PAS dipersimpangan?
Sejak dari insiden mungkar yang berlaku Ahad lepas banyak pihak mengeluarkan pandangan, teguran dan kritikkan. Ini termasuklah tuntutan agar PAS segera menyemak semula kedudukan politiknya.
Saya melihat antara yang vokal melontarkan pandangan dalam isu ini adalah golongan Pemuda dalam PAS. Saya melihat anak-anak muda kita yang merupakan sayap kanan parti, yang merupakan benteng kekuatan parti, merasa tertekan dan lemas dalam situasi yang ada dan saya secara peribadi tidak menyalahkan mereka.
Kita perlu rasional dan bijak dalam membuat perhitungan. Jangan emosional dan jangan dipengaruhi sentimen. Sebagai gerakan Islam apapun kita perlu kembali kepada Islam.
Saya perhatikan antara anak-anak muda yang vokal adalah pimpinan kanan dalam Pemuda PAS belaka terutama mereka yang memiliki latarbelakang agama. Adakah kita sedang dan akan menyaksikan ledakkan kebangkitan sebagaimana kebangkitan kepimpinan ulamak yang dibawa oleh Pemuda PAS pada lewat tahun 70an dahulu?
Salah seorang pimpinan muda PAS yang tulisannya sering menginsaf dan membakar jiwa saya adalah adinda Ustaz Nik Abduh. Dalam situasi hari ini beliau menyebut sesuatu yang membengkak dijiwanya seakan memecah pada hari Ahad lepas di Stadium Kelana Jaya. Ia membengkak kerana beliau menyimpan terlalu lama, dan ia pecah sebagaimana disebut oleh adinda Ustaz Nasrudin at Tantawi kerana: Apa yang telah saya bimbang nyata berlaku.
Sesungguhnya perkembangan-perkembangan yang berlaku mutakhir ini memerlukan penilaian kita semua kerana sebagaimana seorang lagi blogger adinda Ustaz Yusainie menulis:
Jika perjuangan yang suci ini kamu khianati, apa lagi yang akan dapat mensyafaatkan kamu di hari akhirat??.
Sesungguhnya kita semua berjuang bagi menutut redha Allah dan kita takut akan murka Allah swt, kerana itu kita memilih untuk duduk di dalam PAS. Saya mengajak para pengunjung blog ini untuk singgah-singgah di blog-blog berikut untuk menyelami isi hati anak-anak muda yang bakal menerajui PAS satu hari nanti insyallah:
http://nikabduh.wordpress.com/
http://jihadtegakislam.blogspot.com/
http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/
14 comments:
salam wbt
untuk link ke blog ustaz yussaine, Sdr tersalah letak blog addressnya. jihadtegakislam, bukan jihategakislam:-)
tersentuh hati sy membaca entry mereka.
ALlahuakbar! semoga ALlah mengurniakan kita himkah (wisdom, kebijaksanaan) dalam memahami agama ini..
do'a nabi Ibrahim: "Wahai Tuhanku, berikanlah aku hikmah (ilmu pengetahuan tentang agama) dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang salih.." [26:83]
PAS dah berusia lbh 50 thn & seusia inilah juga Umno(BN) menguasai politik & kuasa d negara ini. Dlm pemerintahan BN ini, bnyk krisis² yg mencabar Islam tlh berlaku & ketika hayat BN d hujung tanduk ini, nampaknya serangan itu bertambah membuak². Jika masalah kecil ini sudah nampak lemah & kecewanya, lupakanlah hasrat utk menjadi pendidik kpd barisan pelapis yg lain. Ingat!! dugaan yg paling hebat akan berlaku sekiranya rejim BN tumbang.
