Friday, July 04, 2008

Tak perlu tambah waktu operasi "cyber cafe"!

Apa dia cyber cafe?

Di negara kita, pihak PBT memberikan lesen kepada pengusaha yang memohon untuk menjalankan kegiatan ini. Pengusaha menempatkan sejumlah komputer di premis mereka dan ia semuanya memiliki kemudahan internet. Premis ini biasanya berhawa dingin dan dikawal oleh seorang juruwang yang akan memantau penggunaan komputer berkenaan menurut kadar jam dan mengenakan caj.

Oleh kerana alam siber kini merupakan sebahagian dari kehidupan kita maka sudah pastilah keperluan untuk melayari internet turut menjadi suatu rutin hidup kepada sebahagian besar masyarakat. Lantaran itu kehadiran "cyber cafe" ini sudah pasti memberikan kemudahan kepada para pengguna (terutama mereka yang tidak memiliki talian internet di rumah) untuk mendaptakan maklumat terkini, melayari laman-laman kegemaran mereka, memeriksa dan mengirim email serta mengemaskinikan blog atau laman masing-masing.

Menurut laman web Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), aktiviti utama ataupun core business pusat siber dan kafe’ siber adalah dihadkan kepada aktiviti penyebaran dan mendapatkan maklumat melalui internert sahaja. Ini bermakna kegiatan-kegiatan berikut tidak dibenarkan iaitu:

Permainan video; – Perjudian; – Mengakses dan muat turun gambar-gambar lucah; – Muzik (pipe music); dan – Penjualan bahan-bahan bercetak khususnya yang mengandungi unsur-unsur negatif.

Bagaimana cyber cafe yang anda tahu?

Adakah "cyber cafe" yang anda tahu benar-benar menjalankan kegiatan memberikan khidmat pelayaran internet kepada para pengunjungnya atau apa? Saya kira hanya segelintir kecil yang benar-benar menggunakan "cyber cafe" bagi maksud melayari internet untuk kegiatan-kegiatan yang saya gariskan di atas, selebihnya hanya mengunjungi "cyber cafe" untuk permainan video, termasuklah aktiviti perjudian serta kegiatan negatif yang lain.

Ada di antara "cyber cafe" inbi bagaikan gelanggang pusat video game dengan pengusahanya sudah memuat turun permainan tertentu termasuklah yang di "pirate" kan bagi kegunaan pengunjungnya yang kebanyakkan terdiri dari anak-anak muda dan murid-murid sekolah.

Oleh itu saya menganggap cadangan ahli EXCO PBT Selangor Ronnie Liu untuk membenarkan "cyber cafe" di Selangor untuk beroperasi sehingga jam 1 pagi (kini sehingga 12 malam) adalah keterlaluan dan melampau. Beliau sepatutnya memastikan yang semua "cyber cafe" yang dilesenkan benar-benar menjalankan operasi berdasarkan "core business" mereka iaitu menyediakan kemudahan melayari internet untuk penyebaran dan mendapatkan maklumat.

Kerana samada beliau sedari atau tidak kebanyakkan "cyber cafe" di Selangor sudah lari dari matlamat asalnya dan malah kini menjadi pusat anak-anak muda berkumpul dan menjalankan aktiviti "gelap" mereka.

Penguatkuasaan sepatutnya dipertingkatkan terhadap "cyber cafe" seluruh Selangor bagi memastikan yang mereka metahui syarat yang dikenakan selain bertindak terhadap "cyber cafe" haram. Selangor bawah Pakatan Rakyat mesti berbeza dari Selangor bawah BN jika tidak, apa maknanya.

Saya rasa diperingkat ini dari EXCO berkenaan sibuk memperjuangkan nasib pengusaha "cyber cafe" lebih baik beliau membentangkan garis panduan baru "cyber cafe" sebenar yang yang dikehendaki oleh kerajaan negeri dan disenangi oleh masyrakat. Biar "cyber cafe" benar-benar menjadi pusat untuk memperolehi maklumat dan bukannya pusat maksiat dan kegiatan haram.

10 comments:

dhuat79 said...

Semenjak 'media rakyat' (sms, mms, 3g, blog) berkuasa sekarang ini,

depa tak maulah rakyat tahu akan kebenaran.

Depa nak kongkong minda rakyat.

Semacam zaman kegelapan -"spellbinder"

Padan muka BH dan UM tak laku...

Anonymous said...

Saya tidak setuju dengan perlanjutan waktu perkhidmatan cyber cafe sehingga ke 1.00 pagi. Saya juga merasakan bahwa semua aktiviti lain termasuklah kedai makan hanya patutnya dihadkan kepada jam 11.00 malam.

