Friday, July 25, 2008

Setia di bawah “Kepimpinan Ulamak”

Saya tidak tahu apakah ia benar akan terjadi atau sekadar satu khabar angin, gerak saraf kelompok yang kecewa dan tidak berpuas hati. Apa pun saya berharap ia tidak terjadi kerana sejak kedua-dua Tok Guru yang ditemani anggota terkanan Majlis Syura selesai meredakkan kekusutan di JKR10 baru-baru ini PAS sepatutnya “move forward”.

Parti Islam yang lebih separuh abad usianya ini mempunyai agenda yanglebih penting iaitu memartabatkan Islam, yang kita warisi dari junjungan kita Nabi Muhammad saw.

Tetapi kalau anda merasakan ianya hak anda untuk bersuara, berhimpun di Pejabat Agung bagi menunjuk perasaan anda, menentang ini atau itu atau menyokong ini atau itu, itu hak anda. Terpulanglah. Kita mungkin boleh menang sorak, tapi jangan sekali-kali sehingga parti tergadai.

Kebetulan saya terbaca posting adinda Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz di http://nikabduh.wordpress.com/2008/07/24/hidangkanku-secangkir-kopi-panas/ ,
yang menyatakan:

Muzakarah itu damai. Muqabalah itu damai. Ia berbeza pada bezanya dan ia sama pada samanya.

Anda melihat balah dua ulama pada sisi pandang balah PAS-UMNO. Ah, langit dan bumi antara keduanya. Mereka menjunjung al Quran sedang yang satu lagi, satunya menjunjung, satu lagi memijak! Samakah?

Sekarang, ayahanda telah kata, tiada beza antara kami. Pertemuan dibenarkan.. Ya, mereka orang politik. Takkan nak bincang matematik. Mereka bincang politik. Politik itu kehidupan. Politik itu dunia dan akhirat.

Sesetengah anda merancang untuk berhimpun di pejabat agung menyatakan sokongan pada tok guru. Apa, kamu ingat menyayangi tok guru adalah dengan membenci tok guru yang lain. Kamu ingat menyayangi Ali adalah dengan membenci Umar. Bodoh..

Perang berjalan, manakala damai, berikan jalan untuknya.

Semoga PAS di bawah “Kepimpinan Ulamak” akan mampu memacu Islam ke tempatnya yang sepatutnya, insyallah.

9 comments:

Anonymous said...

Jika muzakarah itu berkaitan perpaduan melayu & Islam, sepatutnya ianya perlu minta izin d peringkat akar-umbi supaya tiada kekeliruan, apatah lagi perjumpaan itu melibatkan org No. 1 dari Umno. Perbandingan ttg pertemuan DS Anwar dgn komponen BN, ianya hanyalah sekadar pertemuan kecil, terpinggir & tdk popular.

PAS perlu kerja keras semula utk menerangkan kpd rakyat yg masih keliru ttg pertemuan tersebut. Blog malaysia-today yg bertajuk 'Tahun Meliwat M'sia' jelas memperlihatkan rakyat d landa kekeliruan yg dasyhat.

Anonymous said...

Semua kembali tenang setelah Syura bertemu TGNA tetapi masih ada suara sumbang yang masih degil. Bukan buruk sangka, tapi tatkala Islam di cemuh, di curigai serta di takuti oleh kafir dan juga oleh orang Islam yang ngaku hebat serba tahu sampai mencaci bahwa orang2 yg pakai serban pemikiran tersekat kerana kononnya lilitan serban yang ketat telah mencengkam hingga darah tidak mengalir ke kepala menyebabkan mereka yang berserban (sunnah) menjadi jumud/beku atau kematu otak mereka hingga jadi celaru dan bodoh. Orang Islam sendiri menghina serban yang di pakai ulama' yang kafir apa lagi?
Justeru itu, suara suara sumbang yang masih kedengaran mungkin datang dari pengkhianat2 serta musuh2 yang telah menyusup masuk serta mengaku jemaah.Munafiquun?

