Monday, June 30, 2008

DPMK mahu Kedah terus maju

Saya masih mahu memperkatakan darihal isu pembalakan di Kedah. Saya rasa penjelasan yang telah dibuat oleh Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abd Razak sebelum ini sudah pun jelas. Fokus perlu diberikan kepada masalah yang dihadapi oleh negeri berkenaan, isu utamanya adalah isu kewangan yang melibatkan hasil serta pengurusan dan pembangunan negeri itu.

Dalam akhbar hari ini, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Kedah (DPMK) Tan Sri Khalid Abdullah mendesak agar kerajaan Pusat segera menjelaskan pampasan RM100 juta kepada Kedah kerana mempertahankan kawasan hutan simpannya serta kawasan tadahan air. Malah DPMK turut mendesak agar kerajaan Pusat memberikan peruntukkan yang sama kepada Kedah sebagaimana diberikanb kepada negeri-negeri lain tanpa sebarang diskriminasi.
Desakan ini telah diluluskan oleh DPMK dalam Mesyuarat Agungnya Sabtu lalu.

Dan dalam hal cadangan kerajaan negeri untuk menjalankan aktiviti pembalakan yang telah mencetuskan kontroversi itu, Khalid menyatakan ianya merupakan hak kerajaan negeri. Beliau malah yakin yang kerajaan negeri akan menimbangkan semua aspek sebelum memulakan kegiatan berkenaan.

Tindakan DPMK ini perlulah diberikan pujian. Sepatutnya semua NGO dan badan-badan di Kedah perlu berdiri di belakang kerajaan negeri demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat dan negeri berkenaan. Malah dalam hal pembalakan ini MB Kedah telah pun menyatakan yang keputusan muktamad masih belum diambil lagi, dan kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan semua pihak termasuk pakar alam sekitar dan pakar-pakar lain sebelum membuat keputusan.

Jika Kedah tidak berhadapan dengan masalah sebagaimana yang diutarakan oleh DPMK di atas saya yakin kerajaan negeri tidak akan terdesak untuk menjalankan aktiviti berkenaan.

13 comments:

Anonymous said...

Tidak ada sesiapa yang menafikan bahwa tindakan Ustaz Azizan itu ialah untuk memajukan Kedah, tetapi, yang menjadi masalahnya ialah cara perlaksanaannya dan kedangkalan fikirannya, seolah-olah memusnahkan hutan itulah satu satunya caranya untuk memajukan Kedah.

Sebagai ketua kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk memimpin negeri Kedah, patutlah benar beliau mempunyai tahap pemikiran yang lebih luas dan inovatif untuk membangunkan Kedah. Bukan setakat, nampak kayu balak, terus ditebang, tanpa mengambil kesan buruknya. Saya mohon Ustaz Azizan mengemukakan kajian impak terhadap alam sekitar dan sistem eko terlebih dahulu. Janganlah sampai rakyat memandang buruk kepada PAS kerana tindakan Dr Azizan tersebut.

Kalau beliau tidak berupaya memberi idea bernas untuk memajukan Kedah,maka beliau mempunyai kuasa untuk memanggil bijak pandai ekonomi, pakar strategi pembangunan dan usahawan-usahawan untuk merancang strategi pembangunan Kedah yang lebih baik. Janganlah hanya bergantung pendapat fikiran exco-exco dan ahli PAS sahaja. Mintalah pendapat para professional tanpa mengira aliran politik mestilah.

Anonymous said...

Sebelum ini pada mulanya, apabila mendengar cadangan kerjaan Kedah berkenaan isu pembalakan tersebut dalam media massa saya turut tidak bersetuju. Maklumlah kerana mendengar dari sebelah pihak. Tetapi apabila mengetahui penjelasan sebenar barulah saya faham. Betul la tu tindakan yang dicadangkan tu. Takkan nak korek duit dari kocek rakyat pulak sebagai pendapatan negeri. Takkan nak meminta-minta dari orang lain macam pengemis. Allah dah bagi hasil bumi yang ada (dalam konteks ini balak) untuk digunakan. Cuma perlu dirancang dengan teliti perlaksanaannya agar memberi menafaat kepada semua rakyat negeri Kedah dan dalam masa yang sama tidak merosakkan alam sekitar. Keep up the good work Ustaz Azizan!!

Anonymous said...

Tahniah kepada DPMK kerana berani bersuara.Kedah mempunyai exco exco profesional yg terdiri daripada jurutera dan doktor. Saya berpendapat MB Kedah telah mendapat nasihat dan pandangan yg betul drpd exco exconya. Yg tak betulnya ialah media massa yg selalu memutar belitkan fakta.

Faizah Roslaini said...

Mane Guan Eng? Mintak lah dia 100 juta bagi kat Kedah.

Mungkin hari dia bagi komen tu otaknya tak cukup pickup kot. Kot2 la berjaga malam tengok Euro!

Anonymous said...

Baru cadangan...Kesan pembalakan yang dilakukan oleh bekas MB Kedah takde pula digembar gemburkan...Lihat saja kesan di kawasan Padang Terap nun jauh di dalam daerah tadahan hujan...Tapi tatkala baru cadangan, tu dia aihhh...Segala-galanya dilontarkan...Ustaz Azizan acah saja nak tengok media suka belit kat mana then tahu mana media juara putar belit...Sang Juara adalah seperti biasa Media Prima...Tahniah...

Anonymous said...

Exco-exco dari kalangan doktor dan jurutera bukanlah pakar dalam bidang ekosistem maupun pembangunan industri.

Dalam hal ini, saya tak nampak media massa membelitkan fakta. Apa yang diceritakan ialah apa yang jelas berlaku. Bahgian manakah yang telah dibelitkan oleh media masa?