salam,
Pemuda PAS boleh boikot sana, boikot sini. Itu adalah darah muda. Kita memahami. Pemuda PAS juga boleh mencari idealism sepenuhnya. Itu juga selari dengan darah muda. Pemuda PAS boleh melakukan apa saja, jika mahu merungkaikan PR ini. Tetapi mana yang baik? Pertama, kita berunding dgn cuba win win dgn sahabat PR atau kita kembali semula menjadi pembangkang di semua negeri kerana kita tidak boleh berkawan dgn orang lain. Kenapa wakil pemuda gagal datang pada satu dari mesyuarat protes. Kenapa tidak dihantar wakil kepada wakil yg sepatutnya hadir? Bukankah ini bermakna semua mesyuarat dikalangan PR amat penting. PR diwakili banyak fikrah, banyak cara. Ada yg bukan islam, ada yg islam, yg islam yg tak sembahyang, yg islam tidak cara pemuda pas berfikir. Kalau nak semua, buat sendiri then jangan cerita hal kerjasama. Itu kerjasama ikut cara aku.
Dari jam 10 pagi hingga 12 malam, insiden 20minit itu yg di war warkan sungguh. Program 13jam yg berjalan dengan baik dilupakan kerana perkara tonggeng punggung itu. Faktanya dengan kita mengemudi negeri dan kita yg kurang kerusi dihormati. Dgn kita juga mengemudi, kita dapat infrastruktur yg kita tidak terfikir selama ini.
Jangan kocakkan persaudaraan 4 bulan ini. Masing masing sedang belajar. Hari ahad itu, Hishamudin Rais baru tahu bagaimana dan apa pemuda PAS boleh buat. Pemuda boleh buat dari jaga lalulintas, dan juga boleh mengejar org tonggeng punggung. Dan hari itu hishamuddin rais, juga belajar.
Jangan keterlaluan wahai pemuda pas. Kerana rakan rakan PR juga sedang belajar. Dan kita juga sedang belajar.
Tuan,
Marah, Kesal, Geram dan sepertinya adalah respon semulajadi kita...
Quran dan Hadis adalah pegangan kita. Tapi berhati-hatilah dengan perancangan puak(UMNO) yang ingin melihat kita berpecah!
Pimpinan atas mungkin lebih berpengalaman dalam "hal ini"
PAS tersepit antara agenda tarbiyah dan cita-cita Siasah.
Artikel di link ini saya rasa bagus utk difikirkan bersama;
http://saifulislam.com/?p=2202
Assalamualaikum
Saya membaca tulisan golongan pemuda PAS ini dan amat bersetuju dengan pendapat mereka. Saya tidak bersetuju dengan komen diatas yang mengatakan bahwa luahan hati tersebut terbit kerana darah muda mereka. Apa yang saya nampak ialah, mereka ini golongan yang cerdik, terang hati, terpimpin, teguh iman dan berpegang kepada cara Islam. Jelas mereka bukan golongan yang tertipu dengan konsep "the end justify the mean" yang sesat dan mungkar.
Kepada golongan yang suka memberi nasihat win-win di atas, saya nampak anda ini dari golongan yang tidak nampak. Dalam hal "win-win" ini, tidak patut ada pada mana-mana ketikapun Islam ini diperlekehkan. Didalam sejarah perjuangan Rasulullah dan kisah perjanjian beliau dengan golongan kafir, tidak pernah ada peristiwa dimana beliau sampai sanggup mebiarkan Islam ini diperlekehkan, walaupun seketika. Dalam konteks win-win, ia sepatutnya tidak ditafsirkan secara sempit sebagai kejayaan seorang ahli PAS, seperti Datuk Nizar memegang jawatan pemerintah. Tetapi, win-win sepatutnya ialah situasi dimana Islam itu berjaya di dimertabatkan. Dalam kes Datuk Nizar kita nampak pakatn itu banyak memberi kelebihan kepada golongan bukan Islam (geran tanah sampai 999 tahun sedangkan umat Islam sendiripun tidak diberi kelebihan itu).
Menghayati tulisan para pemuda PAS, saya rasa tidak patut ada situasi bengkak hati, kerana adanya konsep menegur, memberi pendapat dan "freedom of speech" yang dianjurkan oleh Rasul dan para sahabah. Jadi berpeganglah kepada contoh yang ditunjukkan oleh Rasul dan para sahabah, beranilah memberi teguran apabila ia benar, walaupun kepada presiden parti sendiri, dengan cara lemah lembut, merendah diri, berhemah tetapi jelas dan tegas.
