Wednesday, June 25, 2008

Biarkan Kelantan Membangun Bersama Islam

Sudah 18 tahun PAS menerajui Kelantan, mulanya bersama kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah, kemudiannya bersendirian dan kini kerajaan Pakatan Rakyat. Selama 18 tahun itu pelbagai usaha serius dijalan dan diperkenalkan dalam usaha kerajaan negeri merealisasikan slogannya "Membangun Bersama Islam".

Antara pencapaian terbaik Kelantan adalah berjaya mengekalkan rekod urustadbir yang bersih dan telus sehingga kehari ini.

Selain itu Kelantan juga dari masa kesemasa memperkenalkan peraturan berhubung-kait dengan isu dan persoalan moral demi memelihara rakyat dan penduduknya agar menepati cara hidup Islam sebagaimana yang dituntut oleh agama. Banyaklah yang telah diperkenalkan dari mengharamkan kegiatan judi "berlesen" sehinggalah mengawal kedai-kedai yang menjual arak serta garispanduan hiburan dan lain-lain termasuk kod etika berpakaian di kawasan PBT.
Dan seiringan dengan itu ianya juga merupakan suatu kebiasan juga yang setiap perkara seperti ini diperkenal atau dikuatkuasa maka tatkala itu jugalah akan ada pihak-pihak yang melenting, menetang dan lebih sedih lagi mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat dan cemuhan bagi merendah-rendah dan memperlekeh usaha kerajaan negeri itu.

Terbaru MPKB-BI kononnya mengeluarkan arahan baru berhubung kod berpakaian wanita yang bekerja di premis-premis perniagaan di dalam kawasan PBT itu, bahawa mereka dilarang mengenakan "lipstick" yang "striking", kasut tumit tinggi yang mengeluarkan bunyi ketika berjalan, perlu mengenakan tudung labuh dan lain-lain.

Belum pun sempat mana-mana pihak mendapatkan penjelasan, maka terbitlah pemuka-pemuka yang sememangnya tidak pernah mengiktiraf mandat politik yang diberikan oleh rakyat Kelantan kepada PAS, dengan tohmahan dan pertuduhan masing-masing. Peguam Haris Ibrahim menulis dalam blognya: "Selamat datang ke Darul al Taliban", Pengurus program Sisters in Islam mendakwa yang arahan terbaru ini bertentangan dengan janji PAS untuk menggugurkan agenda Islam melalui Pakatan Rakyat (bila pula PAS berjanji demikian?), Menteri Wanita Ng Yen Yen mendakwa PAS terus menyanyikan lagu-lagu lama, Ivy Josiah dari WAO menyatakan bahawa langkah ini merupakan suatu mimpi ngeri yang berulang, kerana ini bukan kali pertama Kelantan mengekang hak wanita.

Sebelum ada lagi pihak yang seangkatan dengan gereombolan yang memang tidak pernah senang hati dengan kerajaan "Membangun Bersama Islam" di Kelantan berikut saya berikan petikan dari surat terbaru MPKB-BRI itu:

ARAHAN MEMATUHI ETIKA BERPAKAIAN

Adalah dimaklumkan bahawa para pekerja yang mengendalikan premis makanan dan bukan makanan dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandara Raya Islam hendaklah menutup aurat bagi yang beragama Islam manakala yang bukan Islam hendaklah berpakaian sopan ketika menjalankan aktiviti perniagaan. Arahan ini selaran dengan syarata lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlsesanan MPKB-BRI.

Surat yang ditandatangani YDP MPKB-BRI itu jelas bukan merupakan peraturan atau arahan baru tetapi memperingatkan pertauran yang telah sedia ada. Menurut maklumat memang bersama surat berkenaan disertakan pamphlet bertajuk:

MPKB-BRI cakna anak muda

yang terkandung di dalamnya contoh-contoh pakaian wanita Muslimah dan contoh-contoh pakaian yang salah. Ianya bukan pertauran baru tetapi kempen menggalakkan anak-anak muda khasnya wanita Muslimah agar berpakaian menurut syariat Islam.

