Sunday, July 06, 2008

Bukan DSAI dan Saiful sahaja, Najib pun perlu ber “mubahalah”

Ramai rakyat Malaysia termasuk bloggers nampakya sudah mula muak dan bosan berhubung isu-isu politik sensasi yang banyak menggerhanai kemelut hidup rakyat yang lebih besar dan menyiksa itu. Rakyat terbeban dan sengsara dengan kos hidup yang semakin menghimpit dan menyiksa hidup mereka, tetapi tuduhan dan fitnah antara sesama orang politik pula nampaknya mendapat liputan meluas dan mencuri perhatian media.

Di Parlimen rakyat (melalui wakil-wakil mereka) sedang membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke 9, yang fasanya kini diliputi oleh keadaan kelam yang menyelubungi kehidupan rakyat. Sementara itu kos barangan dan perkhidmatan terus menerus naik dari hari ke hari.

Yang terserlah di hadapan kita bukannya langkah-langkah penyelesaian atau lorong-lorong mengatasi masalah itu tetapi sebaliknya rakyat disuakan dengan tuduhan liwat terhadap DSAI dan satu lagi tuduhan yang TPM Najib Tun Razak berzina dan meliwat Altantuya Shaaribu yang kes bunuhnya sedang dibicarakan di mahkamah.

Maka orang-orang agama yakni para alim ulamak turut terjebak dalam kes-kes ini apabila masing-masing mengeluarkan pandangan dan hukum agama berkaitan pertuduhan-pertuduhan ini. Dari Mufti Perlis, Mufti Perak dan Selangor sehinggalah Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS masing-masing memberikan pendapat dan cadangan.

Yang ketara hari ini, yang menuduh dan dituduh masing-masing disarankan agar ber MUBAHALAH, yakni bersumpah dengan menyebut:

Jika saya melakukanya, laknat Allah kepada saya, jika saya tidak melakukannya laknat Allah kepada yang menuduh dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya.

Saya lihat fokus MUBAHALAH ini nampaknya hanya tertumpu kepada kes DSAI dan Saiful sahaja sedangkan kita sebenarnya berhadapan dengan dua kes tuduh-menuduh. Mengapa tidak sementara mereka (DSAI dan Saiful) berfikir samada mahu atau tidak melakukannya, kita alihkan perhatian pula kepada TPM Najib Tun Razak dan pihak yang menuduhnya berzina dan meliwat Altantuya (pihak yang dimaksudkan berkumpul di Ibupejabat PKR pada 3 Julai lalu).

Nampaknya pihak media arus perdana sedang memain peranan untuk mengistilahkan pertuduhan terhadap Najib sebagai satu fitnah, TV3 siap memperdengar bacaan ayat-ayat suci al Quran yang berkaitan semasa siaran beritanya semalam. Saya secara peribadi juga setakat ini menganggap pertuduhan terhadap Najib itu satu fitnah, tetapi mengambil iktibar dari cadangan para alim ulamak kita, saya dengan tulus ikhlas menggesa agar beliau tampil ke hadapan dan memulakan MUBAHALAH bagi pihak diri beliau yang dituduh dengan tuduhan yang sangat berat itu.

Saya fikir Najib Tun Razak tidak akan ada halangan untuk melakukannya dan jika jelas beliau benar difitnah, inilah masa dan ketika paling baik untuk beliau melakukannya. Saya yakin jangankan Mufti Perlis, Perak atau Selangor, Tok Guru Nik Abd Aziz atau Tuan Guru Hj Abd Hadi pasti boleh hadir membantu dalam urusan berkenaan.

Ayuh kita selesaikan perkara ini kerana rakyat mahu tumpuan terus diberikan terhadap permasalahan dan kemelut hidup mereka, berani kerana benar, insyallah.

11 comments:

Ibnu Ali said...

"Jika benar terdapat tuduhan liwat ke atas Anwar sekalipun, mana-mana pihak yang bersungguh meminta Anwar bersumpah dengan al-Quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum al-Quran,"

Saya tidak sokong pendapat mufti dan Tok Guru.

Sepanjang saya belajar dari tingkatan satu sekolah agama hingga sekarang, tidak pernah saya dengar dari mana-mana ulama atau baca dari mana-mana kitab, tertuduh dan penuduh dalam kes liwat/zina bermubahalah "bersumpah". Ini bukan kes li'an, ini kes tuduhan liwat. Dari segi perundangan Islam, hendaklah si pendakwa mempunyai 4 orang saksi lelaki lagi dipercayai untuk mendakwa. Jika gagal gugurlah dakwaan tersebut dan si pendakwa hendaklah dihukum. Kenapa dalam kes liwat Saiful ini tak di bawa ke mahkamah syariah? Dibicarakan mengikut undang-undang Islam. Kerana kedua-keduanya orang Islam.

cikgurahim said...

menurut islam, saiful dikehendaki membawa 4 saksi.

mengapa timbul isu muhabalah??

Anonymous said...

Sdr. Roslan,

Saya dah mula terasa bosan dengan apa yang berlaku masa kini termasuklah saudara juga. Berhenti sahaja menulis kalau sdr takut nak menyatakan kebenaran. Ungkapan yang sdr nyatakan dalam artikel ini "BERANI KERAAN BENAR" sepatutnya sdr buang jauh-jauh dari hati sdr. Mungkin sdr tertanya-tanya kenapa saya berkata sedemikian. Jangan jadi cakap lain buat lain.
Ingat tak kata-kata saya bahawa di dunia ini, kita tidak usah takut akan kebencian manusia pada kita yang ingin mengamalkan kebenaran kerana masih ada manusia lain yang menyayangi kita tetapi kita harus takut akan Allah swt sekiranya di akhirat nanti, Dia tidak menyayangi kita, maka tiada siapa lagi yang menyayangi kita.
Cukuplah di sini buat sementara ini. Saya akan tulis kepada sdr bila saya fikir tuan sudah patah balik ke jalan asal. insyaallah.

slyderrose said...