Pemuda PAS perlu berjiwa besar dan memahami mana perkara pokok dan mana persoalan ranting. Reaksi Pemuda PAS kebelakangan ini mengukur sejauh mana Pemuda PAS mampu memimpin dan menghadapi suasana sebenar masyarakat M'sia.
Atau Pemuda PAS boleh kembali semula kepada "confort zone" mereka seperti sebelum ini. Anda boleh terus dibuai dengan program mukhayyam, tamrin dan usrah sesama anda. Dengan ini anda tidak perlu lagi memendam rasa bersalah kerana kerana gagal mendidik masyarakat yang penuh dengan maksiat.
Alamak perkara macam ini pun dah lemah dan lembek. Apa lagi kena dihangat-hangatkan olih media perdana. Macam mana nak maju kedepan wahai pemuda PAS. The root cause bukan dari pemuda PAS, jadi apa sangatlah digusarkan?. Kita bukan maksum dan pasti buat kesilapan. Dan anggaplah satu lesson learnt. Satu cabaran kecil dah kelam kabut...apalah nie..??
Maaf tertinggal.
dan menegur dengan tidak manjatuhkan air muka orang lain
salam, fikirkan, jgn terlalu ikut emosi. kita memang perlu menjaga hati rakan-rakan dalam PR kerana negeri2 PR hanya kelantan dan kedah sahaja majoriti melayu islam. kalau nak buat undang2 islam secara drastik tgk apa jadi terengganu. baru KES PROTES dah sesuka hati suruh orang letak jawatan. biar Protes jadi iktibar kepada semua PR.
HAKIKATNYA kekuatan UMNO membolehkan melayu islam mendapat semua keistimewaan seperti biasiswa, hak beragama dll. apa dah jadi sekarang kenapa PAS tak jadi pencelah dalam kes MENGGUNAKAN NAMA ALLAH DI SABAH berbanding dengan konsert seluar dalam. saya cabar semua PEMUDA PAS menjadi pencelah dimahkamah atau membuat demo menentang PIHAK KRISTIAN mendapat hak menggunakan nama ALLAH AZZAWAJALLA. Kalau setakat kecoh boikot AJK PROTES, anak kecil saya pun boleh pi. janganlah jadi hipokrit dengan nama agama ALLAH. wassalam
Bagi saya PAS, termasuk pemuda kena keluar daripada kepompong politik kepartian dan mengambil sikap 'Look at the big picture'.
Kalau sudah puas dengan pencapaian di Kedah dan Kelantan, ok lah tu.
Tapi kalau nak perintah Malaysia, jalannya masih jauh dan panjang. Ada masa politik kepartian penting; ada masa kita kena menjadi sebuah jamaah yang menyeluruh, bukan setakat kempen mengundi, dan bukan sekadar menitahkan amar maaruf dan nahi mungkar.
Contohnya, jangan harap nak mendaulatkan shahadatain di bumi Malaysia kalau Sabah dan Sarawak pun tak dapat nak ditawan. Politik kepartian dan isu-isu semasa pula tidak akan meninggalkan kesan kalau nak berjuang di sana. Jadi pemuda kena bergerak lebih menggunakan pendekatan daawah bil hikmah di kawasan-kawasan 'virgin' ini , seperti Sabah dan Sarawak hatta Johor.
Semua ini memerlukan satu deliberation yang sistematik dan mengambil sikap "look at the Big Picture". Perlu difahami apa fiqh awliyat kita. Perlu dibuat suatu hazard analysis antara berkonflik dengan rakan2 PR dan melawan UMNO yang mana lebih membantu mendekatkan rakyat Malaysia ke syurga Allah dan menjauhkan mereka dari neraka Allah.
kalau sekadar melontar satu dua paku buah keras terhadap rakan-rakan PR lain, tanpa memahami keuntungan jangka panjang , susah la.
