Saturday, July 19, 2008

Insiden di Desa Mentari: Ahli Parlimen yang “buta haluan”!

Berita dalam MStar Online hari ini melaporkan:

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa beliau dikasari pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga merupakan wakil parti itu semalam.

Beliau membuat laporan polis ditumbuk di bahagian mata kanan ketika majlis pecah tanah di Desa Mentari, Petaling Jaya pukul 3 petang semalam.







Loh, individu yang merakamkan perbualan peguam V.K. Lingam berkaitan aturan pelantikan hakim sehingga mencetuskan kontroversi tahun lalu, menemui pihak penganjur majlis tersebut selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah tindakan mendirikan bangunan di kawasan itu. Katanya, beliau ke tempat kejadian selepas menerima maklumat ada bantahan. Isu berkenaan yang timbul sejak dua minggu lalu seharusnya diselesaikan kelmarin, kata beliau.

Kata Loh, apabila beberapa kali bertanya siapa yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan, pembantu Nik Nazmi menyerangnya. Kata Loh, beliau diserang apabila menyebut "sebagai pembantu khas seharusnya mengetahui siapa pemaju projek."

Walaupun pembantu khas itu telah meminta maaf, jelas Loh, beliau terpaksa membuat laporan polis. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu sambil berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

Saya yang berada di tempat kejadian sungguh kecewa dengan insiden yang berlaku. Dan saya merasakan kejadian itu sepatutunya dapat dielakkan kiranya pihak polis segera mengawal keadaan dan keduanya jika ahli parlimen berkenaan tidak menyemarakkan lagi suasana.

Majlis yang berlangsung kira-kira jam 3 petang sejurus selepas solat Jumaat di Desa Mentari dalam DUN Seri Setia, Parlimen Kelana Jaya (kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya) itu adalah sebuah majlis rasmi kerajaan negeri. Majlisnya adalah majlis pecah tanah tapak surau Desa Mentari Fasa II oleh YB Tuan Khasim Abd Aziz, Pembantu EXCO Agama, Adat Istiadat Melayu, Infrastrukutur dan Kemudahan Awam (mewakili Dato Dr Hasan Ali yang tidak dapat hadir kerana menjalankan tugas rasmi di Singapura). Ia turut dihadiri oleh ahli Majlis MBPJ dan pimpinan parti tempatan.

Semua pihak telah dilibatkan dalam majlis ini termasuklah selain Pejabat EXCO, JAIS, MBPJ, Pejabat ADUN Seri Setia, Polis, Jawatankuasa Surau, Pakatan Rakyat Kelana Jaya dan PAS Kawasan serta cawangan.

Diperingkat Pakatan Rakyat Kelana Jaya, semasa mesyuarat bulanannya Jun lepas yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian PKR Tuan Syed Shahir, pihak PAS telah pun memaklumkan darihal majlis ini dan dipersetujui oleh semua pihak termasuk wakil DAP (YB Hannah Yeoh), malangnya dalam mesyuarat itu YB Loh tidak hadir dan tidak pula menghantar wakilnya.

Ekoran persepakatan itu pihak penduduk di kawasan berkenaan termasuklah AJK Surau dan JK Penaja PAS cawangan telah bertungkus-lumus bekerja dan membuat persiapan bagi majlis berkenaan.

Untuk rekod tapak berkenaan telah diluluskan oleh pemaju dalam pelan pembangunan kawasan perumahan Desa Mentari itu sebagai tapak surau. Penduduk tempatan telah sejak dua tahun kebelakangan memohon kelulusan dari pihak JAIS dan selepas PRU lepas YB ADUN Seri Setia Sdr Nik Nazmi telah memberikan sokongannya dan akhirnya pihak JAIS telah memberikan kelulusan melalui Pejabat EXCO Agama.

Penduduk tempatan telah mengikuti saluran yang betul, kisah bantahan dari masyarakat bukan Melayu di kawasan itu hanya terdengar sejak kebelakangan ini sahaja itupun bukan melalui saluran rasmi. Saya difahamkan sekumpulan masyarakt India beragama Hindu telah mengadu kepada Pejabat Ahli Parlimen, yang tanpa merujuk kepada pimpinan Pakatan Rakyat Bahagian dan pimpinan PKR (parti beliau sendiri) Bahagian, telah cuba menjadi juara kepada segelintir yang tidak berpuas hati itu.