Jika ianya merupakan kempen sedemikian, lalu apa hak Harris Ibrahim, SIS, Ng Yen Yen, Ivy Josiah dan lain-lain mahu memperkecil dan menentangnya "unless you are all against anything that sounds "Islamic"!

Bagi saya MPKB-BRI dan kerajaan negeri sedang dalam proses mendidik rakyatnya agar menjadi masyarakat yang bermoral dan menepati tuntutan syariat. Ianya bukan suatu tugas yang mudah dan ternyata tidak langsung diberi penekanan di tempat-tempat lain. Biarlah Kelantan melakukannya, kerana rakyat Kelantan yang memberi mandat kepada kerajaan ini tahu dan sedar bahawa kerajaan ini mahu "Membangun Bersama Islam".

18 comments:

Anonymous said...

kata bijak pandai, jika tidak mahu buat, jangan halang orang lain buat.

- --
mereka mencemuh kerana bimbang kebenaran terserlah.

Anonymous said...

Apa masalahnya dengan mereka ini? Mengapa mereka begitu sibuk menghalang usaha-usaha begini? Atas dasar apa sebenarnya rasional berbuat demikian? Adakah kerana usaha ini datangnya dari sebuah pentadbiran yg tidak sehaluan dgn mereka tanpa melihat secara lurus perkara tersebut. Saya sendiri selaku anak Kelantan amat gembira dgn pelaksanaan perkara ini walaupun saya bukanlah pengikut setia fahaman politik pemerintah negeri Kelantan (tapi seorang pemerhati yg gemarkan kebenaran dan kebaikan). Syabas Roslan!

-amin/ampang.

Anonymous said...

sdr
yang memeranjatkan saya adalah komen-komen negatif dari orang Islam bahkan mereka mendahului yang bukan islam.tertanya-tanya;
1.apakah perasaan mereka kalau isteri,anak perempuan atau saudara mara perempuan diusik oleh orang asing seperti yang merata berlaku hari ini.
2.Syok sangakkah melihat benda-benda macam itu
3.orang melayu hidupmati mereka adalah seksual.apa lagi yang ada dalam kepala mereka selain dari benda ini
4.saya banyak melihat ibubapa yang pakai kopiah (dah buat haji ) berjalan dengan anak mereka yang berseluar ketat, rambut merah dan macam-macam lagi.bila kita tengok ibubapa ini rasa bersalah tapi apakandaya.
5.orang melayu masih berfikiran zaman p.ramlee atau saloma.

semoga allah beri keberkatan dan hidayah kepada manusia macam ini.
sekian

Anonymous said...

Harris Ibrahim, SIS tu jahil pasal Islam ke? Ng Yenyen, Ivy Josiah dan lain lain apa kena mengena plak? Adakah mereka 'little Bushes' atau 'little Brownies' mahu mengikuti jejak Big Bush, Big Brown mereka dalam histeria Islamophobia? Gerakan Islam dan Pertubuhan Islam mesti bantah cubaan campurtangan kaffir tak kira harbi ke, zimmi ke, dalam urusan orang Islam dan pada mereka yang ngaku Islam, kena blaja lagi supaya jangan jatuh jadi jahil murakkab.....

Anonymous said...

Assalamu’alaikum Tuan Roslan,

Apabila kita mencari keredhaan Allah dan jangan sampai kita mendapat kemurkaan Allah semata-mata inginmencari keredhaan manusia.

Kita diberi kemuliaan dengan Islam. Sekiranya kita mencari selain daripada Islam, Allah akan menimpakan kita dengan kehinaan, dan amalan kita tidak akan diterima oleh Allah dam menjadi sia-sia.

