Tuesday, June 17, 2008

Sebut sahaja Islam kena serang

Ada seorang ADUN PAS di Selangor telah menelefon saya pagi tadi membawa keperhatian saya muka depan akhbar Sinar Harian hari ini:

PAS tolak konsert Ella, Mas Idayu

Kata YB berkenaan ini adalah rentetan berpunca dari tulisan saya di blog ini, beliau tidak marah malah sebaliknya menyetujui bahawa dalam perkara-perkara prinsip pendirian kita perlu tegas, walaupun dalam hal lain kita boleh bertolak ansur. Malah kata beliau, kawasannya sendiri juga sudah menghantar memo bantahan kepada MB. Kita doakan semoga MB diberikan kekuatan untuk menimbang dan mengambil kira semua faktor dan akhirnya mengarahkan KDEB agar membatalkan kehadiran dua orang artis itu.

Sementara itu kisah bantahan Pemuda PAS Selangor ini telah mendapat komen yang sinis dan menghina dari laman-laman web tertentu. Ini ditambah lagi dengan cadangan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk memperkenalkan siyasah syariah di negeri-negeri yang diterajui Pakatan.
Ketua Pengarang Kumpulan akhbar The Star, Wong Chun Wai di dalam blognya "New Malaysia" menganggap Dewan Pemuda PAS Selangor sebagai "Little Mullahs", dan mendesak kerajaan negeri agar tidak memperdulikan tentangan mereka dan teruskan konsert tersebut. Manakala dalam komennya terhadap cadangan Dewan Pemuda Pusat beliau (dari akhbar yang dimiliki MCA) dengan senang hati memetik dari blog pimpinan DAP termasuk ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua yang berkata jika PAS berterusan bersikap sedemikian maka gabungan Pakatan Rakyat akan tidak lagi menjadi bermakna.

Saya bimbang dengan perkembangan ini dan lebih bimbang lagi reaksi hampir sejuta ahli-ahli dan penyokong PAS diperingkat akar-umbi. Artikel Tony Pua di dalam blognya telah setakat ini mengundang 27 komen termasuklah yang menghina Presiden PAS ("Does he want everyone to dress like him and Hadi Awang'), PAS sendiri ("Tony its important for PAS to understand religious freedom and Malays leaving Umno do NOT equate to Malays embracing PAS - Taliban wannabes!) dan prinsip perjuangannya.

Pimpinan kita perlu keluar dengan kenyataan yang lebih meyakinkan disamping menzahirkan pokok kerjasama sebenar Pakatan Rakyat ini.

16 comments:

Stealth said...

Rakyat M'sia perlu revolusikan pemikiran yg tlh lama d cengkam & d jajah media elektronik. Bagi saya, pemimpin itu d kira lemah jika beranggapan krisis yg berlaku bakal menghancurkan pakatan rakyat. Syabas kpd PAS krn timbulkan wajah² pemimpin yg lemah tersebut. D harap akan wujud lagi pertelingkahan yg bakal membina & memperkemas Pakatan Rakyat.

ABU IHSAN ELBARITII said...

Salam.

Tuan Haji, secara peribadi saya melihat kesilapan Ust Azman apabila menggunakan istilah siasah syariyyah dalam ucapan/kenyataannya, jika ingin mengelak kontroversi.

Istilah itu sebenarnya tidak perlu diungkap untuk menyatakan keperihatinan Pemuda terhadap perjuangan.

Mereka bukanlah mahir atau tahu tentangnya, maka apabila terdengar kalimah shariah, ia akan terus terbawa kepada Hudud, Kelantan dan mungkin potong tangan dan potong kepala.

Apakata kita gunakan istilah baru, spt Politik Sunnah, Politik Islam, Politik Syara', Politik Ummah, Hukum tadbir berteras syara', hukum tadbir Islam atau apa sahaja selain kalimah shariah...

Apa yang saya lihat, mereka tidak akan menolak/berani menolak kalimah Islam, kerana ia dikongsi bersama Umno dan Pak Lah, tetapi mereka fobia dengan kalimah syariah dan teokrasi.

Wallahu a'lam.

JIdan said...

Sabarlah...mereka tidak memahami Islam.Jd tanggungjwb kita utk menerangkan dan membuat mereka faham.Sy risau melihatkan media yg terus menjadi batu api di antara PAS dan DAP.
Boleh tak pemimpin PAS berunding lg dgn DAP?cthnya bawa CHINESE MUSLIM yg benar2 faham Islam.So that dia boleh terangkan dlm bhsa Cina spy mereka faham.

Arif said...

Seperti yang saya selalu gembar gemburkan dalam komen saya, begitulah sikap golongan bukan Islam tak kira pemimpin atau penyokong DAP, dan jugalah dari PKR.