Anonymous said...

assalamualaikum sdr roslan. mintak penjelasan atas tulisan tulisan sdr tulang besi di dalam blognya. kalau betul, tindakan mesti diambil kepada hj mustafa ali, ust nasa dan dr hasan ali. kalau tak betul, tindakan mesti diambil kepada tulang besi kerana dia ahli PAS dan yang dituduh kena buat statement. sekarang ni yang dituduh macam diam jer...sampai orang ingat memang betul segala tuduhan terhadap mereka. ahli PAS sedang memerhati...

awang said...

Saudara Roslan, boleh tak minta kepada Ust Nasa, Mustfa Ali, Dato Hasan Ali dan lain2 pimpinan buat clearance statement...banyak blogger yang masuk ke laman-laman alternatif sperti Malaysia-Today, Tranungkite, Marhaen nampaknya tak habis2 nak memburukkan pimpinan kita ni...tuduh fraksi UMNO dan macam-macam...mengaku ahli PAS, tapi tuduh pimpinan lebih dari UMNO mengata PAS...antaranya blogger Tulang Besi....

Saya yakin semua itu fitnah, tapi hati sedih sebab pimpinan yang kita sayang nampaknya cuba dimusnahkan dari dalam...musuh dalam selimut, lebih munafik dari UMNO...

Tolonglah minta mereka keluar statement...clearkan nama diorang...

Anonymous said...

bila roslan mengatakan org lain bodoh, jgn terperanjat org lain juga boleh mengatakan roslan bodoh..

nanti balik rumah panggil anak anak bodoh.. atau cuma dengar kalau anda anda memanggil org lain bodoh ...bagus ke bunyi nya ..

hanya org bodoh saja yg menggunakan perkataan bodoh dan membodohkan org lain...

then let start the name calling..bodoh sana ...bodoh sini ..

roslan sms said...

Asm

Sdr Hairul Anuar

Hairan bila kita mengulas dan menyebut berkenaan kes yang besar-besar dan "high profile" pandai pula kita menuntut orang mengemukakan saksi, jangan fitnah, mubahallah dan lain-lain. Tetapi dalam waktu yangs ama kita sedap-sedap menitipkan fitnah dan kerana ia berbentuk sensasi maka fitnah itu dipanjang-panjangkan dimerata tempat.

Saya seperti sdr. tetapi pemimpin seperti yang sdr sebutkan antaranya Dato Mustapha Ali (yang baru berbual dengan saya melalui telefon sebentar tadi), Ustaz Nasha dan Dato Dr Hasan semuanya berjiwa besar.

Mereka boleh tersenyum dan berjenaka, bahawa Dato Pa kini terima 5 star rating dan Dr Hasan 4 star dalam kategori tokoh PAS yang teruk diserang dan dimaki hamun.

Tetapi sikap mereka, biarlah, kerana niat dan matlamat mereka jelas lillahhita'alla.

Bukan tulang besi sahaja malah ramai lagi yang seangkatan dengannya. Mudah-mudahan Allah swt membuka pintu hati mereka untuk melihat yang hak itu hak dan bersamanya, insyallah.

Walaubagaimanapun "concern" sdr itu telah saya sampaikan.

Anonymous said...

Anon 11:26:00 AM MYT

Ada problem membaca ke komputer sdr rosak ? cuba baca balik siapa yang sebut bodoh tu ?

Anonymous said...

Tuan roslan jangan terasa hati bila ada orang kata boleh panggil tuan juga bodoh. Kesian dia, dia desperated kerana dah confirm tak ada pertikaian antara pemimpin pas. Lepas ni dia tak ada kerja lah tu sebab dah habis kerja (setakat ini) dia nak melaga-lagakan PAS.

Anonymous said...

Sdr Roslan, saya amat tertarik dengan perkembangan bahawa ada ahli PAS yang akan berdemonstrasi membantah pemimpin. Adakah ini tarbiah PAS terbaru? Bukankah PAS mempunyai organisasi yang mantap? Jika ahli PAS tersebut ada cawangan, suarakan pandangan melalui cawangan? Jika terjadi sungguh demonstrasi, saya suka jugak tenguk 'siapakah ahli PAS tersebut', mungkin ahli PAS boleh melantik mereka untuk berada didalam 'majlis syura ulamak' sebab mereka mempunyai 'strategy,pandangan' yang 'tajam' yang menjamin PAS mencapai cita-cita PAS.