-Ahli PAS Puchong-

lan said...

saya memang dah jangka golongan2 yang tahu mengkritik ni akan bersuara bila saya baca berita ini.. paling sedih orang islam sendiri pun turut menghentam perkara ini.. itulah akibatnya kalau tidak betul2 memahami ajaran islam

Anonymous said...

Aku x kesah klu kafir laknat mempersoalkan benda ni sbb derang dh comfirm neraka klu x msk IslamTapi yg aku heran, budak name Haris Ibrahim ni nak msk neraka gak ke??!!!!

Mawardi said...

Orang bukan Islam pun ada yang sokong usaha ini. Ambil contoh Helen Ang (boleh baca komennya di post Haris Ibrahim) dan Jed Yoong. Memalukanlah kalau orang Islam tidak berfikir seperti golongan bukan Islam yang cerah mindanya.

insyirah08 said...

Saya sokong tindakan MPKB. Apa yang MPKB mahukan supaya akhlak atau saksiyyah Islam itu diketengahkan dalam masyarakat. Disamping itu janganlah pihak tertentu cuba meng ‘exaggeratekan’ cerita sebenar. Bukan wanita itu tidak boleh bersolek, tetapi jangan keterlaluan dan kena pada tempatnya.

Apa yang MPKB mahu ialah ‘ NOT TO USE HEAVY LIPSTICK OR WEAR HIGH HEELS” – could lead to IMMORAL ACTIVITIES.

Bukan x boleh pakai…. Banyak yang natural n light color n lip gloss pun ada…

Kalau pakai lipstick warna merah hati… gelap nak ke hitam … menggerunkan jugak. Yang merah sangat pun mengancam…. Bukan saje orang lelaki…. Orang perempuan pun pusing 3x pandang….MENGANCAM

Kalau pakai kasut tinggi… jalan tonggek-tonggek … alahai… x elok untuk kesihatan kaki pun ada.

SETIAP LARANGAN MESTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA…

Walaupun pihak tertentu nampak isu ini remeh… tetapi kesannya BESAR….

Islam itu indah. Allah suka yang indah.

Anonymous said...

Mungkin puak-puak yang tak setuju tu kena baca barita berikut;

http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20080625084934/Article

yang benar:
AlBakistani
http://al-bakistani.blogspot.com/2008/06/seks-bebas-hudud-adalah-penyelesaiannya.html

Anonymous said...

Saya nak jemput IVY JOSIAH ke Kelantan, nak belanja Lipstik. Pilih aje nak warna apa, buka setakat nak pakai bah kan nak makan pun saya nak sponsor.

Apabila diminta orang perempun tutup aurat kedai makan apa peliknya, sebab kebiasaan chef pakai topi.

Saya masih ingat salah seorang ahli majlis MPKB dari kalangan China minta MPKB buat seminar tentang pakainan sopan dan menutup aurat kepada golongan peniaga khususnya kau China dalam kawasan pentadbiran MPKB.

slyderrose said...

Saya sokong tindakan MPKB. Penduduk Islam di Kelantan hampir 98% jadi memang patut sangatlah kalau PAS melaksanakan undang-undang atau peraturan yg berlandaskan Islam.

Anonymous said...

Kat Malaysia ni, mahu tak mahu Kelantan kena buat langkah pertama. Peduli apa kat munafik dan kafirin tu. Sampaikanlah agama secara terang-terangan, bukan secara sembunyi-sembunyi. Agama itu baik dan fitrah manusia itu pada asalnya suci. So no hal punya. Yang bising-bising mencemuh itu adalah perkara biasa. Yakinlah yang HAK akan mengalahkan yang Bathil. Orang bukan islam pun dah persoalkan keislaman ramai penganut islam yang sekadar berislamkan dalam Mycard. Insyaallah bertasbihlah kita bila ramai yang masuk kedalam islam nanti.

zam
Kuching.

nikrahim said...

