Wednesday, June 04, 2008

Siakap senohong gelama ikan duri

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri. Nampaknya kebelakangan ini begitulah. Apabila Muhammad Taib dilantik menjadi Senator dan kemudiannya menteri penuh selepas "Tsunami Politik PRU ke 12" baru-baru ini, saya sudah menjangka yang beliau akan lebih merupakan liabiliti kepada kerajaan PM Dollah Badawi. Mat Taib ini laksana kelongsong peluru, sudah ditembak dan dicampak ketepi begitu sahaja, tetapi malangnya kelongsong buruk ini dipungut oleh Dollah, digilap-gilap dan kini mahu digunakan kembali untuk menembak.

Rekod Mat Taib ini terlalu buruk dan hodoh, lalu bagaimana beliau mahu memimpin dan mahu diberikan kepercayaan pula.

Dalam Dewan Negara semalam, Mat Taib mendakwa yang kerajaan Pakatan Rakyat (Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan) telah masing-masing menunjukkan sikap agresif mereka. Beliau mengambil contoh para pegawai kerajaan ditukar (mungkin merujuk kepada kes Pengarah MAIP), stesyen radio dihalau (mungkin merujuk kepada Radio Selangor FM, yang enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri baru namun mahu kekal bertenggek di Bangunan SUK Shah Alam).

Satu dua kes berasas, tetapi Mat Taib cuba pukul borong seolah mahu menggambarkan yang habis semua ditukar dan dipindahkan.

Tak cukup dengan itu untuk menambah lazat lagi gorengnya, Mat Taib terpaksa curahkan beberapa yang walaupun tampak menipu, asalkan gorengannya sedap. Kata Mat Taib mereka turut memindahkan para pegawai masjid dan ketua-ketua kampung. Siapakah yang dipindahkan dan dinegeri mana? Kalau di Selangor Jawatankuasa Masjid, Ketua-ketua Kampung dan JKKK pun belum dilantik lagi.

Buruk rupanya kalau menteri pun tidak segan-silu tergamak menipu secara terbuka.

Mat Taib inilah menjadi ayam tambatan Umno untuk merampas kembali negeri Selangor dari tangan Pakatan Rakyat, kalau sekadar inilah pemimpin yang mampu dilahirkan oleh Umno, nampak gayanya bukan hanya di Kelantan, di Selangor pun Umno semakin terancam dan bakal pupus.

4 comments:

mohamad said...

mike tyson, sudah2 la tu. takde maknanya cemuhan suma tu. awak bakal karam tak lama lagi

slyderrose said...

Aku tengok si mamat umno ini tak ada ketokohan menjadi pemimpin besar. setakat ketua kampong mungkin bolih kot. Cakap pun kosong. Tak berkeliber langsung. Baik berhenti ajelah.

Stealth said...

Buka aje fail Mat Taib masa menjawat MB S'gor dulu, gelabahlah dia..

electrocutioner said...

Tak kan takde yang menyangkal Mike Tyson dgn fakta di Dewan Negara? Adakah dgn ini meng'iya'kan kenyataan Mike Tyson? PR kan dah di beri mandat lebih untuk bersuara. Setakat tulis dalam blog 'after the fact' tanpa ada bantahan rasmi dan mematahkan dgn fakta tak akan kemana.