Wednesday, July 09, 2008

Hanya yang bersolat di ambil kerja

Cadangan MB Kelantan Tok Guru Nik Abd Aziz untuk mengenakan solat lima waktu sebagai sebagai salah-satu syarat pengambilan kakitangan awam serta -merta mendapat komen pelbagai pihak. Bagi sesiapa yang cerdik sudah pastilah cadangan Tok Guru itu kita faham sebagai kena ke atas mereka yang beragama Islam sahaja, sekaligus menggambarkan bahawa kita menganggap yang bukan Islam sebagai semuanya baik belaka.

Tetapi CUEPACS beranggapan cadangan itu sebagai berat sebelah, kerana nanti hanya yang Islam sahaja yang akan diambil atau dinaikkan pangkat. Mungkin kerana sibuk memperjuangkan honorarium buat ahli-ahlinya, maka Sdr Omar, Presiden CUEPACS terlajak begitu jauh dalam menafsirkan cadangan Tok Guru itu. Tak mengapalah.

Manakala ADUN-ADUN pembangkang di Kelantan pula menganggap cadangan Tok Guru itu sebagai sesuatu yang sukar dilaksana. Sepatutnya mereka masing-masing perlu menegaskan samada mereka setuju atau tidak, soal sukar atau senang itu soal kedua, dimana ada kemahuan disitu ada jalan insyallah.

Tetapi yang paling menarik perhatian saya dalam isu ini adalah apbila MB kedah membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri beliau juga mungkin akan mempraktikkan pendekatan serupa jika cadangan itu dipersetujui diperingkat beliau.

Dalam posting saya sebelum ini saya bertanya bagaimana dengan kerajaan Pakatan rakyat yang lain, Kedah sahaja yang respon, yang lain?

6 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..masih ada yang mahu menegakkan syiar Islam.Kalau cdgn itu dtgnya dari PAS tentu sahajalah puak2 BN xkan pernah menyatakan bagus walhal ia adalah satu cdgn yg ckp baik utk mengatasi masalah solat yg dipandang enteng oleh kerajaan pusat.Nasihat saya kpd kerajaan pusat yg diketuai oleh Paklah...jgnlah jd macam ayam jantan..tahunya haanya berkokok sahaja...Kata negara Islam..nah...kalau betul2 mahu melaksana Islam dan benar2 berani menegakkan amar makruf nahi mungkar..laksanakan peraturan ini di peringkat pusat juga..

Anonymous said...

Nik Aziz is very wise indeed....

If before, any effort to encourage 'penutupan aurat' met furious objection from the so-called NGO of Islam (SIS, etc)... I am very sure no one will object to this. At least from someone who understand it.

If there are Muslims that against it too...I prefer not to comment on their view on Islam then.

Nik Aziz is right, start from the basic. Encourage Praying,Solat...that's what open our heart to hidayah insyaallah. Kalau kita nak terus buat peraturan tutup2 aurat but hati tak terbuka susah gak kan. Semua negeri..tak kisah pakatan rakyat ke atau tidak... Seluruh negara...anjurkan kempen solat on-time n jemaah. If not to relate to kenaikan pangkat pun, anjurkan kempen. Sedarkan semua termasuk diri sendiri.

Marilah Menunaikan SOLATTTTT!!!!!!!

kemudian barulah...

Marilah menuju KEJAYAANNNNNNN!!!!

Anonymous said...

Orang Islam buat konfius atau jahil maka si kafir lagi keliru! Inilah kalau nak sangat membodek cari makan murahan, membodohkan diri dengan kebodohan...

Anonymous said...

Ntah la kat mana tahap pemikiran presiden ceupacs tu..pe masalahnye pun saya x nampak..peraturan tu dh namanye "mewajibkan solat" pe kena mengena dengan kafir?? mereka dengan agama mereka..peraturan tu untuk org Islam..maksudnye dlm kriteria nak pilih naik pangkat seorang muslim kita akan tengok solatnye mcm mana..xtau la plak kot2 presiden ceupacs ingat org kafir pun solat mcm muslim..haha..kalut la ceupacs...tp mengikut pengalaman saya sendiri,bila dh ada peraturan mcm tu secara x langsung muslim2 yang x bersolat akan pergi ke surau/masjid pada waktu solat..samada mereka bersolat ataupun tidak urusan mereka dengan Allah...klo pun mereka berpura2 pergi surau untuk solat tapi x solat pun sampai bila nak berpura2,at the end of the day saya pasti mereka pun akan terasa kemanisan solat..insyaAllah..

jackpot said...

Kalau sembahyang lima kali tak bermakna orang tu suci kalau masih megamalkan rasuah. Kalau kurang sembahyang tapi tak rasuah...bukan tu elok?

Anonymous said...

romeo61...

I do not agree with you..."kalau kurang sembahyang tapi tak rasuah..bukan tu elok"?? how could you think so...unless ure not muslim,tak sembahyang itself dah tak elok...thats what allah gonna look first. i believe if someone always sembahyang on time, he will always niatkan everything taht he is doing for allah n due to that he wont take or give any rasuah...

those who involved in this rasuah thingy...because they are not doing what they are doing for ALLAH... its all materialistik...n why not for allah...perhaps kurang sembahyang....

this is what i think...not saying if u kurang/lalai menunaikan sembahayng, u will certainly rasuah or if u sembahyang u wont rasuah....

what im trying to say...sOLATT!!!!..insyaallah allah guide us.