Tuesday, June 10, 2008

Syarikat korporat jangan main politik

No free water for Selangor” demikianlah salah sebua tajuk berita dalam akhbar The Star hari ini. Sudah pasti tajuk ini mengundang minat orang untuk membacanya, adakah kerajaan Selangor tiba-tiba berputar-arah dan menarik balik keputusannya untuk memberikan air percuma (20 meter padu pertama) kepada rakyat Selangor bermula bulan ini?

Menurut laporan pemegang konsesi air di Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor atau SYABAS tidak dapat memenuhi tuntutan anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berkenaan pengagihan air percuma ini. KDEB dikatakan hanya akan menawarkan pamapasan kepada SYABAS setelah pengstrukturan semula perkhidmatan air di Selangor dilakukan oleh kerajaan negeri.. Menurut jurucakap SYABAS langkah KDEB itu akan menjejaskan aliran tunai dan operasi harian SYABAS.

SYABAS sebaliknya menawarkan akan mencaj kerajaan negeri ke atas air yang diberi percuma itu setiap hujung bulan dengan kerajaan negeri dikehendaki menjelaskannya dalam tempuh 14 hari.

Ternyata dalam hal ini kita berada dalam situasi dimana syarikat korporat enggan meraikan kehendak sebuah kerajaan yang diwakili rakyat. Sudahlah kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid dipilih oleh rakyat negeri ini, kerajaan ini pula memiliki 30% saham dalam SYABAS dan yang lebih penting segala punca air dan operasi SYABAS sebahagian besarnya terletak atas bumi Selangor!

Sebagai sebuah syarikat korporat SYABAS sebenarnya turut memiliki tanggungjawab sosial terhadap rakyat dan negeri Selangor. Saya difahamkan apa yang cuba dibawa oleh MB Selangor ini adalah berkongsi keuntungan “luar biasa” SYABAS itu dengan rakyat. Air percuma itu bukan akan ditanggung oleh kerajaan negeri tetapi sebenarnya diambil dari sebahagian keuntungan SYABAS, yang walau diambil kita yakin tidak akan menjejaskan operasi SYABAS malah ia tetap meraih keuntungan.

Jika sebelum ini rakyat sekadar melihat syarikat ini mencatat pertumbuhan keuntungan demi keuntungan, sedangkan sumber keuntungan itu berpunca dari bumi negeri ini dan dibayar pula oleh rakyatnya, lalu apa salahnya sebahagian dari keuntungan tadi diberikan kembali kepada rakyat yang merupakan “tuan” negeri ini?

Saya harap SYABAS akan memikir semula tindakannya, dan jangan pula sekali-kali bermain politik dalam hal ini. Yang kita tahu, cukup bulan ini rakyat Selangor mahukan air percuma sebagaimana dijanjikan.

9 comments:

Anonymous said...

sdr
saya amat menyokong dan berseyju dengan pendedahan saudara.inilah rupa sebenar warga korporat di Malaysia kononya untuk menjaga hati para pelabur. SYABAS adalah satu contoh sahaja dan ratusan lagi yang tak didedahkan tetapi fiilnya adalah sama.golongan ini masih berada dalam syndrom kalah dan kononya wang adalah segalanya.
inilah produk UMNO selama 60 tahun ini.
tahniah kepada sdr atas pandanagan yang amat positif ini

sekian

Zuones said...

Batalkan sahaja penswastaan air... Rakyat mesti memahami permasalahan Kerajaan. Syabas bertindak begitu kerana BN disebalik tabir ... Selepas 16 September ... Saya syorkan kerajaan Selangor ambil alih syabas..

Stealth said...

Pukulan PRU-12 yg menamatkan siri penjajahan Umno(BN) d S'gor menyebabkan bnyk pihak terkedu & terkejut termasuk sykt korporat yg selama ini berpaut pd kekuasaan Umno(BN). Perangai SYABAS ini bukti bhw parti BN bukan berjuang utk membela nasib rakyat ttp utk mengaut keuntungan lumayan ketika berkuasa. Hrp k'jaan yg baru ini dpt membuang & membersihkan saki-baki 'saka' Umno(BN) ini.

NAZRI said...

DENGAR2 CERITA ORG KUAT SYABAS ORG KUAT UMNO JUGAK...

binjairian said...

hantar BPR ke sape2 utk wat siasatan..
mesti ade ape2 dgn syarikat besar2 yg dapat projek time BN jaga dulu..

hafiz said...

kerajaan selangor kene ambik alih SYABAS, batalkan penswastaan air di selangor.

bekukan asset pemegang2 saham SYABAS, heret mereka ke mahkamah, then campak mereka masuk dlm penjara.

harta2 serta keuntungan mereka ( yg diperoleh dgn cara JAHAT, dgn cara menipu rakyat selangor) dikembalikan serta diagih-agihkan kpd rakyat.

rakyat said...

rasanya saudara boleh cadangkan kpd barisan alternatif khususnya PAS berkenaan sumber2 asas bumi yg diswastakan atau diniagakan spt air ini krn air adalah pemberian Allah dan kita semua berhak menikmatinya dan hanya kerana ada pihak menjadikan ianya pengurusan dan meletakkan harga mrk telah mendapat keuntunguan berlipat ganda dan akhir berlagak seolah2 mrk pemilik mutlak harta umum ini dan rakyat tak dapat berbuat apa sbb kita semua perlukan air,jd penyelesaian kpd masalah ini penting jika benar prihatin masalah rakyat,jgn sampai nanti ada rakyat yg tak dpt menikmati air sbb tiada wang,kadangkala saya terfikir hidup zaman tanpa kemodenan spt dulu lebih baik sbb takde sapa yg mengatakan air milik dia,semua org dpt menikmati nikmat Allah beri

azriey said...

SYABAS ni sekutu sepapat dengan PLUS dan banyak lagi syarikat konsesi lain yang buat untung tapi nak untung lebih lagi.
Puak ni bukan peduli pasal rakyat pun....apa yg penting duit!!

wakmeli said...

Salam wbt. Syarikat tujuan utamanya ialah berorientasikan keuntungan. Tggjawab sosial mungkin perkara yang keberapa pd mereka. Bab2 yang melibatkan rakyat seperti air, elektrik, tol dan lain2 sepatutnya diambilalih dan dikawalselia oleh krajaan. Penswastaan membebankan rakyat.
Cari jalan terbaik untuk mengurangkan kos dan yang penting jauhi rasuah. Rasuah memusnahkan negara kerana boleh menyebabkan
kos sara hidup meningkat, kerugian jangkasamasa panjang dan ketidakkupayaan menampung perbelanjaan.