Monday, June 02, 2008

Mempertahankan hak Melayu miskin pun “racist”?

Seorang blogger (berbahasa Inggeris) berasa sangat terganggu dengan berita berikut yang terbit dalam akhbar The Star hari ini. Beliau menganggap berita ini berbau perkauman (racist) dan ia memperteguhkan konsep perjuangan “Ketuanan Melayu” serta menghasut masyarakat Cina. Beritanya adalah seperti berikut:

Increasing the quota for non-bumiputras for Public Service Department (PSD) scholarships without increasing the actual number of scholarships has drastically affected the bumiputras, the Umno Youth Education Bureau said.

Tindakan JPA menambahkan kuota biasiswa bukan Bumipuetra tanpa menambah bilangan biasiswa yang diberi telah menjejaskan peluang Bumiputera menurut Biro Pendidikan Umno.

Its chairman Ahmad Ikmal Ismail said while the bureau agreed with the Government to give more scholarships to non-bumiputras, it did not agree with the way it was done.“The quota for non-bumiputras has increased from 10% to 45% but the number of total scholarships has remained at 2,000.”

Pengerusinya Ahmad Ikmal Ismail menyatakan walaupun bironya bersetuju dengan langkah kerajaan menambahkan bilangan biasiswa kepada bukan Bumiputera namun ia tidak bersetuju dengan cara perlaksanaannya. “Kuota untuk bukan Bumiputera telah dinaikkan dari 10% ke 45% sedangkan jumlah biasiswa yang diberikan tidak bertambah iaitu kekal pada 2,000.

Ahmad Ikmal said this meant that scholarships were being taken from the bumiputras to be given to the non-bumiputras.

Menurut Ahmad Ikmal ini bermakna biasiswa itu diambil dari yang sepatutnya diberikan kepada Bumiputera untuk diberikan kepada bukan Bumiputera

“We object to this move because it now means that 700 scholarships for bumiputra students are gone,” he said.

“Kami menentang langkah ini kerana ianya bermakna sebanyak 700 biasiswa yang
Sepatutnya diberikan kepada pelajar Bumiputera akan lesap.

Ahmad Ikmal said a better way would be to use the New Economic Policy concept to increase the number of total scholarships. He said this was to ensure that the bumiputras were not affected and the non-bumiputras would get even more opportunities.

Menurut Ahmad Ikmal, keadeah yang lebih baik adalah menggunakan konsep DEB iaitu menambahkan jumlah biasiswa yang diberikan. Ini bagi memastikan yang kaum Bumiputera tidak akan terjejas apabila peluang tambahan diberikan kepada bukan Bumiputera.

Untuk berlaku adil kepada pemimpin Pemuda Umno ini (walaupun kami berlainan parti) saya terpaksa akui yang saya tidak nampak pun kenyataan beliau ini berbau “racist” atau perkauman. Ianya “simple arithmetic” dan benar pun. Kalau jumlah biasiswa yang diberikan oleh JPA hanyalah 2,000, dan dahulu Bumiputera dapat 90% ataupun 1,8000 dan selebih 10% dapat kepada bukan Bumiputera, bermakna jika kuota bukan Bumiputera ditambah tanpa menambahkan jumlah atau bilangan kuota, sudah pastilah jumlah anak Bumiputera yang akan mendapat biasiswa akan berkurangan!

Dan beliau mencadangkan untuk lebih baik lagi, jumlah biasiswa itu patut ditambah, berilah lebih kepada bukan Bumipuetra tetapi jangan menjejaskan jumlah bilangan yangs edia ada yang diberikan kepada Bumiputera, lalu apa masalahnya?

Adakah setiap kali kita berjuang untuk kepentingan bangsa kita (Bumiputera di sini bukan bermaksud Melayu sahaja, ia termasuk Kadazan, Dusun, Murut, Bidayuh, Iban, Penan dan lain-lain) maka kita akan dicap sebagai “racist” atau menjuarai konsep “ Ketuanan Melayu”?! Saya rasa yang penting di sini adalah membela semua kaum yang memerlukan, berkebetulan yang sangat memerlukan hari ini adalah golongan Bumiputera, maka bantulah mereka tanpa mengenepikan hak kaum lain.

Tetapi jika kerana kita mahu membantu yang lain maka kita rampas hak yang sepatutnya diperuntuk kepada Bumiputera, maka saya rasa kitalah sebenarnya yang “racist” yang benci dan tidak senang kepada orang Melayu walaupun mereka hakikatnya masih ada yang miskin dan memerlukan.

5 comments:

RRR said...

Salam bro roslan,

tabik for this article.. menampakkan saudara bertanggungjawab dan bukan seperti bloggers2 lain yang hanya ingin menangguk di air keruh.

Tulisan ini menunjukkan kematangan serta kebijaksanaan saudara.