Waktu malam adalah waktu untuk manusia berihat, berkumpul dan berbincang dengan keluarga, melakukakn kerja-kerja pejabat, beribadat dll., bukannya untuk berpeleseran di kedai-kedai makan, cyber cafe, disko dll. Agar, besoknya mereka bersedia untuk memulakan aktiviti mereka disamping mempunya peluang untuk merapatkan siratul rahim dengan ahli keluarga.

Memang manusia diberikan Allah fikiran untuk menentukan yang mana baik dan buruknya. Tetapi tidak semua manusia berupaya mengikut akal mereka. Sebab itulah wujudnya undang-undang dan peraturan. Saya merasakan undang-undang mengetatkan waktu aktiviti ke 11.00 malam perlu di adakan. Ia akan menjadikan rakyat Malaysia lebih produktif dan memeprbaiki hubungan kekeluargaan.

Malahan di banyak negara maju seperi Jepun, waktu aktiviti di hadkan tidak sampai tengah malam

Anonymous said...

Saudara Ahmad:

Apa pendek akal sngat kamu ini? Orang cakap pasa Ronnie Liu (DAP) nak panjangkan waktu cyber cafe , kamu dok tukar topik kepada ise media

Anonymous said...

Ini perangai DAP yang sebenarnya!.

Lagi PAS terus nak bersekongkol dengan mereka.

Kalau PAS hanya berfikir pasal kuasa beginilah yang dimainkan oleh DAP!

Anonymous said...

Kirim salam kpd PBT...
Damansara Damai ada berpuloh CC kebanyakannya hingga 3 pagi.Ada sekurang2nya 3 CC yang beroperasi 24jam dan mesin yg ubahsuai sebagai mesin judi

Anonymous said...

Sebagai tempat untuk mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat, maka eloklah waktu operasinya 24 jam. Ini untuk memberi peluang dan kesempatan kepada semua golongan yang memerlukan.
Fikirkan dari sudut positifnya..

Anonymous said...

Bagi saya hanya perkhidmatan kritikal sahaja yang perlu dipanjangkan kepada 24 jam sehari; contohnya, kedai serbaguna seperti Seven Eleven, itupun bukan semuanya mesti diberi lesen 24 jam; kedai petrol; polis; kesihatan seperti hospital, klinik, farmasi; penginapan; kedai-kedai di stesen dan tempat persinggahan pengangkutan awam; dll.

Cadangan menjadikan perkhidmatan cyber cafe 24 jam tidak perlu, ia hanya melahirkan individu yang mempunyai kemahiran organisasi diri yang buruk. Kecenderungan berada di cyber cafe selepas waktu tengah malam untuk mencari maklumat menggambarkan individu tersebut lemah pengurusan diri

Anonymous said...

Cadangan itu tidak menjadi masalah jikalau langkah langkah penguatkuasa diketatkan. Pastikan ada pihak berkuasa sentiasa memantau setiap cyber cafe yg beroperasi dan pastikan cyber cafe dalam keadaan terang bukannya malap macam kedai snooker. Masalah utama adalah kurang pemantauan dari pihak berkuasa menyebabkan cyber cafe bertukar menjadi sarang maksiat..mengaccess porno dll.

Anonymous said...

Aku kerja mlm jer.. conference ngan overseas client (system development). Part time buat support (on call). Jarang sesangat buat support tengah2 hari buta kecuali betul2 emergency.

Parking x payah bayar. Jalan x jem. Minyak save (sbb x jem n x panas). X HALAL ke rezeki yg aku carik bila buat keje mlm? Client bayar cash. Kerja lebih, duit lebih. X keje, x de duit. Lain la kalau aku duk office, either buat keje ke tidak, bulan2 dpt gaji.

So, dah penat keje, mesti la nak makan/minum (x HALAL ke makan tengah malam dgn duit hasil usaha aku sendiri)?

Aku slalu online tengah malam. Dulu sebelum pakai wireless broadband, slalu pergi cybercafe. Sebab, korang paham2 jer la service tmnet dan ridiculous charges yg dikenakan.

Ada satu cybercafe berdekatan Plaza Idaman (Net.Point kot, aku x ingat nama cc tu) yang selalu aku pergi untuk email documents, carik maklumat dll. Sepanjang masa (se tau aku) diorg akan pasang mp3 surah2 AlQuran. Ada toilet yg bersih dan surau. Majority customer student drpd Middle East. Buat assignment dan menghubungi keluarga.

Jarang sesangat aku tengok bebudak main game, buat bising. Nak smoke pun kena keluar. Tempat bersih. PC x banyak masalah.

Kalau nak bukak 24 hrs pun aku sokong sepenuhnya. Aku keje siang malam carik rezeki yang halal - bukannya makan gaji..

Anonymous said...

ronnie liu pon pengusaha cybercafe...