Sunday, July 13, 2008

Pengunjung ke 1,862,775

Semalam 12 Julai genaplah dua tahun saya menggunakan Motigo Webstats untuk mengukur dan memantau bilangan pengunjung ke blog ini walaupun blog ini sebenarnya saya mulakan lebih awal iaitu pada 20 Mei 2004.

Menurut statistik Motigo sejak semalam blog ini telah dikunjungi lebih 1,862,775 juta kali iaitu sejak 12 Julai 2006.

Saya berterima kasih di atas sokongan anda semua disamping komen dan teguran yang diberikan. Mudah-mudahan saya diberi kekuatan untuk terus mengisinya, insyallah.

Kebetulan esok 14 Julai 2008 genap pula usia saya 45 tahun. Saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana memberikan kesempatan untuk hidup di atas bumi Nya ini dan berdoa semoga hidup saya terus dipenuhi dengan kerja-kerja untuk agama Nya dan nanti bila dimatikan juga dalam keadaan demikian.

Saya berdoa juga semoga Allah melindungi dan menyayangi kedua ibu-bapa saya yang dengan izin Nya telah membawa saya ke sini, terlalu besar jasa kedua mereka untuk mampu saya balas sepanjang dipinjamkan ke dunia ini.

9 comments:

Anonymous said...

Saudara Roslan,Tahniah,

Saudara bernaung di bawah PAS, seharusnya saudara dapat membawa orang mendekati Allah melalui blogging. Bilangan pengunjung yang banyak jika tujuannya sekadar duniawi, ia tiada nilai di sisiNya.

Anonymous said...

Assalammu'alaikum wbt

Saudara Roslan,

Kebetulan cucu ana pun dilahirkan pada 14hb Julai.

May Allah swt bless you with many more birthdays in Happiness, Health and Iman.

Wassalam.

Abu Qamar.

Syaikh al-Bakistani said...

masya Allah, umur Saudara Roslan SMS 45 tahun... umur bapa ana 47 tahun... kena panggil pak cik ni.... atau tuan haji :)

Al-Bakistani
http://al-bakistani.blogspot.com

Anonymous said...

Pening juga saya ini Uncle Roslan, mana satu ini ....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Teruskan usaha jagan mudah patah semangat - Asuhan

Anonymous said...

Tahniah saudara Roslan,

Teruskan perjuangan supaya blog saudara dapat menarik lebih ramai pengunjung yang akan dapat memahami ISLAM dan Perjuangan PAS dengan lebih jelas.

Anonymous said...

teruskan perjuangan bro roslan....best baca blog bro.

Snowflake said...

Assallamualaikum
Congratulation!
FYI, I frequent your blog 3 times a day and off course all your articles are knowledgeable. Keep it up.
Wassallam

Cik Lee said...

congratulation, pakcik roslan. Ops.. pakcik ke... :) Semoga meneruskan usaha berblogging ini selagi hayat dikandung badan..