Pintu rundingan tidak pernah ditutup oleh sesiapa pun, cumanya bagi masyarakat Islam di sana setelah isu ini dibawa melalui pelbagai saluran dan akhirnya dibincang diperingkat parti pemerintah bahagian, iaitu Pakatan Rakyat Parlimen Kelana Jaya (yang diwakili pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP peringkat tersebut) dan mendapat "consensus" atau kata sepakat maka ianya diteruskan.

Jika pun ada kiranya Pejabat ahli Parlimen kemudiannya menerima bantahan, ianya sepatutnya dirundingkan. Takkanlah ahli parlimen yang bijak membelakangkan keputusan parti dan pakatan yang dianggotai partinya sendiri serta kerajaan negeri juga yang diterajui bersama partinya sendiri. Sekurang-kurangnya jika benar masyarakat yang membantah itu mewakili majoriti penduduk tempatan, kerja ahli parlimen adalah menerangkan kepada mereka tentang keputusan yang telah diambil, dan meyakinkan mereka agar menerimanya, sebarang tuntutan lain boleh dirundingkan, tetapi protes untuk membatalkan pembinaan surau yang diperjuangkan penduduk majoriti Islam dan diluluskan pula oleh pihak JAIS adalah sesuatu yang tidak harmonis dan boleh mencetuskan perbalahan.

Pada hari kejadian sejurus majlis dimulakan sekumpulan masyarakat India beragama Hindu telah pun berkumpul dengan poster masing-masing. Dari bilangan sekitar 20-25 orang ia mula membesar apabila kawan-kawan mereka dari luar turut hadir tetapi tidaklah sampai melebihi 100 orang. Mereka mula menjerit-jeirt kan slogan dan ada yang meniup wisel dan membuat bising sebaik majlis yang dimulakan dengan bacaan doa itu berjalan.

Saya marahkan juga pihak polis kerana mereka seolah berlepas tangan walaupun hadir dengan beberapa kereta peronda dan kekuatan dari balai berdekatan. Ini adalah majlis berkaitan agama dan merupakan pula majlis rasmi kerajaan kerana dihadiri oleh Penolong EXCO. Tidakkah kehadiran penganut agama lain dengan niat untuk menganggu majlis itu mengancam keselamatan? Pernahkan kita dengar sebelum ini sebuah majlis agama diganggu oleh penganut agama lain sedemikian rupa dalam negara kita?

Saya katakan pihak polis lemah dan harus dipertanggungjawabkan. Mereka tidak bertindak sepanjang majlis rasmi berkenaan berjalan, bayangkan apa akan berlaku jika ada pihak yang membikin provokasi dikalangan penduduk Islam yang hadir!?! Alhmadulillah majlis berkenaan walaupun diganggu dengan sorakkan dan bunyi bising berlangsung dengan penuh tertib dan aman.

Semasa majlis berjalan wakil ADUN Seri Setia, Sdr Meor Azam telah duduk sebaris dengan saya mewakili YB Nik Nazmi. Tiba-tiba YB Loh datang dan terus menuju ke arah mereka yang sedang berhimpun secara haram itu. Kehadiran beliau menggamatkan mereka yang sedang berhimpun itu. Ketika itulah Sdr Meor memaklumkan kepada saya yang beliau mahu melihat keadaan dan cuba mententeramkannya.

Majlis terus berjalan walaupun kelihatan dari jauh YB Loh beria-ia melayan mereka yang sedang bising berhimpun itu. Sejurus majlis berakhir mereka yang hadir dijamu oleh pihak penganjur manakala para tetamu menuju ke surau lama untuk menikmati jamuan. Ketika itulah kami dimaklumkan yang berlaku pertengkaran antara Sdr Meor dan YB Loh dan akhirnya berlakulah apa yang berlaku.

Kesimpulannya bagi saya ahli Parlimen berkenaan cuba menjadi “hero” dalam siatuasi yang beliau sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Ternyatalah usia yang muda dan tiada pengalaman dan pendedahan politik melahirkan seorang pemimpin yang buta haluan! Insiden ini sungguh malang dan akan mengundang pelbagai persepsi dari masyarakat awam termasuklah yang Islam atau bukan Islam.