Tulisan Ust Hasrizal (saifulislam.com)
Adalah tidak mudah untuk PAS memainkan peranannya secara optimum pada suasana dan cabaran yang ada hari ini. Ujiannya pelbagai. Usahkan mahu mendidik rakyat, mahu menyebarkan nilai positif di kalangan sesama rakan DAP dan PKR pun, masih merupakan suatu proses yang panjang. Proses memperbaiki pendekatan PAS, bukanlah terjadi hanya dengan kertas kerja dan baca buku. Ia harus datang dari percubaan praktikal, pengalaman malah mungkin kesalahan dan kesilapan. Maka tindakan-tindakan PAS yang dirasakan tidak tepat, seharusnya menjadi bahan analisa untuk penambah baikan. Bukannya bahan untuk menghentam, mengutuk atau mencaci hina. Kecualilah oleh pihak yang meletakkan dirinya sebagai MUSUH kepada PAS. Jika yang menghina kesilapan PAS itu ialah MUSUH, maka janganlah dimarah anjing menyalak bukit kerana itu memang bahasanya dia. Dia musuh, what do we expect?
Maka, janganlah digusarkan insiden-insiden yang telah, sedang dan akan terjadi. Selagi PAS komited dengan prinsip keadilan, kejujuran dan terus menjunjung cita-cita mendaulatkan Syariat Allah, ia akan terus berada dalam kebaikan.
salam,
Tindakan pemuda pas menarik keluar unit amal dlm masa protes adalah tindakan beremosi, tidak wajar dan tidak bertanggungjawab. Kerana kesilapan seorang hishamudin rais yg gagal mengawal dan mengotakan janji dan kesilapan 20minit itu, SELURUH program menghadapi potensi isu keselamatan. Angkatan MUda Keadilan tidak trained untuk crowd control. Malah kita boleh lihat AMK pada hari itu adalah berbentuk ad-hoc, tangkap muat dan tidak berstruktur. Berbeza dengan unit amal yg berstruktur, juga satu institusi established dan berdisiplin dan patuh kepada ketua walaupun dalam keadaan genting. Kekentalan unit amal semasa crowd control dihadapan masjid jamek semasa bersih, membuktikan perkara tersebut.
Dan kerana 20 minit itu, semua benda dinampakkan sebagai silap. Pemuda PAS mempunyai kekuatan yg group lain tidak ada, tetapi itu tidak bermakna kepimpinan pemuda perlu menjerut leher partneship lain. Pemuda boleh membuat protes umum terhadap penganjur selepas program tanpa cuba menggadaikan keselamatan orang ramai, terutama pada malam ceramah 30ribu org tersebut. PUNISH ALL bcoz of one person & 20 minutes mistake.
Benar, ada kesilapan dan kesalahan yg berlaku kerana 20 minit "tonggeng punggung dan jilat jilat". Benar, perkara tersebut menjijikan dan menampakan siapa hishamudin rais. Tetapi bila kita perlu bersama sama dengan orang lain dalam mengubah masyarakat dan mobilisasi massa,, maka itu adalah antara risiko dan potensi kalut yang boleh berlaku.
Tetapi itu tidak bermakna isu keselamatan orang ramai yg menghadiri dan juga kwasan persekitaran boleh di jadikan sebagai 'blackmail' pemuda pas untuk menyatakan ketidak setujuan dgn apa yg berlaku.
Adalah malang, kerana isu tersebut, kepimpinan pemuda sanggup menjadikan keselamatan program sebagai satu kad dalam permainan tidak setuju mereka. Adalah malang juga, kerana 20 minit tersebut, program 13 jam itu dilihat gagal sepenuhnya. Yang kita fokus ialah 20 minit, tonggeng dan jilat tersebut.
Dalam apa keadaan pun, pemuda PAS tidak wajar memperjudikan keselamatan orang ramai. Semoga ini menjadi pengajaran dimasa hadapan.
BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH
Post a Comment