Mari kita sahut saranan Tok Guru
Allah swt berfirman dalam surah al Maidah ayat ke 55:
Sesungguhnya wali (pemimpin) kamu adalah Allah, Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka dalam berkeadaan ruku' (tunduk menjunjung perintah Allah swt).
Lalu bagi orang-orang Islam, apabila MB Kelantan menyarankan agar akan dijadikan syarat mandatori bagi sesiapa yang ingin berkhidmat dengan kerajaan negeri Kelantan bahawa salah satu syaratnya mereka mestilah menunaikan solat lima waktu termasuk tidak meninggalkan solat Jumaat, sarana itu sesuatu yang boleh diterima tidak melampau malah memanjangkan semangat ayat di atas.
Kata Tok Guru kalau peraturan sekarang mewajibkan lulus Bahasa Melayu diperingkat SPM contohnya, apa salahnya beliau menambahkan satu lagi syarat iaitu tidak tinggal solat!
Bagi umat Islam tidak kira apa sandaran politik atau fahaman mereka, tidak ada sebab untuk kita menidakkan saranan yang baik ini kecuali kita merasakan bahawa solat atau tidak itu sebenarnya adalah opsyen khasnya dalam membicarakan aspek hak asasi manusia. Kalau begitu maka ucapkanlah selamat tinggal kepada Islam.
Saya menyarankan agar kerajaan negeri-negeri lain lebih-lebih lagi kerajaan Pakatan Rakyat mengenakan syarat yang sama dalam mengambil kakitangan kerajaan (yang beragama Islam) masing-masing.
Apa kata mereka agaknya?
5 comments:
Saudara Roslan, kalau macam ni dari dulu kan bagus. Ini tak, PAS seolah-olah lebih memberatkan hukum hudud dilaksanakan terlebih dahulu. Memang tidak dapat dinafikan yang hudud itu adalah hukum Allah, tetapi atas kelemahan dan rosaknya iman ummat islam yang terang-terang meninggalkan solat maka tidaklah menjadi masalah untuk mereka menolak hukum hudud.Saya dah lama dah ambik pekerja yang jaga solat.
Assalammu'alaikum wbt
Setuju 100%. Allahu Akbar.
Wassalam.
Abu Qamar
Bagus betul cadangan itu. Kalau bolih ditambah pemimpin Islam mestilah bolih menjadi imam dan kalau bolih berkhutbah lagi bagus. Dan jangan lupa, perangai mesti baik, telus, merendah diri dan senang didekati.
Saya tidak setuju kerana merasakan bahwa ia membawa kesan negatif terhadap usaha dakwah kepada:
(1) ia akan menjauhkan orang-orang yang lemah penghayatan Islamnya daripada Islam.
(2) ia melahirkan individu munafik, yakni mereka yang sembahyang kerana hanya ingin memegang jawatan.
Dalam pemerintahan Nabi dan para sahabah, setahu saya tidak pernah ujud sistem yang meletakan mengerjakan sembahyang sebagai syarat pekerjaan; walaupun begitu saya yakin, sembahyang dan akhlak dalam Islam ini amat diberatkan oleh di dalam memilih calon yang akan memegang jawatan di dalam kerajaan mereka, tetapi tidaklah sampai ia menjadi satu syarat yang termaktub.
Selain daripada itu, lebih 40% rakyat Malaysia adalah bukan Islam.
Bagi saya cara yang lebih baik untuk meningkatkan penghayatan kepada ugama Islam ialah melalui:
(1) dakwah, yakni menyampaikan bukan hanya kepada umat Islam yang datang menghadiri ceramah/kelas ugama sahaja. Tetapi, berusaha secara strategik untuk menarik minat mereka yang masih belum di buka hati mereka atau mereka yang tidak bernasib baik dilahirkan di dalam persekitaran jahil Islam
(2)memanjangkan kebajikan kepada rakyat seperti
(a) menghapuskan sistem yang membawa kesusahan kepada rakyat - contohnya pengendalian sistem mahkamah syariah yang lemah sehingga ramai wanita dianyai.
(b) memakmurkan ekonomi negeri untuk meningkatkan pendapatan rakyat disamping mengurangkan kos keperluan asas seperti makanan, perumahan dan sistem pengangkutan
(c) mewujudkan sistem kebajikan yang dapat membantu mengurangkan kesusahan masyarakat miskin tegar - agar mereka tidaklah hidup bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
(3) Mempastikan bahwa mereka yang berugama Islam bebas dan ada kemudahan untuk meneunaikan ibadat sembahyang. Contohnya, kita lihat dibeberapa Universiti, tidak peruntukan masa untuk pelajar solat . Di setengah pejabat pula, toda tempat sembahyang disediakan oleh majikan
tak payah susah2 nak suruh negeri dap macam perak dan penang ikut saranan TGNA
pas dan dap ibarat minyak dan air...takkan bercampur.tengok insiden kat kelana jaya cukup la.eli wong siap puji lagi band punk rosak akhlak tu
pas elok berjuang atas paksi perjuangan sendiri.yakin la pada diri sendiri.pas tak perlukan dap dan pkr sebagai rakan
Post a Comment