YB Loh telah dengan sengaja membuka pintu kebencian, keresahan dan syak wasangka rakyat. Sekarang “He should be man enough to stand up and shut the door” ataupun menerima padah dan hukuman dari rakyat.

28 comments:

Anonymous said...

Salam..emmm...dats y gua pelik macam mana PKR bole angkat 'mamat mentah' tu jadi calon...ish..ish..ish..skrg ni amik la ubat...

Anonymous said...

assakamualaikum,

saya beberapa kali berjumpa dengan Y.B. Loh semasa di parlimen. Saya merasakan adakah tiada calon lain yang lebih berkelayakan untuk menjadi Y.B.?
Kalau setakat jadi cameraman kepada isu kontroversi,dah boleh jadi Y.B, saya merasakan pakatan rakyat takkan kemana.

ridwanto said...

sedih mempunyai YB yang terlalu cetek pemikiran, sedih juga PR memilih orang begini jadi wakil PR.

abu razeen 2 said...

Bagi ana bro. Roslan tidak adil salahkan Loh dan beri gambaran Loh yg bersalah tanpa beri laporan lengkap what transpired between Loh dan wakil Nik Nazmi. Kini timbullah penangguk diair keruh yg lekehkan Loh dan persoalkan integriti Anwar calonkan Loh. Sebab itu ana pernah tegur anta.... cara menulis dan choice of words are very important.

romeo61 said...

Adik Roslan ni tak habis habis hentam yang bukan Melayu. Walaupun YB Loh bersalah kerja tumbuk orang betul? Pakai kepala otak hang!Usia muda?...U ni tua ke? Umur Roslan berapa? Kalau bukan Melayu tak menang banyak kerusi di perak, u ingat MB boleh datang dari PAS?...Poordah!

ridzwan said...

salam, dah lama dok kat china sampai tak tahu adat budaya. demokrasi memang la betul tapi jangan salah guna. Jangan jadi bodoh sombong. Saya pasti lepas ni kalau ada lagi orang macam ni jangan harap ada orang melayu yang akan sokong pakatan rakyat. Akhirnya yang teruk PAS juga sebabnya itulah tunjang utama PAS. PKR tak boleh harap sangat jaga sebab walapun Cina MP PKR rapi bila melibatkan kaum dia dah tak kisah DSAI atau Pak Lah dah. So, fikir sebelum terjadi bertindah sebelum parah..Lu Pikir La Sendiri

MoneyMatters said...

PKR main tangkap muat jer letak calon dlm pilihanraya lepas.

Setakat jadi cameraman, aku rasa byk lagi cameraman yg lebih layak. Dan memang PKR byk meletakkan calon main pakai borong jer.

Kerana kerusi pilihanraya nak banyak, tapi calon tiada.

Si Loh ni, cakap Melayu pun langsung tak pandai. Entah mcm mana dia ni nak berdebat dlm Parlimen.

Lain kali kalau nak cari calon, carilah yg benar-benar ada kelayakan.

Betullah... pengalaman berpolitik langsung tiada sehinggakan bertindak terburu-buru. Ni satu lagi puak India Hindu ni..

Konon nak menentang pembinaan surau. memang dasar tak sedar diuntung, kalau mengikut statistik kerajaan negeri, Kuil Hindulah yg paling byk dibina secara HARAM bersepah2. Asal ada busut, pokok besar, kat situ dipacaknya tanda kuil.

Umat Islam perlu bersatu padu kerana skg ini telah nampak satu gerakan yg mulai terang-terangan memusuhi Islam.

Bagi YB LOH yg masih mentah.. banyak2 lah belajar dr yg sudah berpengalaman. You can't please everybody all the time.

Anonymous said...

Orang Islam kena provoke pun takpe? Polis berkomplot dengan pengacau lain agenda? BNatang main jarum halus melalui MIC ke?

Anonymous said...

Your own party to blame for picking him as candidate. Now, live with it.
Haaiiiiyyyyahh

najmi said...

inilah buah dari ketamakan PKR, nak kerusi tapi takdak calon.. akhirnya jadi macam ni..
Patutnya Pres PAS ikut titah baginda sultan selangor yang mahukan PAS sebagai MB.. baru setel masalah.

slyderrose said...

