Thursday, July 31, 2008

Keputusan JK PAS Pusat

Berikut adalah kenaytaan media Tuan Guru Presiden PAS setelah mempengerusikan mesyuarat JK PAS Pusat siang tadi bersekali dengan Majlis Syura Ulamak PAS:

PAS TOLAK TAWARAN UMNO
TETAPI AKAN TERUSKAN PERBINCANGAN
DEMI KEPENTINGAN NEGARA DAN UMMAH

PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri. Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.

Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.

Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.


DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)
31 Julai 2008

21 comments:

Pemuda Pas Ampang said...

Takbir!! Allahuakbar..
sepatutnya tutup terus perbincangan dengan UMNO..
mereka itu takleh wat kawan...
baik kaji balik...

Anonymous said...

bravo...bravo..

statement cam ni la yg di tuggu2 oleh pejuang2 PAS..jgn bg muka sgt kat ameno tu, dulu bukan main sombong sbb parti masih kuat...skang dah lemah pun masih sombong lagi!! pelik bin ajaib puak2 ameno ni...

apapun, syabas kpd pemimpin tertinggi PAS yg bertegas dlm menangani perangai 'pelik' ameno itu..Teruskan kepimpinan anda berlandaskan islam yg sebenar..

adios...

TAKBIR!!!

..manshahirfriends..

AnakMudaParlimenBatu said...

Saya senang sekali keputusan hasil dari mesyuarat tersebut. Kita tidak mahu ahli-ahli PAS berpecah dek kerana isu dengan UMNO. Media pemerintah menjadi modal isu ini utk mengenakan PAS dengan memputar belitkan fakta yang sebenar.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Congratulation. As expected. Kita yakinilah prinsip dan dakwah perlu seiringan. Berjaya atau tidak dalam dakwah bukan ketentuan kita.

Raja Manchester

Snowflake said...

Assallamualaikum
Alhamdulillah. Tuhan akan rahmati negara yang dikasihi ini kerana insyallah akan mempunyai pemimpin pemimpin yang berwibawa dan tegas dalam menegakkan Agama Islam, Agama Allah.
Asy Shyukrilillah.
Wassallam

slyderrose said...

Alhamdulillah. Keputusan yg tepat. Minta tiada lagi pihak menimbul keraguan. Doa saya PAS dapat menerajui PR sekiranya Anwar dipenjara. Tapi PAS mestilah berani berdialog dan convince DAP dan muslim and non-muslim alike on PAS agenda to make our nation better place to live for everyone. This is not easy but I believe with the experienced PAS has, Insyaallah this can be overcome albeit difficulty initially. Most of all, PAS leaders kena tunjukkan amanah dan ketelusan dalam membuat keputusan.

Anonymous said...

SMS poll on news8 NTV7

PAS move to reject any form of cooperation with the UMNO was the right move?

98% say YES!!


p/s tak kan ameno ni x paham2 lg...org dah x sudi tag-team ngan dia lg, itu pun masih terhegeh2 nak ajak join depa!! bila la nak sedar diri...

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

aNaK BaPaK said...

alhamdulillah...

satu keputusan yang ditunggu2..biarkanlah UMNO dengan labu2nya....

insya-allah PAS akan terajui Pakatan rakyat..

Allahuakbar!!!

operahidup said...

Ini yg aku tunggu!!!takbir!

Anonymous said...

Kecualilah ia satu "helah" politik, satu keputusan yg menempelak sentimen umum orang Melayu/ Islam masa kini yg betul2 gelisah akibat kelemahan "bargaining power" ummah di medan politik dan agenda musuh yg ingin memperkudakan parti umat Islam bagi melemahkan mereka dan ugama yg dianuti.

Pada umumnya kami menyokong kupasan Ahmad Hadeed dan Nik Abduh berhubung isu ini.

Kami juga note komen Tun Mahathir PAS perlu jelas apa sebenarnya yg dikehendakki.

