Sunday, July 27, 2008

Apa ada pada papan tanda

Beberapa perkembangan yang berlaku kebelakangan ini seharusnya mencetuskan naluri kita untuk berfikir dan mengambil sikap. Kita memang sentiasa diunjurkan agar berlapang dada dan bersikap terbuka khususnya dalam hubangan antara dan sesama kaum dalam negara. Kemajuan dan kemakmuran negara hanya akan dapat dicapai kiranya wujud perpaduan kaum. Itu realiti yang penting.

Dalam waktu yang sama oleh kerana orang Melayu dan umat Islam merupakan segmen teras dalam negara, maka toleransi mereka sangat kritikal. Begitu juga sensitiviti yang melibatkan kaum, lebih-lebih lagi anutan dan pegangan mereka perlu sentiasa terpelihara.

Ketua Pengarang akhbar The Star, seorang bukan Melayu, menyentuh darihal tindakan parti Gerakan (komponan BN yang didominasi kaum Cina) menaikan papan tanda berbahasa Cina di beberapa jalan utama di Pulau Pinang (dan kemudiannya diturunkan oleh pihak penguatkuasa PBT). Khabarnya Gerakan bertindak demikian kerana semasa mereka memerintah dahulu DAP telah menaikkan papan tanda yang sama.




Sebelum itu kerajaan negeri mencadangkan papan tanda pelbagai bahasa (ekoran cadangan dua orang ahli majlis dari DAP agar disertakan bahasa Cina pada papan-pana tanda jalan-jalan di negeri itu kerana mahu membantu pelancong-pelancong dari Tanah Besar Cina) untuk menggantikan papan-papan tanda yang ada.

Dan dalam mengambil bahagian di dalam polemic inis eorang ADUN Pulau Pinang (anak Karpal) mencadangkan dimasukkan juga bahasa Punjabi sekali.

Dizaman moden ini buatlah sesuka kamu, kenapa tak masuk bahasa Kadazan, Iban, Tagalog, Siam dan lain-lain. Mungkin papan tanda jalan-jalan nanti sebesar billboard raksaksa di Petaling Jaya kerana mahu memasukkan semua bahasa dan dailek yang penting-penting.

Lalu kemana kesudahan kita?

Kalau kita menyatakan biar kekal bahasa Melayu sahaja kerana ia bahasa Kebangsaan dan diperuntukkan dalam Perlembagaan, nanti orang kata kita “ultra” dan cavunis Melayu. Tambah pula di beberapa negeri majoriti Melayu, bahasa Jawi pun terdapat di papan-papan tanda di sana (tanpa menyedari bahawa bahasa Jawi itu adalah abjad Arab yang digunakan oleh orang-orang Melayu sejak sebelum kedatangan bangsa-bangsa lain ke sini).

Saya teringat ketika MB Kedah yang baru meletakkan tulisan jawi pada plat kereta rasmi beliau, ia turut dijadikan isu oleh sesetengah pihak sehingga dibuat laporan kepada JPJ negeri!

Apa ada pada tanda jalan?


Memang benar, tetapi kiranya kita sudah hilang sensitiviti kita, entah atas apa sebab, maka OK lah, walaupun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tetapi kerana bahasa-bahasa lain juga penting, khasnya kerana kehadiran masyarakat berbilang kaum dalam negara, dan kunjungan pelawat-pelawat asing, maka berilah laluan. Selepas ini jangan lagi papan tanda hanya dalam bahasa Melayu, Jawi mungkin boleh digugurkan kerana tak ramai yang reti membacanya, maka bersedialah pihak PBT sebagaimana saya sebutkan di atas untuk menaikan papan tanda yang besar kerana kita mahu bukan hanya pelancong dari Tanah Besar Cina, tetapi juga dari benua kecil India, Kutub Utara dan Selatan agar tidak sesat apabila sampai ke negara kita ini.

Kenali Malaysia, cintai Malaysia.

6 comments:

Anonymous said...

bro roslan..
lu tgk tulisan jawi'JALAN CENGAL', kan ke salah ejaannya tu...nape huruf cha dgn huruf ain tidak bersambung!hehe

Anonymous said...

Assalammu'alaikum wbt

Takkan UMNO Pulau Pinang senyap saja dengan perbuatan Gerakan. Kesianlah Melayu di PP yang berpayung di bawah UMNO.

TIADA PEMBELAAN.

