Wednesday, June 04, 2008

Isu baju kurung sekolah: sepi dan terus mati begitu sahaja

Isu ini masih tidak selesai atau lebih tepat lagi disapu ke bawah tikar begitu sahaja. Dalam dunia moden yang serba canggih dan masing-masing sibuk mengejar kemajuan dan kedudukan, apalah penting sangat isu baju kurung pelajar sekolah perempuan yang tipis. Ianya remeh, dan tidak aula, yang lebih penting sekarang adalah percaturan politik, siapa menjadi apa.

Ia bertambah mati begitu sahaja, apabila ada pula pihak yang terbit dengan idea baru, yang lebih ilmiah dan siantifik. Kalau tayar kempis, tak perlu tukar tayarnya, isikan sahaja angin, walaupun perlu isi berkali-kali, pokoknya tayar tak perlu ditukar.

Dan hari ini seorang personaliti blogger, yang menjadi sohor kerana menumpang nama bapanya, Marina Mahathir, mengeluarkan artikel yang cuba menutup terus permasalahan ini. Kata Marina dalam ruangannya "Musings" dalam akhbar The Star hari ini, bahawa idea adik-adik kita dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) itu terbit dari akal yang terlalu kecil yang dangkal dan tidak berpijak pada bumi nyata. (Memang kalau kita perhatikan tulisan dan idea Marina, hanya beliau sahaja yang tampak waras, bertamaddun dan ada "class" siapa sahaja yang lain semuanya kuno, ekstrim, ketinggalan zaman dan lain-lain, mungkin ianya keturunan, kerana ayah beliau sendiri kebelakangan ini begitu juga sehingga terpaksa keluar secara sukarela dari parti yang diasaskannya sendiri).

Bagi beliau hujah agama dan hukum tidak kukuh, "every opinion must have a sound basis, not plucked from the air". Memang sukar berhujah dengan seseorang yang tidak mementingkan hukum tetapi lebih berat kepada logik dan akal. Bagaimana mahu berhujah dengan beliau sedangkan kewajiban menutup aurat pun tidak dapat beliau terima, malah kadangkala pandang kecil dan persendakan pula.

Tepis lah Marina ke tepi, yang lebih penting adalah kita yang sedar dan faham. Implikasi baju kurung tipis ini sudah pun diketengahkan, malah pihak kementerian pun telah menyatakan terpulang pada pihak sekolah untuk memantau isu ini, masalahnya perlaksanaan, lantaran kesibukan dan hal-hal yang lebih besar, akhirnya kekallah baju kurung sekolah itu begitu sahaja dan terus kekallah masalahnya menghantui anak-anak kita kerana kita semua khayal dan sibuk.

3 comments:

mohamad said...

marina ni tak habis2 dengan akal nye sahaja, memang tak boleh pakai. islam liberal ni sangat bahaya dan depa tahu nak guna akal sahaja dan takleh nak terima syariah ugama.

Ibnu Ali said...

Terlalu banyak isu. Sehinggakan tak tahu bagaimana nak buat. Kadang bukan dilupakan isu ini. datang pula isu baru yang perlu diselesaikan.

Cuma dalam isu ini, apabila si Hishamudin tu tolak. PKPIM selaku badan utama yang membawa isu ini agar terus mendesak. Jangan dibiarkan ianya sepi. Banyk isu dah ditenggelamkan denganisu lain.

Ini belum lagi isu peningkatan jenayah. Terutama bunuh. Hampir setiap hari bila buka buletin utama. ada sahaja berita jenayah bunuh.

Isu knaikan harga barang dan minyak sekali lagi menjadi isu. Dan rakyat semakin tidak keruan. Ntahlah, doalah bebanyak agar rakyat Malaysia terus aman dan sedar akan kebodohan kerajaannya.

Anonymous said...

mudah saja...buat kajian dan wakil-wakil kita di parlimen bentang dan bahas...dan mana-mana prof dan doc yang pro pas buat artikel dan letak di mana² blog...