Wednesday, July 30, 2008

Mursyidul Am terus mengetuk pintu hati mereka yang insaf

Mursyidul Am PAS semakin hari semakin memanaskan suasana. Pada awalnya beliau mencadangkan agar Umno dan PAS, kedua-duanya dibubarkan. Kemudian sama-sama dibina satu parti baru berteraskan Islam demi perpaduan agama dan bangsa.

Mungkinkah ini sahaja cara yang terbaik. PAS dan Umno sudah bertelagah lebih separuh abad. Jalan terbaik adalah penyatuan dan tidak ada penyatuan yang lebih adil melainkan kedua-dua parti dibubar dan ditubuhkan parti baru, itu pandangan Tok Guru Nik Abd Aziz. Samada kita setuju atau tidak, itu pandangan beliau, sewajarnya ia diberi barang secebis penghormatan.

Memanglah cadangan itu sukar dilaksanakan. Mana ada orang Umno yang bersedia untuk membubarkan parti keramat mereka itu sebagaimana mana ada orang PAS yang mahu berbuat demikian. Tetapi mustahilkah ianya berlaku? Jika agenda penyatuan ummah itu dikira yang paling penting dan utama, apakah ianya nanti akan menggerakkan seribu satu kemungkinan?

Dalam pada orang ramai terkulat-kulat memikirkan cadangan Tok Guru yang mereka sayangi itu, tiba-tiba hari ini tercetus satu lagi idea dari pemimpin veteran PAS itu. Katanya jika terjadi pergabungan itu nanti, yakni Pas dan Umno, maka Hudud dan Qisas yakni undang-undang jenayah Islam bolehlah ditegakkan.

Sekali lagi cadangan ini pasti menecetuskan gelombang perbahasan yang hangat.

Kata Tok Guru sebagaimana yang dilaporkan oleh MStar Online:

Cadangan pelaksanaan undang-undang itu yang mengikut lunas syariat Islam akan dilakukan kemudian, selepas muqabalah (pertemuan) antara pemimpin kedua-dua parti mencapai persetujuan yang membawa kepada penubuhan satu entiti parti politik yang baru.

Saya pasti ramai makin terpinga-pinga dan terkulat-kulat lagi berikutan kenyataan Tok Guru ini.

Kenapa Tok Guru bangkitkan isu Hudud dan Qisas sekarang? Tidakkah ini nanti akan mencetuskan kemarahan kawan-kawan kita khasnya dari DAP (termasuk MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain). Tidakkah nanti semua pihak akan mula curiga kerana dahlah mereka menentangnya, dan PAS pun kelihatan seakan menikuskan agenda itu, tiba-tiba Tok Guru Mursyidul Am menghidupkannya kembali. Tidakkah nanti akan terganggu sokongan bukan Islam terhadap kita?

Mungkinkah nanti akan ada pula cadangan agar dimasukkan Tok Guru dalam senarai mereka-mereka yang wajar dikorbankan, tak silap dah semakin panjang senarai itu. Semakin pupuslah nampaknya kepimpinan ulamak……..habis semua mahu dinyahkan.

Bagi saya kenyataan terbaru Tok Guru ini sewajarnya difikirkan semasak-masak oleh semua pihak yang cemburukan Islam. PAS ini berjuang untuk apa?

19 comments:

Snowflake said...

Assallamualaikum
Sdr. Roslan
Text yang sama juga saya komen di ruangan Penarikbeca.
Kemungkinan besar ini lah "final examination" yang TGNA berikan kepada UMNO. Ikut telunjuk rakan komponen parti ke atau Agama itu diutamakan. Kemungkinan jugak ini cara nya TGNA memberitahu kepada semua parti politik bahawa prinsip PAS adalah muktamad. Snow amat kagum dengan cara berpolitik TGNA. Begitu "subtle and in a very diplomatic manner".
Wassallam

Anonymous said...

bro roslan,

hudud dan qisas? jgn kan DAP, MIC n MCA...pemimpin UMNO pun pasti melenting dengar perkataan hudud n qisas ni...hehehe

UMNO ni spesis pelik sket, mengaku je islam tp syariat islam byk di ketepikan. Kebanyakkan amik islam dlm bab kahwin n cerai je, yg lain2 ikut ala barat...ade ke patut!!

TG nik aziz tidak bleh dinafikan lagi kesungguhannye utk menegakkkan islam di muka bumi ini...perjuangannye konsisten..cara dakwahnye sangat berhikmah n tegas..tiada kompromi dlm bab syariat..

di harap semua pemimpin PAS mencontohi kepimpinan beliau..

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

insyirah08 said...

Pada pengiraan saya, semua yang dilontarkan atau dikeluarkan oleh pencinta Islam especially pimpinan tertinggi untuk memberi gambaran sebenar tentang tuntutan Islam.

If u want Islam this is what should be done. Senang untuk nampak perbezaan. Senang untuk nampak mana kawan dan mana lawan kita. Seperti mana TGNAA berkata, kita nak Islam kena semua, jangan kerat-kerat...

