...

kenapa MB khalid ibrahim tak buat apa2 berkaitan konsert nie??

adakah MB terlalu sibuk sehingga lupa tangugngjawab MB dlm menjaga makanan rohani rakyat??

saidina umar r.a sehingga tak tidur malam keluar rumah untuk lihat keadaan hidup rakyat bawahannya pd waktu malam.

Anonymous said...

Apa yang nak jumpa-jumpa Tuanku pulak. Tuanku dah titah jangan demo, jadi lupakanlah hasrat nak demo tu....kalau tak suka jangan pegi stadium.

Perkara mcm ni pun nak kecoh. You have made your point. Jangan memalukan PAS lagi sampai kena tegur dengan Tuanku.

Jundiummah said...

Chun Wai ni nak kena sambar petir apa? Heret dia ke depan Sultan! mintak dia bagi penjelasan atas tindakannya cuba mengapikan sesama orang ISLAm..

Masa ni lah kafir laknat ni nak ambil kesempatan bagi meraih kepentingan tertentu...

Tren yang mereka gunakan hampir sama setiap kali isu yang timbul seperti ini berlaku

Anonymous said...

sdr. saya amat setuju dengan pandangan saudara dalam isu ini.ketua pengarang the star ini yang lebih-lebih.apa niat beliau,apakah dengan meminta pihak MB selangor batalkan konsert akan :
1 menggugat keharmonian kaum.
2.hudud telah dilaksanakan
3.bukan melayu/islam telah dianiayakan
4.atau apa-apalah
sepatutnya beliau mengharmonikan isu ini,dah banyak kali beliau ini terlajak kata.
dia ni tak nampakkah gejala sosial yang tak upaya dikawal lagi
sekian.

Anonymous said...

pegi jumpa sulatan pun bleh..tarak mau jumpa sulatan pun bleh! apa mau kecoh? kecoh mau apa pasat?

Dia mau tunggang terbalik biarleer..kita sudah kasi tau, nnti itu negeli tunggang terbalik ada bagus jugak hahahah!

wakmeli said...

salam wbt. Terdapat kecenderungan pihak bukan islam untuk mencampuri urusan orang islam sekarang ni. Dulu tuntutan IFC tapi pak lah tangguhkan. Suma atas nama hak asasi dan demokrasi. Pertahankan Islam dan melayu itu sebagai teras dlam pemerintahan di Malaysia. Long Live our King!

Anonymous said...

jundi ummah,

sila usul periksa dulu, wong chun wai menulis laporan terebut selepas dia berjumpa dengan sultan. sultan sendiri yang beritahu dia yang kalau pas nak terus demo sultan akan batalkan perlawanan tersebut. mana ada paper lain lapor pasal ni?

jangan terus nak tuduh2 org kafir laknat. Ada org kafir yang lebih baik budi dpd org yang mengaku islam.

Snowflake said...

Assallamualaikum
Pada pendapat saya, sekiranya seperti yang tertera diakbar Star mengenai perkara yang sama dan acara tersebut perlu adanya "entertainment", ye.. silakan, tetapi jangan dih di letak nya si b_t_n_ melalak disana. Panggil saje sang j_n_a_ untuk menghiburkan. Ngga tahu ye mereka apa itu aurat. Suara, rambut, tubuh badan tambahnya lagi dengan fizikal gelek yang waduh...jadi takutin saya.
Wassallam

slyderrose said...

kalau kita berhemah musuh akan mengambil kesempatan membuat huru hara. Paling baik berbicang sebelum membuat keputusan. Jangan membuat ugutan nak berdemonstrasi.Tunjukkan kita tidak setuju sudah cukup. Kita mesti agree to disagree. Bukannya disagree dengan berdemonstrasi.

Anonymous said...

Salam..Pada saya,kalau dah bagus main bola, tak payah duk panggil artis2 gini..wat habeh boreh aje..kalau tengok euro pun takde nak panggil2 artis.Kami nak tengok bola, bola sendiri adalah hiburan.

Pada saya, salah tetap salah, cuma cara membangkang yg lebih bijak dan bertoleransi kerana Selangor sudah dimiliki kita Pakatan Rakyat..Takut ada yg menangguk di air keruh..

Lagi satu yg pelik, kenapa menjadikan the star sebagai sumber? Dah tahu mereka sentiasa mahu mengambil kesempatan di atas kesilapan kita, kita duk baca dan percaya lagi? Awasi jarum2 MSM yg berniat jahat menyucuk dari 360 darjah, 24 jam sehari...

Anonymous said...

tu le..
yg muda mudi pegi konsert tu..susah sket nak betulkan..
yg tak paham, mak bapak yg bawak anak kecik2 pi tengok mende2 camtu patut disekeh kepalanya.

papehal pn, mintak2 cancelkan jek 2 penyanyi wanita tersebut.
selagi tiada pihak yg cuba menghalang bende2 maksiat nih, makin lama makin teruk la bende2 nih.

yg mamat editor tu, mintak2 tuhan kasi pedoman masuk islam.

Puyu said...

Wong the star mana baca Al-Quran..
dia takpe.. dia bukan muslim..
sebagai org muslim, kita patuh aja pada ajaran agama kita..

get lost wong..!

Anonymous said...

Salaam bro. Roslan. Minta pantau iklan Star yg atas nama kesihatan, siar tubuh wanita melampau.Prinsip rukunegara-kesopanan dan kesusilaan jelas dicabul! Munkin Kelantan boleh wajibkan Star terbit edisi yg tiada iklan yg mencabul rukunegara utk jualan di serambi mekah sebab lesen premis bawah kerajaan negeri. P.S:jangan ada yg sempit fikiran dan tidak matang membaca teguran saya ini. Tolong baca setiap huruf dengan ikhlas dan berlapang dada.

Anonymous said...

Salaam Bro. Roslan.