Jelas tiada kematangan Ahli Parlimen ini. Dia ini tak tahu peraturan dan budaya Malaysia. Tak tahu hujung pangkal tiba-tiba nak terkam. Bangang betul. Wan Azizah kena tegur si Loh ini. Kalau tidak suruh DSAI aja ganti dia kat Kelana jaya. Budak mentah.

Anonymous said...

Ya, kita mungkin silap semasa pilih Loh. Tapi, jgn lah kesilapan tu diperbesarkan dengan mengutuk batang tubuh empunya diri. dia tak cerdik politik or whatsoever, itu dia. kita bagaimana?

Saya pernah dengar Loh kata dia akan kosongkan kerusi utk beri laluan pada Anwar, beberapa bulan lalu. wait n see.

Anonymous said...

good work roslan..go for it.. we must be on top. muslim must be on top ...

Anonymous said...

Saya rasa kalau polis berkasar, PR akan berkata bahwa polis kejam. Hindraf pula akan mengambil kesempatan untuk terus menuduh bahwa kerajaan BN ini berlaku tidak adil kepada kaum India.

AnakMudaParlimen said...

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, mengapa perlu dikacau agama lain punya majlis, sebab tidak hadir dlm perbincangan maka inilah terjadi, tidak tahu hujung pangkalnya.

YB Kelana Jaya, bagi aku seorang yang tiada pengalaman, hanya suka ambil gambar dengan kameranya, mungkin dicalonkan atas dasar sebab mengenang budi dia memberi video rakaman linggam, mungkin tidak dijangka akan menang.Apa-apa pun patut dia dipertandingkan di peringkat DUN dahulu. biar didedahkan bab politik dan dunia luar. Bayangkan sehingga ke hari ini kebanyakkan orang tidak mengenali wajah MP Kelana Jaya sehingga masa PROTES dia terpaksa hulur tangan bersalaman dengan rakyat.


Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

ASSAKUM.. sy penduduk di desa mentari..

sy amat bersetuju dgn pandangan saudara Roslan dalam hal ini..

penduduk desa mentari fasa 2 mmg memerlukan surau kerana surau sementara kini hanya boleh memuatkan beberapa org jemaah shj..

gwo burne loh x seharusnya bertindak sedemikian..menghentak meja tanpa usul periksa..ini menimbulkan kemarahan org melayu islam yg berada ditempat kejadian..

kami penduduk desa mentari berasa amat kecewa dgn tindakan beliau,dan kami x sabar2 untuk memilih calon lain dalam pilihan raya seterusnya..

beliau tidak mencerminkan kematangan dan tidak layak untuk mewakilkan rakyat dikawasan kelana jaya..


terima kasih saudara Roslan..teruskan penulisan anda..

assakum

Anonymous said...

Polis sibuk nak tangkap orang. Tapi pelik dia tak tangkap pembantu YB dan Ahli parlimen sekali kerana bertumbuk. Sure sibuk polis. So xderlah masa nak tangkap penjenayah peragut dan perompak sekitar Subang Jaya.

Nh Shah Alam said...

Semua orang menghentam Loh. Saya bukan membela Loh dan bukannya membela Wakil Nik Nazmi. Tetapi saya ingin bertanya kepada Pimpinan Pakatan Rakyat. Siapa yang bersalah memilih calon ini??

Sebenarnya PKR yang bersalah dalam memilih calon PRU-12 tempohari. Semua calon main tangkap muat sahaja. Banyak lagi calon tangkap muat seperti Timb. Ketua Menteri P.Pinang Fairuz. Ini pun main hentam sahaja.

Kita kawan-kawan kenal siapa Fairuz. Walau pun dia tak ada skandal tetapi ilmu politik dia masih cetek lagi... Kita tunggu dan lihat apa akan berita dari P.Pinang nanti.

Lagi sorang ialah Yb. Saifudin Nasution Ismail MP Machang. Ini main tarik terus.. Sahabat ni memang dah jadi orang PAS tapi DSAI lantik jadi Pengarah Strategik PKR.. dan sorang lagi Ialah YB Kulim Sdr. Zulkifli Nordin. Beliau pernah menjadi YDP PAS Bandar Tun Razak.. Sekarang jadi YB PKR Bandar Baru Kulim..

