Friday, June 13, 2008

Kisah PAS dan Umno pula.........

Saya menerima SMS dan email dari kawan-kawan yang meminta berikan reaksi berhubung satu artikel dalam NST hari ini yang bertajuk:

PAS will not sleep with the enemy again

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Columns/2265825/Article/index_html

Artikel tersebut tidak melaporkan secara langsung tentang sebarang usaha PAS atau Umno untuk berunding bagi tujuan penyatuan politik, tetapi ia sekadar lontaran-lontaran nakal dari seorang penulis veteran yang pasti mengundang latah dari mereka yang memang melatah. “Rumors” dan “purportedly”adalah antara istilah yang digunakan Zubaidah yang dalam bahasa Melayu nya bermakna “khabar angin” dan “dakwaan”. Malah dalam menulis tentang seorang pemimpin kanan PAS yang didakwa berjumpa dengan pemimpin kanan Umno di London, Zubaidah memulakan dengan berkata: “But the latest rumour ” atau “Khabar angin terbaru”.

Bagi saya biarlah orang yang melatah itu melatah, tetapi yang stabil dan teguh insyallah tidak begitu. (Lihatlah latahan dan serangan yang tidak sepatutnya terhadap PAS dalam Malaysia Today berhubung artikel ini tanpa mengambil kira pun istilah "rumour" dan "purpotedly" itu tadi)

Sebelum inipun MSM (main stream media) telah memainkan berkenaan isu Ezam M Noor dan DSAI. Kononnya kemasukkan Ezam dalam Umno adalah untuk membuka laluan bagi DSAI untuk kembali dalam Umno. Malah “The latest rumour” mengatakan perlantikan salah seorang SETPOL baru PM (bekas orang kuat DSAI) adalah bukti kesahihan “rumour” itu. Kita tidak pula terbaca laporan orang melatah berkenaan pendedahan "rumour" ini.

Apa pun dari sejak sebelum pilihan raya sehingga kini saya rasa pimpinan PAS berulang kali menyebut bahawa PAS sentiasa terbuka untuk sebarang jenis perundingan dengan Umno dan malah mana-mana parti-parti politik dan NGO atas isu-isu kepentingan bersama. PAS sudah lebih separuh abad usianya dan sarat dengan pengalaman dan matang dari segi berpolitik, yang penting semua pihak yang bersamanya juga perlu begitu iaitu berpolitik secara dewasa dan matang, tiada ruang untuk melatah dan melompat-lompat tak tentu arah.

Pasca PRU ke 12 PAS bersama-sama PKR dan DAP membentuk kerajaan campuran bersama atas nama Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor (dan juga di Pulau Pinang walaupun PAS hanya diwakili 1 kerusi). Inilah realiti politiknya. Kerajaan ini perlu dipadu dan digerakkan bersama atas kepentingan rakyat dan negara. Asasnya, apa yang ada ini perlu sama-sama dibina, digerak dan dipertahankan, perpaduannya akan menjamin kelangsungannya sampai bila-bila.

2 comments:

Anonymous said...

Uncle Roslan,
ini semua propanganda oleh segelintir penyokong untuk memecahkan perpaduan ahli dan pihak atasan, biar kita dengar dari mulut pemimpin kita sebelum kita membuat apa-apa keputusan.

Datang ke blog saya utk pic protes kenaikan harga minyak 13 jun

Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Tapi kalau PAS dipermainkan atau tak dilayan seadanya dalam Pakatan Rakyat, PAS berhak keluar atau berkawan dgn siapa sahaja........

Jangan nama sahaja adil tapi tak adil!!!!