Anonymous said...

Assalammu'alaikum wbt

Ini menunjukkan kebijksanaan dan kematangan berpolitik YAB Tok Guru dan juga komitmen PAS terhadap perlaksanaan Hukum Allah swt.

Sekiranya UMNO, DAP, PKR dan lain lain membantah, nampak sangat mereka anti Islam, dan hanya PAS sahaja yang ingin menegakkan Hukum Allah swt.

Sekiranya UMNO bersetuju, ini akan membuka pintu untuk Hukum Allah swt dilaksanakan di Malaysia.

Ini akan menunjukkan siapa kawan dan siapa lawan.

UMNO kata mereka nak cakap dengan PAS pasal Islam dan Melayu, PAS kata kita nak cakap denagn UMNO pasal Hukum Allah swt.

Wassalam.

Abu Qamar

Anonymous said...

assalamualaikum,
Saya sebagai ahli Pas turut berasa agak gelisah dgn isu antara Pas dan Umno ni.Saya berpendapat agar pimpinan Pas segera menghentikan isu ini,dan kembali semula memberikan tumpuan pada Pakatan Rakyat.Umno tidak akan mudah menerima syarat2 Pas.Saya khuatir jika isu ini dipanjangkan..kewibawaan Pas dlm Pakatan akan tergugat..dan kita harus fikir semasak2nya adakah benar Umno sanggup menerima Pas dgn syarat2nya...atau Umno ini sekadar mahu menggoyangkan Pakatan Rakyat.Perjuangan ini bukan mudah..dan kita harus banyak bersabar dan berfikir panjang.Harap maaf jika pandangan saya ini kurang memuaskan..sekadar pandangan.

Anonymous said...

Salam saudara, Apa yang dicadangkan TG adalah dari ilmu yang sohih. Apa yang dapat saya fahami dari apa yang dicadangkan, ini adalah merupakan sindiran untuk UMNO dan ahli PAS yang terlalu ekstreme ( UMNO fobia).Ketahuilah, semua orang tahu yang PAS tidak mungkin dibubarkan, dan UMNO juga tidak akan dibubarkan. TETAPI, jika kedua-dua pihak betul betul ikhlas untuk menegakkan islam pembubaran tidak menjadi masalah. Apa ada pada sebuah parti, yang penting jemaah itu sendiri tidak berpecah. Sebab itulah TG beri kata dua, bubarkan parti bentuk satu parti dan laksanakan hudud dan qisas. Jika perkara ini telah dipersetujui, apa lagi yang hendak kita sangsikan?DAP pun tak boleh nak rasa terancam, even CM PP Lim Guan Eng pun setuju dengan pemerintahan islam yakni Umar bin abdul aziz. No hal punya, TG teruskan dengan kesohihan perlaksanaam islam walupun terlalu sakit untuk ditelan oleh orang yang rosak imannya.

Zam

Anonymous said...

sdr
inilah bagi saya berpolitik untuk islam yang sebenarnya ,bukan islam untuk kepentingan politik,buktinya kalau betul kerana kepentingan dan perjuangan Islam sudahpasti parti politik tidak membawa apa-apa makna.mana yang kita nak dahulukan islam atau parti politik( walau ada yang nama islam ).bukankah kita selalu katakan politik bukan matlamat hanya kaedah untuk menegakkan islam.nah inilah saat nak dibuktikan.

sekian.

Anonymous said...

Penjelasan mengenai hukum hudud & qisas masih lagi samar² terutama kpd kaum yg bukan muslim. Cthnya perbuatan mencuri. Bagi pemimpin yg mencuri khazanah rakyat mmg patut d hukum hudud ttp bagaimana pula yg mencuri makanan utk mengalas perut?? Sekiranya d tangkap, adakah turut d hukum potong tangan @ ada hukuman lain? Sbb itu perkara ini perlu d jelaskan. Adakah undang² jenayah Islam ini meliputi semua kaum?

Anonymous said...

salam,

tok guru presiden adalah ikhlas dan lurus tapi belum matang sebagai presiden. kelurusan presiden menyebabkan dia kadang2 terperangkap.

tok guru nik aziz adalah smart politician, ada masanya statement beliau adalah untuk menyatakan 'the unseen'.

Anonymous said...

bro roslan,

sebenarnye, yg menolak hudud n qisas ni merupakan golongan yg suka buat kesalahan di dunia ini spt jenayah n maksiat...sekiranye manusia x berani melakukan kesalahan/jenayah, tiada sebab dia membangkang pelaksanaannye.

untuk mewujudkan suasana aman dan sejahtera, hudud n qisas adalah jln penyelesaiannye, kecuali...bg mereka2 yg 'gemar' melakukan maksiat n salahlaku jenayah!!

fikir-fikirkan..

