Benarkah PAS yang menjadi penentu dalam politik Malaysia hari ini?
Masing-masing rakyat Malaysia sedang mengeluh, tepuk dahi dan geleng kepala dengan kenaikan harga petrol dan diesel yang berkuatkuasa jam 12 tengah malam tadi. Lonjakkan yang menyengat ini pasti akan terus dibualkan entah sampai bila. Sementara itu para pimpinan Umno
sedang berkampung di Shah Alam untuk berbincang nasib dan hala-tuju parti mereka pasca PRU ke 12 ini.
Dalam pada itu artikel Fui K. Soong (dari Institut Analisa Strategik dan Kajian Dasar MCA) telah dibawa keperhatian saya oleh seorang pimpinan Muslimat PAS. Tajuk artikel tersebut:
PAS the real kingmaker in Msian politics
Saya (atau kita) tidak semestinya bersetuju dengan pandangan Fui itu tetapi melihatnya sebagai suatu bacaan politik yang saya pasti tidak pernah terfikir oleh ramai sebelum ini, sekurang-kurangnya saya sendiri. Saya melihat sebagai pemikir MCA sudah pastilah tulisan Fui itu samada mahu mengejutkan parti Cina komponan BN itu dari tidur mereka atau mahu menghantar mesej kepada semua pihak, setidak-tidaknya pembaca The Star, yang tertumpu di kawasan bandar dan dari kalangan mereka yang boleh berbahasa Inggeris tentang kuasa dan kemampuan politik PAS, parti yang tidak pernah disenangi oleh MCA dan yang sealiran dan senagkatan dengannya.
Fui menulis PAS dalam PRU ke 12 lalu cuma bertanding 66 kerusi parlimen iaitu kurang 14 dari PRU 2004. Ini baginya merupakan pengorbanan PAS kepada kawan-kawannya khasnya PKR, sebab yang penting ketika itu adalah megelakkan pertembungan dan berlawan "straight fight" dengan BN. Kata Fui kiranya PAS tahu (memang tak siapa pun yang tahu kecuali Allah) akan berlaku tsunami politik, mungkinkah PAS bersedia mengorbankan kerusi-kerusinya seperti itu?
Akhirnya keputusan PRU menunjukkan undi popular PAS meningkat kecil iaitu dari 1.1 juta ke 1.4 juta berbanding PKR yang melonjak dari 578,481 ke 1,509,080 dan DAP dari 708,173 ke 1,118,025. Dalam erti kata lain menurut Fui PAS lah yang paling sedikit meraih keuntungan dalam PRU ke 12 berbanding rakan-rakannya yang lain.
Namun hakikatnya PAS kata beliau adalah:
The most well organaised, most financially independent and most talented party in Malaysia right now.
Lalu Fui terus melangkah pula ke soalan masa depan yang saya pasti tidak mudah untuk dihadam dan diterima oleh sesetengah pihak, namun saya memilih untuk mengenengahkannya di sini buat perbincangan kita. Kata Fui demi berkawan PAS rela bukan hanya mengorbankan kerusi-kerusinya malah mengendurkan tuntutan agenda perjuangannya.
Kini apa akan berlaku pada PRU akan datang? Fui menelah, mungkinkah PAS menuntut kembali kerusi-kerusinya atau menyertai BN untuk memastikan kedudukannya terjamin? Lalu beliau membuat kesimpulan nasib negara kita sebenarnya terletak pada PAS bukannya PKR atau mereka di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Seterusnya beliau menyentuh berkenaan isu perpaduan Melayu dan Islam yang katanya akan lebih menambat hati PAS kiranya tuntutan perjuangannya dapat dipenuhi.
Artikel Fui ini boleh dibaca di:
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/5/nation/21446353&sec=nation
Setuju atau tidak, menarik juga untuk dibincangkan sementara merawat luka dari kenaikan meng "gila" harga minyak ini.
3 comments:
Persoalannya sekarang kesediaan ahli dan pemimpin kita dalam menongkah arus politik yang berbeza dan mencabar
PERSOALAN BESAR Dimanakah pilihan kesediaan kita :
PAS will regroup to become one big UMNO atau
UMNO will regroup to become one big PAS atau
PAS sebahagian daripada BN atau
UMNO sebahagian PAKATAN RAKYAT atau
PAS and none other
sila layari http://quedah08.blogspot.com
salam..
saudara roslan,bukan hanya Fui shj yg berpendapat sedemikian,tetapi ada 1 blogger lain juga mengutarakan pendapat yang sama..siap dengan perkiraan matematik dan teori lg..boleh rujuk di sini -> http://matsamankati.blogspot.com/2008/05/mengapa-mahathir-keluar-umno.html
Apa pun pandangan PAS, kerajaan BNatang harini berlagak macam dia ada lebih 2/3 majoriti, PR di lihat lemah tidak berupaya walaupun membantah macam daun layu aje, tidak di perdulikan oleh BNatang.Sungguhpun ahli parlimen PR lebih 80 orang, jawapan berskrip di beri tidak ada guna malah ada yang berpakat dalam Dewan nak tipu ahli dewan macam di buat oleh Kera jantan?
Post a Comment