Monday, June 16, 2008

Benarkah PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya?

Kenyataan Dewan Pemuda PAS Pusat yang dibuat melalui Naib Ketua Pemudanya Sdr Azman Shapawi tempoh hari, sebagaimana diduga mengundang berbagai kontroversi. Malaysiakini hari ini menyiarkan kenyataan Setiausaha Pemuda DAP Anthony Loke dan Naib Ketua Angkatan Muda PKR Amiruddin Shari yang menolak cadangan Dewan Pemuda PAS itu dibawah tajuk “Syariah: jangan gagalkan Pakatan”.

http://www.malaysiakini.com/news/84553

Paling menarik adalah reaksi Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyatakan:

PAS Youth's proposal to implement an Islamic administrative system in Pakatan Rakyat states is totally unacceptable.
(Cadangan Pemuda PAS untuk melaksanakan isitem pentadbiran Islam di negeri-negeri Pakatan Rakyat, tidak boleh diterima sama-sekali)

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/16/nation/21562256&sec=nation

Menurut Lim Pakatan Rakyat telah berikrar mempertahankan konsep sekular dalam negara ini, benarkah demikian? Kononnya menurut Lim melalui cadangan ini PAS telah melanggar syarat-syarat yang dipersetujui ketika Pakatan ditubuhkan.

Saya tidak berhajat untuk mengeruhkan hubungan antara parti-parti yang mendukung Pakatan Rakyat. Tetapi saya merasakan sebagai rakan kongsi yang telah memberikan sumbangan besar dalam PRU yang lalu, PAS harus dihormati.

Benarkah PAS telah menggadaikan matlamat perjuangannya? Benarkah manifesto PAS PRU ke 12 baru-baru ini “Kerajaan beramanah adil dan bersih menuju negara berkebajikan” telah menggugurkan matlamat PAS sebagaimana termaktub dalam fasal 5 Perlembagaannya (“Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hifup Islam dan hukum-hakamnya menuju keredhoan Allah swt”).

Sedangkan di dalam manifesto berkenaan, di bab mukadimmahnya oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden disebutkan: “Pas adalah parti Islam yang memperjuangkan dasar-dasar Islam serta nilai-nilai sejagat.” Manakala di dalam Teras 1 manifesto yang sama disebutkan: “Menegaskan penghayatan Islam sebagai aqidah yang sejahtera dan cara hidup (ad Deen) bagi umat Islam negara ini. Menjamin perlaksanaan peruntukan-peruntukan Islam sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan”.

Oleh itu tidak berbangkit yang PAS telah korbankan dasar atau menyembunyikannya sebagaimana yang disebut oleh pemimpin muda PKR dalam Malaysikini itu. Kita mengharapkan semua pihak dapat saling hormat-menghormati dan mempamirkan sikap toleransi dalam mendepani pakatan politik yang baru ini. Sebagai juara demokrasi (Parti Tindakan Demokratik) sepatutnya kita memberikan hak kepada mana-mana pihak untuk menyuarakan cadangan dan pandangan, bukannya menembak jatuh belum pun sempat ia berkepak atau melabuhkan sayapnya.

Yang paling penting tindakan penolakan mentah-mentah seumpama ini boleh dilihat oleh masyarakat Melayu/Islam sebagai kelemahan politik PAS dan sudah pasti ia memberi implikasi buruk kepada PAS yang sesungguhnya bertenggek pada kekuatan itu.

10 comments:

Anonymous said...

adakah kita ingin membenar & menjayakan perancangan british supaya Islam tidak kembali BERSINAR di rantau asia terutamanya di malaysia??

adakah kita menyerah kalah apabila british telah awal2 lagi meletakkan bom masa iaitu orang2 cina & india....supaya mereka (masyarakat cina & india) akan menjadi penghalang kpd tertegaknya sebuah negara Islam di malaysia??

saya harap pimpinan PAS can see the matter beyond the globe. pimpinan PAS perlu berfikiran positif & anggaplah ini ujian Allah SWT.

anggaplah kehadiran masyarakat cina & india (bukan Islam) ini satu asset penting dlm dunia dakwah.

tingkatkan dakwah & pemahaman Islam bukan sahaja kpd bukan Islam tetapi juga kpd orang melayu Islam sendiri.

insyaAllah jika kita ikhlas berdakwah demi Islam, ikhlas kerana Allah SWT, tidak mustahil masyarakat cina, india & bukan Islam yg lain akan menyokong seterusnya memeluk Islam.

Perjuangan belum berakhir!

Anonymous said...

Pemuda PAS pun satu. Cakap straight sangat. Kalau cakap nak laksanakan undang-undang Islam, mestilah masyarakat yang jahil marah.

Cuba guna perkataan lain yang lebih mesra rakyat. Yang penting isi kandung, bukan istilah-istilah arab yang complex yang menakutkan rakyat.

Anonymous said...