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

sdra, roslan.

ada 2 yg saya nampak di sini. pertamanya, tuan guru nak beri mesej kpd semua bahawa prinsip pas tidak berubah walaupun ubah apa nama parti baru etc.

keduanya, ia akan jadi tamparan 'pertama' kepada pak lah yg cuba mempermainkan/bermain politik , mempermainkan isu agama dan orang melayu. 'tamparan berikut' nya akan dihadapi lagi selepas ini samada pas yg buat satu lg tamparan kerana mempermainkan isu muqabalah-muzakarah, atau jika penyokong umno berani mereka sendiri akan melakukannya tidak lama lagi.

diarihijau said...

Assalamualaikum...

Kita sokong Pas krn Islam ke krn hanya inginkan kemenangan?

Nampak sgt ramai antara kita yg terlalu nak kan kemenangan sehingga sanggup gadai tujuan sebenar perjuangan Pas. Buktinya, klw ada pimpinan cakap psl kepentingan Islam sikit ramai yg risau bahkan kata macam2 sampai peringkat maki hamun kpd ulamak demi menjaga hati rakan PR yang kafir laknatullah. Kalau dari peringkat ahli biasa takpe, ni dr kalangan pimpinan tertinggi sendiri. Nak senaraikan ulamak2 di tempat 'reject' la.

Kalau kita perhatikan, yg duk bersungguh sgt nak jg hati rakan PR sehingga sggup tergadai hadaf perjuangan tu kebanyakan pimpinan yg muncul slps reformasi. yang sokong muqabalah ni orang yg Pas sejak dulu2 lagi. Nampak2 ramai pimpinan kita ni yg lebih2 kepada habuan dunia. Inilah barangkali sebagaimana yg dikatakan orang jenis PAS Klon?

awang said...

Salam brader Roslan yang saya hormati,

Apa yang kami golongan marhaen ni boleh buat untuk mengelakkan kami tergolong dalam golongan orang2 yang menanam saham untuk meruntuhkan kepimpinan Islam, kepimpinan Ulamak?

Maklumlah, kami ni org2 bawahan je...memang kami kenal TGNA, TGHA, Ust Nasha...brader Roslan pun kami kenal...InsyaAllah kami yakin kepimpinan kalian, tapi kalian manalah kenal kami ni....kami ni org bawahan je...jadi kami perlukan kata2 semangat dari kalian...katakan yang apa yg berlegar disekililing kami ini fitnah semata2...kami cuma khuatir, perbincangan demi perbincangan perihal muqabalah ni akan memecahbelahkan jemaah...sekarang ni banyak penulis yang mengaku PAS, tapi kutuk pemimpin, aibkan pemimpin, fitnah pemimpin tak ingat punya...macam dah takde pegangan...

Memang kami takut golongan2 ini akan menambahkan lagi senarai mereka2 yang mesti dinyahkan dari PAS...nauzubillahiminzalik..

Anonymous said...

Salam,

Satu kaedah politik yg hebat dan bijak drpd TGNAA. Saya lebih melihat kepada senapang 2 mata. Strategi politik yang sukar untuk orang2 seperti kita memikirkannya. Semoga Allah melindungi TGNAA.
Takbir.

Max_Underwood said...

Nik Aziz is a genius. May Allah bless this man. Siapa kata melayu semua bodoh hah?

cybertick said...

Salam

Kalau dilaksanakan Hudud dan Qisas, adakah ianya untuk seluruh rakyat MALAYSIA, atau orang ISLAM sahaja?
Kenapa DAP, MCA dan MIC nak bising2?
Diorang tertakluk di bawah hukum sivil.

Anonymous said...

sebagai penyokong pas, dgn kenyataan yg dibuat oleh tok guru itu benar2 melapangkan dada yg sempit disebabkan huru-hara politik yg berpanjangan....semakin cerah apa yg kelihatan gelap & kabur

naik lanca said...

Bila TGNA bercakap, TGHH, Ust. Nasha, dan lain pemimpin bercakap, memperjelaskan semuanya jadi cerah terang benderang, bukan apa penyokong2, ahli2 PAS sangat sayang pada PAS, mereka takut PAS di tipu oleh lanon2 umno, Sayang luar biasa ini hingga menimbulkan kemarahan tidak semena-mena tapi bila komunikasi dalaman telah di pulihkan, semua jadi terang malah kefahaman apa itu politik PAS semakin mantep! Kulo sangat tertarik pada ayat suci Al-Quran maksudnya kurang lebih begini..bila orang fasik membawa berita kena selidik dulu! Paklah seorang fasik bawa berita telah hampir mengugat keutuhan PAS! MashALlah!

ojo ngono

Anonymous said...

Mungkinkah nanti akan ada pula cadangan agar dimasukkan Tok Guru dalam senarai mereka-mereka yang wajar dikorbankan, tak silap dah semakin panjang senarai itu. Semakin pupuslah nampaknya kepimpinan ulamak……..habis semua mahu dinyahkan.
----------------------------
Selagi adanya balaci anwar (datuk KJ) selagi tulah pas akan jadi macam ni