Walau apa pun cybertroopers CIA Singapore dan Israel mainkan di alam maya, kami bertekad tidak akan terpedaya dengan gerakan menaikkan stooge kuasa asing di negara ini.

Amer Hakimi said...

Satu keputusan yang baik. Saya juga rasa amat tidak patut PAS bergabung dengan UMNO melainkan wujud satu kedaan dimana umat disekat dari mengamalkan ajaran ugama Islam. Walaupun begitu saya sarankan agar PAS janganlah menjadi parti semut didalam PR sehingga suara-suara untuk menegakkan cara hidup Islam diperlekehkan oleh orang kafir dan, golongan sekular yang mengaku Islam tetapi bersikap sebaliknya.

UMNO harus diajar, agar mereka insaf dan tidak terus berada didalam kemelut kesombongan mereka; caranya sudah tentu bukan dengan memberi kemenangan kepada mereka melalui pergabungan.

Walaupun begitu, perbincangan UMNO PAS harus terus di adakan. Janganlah di biarkan golongan sempit dan pemecah belah dari dalam PAS dari terus mengapi apikan sebarang perbincangan dengan UMNO. Perbincangan adalah perkara baik. Walaupun apa pun kedaannya, ahli UMNO tetap saudara Islam dan mereka bukan golongan munafiq atau kufur. Mereka adalah sesama Islam dan adalah tanggungjawab PAS untuk mentarbiahkan mereka.

Saya kurang senang dengan beberapa komen diatas yang menggambarkan seolah-olah orang UMNO itu tarafnya lebih teruk dari golongan zionis. Janganlah sampai terjatuh kedalam golongan taksub dan perasan, sehingga merasakan hanya ahli PAS sajalah yang betul dan layak masuk syurga.

stealth said...

Keputusan yg baik walaupun ada yg tlh tercalar. Bagi saya mana² parti pun boleh berbincang dgn parti mana yg dia suka ttp jika ia melibatkan pihak tertinggi, hendaklah maklumkan terlebih dahulu kpd ahli akar-umbi.

DSAI pun pernah berjumpa Pak Lah selepas menjalani rawatan ttp hasrat itu tlh beliau nyatakan sblm pertemuan. Maka tdk timbul soal curiga & syak wasangka buruk.

Harap postkan komen saya ini. Tolong jgn d sekat.

Max_Underwood said...

Stand alone ! Respects to Tok Guru Hadi ! Macam ni la baru puak2 umno, dap, pkr tu tau sapa PAS ! We do things on OUR terms which is in Islam's interest. Lets revise the concept of ketuanan melayu to PERPADUAN UMMAH ! BODOH BETUL PUAK2 UMNO/DAP/PKR NIE.....patut depa ni sertai satu parti...max panggil parti depa.....BARISAN SEKULAR SEMELAYSIA...ATAUPUN BAS...tard...

Musang Terbang said...

Saya berpandangan bahawa PAS seharusnya lebih berhati – hati dalam melangkah ke hadapan.

Benar UMNO berharap pada PAS kerana PAS berada dalam keadaan yang amat baik pada masa kini.

Benar juga PAS menolak perlawaan UMNO atas sikap UMNO yang mendadik dada serta sombong ketika kuat. Tetapi bila lemah mulalah berfikir tentang sikap untuk bersama PAS dalam memerintah kononnya.