Harris Ibrahim, SIS, Ng Yenyen,dan Ivy Josiah pernah ke sokong PAS? Mungkin mereka lantang bersuara. Pengundi-pengundi PAS tidak akan tergugat kerana sebelum ni Haris, SIS, Yen Yen dan Ivy lantang seperti ni juga. Lihat keputusan PRU12.

Anonymous said...

Ana sokong bro. Roslan dan ustaz al Bakistani 110 0/0. Sepatutnya tidak ada intellectual discourse dgn sisters in hipocrisy dan teman teman sewaktu dgnnya termasuk abdullah bin ubay yg bongkak mencabar: who needs an Islamic state.Bila kita layan mereka dengan hujah seolah kita iktiraf hak mrk pertikai hukum Allaah.. Kita boleh tahu org itu ikhlas nak penjelasan atau sengaja nak persenda dan menentang.Mrk ini cabar Kelantan atau cabar uluhiyyah dan rubbubiyyah Allaah?Apa yg patut dibuat ialah dakwa mrk dimahkamah kerana menghina Islam dan mencabar Allaah.Bagi Ivy Josiah dan org kafir lain kita nasihatkan jangan campurtangan urusan agama Islaam sebab itu sikap biadap dan menceroboh hak muslim utk patuh kpd hukum Allaah.Kita tanya mrk- pakaian seluar ketat nampakkan bentuk punggung dan blouse atau tshirt sendat nampakkan bentuk buah dada itu dibenarkan kah oleh agama kristian, hindu atau buddha? Kalau tak, maknanya ia cara hidup atheist dan bercanggah dgn prinsip rukunegara.Kepada Kelantan ana ucap syabas ana ma'akum.Sembah Allaah tak perlu minta izin makhluk sepertimana firaun tanya rakyatnya yg ikut Nabi Musa: kenapa tak minta izin aku dulu? Ana sudahi dgn dua ayat Al Qur'an yg bermaksud 1. "apabila dikatakan kpd mrk: marilah tunduk kpd hukum yg Allaah tlh turunkan dan kpd hukum rasul, nescaya kamu lihat org MUNAFIQ menghalangi manusia dgn sekuatnya dari mendekati kamu(annisaa' 61). 2. "maka demi Tuhanmu, mrk tidak beriman hingga mrk menjadikan kamu hakim dlm perkara yg mrk perselisihkan....(annisaa' 65).

Anonymous said...

Sdr Roslan,
Orang seperti Ng Yen Yen, Ivy Josiah, SIS, Haris dll yang menentang kebaikan yang hendak dilaksanakan tu ibarat muka aje nampak manusia tetapi SYAITAN. Pesan kat Ng Yen Yen, jangan masuk campur hal agama kita. Kalaulah dia nak 'telanjang' di khalayak ramai, kita benarkan tapi jangan cuba suruh kita benarkan orang Islam 'telanjang' seperti dia. Ng Yen Yen tu dah tua, sebab tu dia kena pakai lipstick dan perkenakan baju ketat. Tapi dia lupa bahawa dia dah lah tua, 'gatal' pulak. Kalau dia orang yang beragama dan tua, sudah tentu dia mahukan yang baik-baik untuk anak cucu depa. Tapi ini nak jahanamkan anak cucu.
Syaitan tetap syaitan walaupun depa tu nampak macam manusia.

Unknown said...

kalau puak beruk tu tak puas hati atau keliru, kita cabar mereka buat ucapan yang sama di bumi kelantan. Kalau tak pecah kepala,itu dah dikira sangat bernasib baik. Awak apa sibuk? kami orang kelantan dah pilih kerajaan yang mampu laksanakan aspirasi kami! jangan dok sibuk jaga kain orang yg dah elok tu.

Anonymous said...

Kalau difikirkan secara positif, MPKB-BRI perlu menjawab komen komen isu ini dengan berhikmah. aku rasa isu ni akan mempopularkan lagi MPKB-BRI dan Kelantan kerana pihak media mempromosi isu ini.Apabila rakyat paham....senang lagi nak jalankan undang undang Islam.