Sekarang ini setiap apa yang diperkatakan umno, atau pas mengenai Melayu adalah perkauman. Konsep keadilan bukan mengikut acuan kesamarataaan. Keadilan adalah apabila yang berhak mendapat pembelaan. Yang berhak adalah golongan yang lebih ramai terperusuk dalam lembah kemiskinan i.e melayu, kadazan, iban, melanau, bidayuh, india, cina kampung, dan lain-lain.

Saya tidak nampak dimana bau perkauman pada kenyataan saudara ikmal. Mungkin kerana keluar dari mulut UMNO, terus di shot down. Ini tidak bagus untuk malaysia. Kebebasan media online (blog) mungkin disalahgunakan, setelah chaos mungkin semua akan mula menerima FREEDOM tidak bermakna kebebasan MUTLAK.

Dengan Freedom, keperluan kepada Accountability akan lebih dituntut.

Apa guna kebebasan media sekiranya penulis-penulis tidak bertanggungjawab.

Perkataan perkauman adalah sensitif dan mungkin taboo kepada sesetengah ultra bumiputera.. Sekarang apabila bola ditangan mereka yang bukan bumiputera, mungkin dengan bumiputera-bumiputera ini akan disepak terajang.

Saya pro-keadilan sosial, bukan pro-kesamarataan.

Anonymous said...

Asmk brader

HAIII.. ENTAH SAPA YG MENGAJAR DEPA NI ASIK SILAP

MARI KITA LAUNG KUAT-KUAT BAGI SEMUA DENGAR:

K.I.T.A M.A.U P.A.R.I.T.Y

TU JE, BULEH?

capai ni dulu baru betul

Salam hormat
daeng sulu

RidzwanCheRus said...

Assalamualaikum..
Syabas pada saudara atas keberanian dalam menyatakan yang hak. Hari ini setiausaha pemuda DAP sudah mengeluarkan kenyataan yang apa yang dinayatakan Ahmad Ikmal adalah racist dan perkauman. Hujahnya Bumiputra ( Baca : Melayu ) sudah mempunyai MARA buat apa tambah lagi biasiswa.Sedangkan jika dilihat di unversiti awam biasa lebih banyak syarikat swasta sekarang sudah menwarkan biasiswa. Siapa yang mendapatnya ? sudah tentu majoriti kaum mereka. Sebagai contoh Tunku Scholarships baru-baru ini hanya ada dua daripada beberapa orang kaum lain ( maaf tak ingat jumlah ). Apa yang dinyatakan disini buka membela bangsa Melayu tetapi membela yang lemah tetapi Pintar. Apa yang saya fikir sekarang ialah DAP hanya fikir Cina pandai ( baca: sebabnya ada 30 orang pelajar Cina yang buat rayuan biasiswa mendapat 9A1 ke atas ) habis bagaimana dengan adik-adik kita yang cemerlang siapa yang membela mereka. pernahkah kita lihat di akhbar pelajar Melayu merayu tidak mendapat biasiswa ? Tidak, kenapa ? sebab tiada badan yang pelajar-pelajar ini nak minta pertolongan. habisnya sekadar kata nak buat macam mana bukan rezeki kita. Mohon saudara teruskan perjaungan membela yang lemah bukan kerana subsidi tetapi membantu yang Hak untuk mendapatkan haknya.

Anonymous said...

Kalau semua pihak betul-betul pegang pada perlembagaan, ikut perlembagaanlah semua sekali.

Perihal biasiswa ni hak yg termaktub dalam perlembagaan. Tak nak ikut, pinda dulu kalau berani.

Tak boleh main suka hati sekejap begitu sekejap begini. Itu orang panggil flip flop. Ban beli minyak Melayu Siam terus stop, ehem ehem Singapore, tangguh dulu. Mana punya akai ni? Sudah terlampau manyak contoh mah.

Mentang-mentang flip flop sedang pegang tampuk PM, korang pun kira nak lanyak habis hak-hak pribumi.

Sikit2x ketuanan, sikit2x keris yg korang nak ungkit. Realitinya siapa kuli sipa mandul siapa toke taiko besar?

Giliran korang semua benda datuk nenek pun boleh. Orang lain ini taboo itu sensitip.

Banyak besar kepala korang.

Anonymous said...

When I first read the article on Ahmad Ikmal's statement, I felt happy. Ahmad Ikmal , an UMNO man no doubt, spoke rationally and without any racist sentiment, unlike other UMNO people who would have immediately shot down the decision by JPA and would have made insensitive racist statement. Ahmad Ikmal's statement showed moderation, and was not against giving to the Non-Bumis. He just did not want the Bumiputeras to be at the losing end. That I can understand. And I fully agree with him that Government should increase the number of scholarships offeredand not take away from the Bumis.

Kudos to Ahmad Ikmal and I hope more UMNO people can think like him and have his train of thought to build this nation all of us love.

By the way, I am a non-Bumi.