Tetapi harus diingat, dalam melangkah ke hadapan PAS harus berwaspada serta berpandangan jauh kerana:

a. Sokongan masyarakat bukan Islam lebih kepada DAP & PKR. Sokongan golongan ini kepada PAS lebih kepada sokong membawa rebah! Jika tiada sokongan DAP & PKR kepada PAS maka PAS akan berkeseorangan sekali lagi selepas ini.

b. Faktor penyatu semua ini ialah Anwar Ibrahim. Nampak apa yang sudah terang lagi bersuluh ialah Anwar Ibrahim terus menerus agresif untuk menjadi Perdana Menteri. PAS merupakan antara wadah yang beliau gunakan. Persoalannya jika Anwar Ibrahin berjaya kelak, di mana tempat PAS. Jika dilihat PAS seolah – olah melukut di tepi gantang di Selangor, tanpa apa – apa posisi di Penang, di Perak pula diapit kuat oleh DAP!.

c. Berdasarkan ideologi DAP & PKR, bezanya jauh sekali dengan PAS. DAP lebih sosialis, PKR bersifat global universal, sementara PAS pula Islamik. Tetapi titik temu yang wujud tiada. Yang ada ialah Anwar Ibrahim????

d. Islam sekarang dipandang hina dan lemah. Nampaknya memang orang beragama Islam amat susah bersatu bagi tujuan yang amat mudah. Nampak gayanya UMNO & PAS kena berusaha lebih keras untuk membuktikan bahawa Islam itu penuh hemah dan bijaksana.

Terima kasih.

ttp://musangterbang12.blogspot.com/

me said...

okay...now this muzakarah with amno stuff has been cleared up by our pimpinan....
could we now move on PLEASE!!!!

Utoh Kiwa said...

Salam,

Buat masa ini, sebagai suatu strategi poliik, tindakan PAS untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan menolak bekerjasama dengan UMNO, boleh dikira betul.

Namun, untuk jangka masa panjang, saya kira sukar juga dipastikan sama ada tindakan itu akan betul-betul menguntungkan bangsa Melayu dan umat Islam.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, elok Tuan Guru mengkaji semula keanggotaan Pas dalam PR, Pasti ramai anggota Pas tertanya2 dimana Pas bila isu islam dipermain2kan nanti, bila jadi camtu umat islam kat Malaysia ni mesti jadi tak ketahuan.. Keluar je lah dari PR, biar kita tengok sape yang benar2 ikhlas menyokong Pas. Wasallam

Anonymous said...

Anak bapak ni berangan tinggi sangat la, Pas nak terajui PR, Lupa ke? Nak kena langkah mayat seseorang dulu tau... Sanggup ke?
Pi cermin muka dulu cepattttttttttttt.

Anonymous said...

Bestnya tengok diaorang tepuk tangan tanda tak setuju Muzakarah UMNO-Pas.

Akhir zaman, dunia pun dah bongkok berapa pun xtau la, biasalah... melayu mudah lupa, dah sakit tenat baru terhegeh2 bersatu... Penang dah tergadai nanti baru bukak mata...

Anonymous said...

Snowflake ckp ape nieeeee.. Pas sepatutnya keluaq dari PR, kalau dulu rasa terinaya dengan UMNO atau BN, Kali ni laaaagi naya tau tak. Bergabung dengan musuh, akai ada ka? Nak tegak Islam camna? DAP awai2 dah suruh jangan cakap pasai Islam, tau tak?
Pas baru nak tegak ja, DAP tekan kot atas, camna?
Dok tunggu lagi, keluaq ja la cak oooiiiiiii....

Anonymous said...

Elok rujuk tulisan MSO dan selamatkan kepiminan Ulamak dari dimanupulasi atau dieksploitasi oleh inplants PKR demi kepentingan jangka pendek.

Tulisan anonymous diatas tentang cybertroopers/ agen-agen asing berkaitan.

Tok sah sibuk refer pd sinking ship sedangkan inflitration dari musuh2 Islam yg bermuka-muka (Islam moderat/ Islam Amerika) dlm PAS tidak disedari/ diambilpeduli tanpa sebarang pembersihan.

Waspadalah objektif jangkapanjang musuh yg ingin melemahkan parti, organisasi dan institusi Muslim?Melayu di Asia Tenggara amnya dan Malaysia khususnya supaya senang Shaitan Besar masuk dan checkmate negara ini.