Mereka langsung tidak mengiktiraf ugama Islam sebagai ugama rasmi Malaysia melalui kata-kata dan sikap kurang ujar yang cuba menidakkan hak umat Islam Malaysia untuk mempraktikkan ajaran Islam.

DAP ini, sudah terang lagi bersuluh, prinsipnya ialah anti Islam dan anti perlaksanaan Islam. Sekiranya PAS istikhamah untuk terus berada dalam pakatan rakyat ini.

anwar-ali said...

Elok PemudaPas pakat2 pergi jumpa 2pemuda tu, pakat2 bincang, biar mereka ber2 pakat2 paham dan xfobia dgn cadangan PemudaPas tadi... tapi kalau dah 3 sayap pemuda ni bincang masak2 sampai 40hari40malam pastu xleh sepakat, eloklah pimpinan dan ahli2 Pas pakat2 ancam ker ugut ker nak keluar Pakatan, tapi yg eloknya teruskanlah bermesyuarat dan bersePakat dulu, kalau dah bincang sama2 pun Pakat2 xnak tolakansur dgn cadangan yg elok dan bernas sebegini, eloklah kita Pakat2 bergerak sendiri seumpama sebelum ini, tapi kena kukuhkan sokongan ahli2 dari org2 Melayu-Islam dan perhebatkan keahlian daripada bukan-Melayu, so kita boleh berdikari dan xboleh dipermainkan oleh pihak2 lain dalam Pakatan yag nampak macam sePakat tapi...

tong_kosong said...

masalahnya... adakah pemimpin PAS bersedia mengeluarkan sebarang kenyataan?

pelik... sedangkan saya rasa ketika ini PAS adalah satu-satunya parti yg paling selesa... tiada masalah kepimpinan dan akar umbi yg besar, negeri yg diperintah PAS tiada masalah, mempunyai imej yg baik (tiada masalah dgn Raja atau bermacam2 lagi hal yg bukan seperti parti2 lain).

mungkin ada masa lebih baik diam dr bersuara... tapi sebagai parti politik.. rakyat ingin lihat gaya kepimpinan PAS.. dr situ rakyat dapat menilai mampukah PAS memerintah negara?

sememangnya dilihat selesa.. tetapi PAS sebenarnya berhadapan cabaran paling besar terutama dlm hasratnya menegakkan syiar Islam khususnya untuk org Islam itu sendiri diserang dr segala sudut.. termasuk Umno.. dan parti2 yg kononnya satu pakatan..

pemimpin PAS perlu cepat memberi kenyataan tp dlm masa yg sama berhati2... terutama sekarang ramai pihak cuba melabel dan mengaitkan istilah taliban & mullah. sungguh menyakitkan hatta hanya untuk seorang muslim yg bukan ahli PAS.

jgn terus berdiam.. adakah berdiam kerana berasa selesa atau diarah diam oleh Pemimpin PKR yg diragui keahliannya dlm PKR sendiri?

Anonymous said...

aper ni Pas selangor, dengar cerita nak buat demo bantah konsert.

saya pun sokong pas, tapi janganlah nak buat demo pulak...ker nak gertak jer...
aku ingat lebih baik bincang ngan penganjur agar ditukar penyanyi nyer itu....instead of ella and mas idayu, ambil m nasir dan ramli sarip ker...
kan elok, ni nak demo...pikir panjang ke tidak hang ni, jangan nak buat semangat tak bertempat

zuhairy said...

Isu ni mesti ditangani dgn bijak dan berhikmah oleh kepimpinan kita. Tidak dinafikan, telah menjadi asas dlm perjuangan PAS utk menegakkan ketuanan Islam di Malaysia. Tapi, cara dan kaedahnya harus secara beransur supaya tidak mengejutkan orang yang bukan Islam.

Macam kita dakwah orang bukan Islam memeluk Islam. Tapi janganlah sebut dulu nak potong 'anu'nya.Belum apa2 lagi, dah nak potong 'anu'. Mmgla orang takut dgn Islam.

Apapun, tak timbul masalah kita gadaikan perjuangan.Cuma percaturannya biar secara beransur, bukan secara mengejut.

Allah dah takdirkan negara kita didiami oleh pelbagai kaum. Tentula ada hikmahnya. Cumanya, kita lah yang kena bijak.

Yang penting jangan kalut, buat beransur-ansur. Akhirnya, matlamat kita tercapai.

zuhairy,
http://www.bisikanhati.com

slyderrose said...

