Monday, June 02, 2008

Antara larangan jualan petrol dan talipinggang keledar
penumpang belakang

Jun ini akan melihat dua perkara baru diperkenal dan dikuatkuasakan oleh kerajaan pusat. Pertama mewajibkan talipinggang keledar bagi penumpang di belakang dan keduanya melarang penjualan petrol kepada kenderaan asing di sempadan negara.

Bagi talipinggang keledar ini, peraturannya berkuatkuasa 1 Jun bagi semua kenderaan yang berdaftar sejak tahun 1995. Dan mulai hujung Ogos ini pihak penguatkuasa akan mula mengeluarkan saman ke atas mereka yang gagal mematuhi peraturan ini.

Bagi larangan jualan petrol pula ia berkuatkuasa hari ini bagi negeri-negeri di utara dan pantai timur Semenanjung, manakala bagi sempadan Singapura-Johor atas beberapa isu teknikal ianya ditangguhkan sehingga 9 Jun nanti.

Sementara saya mengalu-alukan langkah melarang penjualan petrol subsidi ini, kerana hak warga tempatan seakan dicuri oleh orang-orang asing, yang mengambil kesempatan atas murahnya harga petrol kita, saya tidak dapat menerima penguatkuasaan talipinggang keledar bagi penumpang belakang.

Bagi penjualan petrol tadi, saya melihat pengusaha-pengusaha kedai minyak pasti akan berhadapan dengan masalah untuk menguatkuasakan kecuali kerajaan memberikan kerjasama dalam hal penguatkuasaan. Apa akan berlaku jika orang-orang asing ini mendatangkan masalah kepada pengusaha terutama yang dari utara? Apakah jaminan keselamatan terhadap para pengusaha ini yang kini tiba-tiba menjadi "enforcer" tidak rasmi?

Malah saya mencadangkan bagi kawasan-kawasan lain, suatu harga minyak tertentu disediakan agar kenderaan asing ini turut membayar harga berlainan apabila membeli petrol di negara kita. Rakyat dari Singapura contohnya memang berminat membawa kenderaan mereka termasuklah motorsikal kuasa tinggi kerana kita mempunyai jaringan lebuhraya yang luas dan selamat (tidak seperti di negara pulau mereka), mengapa harus mereka ini menikmati harga petrol yang sama dengan kita sedangkan mereka datang dari negara yang lebih mewah?

Apabila datang sahaja kenderaan dari Singapura atau Thai atau mana-mana negara asing, kita arahkan mereka mengisi borang atau mendaftar dan terus pengusaha wajib menjual petrol pada mereka dengan harga yang lebih mahal (yang kerajaan tetapkan). Dengan cara ini kepentingan rakyat tempatan akan terpelihara dan apa yang menjadi hak kita akan dapat dipertahankan dan tidak dinikmati orang lain.

Berhubung talipinggang keledar bagi penumpang belakang, saya merasakan tempoh masa yang lebih panjang diperlukan. Pihak JPJ dan Polis serta Kementerian Pengangkutan mestilah mendidik dan memberi penerangan kepada rasa secara lebih meluas lagi. Kempen-kempen di TV, radio dan media massa lain perlu dipertingkatkan. Janganlah ghairah mahu menyaman pada bulan ogos nanti sedangkan ramai lagi rakyat yang tidak mendapat maklumat berkenaannya.
Memang dari segi keselamatan ianya penting, tetapi keutamaan dan tumpuan kita saya rasa lebih penting kepada hal penguatkuasaan lrangan jualan petrol subsidi ini, kerana hak rakyat kini dirompak oleh orang lain. Kempen talipinggang keledar untuk penumpang belakang perlulah berjalan, tetapi penguatkuasaan larangan jualan petrol subsidi ini biarlah lebih bermakna dan berkesan.

7 comments:

Anonymous said...

Penjualan petrol kepada org asing amat merugikan kita sebagai rakyat malaysia, hak kita utk subsidi telah diambil oleg rakyat asing, jadi larangan itu amat baik sekali... bagi tentang tali pinggang belakang, langkah itu amatlah baik utk keselamatan diri. Tetapi alangkah baiknya diberi masa untuk pengguna menyesuaikan diri, selepas itu denda patut di kenakan tetapi satu saja takut pemerintah ini hangat2 tahi ayam saja, sudah lama peraturan ini seperti melepaskan batuk ditangga, ketegasan perlu ada....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

jgn jual terus petrol subsidi kpd warga asing/pelancong...bukan setakat di utara tetapi di seluruh negara.Baru ada impak...kalau tak sama shaja tiada beza kerana tentu mereka akan isi minyak lebih utk sampai lebih 30km tu...sudah pasti ini akan merugikan pengusaha di kwsn 30kn dr sempadan negara..sedangkan mereka dr luar ni tentu akan isi minyak lebih utk melepasi kwsn sempadan spya dapat beli petrol lebih murah.Kesimpulannya cdgn kerajaan ni nmpak je pandai tp sbnrnya kurang pandai...tiada apa2 kesan2 pon....xcaya tgkla...

Anonymous said...