Anonymous said...

sdr
saya juga menyokong pandangan ini,masalahnya umno masih gagal memisahkan kerja politik dengan kerja -kerja pentadbiran negeri.atas dasar pembangunan negeri kedah semua pihak patut terbuka dan menyokong usaha ust azizan.tapi ni yang payah pasal umno,saya tak tahu apa yang telah disuap oleh parti umno( pemimpin)sehingga malahirkan ahli umno yang berjatidiri amat tertutup,tak waras,gelojoh,taksub,orang lain semua tak betul,dan entah apa-apa lagi.
saya dok kat kedah dan amat memahami senario yang berlaku.
sekian

murnice said...

Saya lihat Ustz Azizan telah pon menghalusi perkara tersebut. Beliau sendiri menyatakan yg projek tersebut hanya akan dijalankan setelah menjalankan kajian dan mendapatkan kelulusan EIA. Klu kita tgk balik cerita-cerita dulu,mmg kita patut salahkan kerajaan negeri sebelum ini yg tidak tegas menuntut pampasan dari pusat dan menjual balak terlalu murah. Pada saya tindakan ust azizan sbnrnya utk mendedahkan kerugian yg ditanggung oleh rakyat kedah sahaja. Klu ust azizan tak keluar kenyataan nak tebang kawasan tadahan hujan, mungkin isunya tak sehangat ni.

Anonymous said...

salam,maaf, apa yg saya komen ni tak de kaitan dengan tajuk ni, cuma ni PERMINAAN saya memandangkan blog saudara tak de shoutbox...

saya nak minta saudara roslan komen ttg artikel us nasarudin tantawi kat sini http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2008/06/protes-6.html
saya pening la, tak faham situasi sebenar bila saya baca komen2 kat bawah, pelik la, dah xde akhlak, org undergrond marah kat ustaz, entah la, saya sedih la.. tlg sangat2, atau tlg minta us nasrudin balas kat blog beliau... maaf, terkomen kat sini... harap saudara tak marahkan saya...

Anonymous said...

tahniah kerana dilantik ahli majlis Subang Jaya. Cemar alam sekitar boleh dilihat dari banyak aspek. Hisap rokok ditempat awam samada tertutup atau terbuka boleh membunuh sesama insan. IKlan dedah sebagian punggung perenang pada billboard boleh cemar minda masyarakat, sakitkan mata orang muslim disamping mencabul prinsip rukunegara- kesopanan dan kesusilaan. Dalam puluhan rancangan anta utk Selangor ini tlglah pertimbangkan isu health pollution dan mind pollution diatas. TK.

Anonymous said...

Di dalam Islam kita tidak di ajar untuk menjadi pak turut di dalam semua hal. Malahan Khalifah Umar pun memohon agar rakyat membetulkan kesalahan dia. Jelas sekali beliau amat sedar bahwa beliau tidak maksum. Apalah Ustaz Azizan, maupun kita sendiri berbanding dengan Khalifah Umar. Jadi pengajarannya, kita menyokong yang mana adalah jelas baik tetapi yang salah mesti di tegur, bukannya di sokong membuta tuli.

Setahu saya Ustaz Azizan hanya menghalusi perkara tersebut selepas menerima kecaman berbagai pihak. Sekiranya tidak ada kecaman, "check and balance", maka telah tertebanglah habis pokok pokok balak dan hutan simpanan yang begitu penting bagi kesejagatan alam sekitar, tanpa ada sebarang kajian impak. Setahu saya, syarikat balakpun telah dikenalpasti sebelum ini. Ustaz Azizan juga telah memberi alasan mengapa beliau telah memeilih syarikat tersebut, walaupun syarikat tersebut ada kiatan dengan BN.

Jadi tidak perlulah kita untuk membela perkara yang salah. Perkara yang salah kita tegur. Di harap selepas ini Ustaz Azizan akan lebih berhati hati. Beliau hendaklah sedar bahwa beliau telah diberi amanah oleh Allah untuk memimpin negeri dan menjaga Negeri Kedah.

Janganlah hendaknya mengambil tindakan yang nampak baik untuk jangka pendek sahaja, tetapi membawa keburukan masa panjang. Juga janganlah bersifat sombong, yakni tidak menghargai kepakaran golongan-golongan yang telah terlatih di dalam bidang alam sekitar, industri dll. Janganlah para-para ahli exco merasa lebih pandai di dalam perkara diluar bidang mereka sehingga tidak mengambil kira langsung untuk mendapat pendapat pakar. Di Malaysia ini boleh dikatakan berlambak mereka yang boleh memberi bantuan kepakaran tersebut.

Juga di sini, kita bukan berbincang pasal UMNO, jadi tak payahlah dialih perhatian kepada UMNO, tetapi tumpukan perhatian kepada isu penebangan balak di hutan simpanan.

Anonymous said...

Kalau nak mendedahkan kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri akibat dari kebodohan kerajaan dahulu, itu harus, kerana kebaikan rakyat.

Tetapi dedahkanlah sahaja, tak payahlah nak rosakkan hutan simpanan (aka pembalakan). Sebagai menteri besar, beliau mempunyai "avenue" untuk membuat pendedahan tersebut.

Anonymous said...

Ya betol, kalau nak dedahkan keburukan kerajaan sebelumnya, dedahkan la, tak da sapa nak marah. Tapi apa kena mengena dengan nak tebang balak ??

Bukan ka orang PAS jugak yang cakap, bagi PAS perintah sekali, PAS pon ada ramai jugak ahli ekonomi. Ha, nih la masa nak tengok ahli ekonomi pas berpikir macamana nak jana ekonomi negeri.

Atau ahli ekonomi PAS sebenarnya sama sahaja dengan ahli ekonomi UMNO, hanya nampak balak sahaja ???