Sudahkah Pemuda PAS berbincang dengan MB Selangor sebelum membuat kenyataan akhbar. Kena ikut peraturan dan muzakarah. Alasan jangan berdasarkan ugama, gunakan psaikologi sikit. Orang ramai termasuk yg Islam masih tidak nampak keburukan konsert ini dari segi sosial, jadi berilah alasan yg paling munasabah dewasa ini iaitu pembaziran. Jangan sentuh pasal ugama kerana ini bakal mengundang kutukan.
Di samping itu teruskan usaha memdidik atau tarbiyah. Tunjukkan kebaikan dan keadilan Islam. Teladan yg baik. Secara automatik orang yg tak faham islam akan tertarik dengan islam. Cakap-cakap kosong tanpa bukti pasti mengundang kebimbangan orang lain.

azlan said...

Kadangkala memang sukar untuk berdepan, menerima dan menangani hakikat hidup di dalam masyarakat majmuk di dalam negara ini. Bila satu kaum memberi kenyataan yang pro kepada kaumnya maka akan terbentuklah reaksi berantai dari kaum yang lain. Ini terbukti melalui peristiwa seperti tertulis didalam artikel di atas.

Memang mudah untuk kita bersuara samada dengan nada memohon belas mahupun retorik. Malahan amat mudah menghasilkan idealisme tetapi sukar untuk memacunya menjadi realiti.

PAS di Selangor bukan lagi pembangkang tetapi sebahagian dari komponen Pakatan. Dulu menjadi agen pendesak, tetapi hari ini agen pelaksanaan. Dulu mencari salah tapi kini penentu arah. Ayuh laksanakan, buktikan kepada rakyat!

Anonymous said...

saya rasa perlu kepada improvasi dan bukan kepada larangan...mungkin kita harus memperkenalkan alternatif yang tidak dapat tidak mesti mereka akan akur...contoh, kita gantikan ella & mas idayu dengan ramli sarip,ust akil atau band-band yang melaung-laungkan aktivisme...bukan sekadar kita membawa ikon-ikon seni yang terkenal, tetapi dapat memberi suntikan kepada milage politik PAS serta PAKATAN RAKYAT...inilah masanya kita membentuk perspektif rakyat terhadap jemaah Islam...saya berharap sangat tuan roslan dapat menyampaikan perkara ini...

Anonymous said...

Macam mana dengan 'little yankees' yang berlagak ala us sheriff nak perang dengan Islam? 'little yankees' ramai di kalangan kaffir di negara ini berlagak seolah olah mereka hebat tapi hanya 'little yankees' dan di bantu oleh 'little uncle tom' dari kalangan munafiqqun!

Anonymous said...

Saya tak hairan dengan kenyataan anti Islamisasi Tony Pua atau Lim Kit Siang atau lain-lain pemimpin DAP. Mereka telah dari awal berkata bahwa mereka bersetuju berkerjasama dengan PAS dalam PR dengan syarat bahwa PAS melupakan objektif Islamisasi.

Jadi apa pula yang penyokong PAS nak marah, mereka telah bersetuju untuk melupakan objektif Islamisasi asalkan:

(1) BN dapat di kalahkan
(2) PAS dapat juga habuan kuasa
memerintah, bersama sama dengan
golongan anti Islamisasi DAP
dan, dengan parti PKR yang mana
sebahgian besar golongan bukan
Islam PKR juga dalah anti
Islamisasi.

Walaupun PAS berapi api mengatakan PAS berjuang untuk Islam, pada hakikatnya, perjanjian PAS dngan PR secara rasminya bermaksud bahwa PAS bersetuju untuk melupakan dasar Islamisasi. Jadi kenapa harus marah sekarang?

NASI SUDAH JADI BUBUR..

Sebenarnya saya amat gembira dengan keputusan pilhanraya 12. Ia sedikit sebanyak mengejutkan BN dari mimpi mereka dan dari sikap mereka yang sombong dan persana betul.

Shaf said...

En Roslan, sudah mendengar titah Sultan Selangor hari ni?

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/18/nation/21582000&sec=nation

Anonymous said...

sdr
saya rasa kita tak perlu terkejut,ini sudat adatdan resam dunia.dalam sejarah pun banyak kisah sebegini,hatta Rasulullah SAW telah buat MOU politik dengan non muslim dengan syarat takat mana mereka terima keadilan Islam,jika mereka menolak keadlian Islam Tahaluf siasi akan terbatal, tetapi ingat MOU ini perlu dipertahankan dengan orang Islam tidak bolah memulakan perpecahan.sebab itu syarat pemimpin Islam ini ketat antaranya bijaksana,cerdik dan memandang kehadapan, kalau ikut rakyat jelata saya rasa boleh lingkup pakatan rakyat ini,saya berdoa bukan kita / orang Islam yang menjadi sebab kepada kegagalan PR
sekian

rider of saber said...

Salam...Kengkawan Mukmin, dalam PAS atau PKR ,mari kita belajar Kantonis dan Mandarin, niat kita nak bagi dakwah kat depa ni semoga mereka paham apakah Islam..Semoga Allah memudahkan urusan kita yg sudah mudah ini..InsyaAllah..