Kalau semuanya bersumpah seperti dicadangkan adakah penyiasatan tersebut diteruskan?. pada 1998 Anwar dah bersumpah di masjid negara tapi dia kena fitnah, dibelasah dan terpenjara jugak. So, kalau semua pihak setuju tiada penyiasatan oklah. Satu lagi media dok memutarbelit berita pun satu hal pulak. Meraka patut bersumpah jugak dengan setiap berita yg disiarkan.

Anonymous said...

salam

menurut sdr Zulkkifli Noordin, yg merupakan salah seorang peguam Anwar dlm perbicaraan yg lalu, DSAI telah bersumpah tidak melakukan perbuatan tersebut pada ceramah di stadium malawati yg lepas.beliau juga (sbg seorang peguam) berpendapat tidak ada nas dari syariat Islam atau sunnah nabi yg menyarankan 'muhabalah', malahan ianya merupakan amalan org kristian.

sumber: http://zul4kulim.blogspot.com/

tadi sy sempat tengok berita harian online dgn tajuk-'polis sah ada kesan liwat terhadap saiful-Bakri Zinin'

-sbg seorang yg mnyai sedikit pengetahuan dlm ilmu forensics, 'ada kesan liwat' tidak semestinya bermaksud 'ada kemasukan zakar ke dalam dubur' krn kesan itu boleh disebabkan oleh banyak sebab (memasukkan jari contohnya).
unless jika ada kesan air mani Anwar atau traces of DNA dijumpai.itupun jika bukti tidak di'fabricate'. boleh percaya 100% ke polis @ mahkamah Malaysia Bolehland?.

Kita hanya mampu berdoa semoga Allah tunjukkan siapa yang benar..

Anonymous said...

Naper tak masuk Rosmah sekali? Kan nama dia di sebut jugak? Makin di rungkai makin serabut!

Anonymous said...

semua olang kena sumpah maa! itu sumpah anwar ka, najib ka! saiful ka, kena sumpah jugak! kalu tak sumpah, musti lia olang jadi sesumpah..itu sumpah jugak ma!

Itu olang sebelum saya, ala cakap, itu lua olang anwar dan saiful adalah olang islam, kenapa tak mahu bicara lalam mahkamah syariah!

Ini mahkamah syariah kalu bicara musti kena bayar jugak ma..cam kes khalwat dah! ini mahkamah syariah pun tarak guna punya pasai itu mufti atau mu mau roti ka semua kecut telor dah! sume itu mu mau roti tarak kata pun mahu rujuk ini kes pada mahkamah syariah! Lia olang sebuk mahu sumpah sana sumpah sini!

Aparanie mesia! ngaku negara islam tapi selam ada juga dah!

Najib ko tak bersumpah ke! Kalu betui apa kata si India Balasubramaniam tu! Bukan main baik lagi ko suntut altantuya tu ye!!! hahahaha!!!

Anonymous said...

sdr
saya setuju dengan cadangan untuk bermubahalah,tetapi itu jalan terakhir,sedangkan kita hidup zaman moden ,ada kepakaran klinikal,medical ,penyiasatan dan sebagainya.bagi saya bukan isu nak bersumpah,isunya siastan tak didedahkan,contoh lama sangatkah masa diambil oleh doktor untuk buat siasatan.klinikal proof lagi wibawa.inilah budaya kita semuanya nak disorok dan disembunyikan bila berlaku fitnah mula buat tuduhan konon orang melayu kuat buat fitnah.yang puncanya dari piahk berkuasa
sekian.

Max_Underwood said...

Mr SMS, What in heaven's name is Anwar playing? From what i've heard, he doesn't want to swear in the name of Allah. He's dilly dallying and commenting on the mufti of Perak said he doesnot need to swear. Come on Anwar, we put up with ur "boxes of evidence of corruption against UMNo leaders" rubbish for too long. Just put up and shut up! We're tired of waiting frankly. If u have dirt, just tell it to us. At least RPK posts whatever he gathers on his website. Anwar, why don't u take a leaf out of Pas's leaders? Being honest and sticking to ur principles ain't ur strong points? Maybe because UMNo's influence in u havent really been washed away is it? Mr SMS, i think Tok Guru Hadi would make a better PM than Anwar but heck....with the current situation of the non malays perception of negativeness towards PAS, i seriously doubt that would happen. For the non malays, anwar is the only hope for them (pity). Anwar Ibrahim, why don't u just go and meet Dr Asri, just swear in the name of Allah and put this whole sad tiring episode to bed.

Anonymous said...

Berkemungkinan besar Umno(BN) akan kembali kuat jika terpaksa korbankan Najib Tun Razak. Beliau tlh memasukki fasa 'menghancurkan Umno siri ke-2' krn konspirasi isu liwat terhadap DSAI. Soalnya skrg ini adalah berkaitan ekonomi yg semakin merudum & peningkatan kos sara hidup. Apa² rakyat M'sia kini lebih bijak menilai.

Snowflake said...

Assallamualaikum
Sdr Roslan
Pertama : Untuk apa bermain dengan sumpah. Kalau seseorang itu sudah pun tahap berani menggunakan C4, apa lah dengan ucapan sumpah. Kedua : Begitu juga pandangan saya dengan DSAI dengan si Pengadu apalah sumpah itu perlu bagi mereka. Kebimbangan akan lebih ketara dengan sumpah sumpah sebegini apatah lagi membabitkan "so called great leaders'. Jangan bermain main dengan sumpah, takut negara akan dimakan sumpah.
Wassallam