Sunday, July 27, 2008

Berlaku adil kepada semua

Saya mendapat maklum terus berkenaan ucapan Tuan Guru Presiden PAS di Perak. Ia banyak menyentuh tentang isu muqabalah dan beberapa penjelasan yang ternyata sebelum ini tidak sampai kepengetahuan ahli-ahli di akar umbi. Sudah pasti mereka yang berada di Majlis Konvensyen PAS Perak ke 13 yang dirasmikan oleh beliau itu bertuah kerana memperolehi maklumat terus darinya.

Di sinilah penting seluruh jentera kita memain peranan menyatakan intipati dan point-point penting dalam ucapan beliau itu semoga kita dapat lebih faham dan maklum akan perkembangan semasa yang sedang berlaku dalam parti kta sendiri.


Mendapat maklumat terus sebegini adalah penting bagi mengelakkan sebarang kemusyikilan apalagi syak wasangka yang bersarang akibat penerangan dari pihak-pihak yang tidak berkaitan atau mempunyai kepentingan lain.

Tetapi saya kesal kerana melihat tidak banyak saluran media parti yang memetik apalagi menonjolkan point-point yang kritikal itu. Saya harap ianya terjadi begitu kerana kelemahan mereka, tanpa niat. Satu sumber rasmi parti sekadar melaporkan:

PAS bersedia bertahaluf dengan rakan yang berlainan idealogi dan dipersetujui oleh Majlis Syura.Di sana ada titik persamaaan seperti, keadilan, menentang diskriminasi, penindasan. di atas titik yang sama ini Pakatan Rakyat ditubuhkan," jelasnya.

"Dalam masa yang sama ,katanya, PAS masih sanggup mengadakan muqabalah bukannya muzakarah dalam keadaan PAS ditekan yang sangat kuat oleh Umno.

"Sebelum ini ada pemimpn PAS yang dibunuh, ada pemimpin PAS di Terengganu difitnah berkhalwat pada tahun 50 -an., ketika PAS memerintah di Terengganu `dirompak' royati minyak, pengikut kita di kampung dinafikan hak kerana menyokong PAS, pelajar di luar negeri dinafikan haknya dan lain-lain lagi

Tetapi kenapa berhenti sekadar itu? Sedangkan pada pengamatan saya ada asas-asas penting yang terbit dari lidah Presiden selepas dari itu. Saya berterima kasih kepada YB Drs Idham Lim, kerana memberikan laporan yang lebih komprehensif dan bermakna sebagaimana posting yang beliau berikan kepada Tranungkite yang antara lain berbunyi:

Persoalan mengapa kita bertemu oleh mereka dijawab oleh Presiden PAS, berdasarkan perintah Allah SWT Surah Al Anfal 61-63.Maksud firman Allah SWT:

“Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.” (Al-Anfal:62).

Tegasnya, Muqabalah bukannya muzakarah, PAS mengemukakan perkara-perkara yang dilakukan oleh UMNO yang menjadi teras pemerintahan yang tidak mudah dilupakan oleh rakyat.Menerima bersemuka dengan pemimpin UMNO kerana kita menerima hakikat teras pemerintahan ini adalah UMNO. Dengan harapan supaya berlakunya anjakan paradigma pemimpin UMNO yang memberi kesejahteraan kepada rakyat. kita tidak mahu melakukan seperti orang yang menebuk kapal, dibahagian bawah sehingga semua mati, berundinglah dengan orang di tingkat atas untuk menyelesaikan masalah.

Berilah peluang kepada Presiden untuk memimpin dan mengemudi jemaah kita dalam tempuh kepimpinan beliau ini.

1 comment:

Anonymous said...

ah, sekali lagi saya terpergi ke blog ini. dan ah, sekali lagi saya kecewa.

sdr merungut tentang tahap liputan dato' seri presiden dalam media.

dan ah, nampaknya sdr sbg press sec kurang berkesan berperanan.

atau pada pemahaman sdr, itu memang bukan tugas sdr sebagai setiausaha akhbar?