Assalamualaikum... Bagi ana Karpal Singh dan Lim Kit Siang adalah 2 makhluk yang paling anti ISLAM di Malaysia pada masa kini. Apa guna PAS berbaik dan berpakat dengan mereka... Perjuangan kita jelas dan begitu juga dengan perjuangan mereka - DAP dan PKR. Tiada guna kita berselkongkol dengan mereka sekadar mengharapkan jawatan MB dan EXCO yang tiada kuasa mutlak untuk melaksanakan ISLAM. Ana akan tetap bersama perjuangan PAS selagi mana PAS teguh dengan prinsipnya.....Kalau kita perlukan dunia lebih bauk kita sokong UMNO saja.

Anonymous said...

Apa² pun krisis dlm pakatan rakyat ini d harap sbg utk mematang & memantapkan lagi muafakat yg ingin d bina. Syabas kpd k'jaan negeri S'gor yg mengorak langkah utk membina umat Islam yg berilmu. Kini, masjid & surau d penuhi dgn majlis ilmu yg sblm ini tlh d sekat & d politikkan. PAS perlu menjurus ke arah usaha utk memperkasakan jiwa umat Islam krn sehingga kini masih lagi d lihat gagal. Sistem sekular@komunis tiada kemampuan utk menguasai masyarakat yg berilmu. Saya yakin Pakatan Rakyat bakal kuasai M'sia.

Anonymous said...

sdr
saya juga sependapat dengan ulasan di atas, perlu dibezakan antara dasar dan kaedah pelaksanaan/pendekatan perjuangan. pemuda pAS menyatakan tentang dasar bukannya pendekatan.dalam kaedah fiqh digariskan banyak tahap pendekatan yang perlu diamabil dalam mencapai satu-satu dasar perjuangan.mungkin inilah masa yang sesuai bagi masyarakat malaysia didedahkan dengan istilah islamik ( contoh maqasid shariyyah DSB ).cuma ada sikit-sikit lagi pobia terhadap istilah tersebut.saya rasa bagus kalau DAP ke ,UMNO atau MCA mula mengulas dan mencari makna sebenar istilah-islah tersebut.
ini adalah proses menuju kebebasan politik di negara kita. kenapa takut sangat.( benarlah pepatah arab menyebutkan : Manusia menjadi musuh kepada apa yang tidak diketahuinya /jahil tentang sesuatu perkara )

sekian

Anonymous said...

Saya cadangkan Pemuda Pakatan Rakyat menganjurkan 'sidang meja bulat' bagi membincangkan sesuatu.

Wujudkan suasana yang lebih harmoni dan universal utk semua. Jangan hanya tahu beri kenyataan kontroversi hingga rakyat yang memberi undi pada PR beranggapan negatif.

Anonymous said...

Satu pengajaran bagi orang Islam dan Melayu bahawa superioriti itu wajib dalam demokrasi, kafir tetap kafir, itu sebab mereka kafir dan janganlah pula orang Islam meminta bantuan orang kafir, sudah tentu dapat tuba bila susu di berikan. PAS menghadapi cabaran besar dalam hal ini dan kebujaksanaan pemimpin pemimpin PAS adalah penting bagi mengimbangi keadaan sekarang kerna perlu ingat juga bahawa kita bukan saja menghadapi KAFFIRUN tapi juga puak MUNAFIQQUN, lebih merbahaya!

insyirah08 said...

Ingatlah, orang-orang lain daripada Islam, baik Yahudi / Nasrani dan yang seangkatan dengannya tidak akan redha Islam itu tertegak secara syumul. Inilah hakikat yang patut kita terima.

Beradanya kita dalam Pakatan Rakyat tidak semestinya selamanya...

Islam itu dagang dan ia akan kembali dagang. Begitulah juga hakikat pejuang-pejuang Islam.

Pejuang Islam hanya akan bersama ansorullah baik di langit dan dibumi.... Takbir!!!!!

Anonymous said...

Hidup dan matiku kerana ALLAH yakni ISLAM agamaku. Aku tak rela agamaku di hina atau di permain-mainkan. Marilah kita sama-sama tegakkan ISLAM tercinta. Berbuatlah sesuatu supaya si bukan ISLAM terutama sekali Lim Kit Siang dan Karpal Singh ini FAHAM tentang ISLAM dan seterusnya dapat menghormati ISLAM.

p/s; Lihat balik sirah nabi kita dimana pada zamannya, orang-orang kapir tidak berani untuk mempermain-mainkan ISLAM.

Anonymous said...

bro, apa nak di kecohkan dengan nak melakukan perlaksanaan? yang pentingnya para fanatik PAS dan ISLAM dekatilah masyarakat, terutamanya orang Melayu yang sudah tiada hala tuju. Binalah semula jati diri orang Melayu Islam. Dekatilah mereka dengan agama semula, yang sekian lama telah di pisahkan oleh sekular dan liberalisasi. Kenalkan mereka, siapa mereka dan kenapa kita di lahirkan sebagai Bangsa Melayu. Apa kekuatan yang Allah S.W.T anugerahkan kepada bangsa Melayu. Yang perlu kita pertahankan Islam dan Akidah penganutnya. Hantarlah Fanatik PAS ni ramai-ramai ke Turki. Belajarlah bagaimana mereka meningkatkan semula kesedaran Islam di dalam jiwa anak muda di sana. Kalau Pentadbirannya sahaja mengikut cara Islam sedangkan amalan entah apa2. Lu sendiri pikir la....................