Menjelmakan warna dan wangi Islam di Selangor
Dalam akhbar Sinar Harian muka 14 hari ini disiarkan gambar seorang lelaki dipercayai Melayu/Islam yang ditahan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana membeli nombor ekor empat digit di Pelabuhan Kelang.
Menurut laporan pihak JAIS telah mengadakan operasi sehari disekitar Pelabuhan Kelang bagi menguatkuasakan Seksyen 17, Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang melarang umat Islam melibatkan diri dalam sebarang kegaitan perjudian. Dalam operasi tersebut seramai 35 orang telah ditahan.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak JAIS atas operasi berkenaan, namun demikian ianya perlulah terus dipertingkatkan. Aktiviti perjudian "halal" di Selangor bukan hanya melibatkan satu syarikat perjudian tetapi sekurang-kurangnya tiga iaitu Magnum 4D, Sports Toto dan Pan Malaysian Pools.
Kerajaan Pakatan Rakyat yang disertai PAS dengan serba keterbatasan sudah pastilah tidak berupaya mengharamkan premis judi ini sebagaimana Kelantan, namun tanggungjawab menguatkuasakan pengharaman khasnya dikalangan masyarakat Melayu/Islam terpikul atas kepala bahunya. Tekanan perlu dikenakan ke atas pihak JAIS untuk terus-menerus melaksanakan penguatkuasaan.
Begitu juga terhadap premis yang menjual arak yang dikunjungi oleh orang-oran Islam.
PAS selaku parti Islam sudah pasti akan dipertanggungjawabkan oleh ahli dan para pengundinya berkenaan agenda Islam yang diperjuang dan dipertahankan olehnya selama ini. Kini dengan menjadi sebahagian dari kerajaan khasnya di Selangor dan Perak sudah pastilah rakyat mengharapkan Islam yang diperjuangkannya itu jika tidak pun dapat dijelmakan sebagaimana di Kelantan sekurang-kurangnya ada warna dan wanginya kelihatan dan dapat dihidu.
Dipertanggungjawabkan oleh ahli dan pengundi adalah sesuatu yang lazim dalam politik tetapi bagaimana pula tanggungjawabkan kita terhadap Allah dan Rasul?
3 comments:
Bagaimana pula dengan merokok? Di Selangor, difatwakan bahawa merokok itu haram. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor dan Pas untuk menangani masalah ini?
Tahniah kepada JAIS. Saya berharap pihak JAIS dapat membanyakkan program tarbiah, artikel atau promosi tentang perlunya kita sebagai umat ISLAM mencegah kemungkaran dan pastikan ia tidak salah dari segi undang undang Malaysia supaya masyarakat Islam di Selangor dapat menolong pihak JAIS mencegah kemungkaran di kawasan masing masing.
Menyekat perbuatan merokok satu tindakan yang tidak popular bagi Pakatan Rakyat dan Pas kerana ramai ahli dan penyokongnya yang merokok, walaupun perbuatan merokok itu haram. Lebih baik mendiamkan diri tentang isu merokok ini dpd kehilangan undi para perokok. Apa komen PEMUDA PAS SELANGOR? Mana lebih bahaya, tengok konsert ella atau hisap rokok? Rasanya dua-duanya bahaya kan.
Post a Comment