Wassalam.

Abu Qamar

Anonymous said...

Saudara Roslan SMS,
ASSALAMU'ALAIKUM!

Saya 'tabik hormat' dengan pemain-pemain demokrasi melayu ni yang bijak menghakis serta mengadai warisan dan identiti mereka. Hinggakan perkataan 'Melayu' pun sekarang ni amat ditakuti. Kalau disebut takut disyaki orang UMNO. Jadi, Tok Pakir ni pun tak nak mengaku melayu. Takut jadi suspek.
Baguslah tu. Teruskan!

Nak tahu juga sunnah apa yang dipakai sampai jadi begini. Semuanya hebat-hebat belaka ilmunya. Sekarang ini perkataan 'Melayu' hendak dibuang, lepas itu Melayupun kita buang. Yang peliknya, Islam zaman Nabi sallaLlahu alaihi wassalam pun masih kekalkan perkataan ARAB. Ok, saya Arablah kalau gitu. Bahkan dalam Al-Qur'an pun ada perkataan ARAB. Perkataan Quraish pun ada. Nama surah lagi. Bangga dengan kaum ke tu?. Jadi, kebangsaankah Al-Qur'an itu?. Sendiri jawablah. Saya orang Arab, bukan melayu. Jadi tak nak jawab.

Nampaknya pemain-pemain demokrasi lebih pandai dari Walisonggo. Pemain demokrasi buang kemelayuannya dan melayu pun terbuang sepanjang permainan demokrasi mereka. Walisonggo mengislamkan nsantara melayu tetapi kemelayuannya tak dibuang.
Opps.. takat tu saja. Nanti orang cap oarang UMNO.

Respeklah you all. Well done!

WabiLlahi taufiq
TOK PAKIR KORBANDEMOKRASI

wakmeli said...

Zaman keterbukaan dan kebebasan perlu ada tapi kita xperlulah sampai menggadaikan apa yg terkandung dlam perlembagaan negara. Cina2 tu suma baik punjabi, masing2 nak tunjuk kuat sebab dorang nmpak melayu ni lemah dan hina. mereka dah xreti nak hormat org melayu apatah lagi islam. Saya bimbang suatu masa nanti bangsa dan agama kita akan merempat dibumi sendiri. Penggunaan papan tanda dlam bahasa cina bukan tujuan memudahkan pelacongan tetapi penghinaan terhadap 'bangsa malaysia'. Orang cina nak hak sama rata tapi xnak mengorbankan apa yg mereka miliki contohnya sek cina.
kita org melayu sendiri gagal menaikkan martabat bahasa dan agama kita. xde akta2 ke yang boleh menghalang mereka drp memperlekehkan dan menghina bahasa dan agama rasmi negara? Saya nmpak skrg ni org bukan melayu/islam terlalu besar kepala terutama DAP.
MCA walaupun sama je tapi sekurang2nya dorang xde la 'extreme' cam DAP. kita kena bezakan antara kafir harbi dan kafir zimmi. Tipu daya org kafir ni kita kena sekat dari awal. Papan tanda ni contoh kecik je belum masuk IFC lagi. Wallahualam.

Anonymous said...

Para pemimpin berketurunan Cini patut diberi kursus kesedaran diri dari aspek kerakyatan. Nampak sangat mereka ini tak tahu di mana mereka berpijak. Dan dari mana asal mereka dibawa dan dipungut di negara ini. Sedarkan mereka yang bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan bukan bahasa lain. Dari aspek negara bahasa Cina dan Tamil sebenarnya tidak wujud. Dan memang wajar sekolah jenis kebangsaan dimansuh, manakala bahasa kebangsaan dikuatkuasakan secara tegas dalam setiap ranah hidup di negara ini. Tak tahukah bahawa tulisan Jawi itu tulisan warisan budaya bangsa di sini. Ini bukan negara China atau India.

Awang Kata said...

Masih kolot dan ketinggalan fahaman bahasa mereka ini nampaknya.Mereka perlu diberi penerangan dan kefahaman tentang bahasa kebangsaan negara.Macam mana mereka nak beri kefahaman bahasa kepada rakyat kalau sendiri pun masih tak reti bahasa.Mereka bukan lagi rakyat negara China yang perlu bela kecinanaannya di sana, mereka kini dah jadi rakyat Melayu - kerajaan Melayu.Mereka patut diperangi dalam hal ini.