Salam,

Saya bersetuju dengan pendapat saudara tentang isu ini. Tetapi izinkan saya sampaikan sedikit pendapat mengenai pakatan rakyat untuk makluman saudara :

1. Saya sentiasa risau mengenai nasib Islam jika pakatan rakyat yang memerintah kerana dasar liberal yang ditunjukkan oleh DAP. Jika dibaca komen atau pendapat dari blog Lim Kit Siang and The Gang saya dapati bukan sahaja komen malah entry yang diambil dari orang lain spt Dr. Azly Rahman, m. Bakri Musa dan lain-lain yang agak liberal menunjukkan bahawa mereka secara terang mahu ' tiada agama lain yang lebih baik berbanding agama lain ". pasal kaum lagi la, habis komen sensitif di publishkan sehingga apabila saya baca saya terlalu sedih mengundi DAP dan PKR semsa PR lalu.
2. Kaum Cina/India bersatu mendapatkan hak mereka tetapi siapa yang membela orang Melayu. PAS akan membela berasakan agama tetapi bagaimana dengan nasib adik-adik kita yang miskin di bandar yang kuran pembelaan. Biasiswa JPA untuk Islam ( Melayu ) dikurangkan siapa yang hendak bela adik-adik ini. Seingat saya semasa berlaku sesuatu masalah kemasukan di UPM dahulu ramai kawan saya ( Melayu )pergi kepada MCA untuk aduan. Kenapa tidak pAS tubuhkan biro aduan di bawah JPPDPP?
Maaf, sekadar cadangan sahaja untuk disampaikan suara hati anak muda yang tiada tempat lain utnuk mengadu

Anonymous said...

Sebenarnya yg saya takut PKR mengikut telunjuk DAP kerana hendakkan kuasa mereka berbaik-baik.Tetapi semuanya salah UMNO juga org Melayu berpecah-belah.Mereka tidak menjalankan amanah yg diberikan.Semuanya hancur di tgn Tun Mahathir walaupun ada jasanya kpd negara tetapi di eranya rasuah berleluasa.Menteri-menteri mengumpul harta,sombong,angkuh dgn kuasa.Saya tak nampak pemimpin lain selain daripada PAS yg boleh memimpin negara dgn adil.

dauz said...

komen aku kat sini

Ahmed Razman said...

jika kempen memakai tali pinggang untuk penumpang belakang berjaya menyelamatkan hatta satu nyawa, saya tetap sokong walaupun ianya dikuatkuasakan serta merta esok

saya tak dapat bayangkan jika kita tangguhkan hingga 5 bulan misalannya, dan terjadi kemalangan pada bulan ke empat yang mana jika penumpang belakang pakai tali pinggang keledar, mungkin nyawanya terselamat

lagi cepat lagi bagus dikuatkuasakan peraturan ini, pedulikan golongan minoriti yang tidak mengambil indah ke atas keselamatan apabila memandu

Anonymous said...

Buat saudara pengarang.
Baru2 ini kita dihangatkan dengan isu subsidi minyak yang terlepas ke tangan pengguna asing @ pelancong berkenderaan dari negara jiran. Di sini ana ingin mencadangkan supaya tidak perlulah disekat / dihadkan kenderaan asing daripada mengisi minyak di negara kita kerana pada pendapat ana ia tidak praktikal.
Ana menyarankan jika benar kerajaan ingin mengatasi permasalahan di atas, kenakan sahaja Levi @ Tol bagi setiap kenderaan luar (berpandukan kepada No. Plat) yang masuk ke negara ini. Ana cadangkan Levi paling minima adalah sekitar RM50 ke atas. Cuba bayangkan berapa banyak kenderaan asing yang masuk ke sini? Katalah 100,000 buah, didarabkan dengan RM50. Maka kita boleh buat pendapatan sekitar RM5 Juta sehari, tidak termasuk hari2 cuti umum yang mungkin bilangan kenderaan yang masuk adalah lebih (sempadan yang ana maksudkan Singapura, Thailand dan Indonesia di bahagian kepulauan Borneo). Kalau setahun kita akan mendapat hasil hampir RM1.85 billion. Nilai sebesar ini dapat digunakan bagi menokok subsidi kepada rakyat marhain tempatan. Mungkin kita boleh bertimbang rasa dengan memberi kelepasan 3 kali masuk secara percuma setahun, maknanya lebih daripada itu barulah Levi akan dikenakan.
Ana berharap cadangan ini dapat diusulkan oleh wakil2 rakyat pilihan ana sekeluarga dan sahabat2 karib sekelian untuk diusulkan di Dewan Rakyat kelak. Tentang kedatangan pelancong asing akan merosot, jangan dirisaukan kerana sebagai contoh kenderaan dari Singapura pasti akan masuk ke negara ini kerana kemudahan tempat melancong, negara kita yang lebih luas dan lebih tenang dibanding dengan mereka serta faktor nilai matawang mereka yang lebih tinggi, setakat RM50 tiada masalah bagi mereka. Selain itu di bahagian sempadan Thai kita dapat mengelakkan kejadian penyeludupan minyak bersubsidi kecuali kalau rakyat tempatan yang membawanya keluar, tetapi masalah ini boleh dibendung dengan penguatkuasaan yang ketat di sempadan. Disamping itu, kita dapat mengurangkan kesesakan dan kebanjiran kenderaan luar di atas jalanraya kita yang sememangnya sedia ada sesak serta dapat meningkatkan permintaan kemudahan pengangkutan awam contohnya keretapi (KTM dapat keuntungan daripada projek Double Track yang dilaksanakan sekarang ni) dan kapal terbang untuk AirAsia dan MAS.
Ana merasakan cadangan ini praktikal dan lebih menjimatkan kos pentadbiran kerajaan dan menguntungkan rakyat, InsyaAllah. Cadangan ini bagi ana adalah mandatori tiada kompromi hendaknya (untuk menjaga hati pemimpin negara jiran) dan jumlah pendapatannya mestilah diumumkan kepada rakyat dengan lengkap berserta laporan audit tahunan. Sekian dahulu terima kasih. Wassalam

Komen yang sama ana hantarkan di laman sesawang harakahdaily.net.