PKR bernafsu besar tapi jentera tak ada.. saya ulangi jentera tak ada.

Kalau Sdr. Roslan tak nak Postingkan ulasan saya ni pun takpe. Tapi ini lah hakikatnya dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR..

Sdr. Anwar kena brain wash sikit otak-otak wakil rakyat PKR ni.. Jangan bikin malu rakyat yang menyokong dalam PRU yang lalu.

Sekian.

Nh Shah alam.

Anonymous said...

dah siasat ke hindu mai mana yg duk protes tu??
ntah2 agen provokator dr muhammad taib sbb tu polis buat donno je..
yg pas kelana jaya pun satu hal, nak buat apa2 program pun kasi maklum la pada yb loh tu..
skrg ni aku yakin yb loh tu mangsa keadaan..
hindu tu kontek dia ngadu masalah (sebenarnya bukan masalah pun) dan yb loh sbg yb yg prihatin terpaksa la turun utk tgk keadaan..
sorry to say, pas tak cerdik lagi dalam menangani menda mcm ni...

Siti Intan said...

Muda dan tak banyak pengalaman takpe,yang penting ada keinginan untuk mejadi PEMIMPIN YANG EFEKTIF,berfikiran terbuka tanpa PREJUDIS.

Anonymous said...

Banyak sgt bidan terjun dlm PKR!

Anonymous said...

Tulisan Roslan ni umpama orang yang membuka pekung sendiri.

Selain daripada memilih seorang calon yang mentah politik, ia juga menunjukkan kelemahan PKR dalam menangani isu kemasyarakatan. Sekalipun mewar-warkan parti pelbagai kaum, ia ternyata gagal dalam mengimbai sentimen kaum dan agama.

Saudara Rosla menjerit-jerit marah, tapi yang dimarahi itu adalah kelemahan kumpulan sendiri.

pemerhati said...

Sdr Roslan,

Ini satu bentuk provokasi dari UMNO/BN sebab mereka nak pecahkan Pakatan Rakyat.

Sbb tu Polis tak ambil tindakan langsung.

Anonymous said...

assakum...

Saudara

pertama sekali sy ingin memohon maaf kerana mengambil posting saudara ini tanpa kebenaran saudara..

kedua saya terlupa untuk menyertakan sekali url dan nama saudara dalam posting saya di tko online

ketiga teruskan penulisan saudara..

saya akn sentiasa menyokong saudara..

walaupun saudara di cerca tp sy tau ini semua pandangan bebas saudara..

teruskan usaha saudara.

dari anak muda desa mentari

assakum

Anonymous said...

Sdr Pemerhati,

Let's not divert from the issue, yg menjadi isu di sini ialah mengapakah MP Kelana Jaya memihak kpd pihak pengacau majlis tanpa periksa dgn kerajaan negeri atau PKR bahawa surau tersebut telah diluluskan pembinaannya. Isu kedua, kenapa, hanya kerana dpt mengambil video linggam, dia dicalunkan sebagai utk bertanding MP kelana Jaya, sedangkan cakap bahasa kebangsaan pun tak tau, tinggal di Beijing, muda dan tak dak pengalaman politik.....!

Ok bro

stealth said...

Jika benar cerita yg d sampaikan ini, saya secara peribadi menyokong tindakan Nik Nazmi Nik Ahmad. Jadikan ini sbg teladan kpd seluruh MP yg berkhidmat kpd rakyat. Apa² krisis yg berlaku, saya yakin tdk akan mampu memadamkan hasrat rakyat utk memertabatkan Pakatan Rakyat sbg pemerintah baru d M'sia.

Anonymous said...

pr sekrang komplen marah mp sendiri. bukakah pr setuju tentang hal2 protes jalanan ni. skrg polis pulak salah lembab konon. kenapa? kaum india takhak untuk protes ka?

Anonymous said...

Saya rasa, kalau dulu ada yang kata, kalau umno taruk lembu pon orang akan pangkah, sekarang nih kita nampak orang kelana jaya sendiri, pkr taruk lembu pon diorang pangkah.